1 Julai 2011
Hari ini kami dibawa pula ke Yusha Hill,kawasan yang dipercayai menempatkan makam Nabi Yusha di atas bukit Boshporus. Dalam van sepanjang perjalanan ke sana,kami didengarkan lagu-lagu tradisi Turki kemudiaanya digilirkan dengan lagu-lagu dari Turkmenistan oleh sahabat-sahabat Turki dan Turkmenistan sebelum giliran lagu-lagu Malaysia pula mengambil tempat.Jalan menuju ke Yusha Hill melalui kawasan-kawasan kampung dan bukit tinggi dan dari atas Yusha Hill ini kami dapat melihat pemandangan indah Istanbul dari atas bukit dan laut yang mengelilinginya.
Dari Yusha Hill kami meneruskan perjalanan ke Suleyman Sah University iaitu satu universiti milik geng Hızmet Gulen yang baru dibuka.Kami mendengar taklimat berkenaan Suleyman Sah University ini sebelum berjalan kaki ke sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat.
Selepas solat jumaat,Fatih tanpa disangka-sangka membawa kami ke funfair Viaport yang mana disini kami mendapat tiket percuma untuk mencuba pelbagai permainan termasuk permainan-permainan yang sangat mencabar dan 'berbahaya'.Saya dan sahabat-sahabat lain sempat mencuba 3 jenis permainan yang cukup mencabar dan membuatkan kami berasa sangat pening kepala.
Kemudiaannya dalam keadaan kepala masing-masing masih berasa pening,kami dibawa pula ke satu dewan di Kocaeli Buyuksehir Belediyesi.Di sini kami dilayan sebagai tetamu VVIP dengan tempat duduk khas di hadapan dan menjadi penonton kepada majlis persembahan budaya dari negara Maldova.Persembahan budaya seperti puisi,lagu-lagu dan tarian budaya ini dipersembahkan oleh peserta-peserta dari Moldova yang pernah menjadi johan dan mewakili negara mereka di Olympiad Turki.
Persembahan budaya mereka sangat unik dan lagu-lagu mereka sedap dan selepas mendengar lagu-lagu mereka ,kepala saya yang sangat pening sebelum itu akibat bermain pelbagai permainan yang mencabar di funfair kembali pulih.Mungkin ini juga satu bentuk rawatan terapi muzik.....
No comments:
Post a Comment