Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Friday, May 18, 2012

Siddiq Fadzil + Anwar Ibrahim

setelah sekian lama 'bertapa' di gua(ntah buat apa ntah),sempat hadir malam ni ke kuliah tafsir maudhuiyy Dato Dr Siddiq Fadzil(mantan) Presiden PMIUM-Presiden PKPIM-Presiden ABIM-kini Presiden WADAH-Kolej Dar Hikmah).Kali pertama berjumpa beliau sejak beliau sakit-masuk wad(walaupun rumah sgt dekat).Beliau tanya pergi mana dah lama tak nampak(alamak!akibat bertapa di gua)-dan tanya perkembangan tesis(contoh pemimpin(murabbi) yg ambil berat).

Di luar keretanya,beliau berkongsi tentang program penting pagi tadi(beliau-DSAI dll sebagai pembentang) yg menyaksikan sambutan hangat dr masyarakat berbilang kaum-agama .Beliau menasihatkan supaya 'gerakan dakwah' terus perbanyakkan adakan program sebegini(terbuka-tidak eksklusif-dihadiri oleh pelbagai latar belakang masyarakat) sesuai dgn masyarakat majmuk Malaysia .Beliau melihat perkembangan positif masyarakat berbilang kaum-agama yg mula menerima dan berkongsi wacana2 yg dibawa oleh pimpinan-aktivis gerakan dakwah.......Gabungan pemikiran segar dan mencerahkan 2 orang tokoh ini (Dato Dr Siddiq Fadzil-Dato Seri Anwar Ibrahim (kedua-duanya pernah menjadi Presiden ABIM) perlu sentiasa dibahaskan oleh anak2 muda di kampus universiti....

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics