Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, June 25, 2013

Berikan otakmu-aqalmu HAK.

Kadang-kadang yang buat saya menyampah dengan kelompok yg kononnya pejuang hak asasi di Malaysia yang mengkritik membuta-tuli Recep Tayyip Erdoğan dalam isu terbaru di Turki ialah kerana mereka beriman dengan pandangan media palsu propaganda .

Lain kali jangan telan bulat-bulat nanti tercekik.......

Berikan otakmu-aqalmu HAK.........

Pro vs Anti recep Tayyip Erdogan

Gambar demonstrasi pro Recep Tayyip Erdoğan yang dipenuhi bendera Turki itu kau katakan ia gambar demonstrasi anti Recep Tayyip Erdoğan dan kau siarkan secara langsung demonstrasi anti Recep Tayyip Erdoğan secara langsung dan kau tidak berani siarkan secara langsung demonstasi pro Recep Tayyip Erdogan.

Dimanakah keadilan ?
Kepala lutut .

Kalau ada universiti,ada pentadbiran tertinggi universiti,tiada mahasiswa ,mati universiti !

Nak ubah apa-apa sistem di universiti kena maklum kepada mahasiswa dahulu.Universiti ini bukan hak milik pentadbiran tertinggi universiti sahaja.Ada hak mahasiswa juga.

Kalau ada universiti,ada pentadbiran tertinggi universiti,tiada mahasiswa ,mati universiti !

Recep Tayyip Erdogan

Recep Tayyip Erdoğan cuba perbaiki hubungan dengan bangsa Kurdish di Turki(termasuk benarkan penggunaan bahasa kurdish)-lebih baik berbanding kelompok 'kemalisme' CHP -turun sendiri ke Somalia (ramai yang sekadar cakap -di bibir mulut sahaja) -bantu juga Afrika,bantu Rohingya-Myanmar(hantar Davutoglu,Menteri Luar juga isteri-anak perempuannya (kalau tak silap Erdogan mahu ke sana juga cuma ketika itu baru lepas pembedahan lutut dan dinasihatkan berehat oleh doktor),berani tinggalkan World Economic Forum di Davos (membuatkan Shimon Peres -Israel terpinga-pinga,perjuang isu Palestin-Gaza(jumpa PM Palestin-Ismail Haniyeh-Khalid Mashal dll),sokong Mavi Marmara,banyak ulama Syria ke Istanbul-pelbagai persidangan Syria diadakan di Turki,Turki sedia khemah yang lebih baik kepada pelarian Syria di Turki,ekonomi Turki jauh lebih baik bawah pimpinan beliau(mata wang Lira kukuh-hasil pelancongan tinggi-mampu beri banyak biasiswa kepada pelajar luar negara-sistem pengangkutan-jalan raya berkualiti-kebersihan dijaga ,ngo-yayasan waqaf semakin aktif dll ..(datang sendiri ke Turki,lah dan jumpa sendiri Recep Tayyip Erdoğan,lah atau tunggu Recep Tayyip Erdoğan datang ke Malaysia )

Diskusi 'Jaringan Anak Muda'

Dari isu kepimpinan-pemikiran Recep Tayyip Erdoğan kepada isu penasihat akademik 'think tank' Erdogan,neo ottoman,Gul-Erdogan-Gulen-Erbakan,AKP-Saadet-CHP Turki,Nehdah Tunisia-Ikhwan Mesir-PJD Maghribi-Hizmet Gulen-Muhammadiyah-NU-PKS Indonesia,ABIM IKRAM ISMA PAS PKR Malaysia-Orhan Parmuk-Mustafa Akyol,Rashid Ghannuchi-Taha Jabir Alwani,model Turki,post-islamisme,peranan NGO-masyarakat madani,Saudi-Iran,isu demokrasi-keadilan,pemuda PAS-Ulama PAS,dialog ABIM-IRF dan lain-lain lagi yang akhirnya dari Turki kembali ke Malaysia

Kanuni Sultan Süleyman-the Magnificent-Sulaiman al-Qanuni

Kanuni Sultan Süleyman-the Magnificent-Sulaiman al-Qanuni menawan Moldova tetapi beliau tidak paksa rakyat Moldova memeluk Islam.

Ketika ikut rombongan MTDS ke Turki dahulu kami berkesempatan menghadiri acara budaya Olympiad yang menampilkan peserta-peserta dari Moldova dan makan semeja bersama mereka.Mereka beragama Kristian-Orthodox

Hubungan Turki-Moldova zaman Recep Tayyip Erdoğan rasanya semakin hari semakin baik

Hidup tanpa internet umpama hidup dalam neraka ?

