Aku melawan teroris vs mereka adalah teroris


Buku terbitan Center For Moderate Muslim(www.cmm.or.id) ini tidaklah terlalu tebal iaitu sekitar 122 muka surat sahaja dan oleh kerana itu saya sempat menghabiskan bacaan keseluruhan nya .Buku kecil ini memuatkan artikel tulisan Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsary yang mengemukakan hujah-hujah bantahan terhadap apa yang ditulis oleh Imam Samudra sebagai dalil membolehkan beliau dan rakan-rakan mengebom kelab malam di Bali sehingga mengorbankan nyawa orang ramai.
Setiap hujah yang dikemukakan oleh Imam Samudra dibalas oleh Ustaz Abu Hamzah Yusuf ini dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith .
Turut dimuatkan dalam buku ini ialah artikel tulisan bertajuk Meluruskan cara pandang terhadap jihad,Jihad harus didasari ilmu dan Jihad bersama penguasa.
Kesemua tulisan yang termuat dalam buku ini menolak keras pengeboman di Bali ini dan rasanya patut dibaca oleh mereka yang menganggap tindakan Imam Samudra,Amrozi dan Mukhlas bertepatan dengan Islam dan matinya mereka tergolong dalam mati syahid.

Buku ini agak tebal dan berharga 72,000!!!.....72000 Rupiah.



















No comments:
Post a Comment