‘Kisah method dakwah senyap -dakwah bisu’
Ketika saya sedang melayari internet(duduk bersila atas lantai depan Dewan Gemilang Kolej 12),tiba-tiba datang 2 orang(seorang lelaki agak lembut dan seorang perempuan) duduk tidak jauh depan saya.
Tanpa disangka-sangka mereka bangun berdiri dan berlatih depan saya sebuah tarian,tarian salsa kalau saya tak silap) dengan penuh ‘ghairah khusyuk wa tawaduk’ nya...
Dalam hati saya berkata,aku sekarang kat negara Amerika Latin ke?Ni mesti pengaruh drama-drama Latin ni...ataupun pengaruh ‘sehati berdansa’ ni....
Tiba-tiba saya teringat akan baju T-shirt yang dibeli oleh seorang kawan saya(PKPIM) di Indonesia.T-shirt hitam itu tertulis di depannya
Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di depan ku
Dan tertulis juga di belakangnya
Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di belakang ku
Menurut kawan saya ini,beliau sering menaiki lrt dan melihat pelbagai ragam anak muda masa kini.Jadi beliau akan memakai t-shirt tersebut dan berdiri di depan mereka yang didapati melakukan perkara yang tidak senonoh(sambil mempamerkan tulisan yang tercatat atas t-shirt tersebut}
Ini bagi saya merupakan satu bentuk ‘dakwah senyap’-‘dakwah bisu’ yang perlu juga diamalkan oleh para pendakwah aktivis gerakan Islam.
Namun begitu saya juga berfikir kalau t-shirt tadi tertera perkataan
Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di depan ku dan
Ya Allah ampuni dosa mereka yang berada di belakang ku
Perlu juga ada t-shirt yang tertera perkataan
Ya Allah ampunilah dosa aku yang menumpang hidup di atas muka bumi mu ini.....
Barangkali saya perlu membeli dan memakai t-shirt tersebut ya........
2 orang yang ‘mempersembahkan tayangan tarian percuma ‘di hadapan saya itu perasan saya sedang memerhatikan mereka(macam juri hakim pula).
Saya hanya melemparkan senyuman kepada mereka.(Dalam hati saya mengatakan ‘aku bukan juri hakim ya!!)
Mereka membalas senyuman saya(macam pertandingan membalas senyuman pula ya!!!)
Kemudiannya saya terus memasang lagu Andai Ku Tahu nyanyian Ungu(sengaja dikuatkan rangkap Andai ku tahu kapan tiba ajal ku’ nak bagi mereka berdua dengar..)
Tanpa disangka mereka tiba-tiba berhenti daripada berlatih tarian Salsa tersebut......
Saya tidak tahulah samada mereka berdua berhenti berlatih tarian itu sebab letih, penat ataupun sebab apa.Barangkali dan mungkin juga sebab ‘insaf sebentar ’ akibat ‘penangan’ lirik lagu andai ku tahu ini.....
Kalau benarlah dengan ‘penangan ‘ ‘sengatan’ lirik lagu tersebut menyebabkan mereka berhenti berlatih tarian tersebut maka ternyatalah ‘dakwah senyap -dakwah bisu’ ini sedikit sebanyak telah berjaya.
Semoga method ‘dakwah senyap-dakwah bisu ‘ ini dapat kita amalkan bersama...
2 comments:
Assalamu'alaikum...
menarik gak kalo penjualan baju T camtu diperluaskan... ana pun nk order 1. hehe.
menarik..
kadang-kadang malah kerap kali kita dan ana sendiri tidak mampu untuk menegur maksiat yang berlaku depan mata..Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah,
Diakhir zaman nanti orang melakukan maksiat depan mata pun kita hanya mampu minta lalu sahaja.Dan sekarang sedikit2 dari simptom2 tu sudahpun kelihatan.
mugkin kita bleh buat kempen supaya semua pendakwah2 muda pakai baju berbaur sinis..
Post a Comment