Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Sunday, January 31, 2010

The 3 Rd International Youth Gathering,Jakarta-Bandung,Indonesia(4)

Rabu -Hari Keempat-20 Januari 2010

Selepas sarapan pagi ,para peserta diminta ‘checkout ‘ dari W
isma Makara.Sebelum checkout,beberapa orang wakil Turki sibuk mengagihkan hadiah buat kesemua para peserta program.Antara hadiah yang diberikan kepada semua peserta oleh wakil Turki ialah pendrive seorang satu,buku kecil bersiri tentang pelancongan di Turki ,buku tentang sejarah Daulah Uthmaniah,buku kartun tentang mesej Nabi Muhammad kepada ummatnya dan 1 yang menarik perhatian saya,1 botol kecil tidak berisi apa-apa melainkan ditulis kandungannya 19 % udara dari Turki dan 81 % salam dan doa dari Muslim di Turki.Kreatif!

Para peserta menaiki bas beramai-ramai dan kali ini menuju ke Kementerian Pemuda dan Olahraga untuk sesi pertemuan dan mendengar ucapan Menteri Pemuda dan Olahraga,Dr Andi Alfian Mallarangeng.Di sini juga para perwakilan negara diberi kesempatan untuk berucap dan mengemukakan pandangan dan harapan tentang program ‘The 3 rd International Youth Gathering’ ini .Wakil negara Turki,Maghribi,Bangladesh, dan juga wakil Malaysia,Faisal Abdul Aziz(Presiden PKPIM) tampil ke hadapan menyampaikan ucapan masing-masing.


Setelah selesai program ‘International Muslim Youth Conference On Edu
cation’ yang dikendalikan oleh Salam UI,kini program diambil alih oleh Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia(KAMMI).KAMMI ini merupakan salah sebuah organisasi anak muda yang terbesar dan berpengaruh di Indonesia dan memainkan peranan yang cukup besar dalam proses reformasi Indonesia pasca penggulingan Presiden Suharto dan juga terhadap kewujudan Parti Keadilan Sejahtera.

Di Kementerian Pemuda dan Olahraga juga kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang melibatkan keahlian pelbagai negara.Saya ditempatkan sat
u kumpulan dengan peserta Turki,Albania dan diketuai oleh seorang fasilitator dari KAMMI Indonesia.Setiap kumpulan diberi masa untuk mencipta moto,’cheer’ masing-masing untuk dipersembahkan setiap kali nama kumpulan dipanggil.Kumpulan saya dinamakan WAGOS ,hasil gabungan nama ahli kumpulan dan ‘cheer’ nya iaitu tangan setiap seorang disatukan sambil dilaungkan ‘kejayaan’ dalam 3 bahasa (Bahasa Melayu,Bahasa Turki,Bahasa Albania)

Selepas selesai program di Kementerian Pemuda dan Olahraga,para peserta bertolak menaiki bas menuju ke tempat penginapan yang baru iaitu di Padepokan Pencak Silat,Jakarta timur.Padepokan Pencak Silat ini merupakan tempat penginapan dan latihan para aktivis pencak silat Indonesia dan berdekatan dengan masjid besar,Masjid At Tein.

Saya ditempatkan satu bilik dengan ahli kumpulan WAGOS iaitu bersama peserta dari Turki,Albania, dan Indonesia.

Setelah berehat menghilangkan penat ,para peserta menaiki bas sekali lagi dan kali ini menuju ke Taman Mini Indonesia Indah.Menurut seorang sahabat dari Indonesia,taman mini ini merupakan hasil ilham isteri kepada Presiden Suharto yang mahu melihat para pelancong mampu ‘melawat Indonesia dalam masa 1 hari’.Di taman mini ini terdapat beberapa rumah mengikut senibina rumah Jawa,Jambi,Sumatra,Riau,Padang,Minangkabau ,tempat ibadah semua agama,dan lain-lain lagi berkenaan negara Indonesia.

Para peserta termasuk saya berasa teruja bergambar berlatarbelakangkan senibina rumah yang cukup indah dan unik dan saya juga sempat bergambar ber
sama orang asli dari Papua New Guinea di sini.Para peserta diberi peluang untuk membeli belah di taman mini ini dan selepas selesai solat,kami semua kembali ke tempat penginapan di Padepokan Pencak Silat untuk berehat.

