Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, May 08, 2012

Fethullah Gulen (1)

Akhirnya saya tamat juga membaca jurnal ‘The Muslim World:A journal devoted to the study of Islam and Christian-Muslim relations Special Issue:Islam in contemporary Turkey:the Contributions of Fethullah Gulen’.Jurnal ini saya dapat percuma hadiah dari sahabat Turki tatkala saya dan sahabat-sahabat yang lain(rombongan kembara Malaysian Turkish Dialogue Society(MTDS) mengunjungi kedai buku milik pengikut pemikiran Fethullah Gulen di Istanbul,Turki.Kebetulan dalam jurnal ini turut termuat artikel tulisan Profesor Emeritus Dato Dr Osman Bakar,seorang tokoh yang cukup saya kagumi pemikirannya.Saya sering mengikuti ‘kuliah’nya di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia.Siapakah sebenarnya Fethullah Gulen?Itu soalan yang selalu ditanya oleh sahabat sekuliah ‘Universiti Facebook’ saya bila melihat saya sering meletakkan tulisan-artikel berkenaan Fethullah Gulen dalam Facebook saya.Berdasarkan bacaan terhadap jurnal ini,saya akan cuba menghuraikan sedikit sebanyak tentang siapa itu Fethullah Gulen.

Latar belakang Fethullah Gulen lahir di kampong kecil Korucuk ( Hasankale) di Erzurum,Anatolia pada 27 April 1941. Menurut Ihsan Yilmaz dalam tulisannya ‘State,law,civil society and Islam in contemporary Turkey’:-‘’Fethullah Gulen is an Islamic Scholar,thInker,writer,and poet’’. Pengikut beliau menggelar beliau sebagai ’Hojaefendi’’ .Beliau mendapat pendidikan Islam secara traditional dan menguasai ilmu-ilmu Al-Quran –Hadith dan juga falsafah pemikiran Barat moden disamping meminati bahasa dan sastera puisi Sufi .Beliau juga mendalami Bahasa Arab,Parsi dan Perancis. Ayahnya,Ramiz Efendi (mempunyai hubungan rapat dengan gerakan sufi Naqshbandi ) memberikan pengaruh besar dalam hidupnya sebagai guru Bahasa Arab pertama buat dirinya dan juga memberi pendedahan kepadanya terhadap karya pemikir klasik Islam seperti al-Hasan al-Basri,Harith al-Muhasibi,Al-Ghazzali ,Jalal ad-din Ar –Rumi .Fethullah Gulen juga membaca karya penulis India,Ahmad Faruqi Sirhindi dan Shah Wali Allah al-Dihlawi dan juga pemikir Barat klasik seperti Victor Hugo,William Shakespeare ,Tolstoy dan Honore de Balzac,ahli falsafah Barat moden seperti Descartes,Immanuel Kant,Sir James Jeans,Sir Arthur S.Eddington serta karya pemikir dan sasterawan dari Hafiz ke Goethe,dari Peyami Safa(penulis novel Turki terkenal) ke Dostoyevsky.
Beliau pernah mengajar buku Sirhindi ,al-Maktubat kepada pelajar yang mengikuti kelas pengajiannya. Fethullah Gulen juga membaca karya Badiuzaman Said Nursi,Risale I Nur namun seperti yang diungkapkan oleh Zeki Saritoprak dan Sidney Griffith dalam tulisan mereka ‘’Fethullah Gulen and the ‘’people of the book’:A voice from Turkey for Interfaith Dialogue’’:- ‘’’’while Gulen was never formally associated with the movement,and therefore he was not ,strictly speaking, a follower of Nursi,he nevertheless began to incorporate many of Nursi’s ideas into his own teaching…’’ Manakala M.Hakan Yavuz dalam tulisannya ‘’Towards an Islamic Liberalism?The Nurcu Movement and Fethullah Gulen in Turkey’’(The Middle East Journal 53(1999),584-605 ) menggunakan istilah ‘’Neo-Nurcu’’ bagi menggambarkan Gulen dan pengikutnya .

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics