Malaysia-Singapura Bersatu ?
menonton perlawanan bola sepak Malaysia vs Singapura sambil teringat kenangan debat santai (pagi buta atas jambatan pemisah Malaysia-Singapura) saya vs Albark Yunus Bat (berkenaan penyatuan Malaysia-Singapura sebagai sebuah negara.Albark bertindak selaku pencadang-pro penyatuan Malaysia-Singapura sebagai sebuah negara manakala saya bertindak sebagai pembangkang ).Kereta kami rosak di Singapura dan ditarik keluar hanya sehingga jambatan pemisah Malaysia-Singapura,menanti lebih 1 jam atas jambatan sebelum menerima bantuan peronda PLUS dan ditarik ke bengkel kereta di Tampoi,Johor.Ramai rakyat Singapura yg baiki kereta di Johor untuk jimat kos.Di Tampoi sementara menanti kereta siap dibaiki,kami menginap di rumah seorang makcik.Beberapa jam selepas kami berdebat santai,ketika sarapan pagi sambil mendengar 'kuliah nikah' makcik tersebut(begitu semangat makcik ni menasihat mana2 anak muda-bujang menikah muda),makcik ini bersedia menawarkan gadis Singapura untuk dinikahkan dengan mana2 pemuda Malaysia yg baik hati.Kesimpulan debat tersebut barangkali..mmm... tidak semestinya menyatukan Malaysia-Singapura sebagai sebuah negara,dengan perkahwinan rakyat Malaysia-Singapura pun dah cukup....mmm....:) .Albark setuju?Kalau tak setuju,kita berdebat lagi di mana-mana jambatan...:)
No comments:
Post a Comment