tok guru-anak murid + tawaduk
'Tok guru' Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Dr Siddiq Fadzil bukan TS Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas seorang sahaja.Namun, pada malam peluncuran buku 'Islam dan Melayu:Martabat Umat & Daulat Rakyat '' karya Dato Dr Siddiq Fadzil ,ucapan kedua-dua mereka(Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Dr Siddiq Fadzil) mengiktiraf TS Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas .Jadi,jangan sesekali lupa mengkaji pemikiran TS Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Tidak semestinya anak murid sama semuanya pemikirannya dengan guru mereka.Anak murid juga punya pemikirannya yg tersendiri.Guru mungkin menguasai dan pakar dalam ilmu A tapi anak murid mungkin menguasai dan pakar dalam ilmu B lebih daripada sang guru.Ada ilmu yg diketahui guru tidak diketahui anak murid,ada ilmu yg diketahui anak murid tidak diketahui guru.Guru dan anak murid sama-sama dalam proses pencarian ilmu dan kebenaran.Maka tiada siapa di antara sang guru dan anak murid tersebut yg boleh mendabik dada,ego dan bongkak seolah-olah mengetahui segala-segalanya.Guru dan anak murid perlu ada sifat 'tawaduk'......
No comments:
Post a Comment