Hidup tanpa internet umpama hidup dalam neraka

Sekadar hentam semua orang dari jendela dinding Facebook ?

Diskusi malam tadi membuatkan saya berfikir bagaimana gerakan Hizmet Fethullah Gulen-Badiuzaman Said Nursi di Turki , Muhammadiyah di Indonesia,Ikhwan Muslimin di Mesir jauh ke hadapan berbanding gerakan -ngo-masyarakat madani di Malaysia.Tapi saya tidak akan menghentam mana2 NGO di Malaysia kerana saya lebih suka menghentam ramai lagi rakyat Malaysia yang sudahlah tidak mahu masuk campur dalam apa jua hal politik Malaysia,lepas tu pula langsung tidak menyertai mana-mana NGO yang ada dan kepakaran mereka hanyalah menghentam semua orang dari jendela dinding Universiti Facebook.Saya sebagai mahasiswa Universiti Facebook berharap mereka keluar dari Universiti Facebook.Oppps.......

Siapakah Davutoglu Malaysia ?

Menteri Luar kita dilihat sangat lemah.Mungkinkah masanya kita melantik seorang profesor-ahli akademik yang pakar dalam dasar luar-hubungan antarabangsa-sejarah dll untuk menjadi Menteri Luar ?Siapakah Davutoglu Malaysia ?Siapa?Siapa?Siapa? Cepatlah tukar Menteri Luar kita ni wahai Perdana Menteri.Atau kami cadangkan tukar sahaja Perdana Menteri.....opps..Tahniah Profesor Doktor Kehormat Rosmah Mansor.

Jom 'Jaringan Anak Muda'

-tarik anak muda sertai-aktif dengan NGO2 yg sedia ada
-kendalikan laman web-fb-blog-twitter-buat video-Youtube-media
-kumpul-sebar koleksi artikel-tulisan2 menarik
-adakan siri diskusi-pertemuan-perkongsian
-adakan bengkel/seminar
-tonjolkan tokoh2 anak muda-bina jaringan antara mereka
-adakan program santai-persaudaraan -persahabatan
-sediakan buku/koleksi bahan bacaan berkualiti

Mana pergi habis anak muda Malaysia ya?

Banyak persatuan-ngo,kekurangan penggerak dr kalangan anak muda.Mana pergi habis anak muda Malaysia ya? Sambil itu,kelihatan masih ramai orang tua yang masih aktif dengan persatuan-ngo.Selalunya mereka itu ketika zaman muda mereka dahulu memang mereka sudah aktif dengan persatuan-ngo.

Apa agaknya nasib orang tua pada masa akan datang(iaitu anak muda sekarang)

Lebih adil kepada Ketua Pembangkang

Makan tengahari bersama ke minum teh tarik bersama ke bukan satu kesalahan pun.

Cuma Malaysia ke arah demokrasi yang lebih baik sepatutnya lebih adil kepada Ketua Pembangkang.

Pandangan Ketua Pembangkang kena pertimbangkan juga dan beri ruang yang adil kepada Ketua Pembangkang untuk menjelaskan pendirian beliau kepada rakyat Malaysia.

Malulah sikit kepada negara-negara lain.

Minum-makan semeja dengan musuh?

Pelik ramai marah Anwar Ibrahim selepas keluar gambar beliau makan-minum dengan PM Najib .Pengkhianatlah,khianati rakyatlah.Kata nak perjuang demokrasi.Memang kat Parlimen dari dulu kita boleh lihat ahli parlimen parti pemerintah-parti pembangkang minum-makan semeja.Susah susah susah.Itu pun tak boleh ka ? Saya boleh minum semeja dengan musuh saya tapi selepas itu saya ketuk kepala musuh saya itu.Tiada masalah.oppps

Yang pergi bergaduh kenapa ?

Dia marah pemimpin parti pembangkang makan-minum semeja dengan pemimpin parti pemerintah dengan alasan 'kami di bawah punya bergaduh dia diatas boleh duduk makan-minum semeja' .Yang pergi bergaduh kenapa?Adui....

Memang gerakan pendidikan demokrasi perlu lebih diaktifkan nampaknya........

Anwar Ibrahim 'gila' ?

