Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, June 11, 2013

Artistikong Kabataan Philippines (AKP)

Kanak-kanak memiliki bakat dan potensi yang tersendiri.Menjadi kewajipan kepada kita agar menyelami dan menggilap bakat dan potensi kanak-kanak semenjak mereka masih muda supaya kanak-kanak ini yakin dengan kelebihan yang mereka miliki .Tidak ramai yang serius untuk terlibat dalam usaha mencungkil bakat kanak-kanak menerusi aktiviti seni seperti melukis dan mewarna .

Anna Karina Jardin dari Filipina menerusi galerinya Artistikong Kabataan Philippines (AKP) di Manila,Filipina aktif mengadakan pelbagai aktiviti seni khusus untuk kanak-kanak.



Bakat seni kanak-kanak ini juga dicungkil melalui aktiviti seperti nyanyian,tarian,bercerita ,bermain alat muzik disamping melalui aktiviti melukis dan mewarna.Program sebegini sering diadakan di Artistikong Kabataan Philippines (AKP) bersama-sama para sukarelawan yang sudi membantu menghiburkan kanak-kanak .



Mimpi dan minat kanak-kanak dihargai manakala proses membina karakter kanak-kanak digerakkan melalui pelbagai aktiviti seni untuk mereka menggilap potensi dan bakat mereka semenjak muda lagi.

Menurut Anna Karina Jardin beliau mengharapkan lebih ramai pihak membantu galeri beliau bagi menjayakan pelbagai program yang diatur untuk kanak-kanak.Beliau yakin masa depan kanak-kanak ini akan lebih cemerlang jika perhatian penuh diberikan kepada mereka khususnya dalam mengembangkan bakat seni mereka.

Beliau sangat mengalu-alukan penyertaan dari para sukarelawan dari seluruh dunia yang berminat menjayakan aktiviti seni kanak-kanak menerusi galeri beliau Artistikong Kabataan Philippines (AKP) di Manila,Philipina.

Menurut Anna Karina Jardin juga ,AKP telah berjaya menarik ramai individu pelajar ,profesional muda dan rakyat dari pelbagai bidang menyertai program sukarela AKP misalnya seperti Mr.Batir Mirbabaev yang sekarang berkerja di bawah Asian Development Bank yang sanggup menyertai acara AKP untuk menggembirakan kanak-kanak dibawah bimbingan galeri AKP .

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics