Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, July 02, 2012

Hayret Vekfi

http://www.hayratvakfi.org/tr/ baru melawat cahaya mata kacukan Malaysia-Turki anak sulung ABIM(Malaysia) Nur Azura Kamarudin Ozata-Hayret Vekfi(Turki) Sadik Ozata .Benar kata Fadhlina Sidek Sidek dalam status FB nya ''Jarang2 saya lihat mak dan bapak membuka kamus dan berdebat soal nama anak orang lain melainkan anak cucu sendiri. Tetapi anaknda Sadik Ozata dan Nur Azura Kamarudin Ozata ini sangat bertuah kerana namanya diperdebatkan dalam segala aspek termasuk laras bahasanya, maknanya, penulisannya dalam bahawa Melayu, jawi, arab dan turki'' Sadik Ozata sempat menceritakan perjuangan Hayret Vekfi dalam mempertahankan bahasa Turki Uthmani,manakala bapa mertuanya menceritakan nasib tulisan jawi di Malaysia(kisah zaman Khir Johari mengharamkan tulisan jawi).Sadik Ozata memberitahu bagaimana Recep Tayyip Erdoğan mula membuka ruang dan jalan kepada perjuangan bahasa Turki Uthmani dan sikap puak sekular totok yg jelas begitu jumud pemikiran mrk. Bila RECEP TAYYİP ERDOĞAN membenarkan aktivis Hayret Vekfi membuka kelas2 bahasa Turki Uthmani di seluruh Turki(mendapat sambutan hangat rakyat Turki) dan mengajar ia di sekolah2 Turki,puak sekular totok membantah dengan alasan Hayret Vekfi hanya mahu menghabiskan wang rakyat wang kerajaan dan tiada guru2 yg mencukupi untuk mengajar Bahasa Turki Uthmani ini. Bila Hayret Vekfi memberitahu mereka memiliki ramai guru yg bersedia mengajar Bahasa Turki Uthmani secara sukarela-percuma di seluruh Turki,terdiam puak sekular totok,tak mampu memberikan alasan2 karut marut lagi. Hebatnya penangan perjuangan kesukarelawanan-perkhidmatan-kebajikan-pendidikan ! Apa khabar Bahasa Melayu-Apa khabar Tulisan Jawi di Malaysia ??

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics