Gazebo di Kompleks Perdana Siswa UM: Jadikan ia medan terbuka mahasiswa UM berhimpun,bersuara dan berkarya
Kadang-kadang saya terfikir apakah tujuan pihak Universiti Malaya mewujudkan ‘Gazebo’ di Kompleks Perdana Siswa(KPS) .Bukannya murah kos pembinaan gazebo ini dan sebarang pembaziran perlu dielak apatah lagi ia melibatkan penggunaan wang rakyat.
Jika dilihat sebelum ini Gazebo di KPS seringkali meriah sebagai pentas utama penganjuran program-program berbentuk hiburan semata-mata tetapi agak lesu dengan program-program yang dapat memperkasakan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa.
Kedudukan gazebo di KPS yang dikira agak strategik bahkan menjadi kawasan lalu lalang mahasiswa Universiti Malaya sewajarnya diambil kesempatan oleh aktivis-aktivis mahasiswa untuk mengadakan program-program terbuka seperti pidato umum,debat,forum ,wacana,bedah buku ,deklamasi puisi dan lain-lain program yang diisi sepenuhnya oleh mahasiswa untuk mahasiswa.
Cuma yang menjadi persoalannya apakah pihak pentadbiran Universiti Malaya bersedia memberi ruang kepada mahasiswa untuk memanfaatkan gazebo di KPS ini sebebas-bebasnya tanpa sebarang gangguan (dengan pemantauan sahaja)?
Kalau benar pihak pentadbiran Universiti Malaya mahu menekankan aspek komunikasi,ketrampilan,pembinaan syahsiah dan lain –lain kepada mahasiswa seperti mana yang sering dilaung-laung dan digembar-gemburkan oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya,maka tiada jawapan lain yang perlu dijawab oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya kepada mahasiswa keseluruhannya melainkan membenarkan mahasiswa menghidupkan dan merancakkan gazebo di KPS ini dengan program-program yang menjunjung tinggi budaya ilmu dan tradisi keintelektualan mahasiswa!!!
1 comment:
mungkinkah kekosongan pentas2 bicara intelek menandakan mahasiswa kita sebenarnya telah benar-benar layu?
Dikelilinggi oleh bagunan-bangunan fakulti dan manusia-manusia yang diiktiraf intelek, adakala menjadikan kita menyangka bahawa hidup kita sudah cukup sempurna tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Walhal apalah maknanya erti hidup tanpa ada 'connection' untuk membangunkan alam.
Pun begitu mujur masih ada segolongan mahasiswa yang bijak mengambil peluang memanipulasi keadaan sekeliling untuk tampil menjadi manusia yang hebat. Malangnya, ada juga pihak yang cuba menyekat-nyekat perkembangan baik ini.
Mungkinkah andai Pentas Gazebo dijadikan medan perkongsian ilmu, sekelilingnya akan dipenuhi dengan mahasiswa yang dahagakan ilmu?
Menarik, andai pentas seumpama itu dijadikan medan debat untuk para intelektual yang bertemakan intelek. Bukan yang menurunkan imej intelek seperti 'stupid debat'
Hanya saat ini saya masih berfikir, adakah aktiviti seumpama ini akan mudah mendapat kelulusan dari pihak tertentu?
Post a Comment