Dulu PBMUM-PKPIM Sekarang Timbalan Menteri-Ahli Parlimen
Dalam perjalanan pulang dari rumah ke UM,saya singgah sebentar di kedai buku MPH Mid Valley untuk ‘membelek-belek’ buku-buku.
Di MPH Mid Valley inilah tempat saya selalu ‘membelek-belek’ buku selain di Kinokinuya di KLCC dan kadangkala di Border Berjaya Times Square.
Ketika berada di kedai buku ini,saya terserempak dengan Dato Saifuddin Abdullah ,Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Ahli Parlimen Temerloh(BN) yang juga merupakan bekas Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan bekas Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).(2 persatuan yang saya sertai sekarang) (http://www.saifuddinabdullah.com.my/index.php-http://saifuddinabdullah.wordpress.com/)
Dalam kesibukan beliau dengan tugas harian sebagai seorang Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen ,beliau tetap meluangkan masa dan ‘bergelumang’ dengan buku-buku.
Barangkali ilnilah hasil tarbiyah yang beliau perolehi sewaktu bersama dengan PKPIM dahulu yang mana PKPIM melatih ahli-ahlinya supaya istiqamah dengan budaya ilmu .
Buku-buku yang meliputi pelbagai tajuk (berbentuk haraki,pemikiran,falsafah,sejarah dan lain-lain) dan karya-karya besar tulisan tokoh-tokoh terkemuka memang sangat ditekankan oleh keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH.
Saya sempat berbual dengan Dato Saifudin dan menceritakan perkembangan serba sedikit tentang PBMUM yang pernah beliau terajui sewaktu di kampus UM dahulu.Beliau sempat juga memberi no telefon bimbit beliau dan berharap dapat bertemu dengan saya dan pimpinan PBMUM yang lain sebaik sahaja selesai peperiksaan nanti.
Semoga alumni PBMUM (tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya)dapat bersama-sama membantu untuk menghidupkan kembali perjuangan PBMUM .
2 comments:
Salam.
Wasif, budak sarjana boleh join PBMUM tak?
salaam,
saudara, bisa gadang2kan bengkel ini di universiti malaya?
osman bakar akan berbicara soal bahasa melayu.
http://www.kesturi.net/archives/501
wasalaam.
Post a Comment