Pada malam hari pula,program diteruskan dengan kuliah oleh Dr Mustafa Kamal aktivis Parti Keadilan Sejahtera(PKS).Beliau membicarakan beberapa strategi dakwah Hasan Al Banna dan Ikhwan Muslimin, peranan pemuda dalam dakwah di kampus universiti serta tentang diskusi idea –idea perubahan.

Beliau turut menyelak helaian sejarah pada era reformasi Indonesia dan bagaimana kejatuhan Presiden Suharto serta yang menarik tentang peristiwa rampasan parlimen-dpr oleh para mahasiswa universiti.Menurut beliau ada beberapa perkara penting yang dituntut oleh rakyat yang inginkan reformasi di Indonesia ketika itu iaitu tentang perubahan undang-undang dasar,pemisahan kuasa antara tentera dan kerajaan,membebaskan ideologi dan masyarakat,pemberantasan korupsi dan autonomi daerah.

Beliau juga menceritakan sejarah munculnya KAMMI dan PKS, dimana beliau turut bersama rakan-rakannya yang lain dalam mengusahakan penubuhan KAMMI dan PKS sewaktu umurnya masih 24 tahun.Beliau menekankan soal pendidikan politik,‘training’,pengkaderan dan mengganggap tarbiyah sebagai kunci utama kejayaan perjuangan reformasi.Bermula dari kumpulan kecil,bermula di kampus,penekanan kepada soal rohani-spiritual seperti qiamulail,berbekalkan semangat baru-‘ruh jadid’,istiqamah,tarbiyah quran dan sunnah dan pemikiran terbuka kepada benda baru dan lain-lain lagi menjadi tunjang kepada perjuangan reformasi menurut beliau.

Dr Mustafa Kamal juga menekankan soal pendekatan dakwah dan mengambil contoh pendekatan dakwah yang diamalkan oleh para ulama terdahulu sehingga menyebarkan Islam di Nusantara melalui pendekatan damai menerusi sufi-tasawuf,seni budaya,pendekatan tempatan,perdagangan, dan lain-lain lagi.Beliau menyeru para peserta menonjolkan bahawa Islam itu aman dan berusaha sedaya upaya melawan ketidakadilan dan kemiskinan.

Selepas selesai kuliah Dr Mustafa Kamal,program diteruskan dengan persembahan nasyid kumpulan Al-Izzah yang turut menyanyikan lagu-lagu perjuangan seperti kumpulan nasyid Izzatul Islam dengan pelbagai alat muzik yang membangkitkan semangat seperti drum .Peserta dari Maghribi dan Bangladesh turut sempat mengadakan persembahan masing-masing.

Delegasi Malaysia sempat mengadakan mesyuarat bagi menyelaraskan gerak kerja sepanjang program di Jakarta dan Bandung ini.

Saya sempat bersama Presiden dan Setiausaha Agung PKPIM untuk merasai minuman teh panas di luar tempat penginapan.Kami sempat membincangkan beberapa perkara untuk memantapkan lagi gerak kerja PKPIM berdasarkan perkongsian pengalaman dari gerakan anak muda luar negara.

Ketika melintasi lobi tempat penginapan peserta untuk kembali ke bilik,saya diajak oleh sahabat-sahabat dari Turki yang berkumpul di lobi untuk sekali lagi minum teh panas dan menjamah sedikit makanan ringan.Kami minum teh panas bersama sambil membincangkan beberapa perkara berkenaan jaringan antara gerakan anak muda seluruh dunia.

Sekembalinya saya ke bilik,saya mendapati peserta dari negara Maghribi dan Bangladesh turut bersama-sama menginap di bilik saya.Serius mereka membincangkan bersama teman sebilik saya ,peserta dari Turki dan Albania tentang ‘post-mortem’ program pertemuan antarabangsa kali ketiga ini.Mereka mengesan beberapa kelemahan,mengkritik dan memberikan pelbagai cadangan untuk permbaikian berdasarkan pengalaman mereka hadir ke program pertemuan sebelum ini di Turki dan sahabat saya dari Turki itu pula tekun mencatat segala kandungan perbincangan malam ini.

‘Post-mortem’ tamat sekitar pukul 3 pagi dan saya cuba memanfaatkan waktu tidur yang sebentar ini dengan tidur nyenyak agar bangkit awal pagi esok dengan penuh kesegaran.

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics