29 Jun 2011
Hari ini kami berjalan-jalan sekıtar Dolmabahce Palace,sebuah istana lama yang cukup besar dan cantik.Kami tidak masuk ke dalam Dolmabahce Palace memandangkan terlalu ramai pelancong beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam sana.Jadi kami meneruskan perjalanan menuju ke Grand Bazaar.Jalan menuju ke Grand Bazaar sesak teruk dan kami terpaksa berpusing-pusing mencari tempat meletakkan kereta yang sudah dipenuhi dengan kereta-kereta lain.
Di Grand Bazaar,kami berjalan kaki ke sebuah restoran kecil milik geng Hizmet yang terletak didalam Grand Bazaar dan disini kami singgah untuk makan tengahari sebelum keluar membeli-belah di dalam Grand Bazaar.Grand Bazaar ini merupakan satu pasar besar dan luas yang cukup terkenal di kalangan pelancong asing dan disini kita boleh mendapatkan pelbagai barangan keluaran Turki.Ketika membeli belah disini,saya terpandang satu pelekat yang tertulis ‘IIUM’ di sebuah kedai .
Rupa-rupanya pemilik kedai ini pernah menetap di Malaysia dan mengajar di IIUM.Turut ada di kedai yang menjual karpet dan pelbagai cenderamata yang lain ialah gambar tuan kedai bersama Raja Perlis.Penjaga kedai tersebut memberitahu kami dia sangat suka rakyat Malaysia(dan tidak suka Amerika) dan beliau telah memberikan harga yang sangat murah-diskaun barangan ketika kami mahu membayar bayaran cenderamata yang kami beli dari kedainya.
Selesai membeli belah di Grand Bazaar,kami menziarahi pula sebuah lagi sekolah milik Hizmet.Dari sekolah Hizmet ini kami bergerak menaiki van menuju ke rumah banglo besar milik Abi Mehmet.Abi Mehmet inilah yang sebenarnya menjadi pemandu van yang membawa kami sepanjang kembara kami di sekitar Istanbul ini.Beliau sebenarnya seorang ahli perniagaan yang berjaya walaupun pernah mengalami jatuh-bangun dalam perniagaannya dan banyak membantu Hizmet.Kami cukup kagum dengan Abi Mehmet ini walaupun seorang ahli perniagaan yang kaya tetapi cukup merendah diri dan sanggup membantu Hizmet menjadi pemandu van sepanjang kami di sini.Seorang anaknya sekarang belajar di Malaysia dan seorang lagi juga akan melanjutkan pelajaran di Malaysia n anti.
Rumah banglonya tersebut menjadi tempat penginapan kami semalaman sebelum berangkat ke sebuah negeri di Turki,Edirne keesokan hari.Di rumahnya ini kami dijamu dengan hidangan makanan Turki yang sangat sedap dan juga buah-buahan khususnya tembikai merah yang besarnya berkali-kali ganda dari tembikai di Malaysia serta isi tembikainya cukup sedap dan manis.
Dari tingkat atas rumahnya ,kami dapat melihat kapal-kapal yang berlayar di Selat Marmara yang tidak berapa jauh dari situ .Cukup indah pemandangannya...
No comments:
Post a Comment