Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Saturday, August 20, 2011

28 Jun 2011


Hari ini kami menziarahi Universiti Fatih yang juga merupakan milik geng Hizmet.Universiti ini terletak dibahagian Istanbul Eropah.Disini kami berjumpa dengan Prof Alparslan Acikgenc yang pernah menetap di Malaysia dan mengajar di UIAM.

Prof Arspalan telah memberikan sedikit pengisian yang menyentuh beberapa persoalan seperti sejarah orientaslime klasik,usaha sarjana seperti Muhammad Iqbal hingga Syed Muhammad Naquib Al-Attas,pemikiran Islam ala Turki seperti pemikiran Badiuzaman Said Nursi dan Fethullah Gulen Gulen,kepentingan gerakan kesukarelawanan dan pendidikan spiritual ,persoalan siapa aku?dan tujuan hidup,komitmen-pengorbanan-pembahagian ilmu tasawuf-ilmu kalam-ilmu fiqh,khidmat kepada Allah dan penghambaan,etika islam dan nilai kemanusiaan dan sistem pengajaran dengan menghidupkan contoh tauladan yang baik dan mengikut sunnah.

Kemudian,pihak Univeristi Fatih telah mengadakan taklimat dan tayangan video berkenaan Universiti Fatih disusuli dengan sesi soal jawab.Kami sempat melawat ke perpustakaan Unıversiti Fatih yang dipenuhi dengan pelbagai buku,jurnal,majalah dan sebagainya.2 artikel menarik yang sempat saya belek dalam perpustakaan ini sempat saya catatkan tajuknya iaitu The Arab Uprisings:Debating the Turkish Model oleh Alper Y.Dede dan Arab Revolts:Islamist’s aren’t coming oleh Aref Bayat.Jurnal ‘Insight Turkey’ yang saya temui disini menarik perhatian saya kerana artikel-artikel didalamnya mengupas pelbagai isu menarik berkenaan Turki.

Selepas melawat Universiti Fatih,kami melawat pula ke Fatih Koleji,salah satu sekolah milik Hizmet.Kelas di sekolah ini diatur mengikut subjek misalnya 1 kelas hanya untuk 1 subjek.Di sekolah ini juga dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal,gelanggang bola keranjang,pawagam mini,kolam renang dan lain-lain kemudahan sama seperti di sekolah-sekolah Hizmet yang lain.

Kami meneruskan lawatan lagi dengan mengunjungi Mini Aturk.Mini Aturk ini menjadi tempat tumpuan pelancong juga memandangkan disini para pelancong boleh melihat pelbagai replika mini tempat-tempat menarik dan bersejarah di seluruh Turki.Para pengunjung boleh mengetahui sejarah tempat-tempat bersejarah itu dengan menyentuh tiket ke satu alat rakaman suara yang menyediakan terjemahan bahasa seperti Bahasa Turki,Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dan ia akan menceritakan latar belakang sejarah tempat-tempat bersejarah tersebut.

Kami juga memasuki muzium berkenaan Mustafa Kamal Ataturk dan saya sempat menyalin 2 kata-kata yang pernah diungkapkan beliau sewaktu hidupnya iaitu ‘’One day my mortal body will turn into dust but the Turkish Republic will stand forever’’ dan ‘’Our religion is the most reasonable and natural religion.This is why it has become the last religion’’.

Rasa lucu juga mendengar kata-kata yang pernah diungkapkan beliau memandangka apa yang diperkatakannya kebanyakan berbeza dengan apa yang telah beliau lakukan di Turki.Lama juga kami berada di Mini Aturk ini kerana tempatnya agak luas dan kami berjalan kaki ke setiap replika mini tersebut sambil mendengar sepintas lalu sejarah tempat-tempat bersejarah tersebut.

Selepas singgah solat dan makan di satu restoran,kami bergerak menuju ke Sulaymaniye Camii,satu masjid besar yang cukup bersejarah di Istanbul.Orang ramai mula memenuhi masjid ini selepas solat Maghrib memandangkan pada malam ini diadakan satu majlis bersempena dengan Isra Mikraj.Seorang penceramah menyampaikan ceramahnya dan pastinya dalam Bahasa Turki dan kami hanya duduk diam mendengar sahaja .Dalam hati saya berkata,’selepas ini,aku mesti menguasai Bahasa Turki’.:)

Tamat sahaja program kami berangkat pulang ke asrama Hizmet di Sariyer.

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics