Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, March 09, 2009

Bersama Sasterawan Rakyat


1)''Saya sekarang mantan Sasterawan Negara''


2)''Setiap orang Melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.''

3)''SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya,"

4)''Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan."Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu."Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti''
5)''Pemimpin yang bertelinga satu dan berlidah dua''

1 comment:

annisaNazifa said...

'kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.'

Suka statement ini. Kuasa memilih pemimpin tetap berada ditangan rakyat.

Baru tadi dalam kelas Ustazah buka minda pelajarnya dengan berbincang tentang PPSMI.

Apapun yang pasti pada saya, kenapa kita mesti mengunakan bahasa lain untuk pandai. Mungkin ya kita akan melahirkan mereka-mereka yang pandai bahasa inggeris, tapi malangnya kita akan melahirkan orang-orang yang bodoh math dan sains.

Jumlah pengunjung

web statistics