Gerakan Anti PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris )
Tahniah kepada semua pimpinan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)atas usaha istiqamah memperjuangkan dan memartabatkan Bahasa Melayu dan memimpin usaha menggerakkan Gerakan Anti PPSMI.
Rujuk-http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi.html
Kita tiada pilihan lain melainkan bertindak dengan lebih agresif demi mendesak pimpinan negara agar benar-benar komited memperjuangkan Bahasa Melayu dan bukannya sentiasa memberikan dalih alasan yang menampakkan sifat kepura-puraan mereka dalam membicarakan soal perjuangan Bahasa Melayu.
Gerakan anti PPSMI(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)anjuran PKPIM ini diharap mendapat sokongan sepenuhnya daripada mahasiswa-mahasiswa di seluruh kampus tanah air.
Bagi pihak PBMUM(Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya),saya menyeru semua pimpinan persatuan pelajar di kampus tanah air dan juga pimpinan gerakan mahasiswa di Malaysia untuk bersama-sama dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu ini melalui Gerakan Anti PPSMI ini .
2 comments:
salam, kenapa anti ppsmi???
Kenapa tak guna bahasa Melayu. Lekeh sangatkah bahasa Melayu. Manfaatkanlah, jangan dibaziri.
Dasar dah betul, kenapa senang-senang ditukar. Yang perlu ditukar orangnya bukan dasar.
Janji kita dalam perlembagaan, kenapa dimainkan. Penjajahan bahasa begitu rakus merobek budaya bangsa.
Post a Comment