PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan
Monday, July 30, 2012
buku ini sebenarnya terjemahan himpunan khutbah-fatwa-kenyataan media-ucapan-wawancara Yusuf Al Qaradhawi khusus tentang 'revolusi' di Mesir,dan laporan berita tentang beliau(termasuk laporan negatif)
antara isi menarik dalam buku ini ialah artikel desakan beliau agar Husni Mubarak meletakkan jawatan(sebelum digulingkan),pandangan tentang demonstrasi-protes,nasihat khusus untuk anak muda penggerak 'revolusi',fatwa balas beliau terhadap mereka yg anti demonstrasi-pro Husni Mubarak,khutbah Jumaat pasca 'kemenangan' di Dataran Tahrir,Qardhawi - Khomeini,Qardhawi-Ikhwan,ketua Mossad ajak Netanyahu damai dgn Qardhawi,artikel 'tolak kepimpinan Qardhawi'-'pandangan pusat kajian Zionis tentang Qardhawi,tentang Mesir dan Sekularisme dll.......
antara buku yg masuk senarai wajib dibaca (juga dipromosi secara tidak langsung oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam siri pidatonya(dan di Twitter)
Memang Qardhawi bukan satu-satunya tokoh yg perlu diberi perhatian dalam membincangkan 'kebangkitan rakyat' ini.(kerana ramai lagi tokoh yg terlibat secara langsung di Dataran Tahrir)tetapi suara dari Doha,Qatar ini wajar diberi perhatian....
Ada yg mengkritik beliau kononnya beliau berani 'berpencak silat' dari jauh sahaja dalam keadaan selesa di Doha,Qatar tetapi mereka perlu ingat ramai yg bila berada dalam keadaan selesa,menikus(tikus ?),membisu-berdiam diri-kecut-tak punya keberanian menyatakan kebenaran atau lebih suka membicarakan isu-isu kecil-isu-isu 'selamat' demi menjaga 'kerusi', 'periuk nasi' dan PERUT mereka.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya sudah baca buku ini dan sangat menarik. tetapi kupasannya juga boleh dilihat dari pelabagi sudut dan bukan hanya sudut pemerintahan hakiki tetapi pemerintahan secara mikro. Namun demikian saya tersedikit terkilan kerana beliau yg duduk di Doha juga tidak mennegaskan regime qatar yang juga sama dengan regime di mesir tidak berjata apa apa malah membisu seribu bahasa. Persoalannya adakah Yusuf Qardawi adalah seorang ulamak besar ini menjadi ulamak memilih isu populasi dan juga Yusuf Qardawi sendiri mempunyai kepentingan politik yg agar besar agendanya? Masih belum terjawab persoalan ini...
Post a Comment