Ketika di KLIA menunggu penerbangan ke Brunei baru2 ini,saya sempat bertemu DS Anwar Ibrahim yang sepatutnya juga menghadiri acara yang sama di Brunei (IIIT) tetapi terpaksa dibatalkan kerana beliau memberi fokus kepada 'Blackout 505' . Sambil minum dengan seorang pegawai pejabatnya,pegawai itu menceritakan kepada saya betapa 'gila'nya Anwar Ibrahim. ''Bos tu gila .'' Gila yang dimaksudkannya ialah betapa gilanya Anwar Ibrahim berkerja bergerak berceramah ke sana sini ,sekejap ke sana sekejap ke sini .Beliau hairan apa yang membuatkan bosnya itu memiliki kekuatan stamina yang luar biasa dalam usia sekarang.

Kalau mengikut kisah sahabat2 lamanya memang dari dulu semenjak mudanya lagi Anwar Ibrahim kuat berkerja.Beliau bukan sekadar kuat bercakap.

Ramai yang kuat bercakap tapi kerja tak jalan.Ada juga yang tak banyak cakap tapi kuat berkerja.Ada juga yang tak kuat bercakap dan tak kuat berkerja .

Suka tak apa,hentam orang lain jangan

Kalau pun suka pendekatan-strategi gerakan A,tak payahlah memperlekeh-menghentam gerakan B-C-D -.... Z .Boleh tak ?

Gerakan politik kepartian vs gerakan pendidikan -masyarakat madani?

Bila pendokong gerakan politik kepartian dan gerakan pendidikan-masyarakat madani-sosial-kemasyarakatan bercakaran sesama sendiri,alamat kehancuran sebuah masyarakat-negara ?

Ahmet Davutoglu

http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/06/201362312398106923.html

''The second factor is a young generation - a new rising generation - in fact from 17 to 25 years old, and in fact this generation was created during our government. When our government started they were seven or eight years old so they were growing up in an atmosphere of freedom, not under military rule or extraordinary situation law but under a freedom so they have full confidence... self-confidence. They want to raise their voice and this also should be understood well, and we respect these voices.''

Tuesday, June 11, 2013

Artistikong Kabataan Philippines (AKP)

Kanak-kanak memiliki bakat dan potensi yang tersendiri.Menjadi kewajipan kepada kita agar menyelami dan menggilap bakat dan potensi kanak-kanak semenjak mereka masih muda supaya kanak-kanak ini yakin dengan kelebihan yang mereka miliki .Tidak ramai yang serius untuk terlibat dalam usaha mencungkil bakat kanak-kanak menerusi aktiviti seni seperti melukis dan mewarna .

Anna Karina Jardin dari Filipina menerusi galerinya Artistikong Kabataan Philippines (AKP) di Manila,Filipina aktif mengadakan pelbagai aktiviti seni khusus untuk kanak-kanak.



Bakat seni kanak-kanak ini juga dicungkil melalui aktiviti seperti nyanyian,tarian,bercerita ,bermain alat muzik disamping melalui aktiviti melukis dan mewarna.Program sebegini sering diadakan di Artistikong Kabataan Philippines (AKP) bersama-sama para sukarelawan yang sudi membantu menghiburkan kanak-kanak .



Mimpi dan minat kanak-kanak dihargai manakala proses membina karakter kanak-kanak digerakkan melalui pelbagai aktiviti seni untuk mereka menggilap potensi dan bakat mereka semenjak muda lagi.

Menurut Anna Karina Jardin beliau mengharapkan lebih ramai pihak membantu galeri beliau bagi menjayakan pelbagai program yang diatur untuk kanak-kanak.Beliau yakin masa depan kanak-kanak ini akan lebih cemerlang jika perhatian penuh diberikan kepada mereka khususnya dalam mengembangkan bakat seni mereka.

Beliau sangat mengalu-alukan penyertaan dari para sukarelawan dari seluruh dunia yang berminat menjayakan aktiviti seni kanak-kanak menerusi galeri beliau Artistikong Kabataan Philippines (AKP) di Manila,Philipina.

Menurut Anna Karina Jardin juga ,AKP telah berjaya menarik ramai individu pelajar ,profesional muda dan rakyat dari pelbagai bidang menyertai program sukarela AKP misalnya seperti Mr.Batir Mirbabaev yang sekarang berkerja di bawah Asian Development Bank yang sanggup menyertai acara AKP untuk menggembirakan kanak-kanak dibawah bimbingan galeri AKP .

Jumlah pengunjung

web statistics