Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Sunday, January 31, 2010

The 3 Rd International Youth Gathering,Jakarta-Bandung,Indonesia(7)

Sabtu -Hari Ketujuh- 23 Januari 2010

Selesai bersarapan pagi ,para peserta diminta untuk ‘checkout ‘dari Madani Center.Sebelum itu kami sempat bergambar kenang-kenangan sekitar Madani Center ini memandangkan kedudukannya yang strategik dan cukup indah serta sesuai untuk program-program latihan.Peserta diberi pilihan samada ingin melawat Rumah Zakat Indonesia ataupun terus ke Kota Bandung untuk membeli belah.

Di Kota Bandung,para peserta bebas berpecah untuk membeli barang keperluan masing-masing.Di sini ,orang miskin samada kanak-kanak dan orang tua berkejaran meminta sedekah dan akan terus mengikut para pengunjung sehingga mendapat wang sedekah.Para peniaga jalanan turut berkejaran mencari pembeli dengan menjual pelbagai barang seperti lukisan,beg ,t-shirt dan lain-lain lagi.

Selepas membeli belah,para peserta dibawa ke masjid berdekatan Gedung Merdeka untuk solat dan kemudiaannya terus ke Gedung Merdeka untuk makan tengahari dan majlis penutup ‘The 3 rd International Youth Gathering’.Majlis penutup ‘The 3 rd International Youth Gathering’ ini disempurnakan oleh Suritno ,wakil UNIW Indonesia dan di sini juga dibaca Deklarasi Bandung hasil program ‘The 3 rd International Youth Gathering’ ini.Selepas selesai majlis penutup ,para peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenangan dan sesi bergambar ini juga lebih meriah lagi dengan adanya bendera negara-negara dunia di dalam Gedung Merdeka ini.Para peserta sibuk bergambar berlatar belakangkan bendera negara masing-masing dan juga bendera negara-negara lain.

Para peserta sekali lagi dibawa membeli belah sekitar Kota Bandung dan saya sempat membeli beberapa buah buku dan majalah antaranya buku berkenaan Gus Dur ,majalah Sabili,dan majalah Al-Kisah.

Pada malam hari,para peserta dibawa ke kediaman Gabenor Jawa Barat ,Ahmad Heryawan dari Parti Keadilan Sejahtera(PKS)untuk makan malam penutup program .Persembahan nasyid dan bacaan puisi oleh peserta Turki turut memeriahkan lagi majlis makan malam penutup ini.Selepas selesai makan malam ,semua peserta bergambar kenang-kenangan bersama Gabenor Jawa Barat.

Semua peserta kemudiaannya menaiki bas menuju ke Hotel Maharani,Jakarta Selatan,tempat penginapan terakhir kami.Saya sekali lagi tinggal sebilik bersama sahabat dari Malaysia.Di Hotel Maharani ini juga kami berpisah dengan sebahagian besar AJK program ‘The 3 rd International Youth Gathering’ dari Indonesia.

Malam ini juga kami mengemas barang-barang membuat persiapan untuk pulang ke tanah air esok.

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics