Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Sunday, January 31, 2010

The 3 Rd International Youth Gathering,Jakarta-Bandung,Indonesia(8)

Ahad -Hari Terakhir -24 Januari 2010

Sementara menanti sarapan pagi,saya berjalan-jalan atau ‘joghing’ sekitar 1-2 kilometer dari Hotel Maharani.Selepas sarapan pagi pula saya dan beberapa orang sahabat dari Malaysia keluar membeli belah barang keperluan.Baju Batik ,Baju Melayu,tudung mini dan lain-lain lagi dijual murah di sini berbanding di Malaysia.

Selepas membeli belah,kami bersiap sedia berkemas dan membawa beg masing-masing ke dalam bas yang disediakan untuk ke lapangan terbang.

Kami bersalam-salaman dan berpelukan dengan semua peserta dan AJK program sebelum menaiki bas bertolak ke lapangan terbang bersama peserta dari Maghribi dan Albania.

Kami tiba di lapangan terbang agak awal iaitu sekitar pukul 12.30 tengahari manakala penerbangan kami ke Malaysia hanyalah pada pukul 8 malam.Di lapangan terbang,saya berjumpa dengan peserta dari Bangladesh yang juga mahu menziarahi temannya di Malaysia.Sepanjang menunggu penerbangan kami ‘lepak’ di lapangan terbang ,bersembang,membeli sedikit barang dan saya juga sempat ditemubual oleh seorang sahabat dari Malaysia tentang kaedah dan teknik hafazan Quran.Penerbangan peserta dari Maghribi lebih awal daripada kami maka kami juga sempat bertemu dan mengucapkan salam perpisahan buat peserta Maghribi di lapangan terbang.

Ketika kami ingin ‘check in’ barang-barang ,kami menghadapi sedikit masalah berat barang dan kami terpaksa membahagikan barang-barang demi mengurangkan berat barang manakala di ruang menunggu penerbangan pula seorang pegawai Air Asia tiba-tiba datang ke arah salah seorang kami dan mengarahkan beliau untuk mengurangkan kandungan berat begnya.Setelah diberi nasihat dan juga amaran oleh pegawai Air Asia itu akhirnya masalah kami berjaya diselesaikan dan kami berjaya menaiki pesawat menuju ke Malaysia dan selamat tiba di LCCT.

Kenangan sepanjang program ‘The 3 rd International Youth Gathering’ di Indonesia ini cukup meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua peserta.Semoga segala ilmu dan pengalaman hasil program ini dapat dimanfaatkan demi ummah dan jaringan ukhuwah pemuda Islam sedunia ini terus diperkasakan.Jumpa lagi di Istanbul,Turki!

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics