Akhirnya, aku memiliki Laptop sendiri ;langkah pertama menghambakan teknologi demi ISLAM.....
Setelah sekian lama saya mengimpikan memiliki laptop sendiri akhirnya impian tersebut termakbul juga akhirnya.Terima kasih tak terhingga kuucapkan kepada baba dan mama dalam kesibukan menguruskan perkahwinan kakak Saiedah di mesir sempat mengambil peluang transit di dubai untuk membeli laptop anak mu ini(Toshiba).
Terima kasih juga kepada adik-beradik ku yang lain(12 beradik ya jangan lupa) yang sanggup 'beratur panjang' (hehe..)menunggu giliran masing-masing untuk memiliki laptop sendiri.
Sebelum ini saya sudah berjanji kepada diri sendiri akan aktif menulis@berkarya sebaik sahaja memiliki laptop peribadi sendiri.Agak sukar juga menulis menjadi 'penumpang'(bukan pendatang ya) kepada komputer@laptop orang lain.(komputer makmal komputer APIUM kini tinggal kenangan..hehe)
Sebelum ini agak penuh disket,cd,dan pendrive saya dengan koleksi artikel pilihan yang saya fikir agak menarik (tulisan orang lain).Saban hari sebelum ini saya melayari internet mencari artikel dan tulisan menarik untuk dibaca dan dihadam juga sebagai koleksi simpanan untuk rujukan.
'Folder' saya juga dibahagikan kepada topik-topik penting seperti pemikiran,dakwah,hiburan,tokoh,mahasiswa,dan lain-lain .Artikel dan tulisan yang menarik dalam 'folder' tersebut selalunya akan saya 'print' untuk dibaca dan di 'conteng' (isi-isi pentingnya).
Pernah saya menangis(lelaki menangis dalam hati ya..)apabila mp3 saya hilang setelah adik-adik saya pinjam(mengamuk juga abang mu ini..) bukanlah sangat kerana kerana kehilangan koleksi muzik (biasalah,peminat muzik) yang terdapat dalam mp3 tersebut tetapi 'yang paling menyayat hati'-'tragedi'-'bala bencana'-'malapetaka'dan yang sama maksud dengannya ialah kehilangan folder-folder yang didalamnya koleksi artikel menarik yang dikumpul sejak sekian lama dan yang paling pedih sekali ialah kehilangan koleksi tulisanku(baru berjinak-jinak nak menulis...) yang terdapat dalam mp3 itu...ish ish ish...sedih banget....
Semoga kehadiran laptop baru ini membawa sinar dan menjadi batu loncatan kepada ku untuk terus menulis berkarya penuh ikhlas demi ISLAM tercinta.
Peringatan buat diriku sendiri setelah memiliki laptop ini
Jangan terlalu leka dengan chatting-yahoo messenger(walaupun chat dakwah dan ukhwah sekalipun),baca blog orang lain(blog sendiri bagaimana pula?),web politik(nak jadi orang politik ke?) web dakwah(amali-praktikal dakwah bagaimana pula?),web berita(nak jadi wartawan ke?) dan jangan hanya ada laptop tetapi malas belajar aplikasi sofware nya.
Hambakan teknologi demi ISLAM....
No comments:
Post a Comment