Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, July 30, 2012

kritik 'Ramadhan'

-maka syaitan itu menggeleng-gelengkan kepalanya pening dengan gelagat manusia yg cuba meniru 'sunnah'nya sambil berkata dalam hatinya ''syaitan betul!para manusia ini lebih syaitan daripada syaitan .Opps...aku pun syaitan juga'' -kau buka puasa sambil menambahkan dosa.... -air sahaja lebih 2-3 jenis,(air tebu ,air soya,masukkan saja semua senarai air di Bazar Ramadhan termasuk air liur),murtabak,ayam golek,ikan bakar,kuih 10 jenis,nasi 5 jenis,..kau buka puasa ke kau ikut nafsu makan manusia?nak tunggu pecah perut kau ya ?Sebelum beli di bazar Ramadhan,ingatlah nasib mereka yg dalam kelaparan-kebuluran...alangkah baiknya duit yg kau mahu bazirkan di bazar Ramadhan itu kau simpan dulu dan buat amal jariah sumbang kepada tabung2 misi kemanusiaan.... -kau penuhkan perut kau ketika berbuka puasa dengan sesuatu yg akhirnya jadi tahi jua.... -Perut kau semakin buncit di bulan Ramadhan.Kau rakus berbuka puasa kononnya bagi pihak yg kelaparan-kebuluran?Kata kau ''membazir itu amalan syaitan'' dan kata syaitan pula ''membazir itu amalan kau !!! '' -kita di Bazar Ramadhan dan mereka di Bazar Peluru !!! -kau kata kepadaku lagi 'bulan ini bulan mulia' sambil kau naikkan harga barang.... -maka syaitan-syaitan itu mengadakan majlis pengistiharan perletakan jawatan beramai-ramai sebagai ahli majlis syura syaitan sedunia selepas kecewa tugas mereka telah diambil-alih sepenuhnya oleh para manusia.... -aku lapar dan kau kenyang,aku bakal mati kelaparan dan kau bakal mati kekenyangan -kau kata kepadaku 'bulan ini syaitan-syaitan diikat-dibelenggu' dan dalam diri engkau aku lihat :syaitan..... -maka yang tak pernah berniaga selama ini pun berani berniaga dan mereka menjadi kaya raya serta merta bulan ini,bulan di mana orang yang kurus kering menjadi gemuk dan orang yg gemuk menjadi semakin gemuk gedempol,bulan di mana ramai manusia yg pening kepala nak makan apa,pening kepala nak memilih makanan untuk membina perut mereka dan sebagai persiapan untuk mendapat penyakit,menginap di wad hospital dan menanti penuh harapan: kematian dalam kekenyangan....:) -di sini :makanan , di sana :makanan disini dan disana:pembaziran -Bulan Ramadhan datang lagi dan kini kau kembali solat berjemaah di masjid dan jiran-jiranmu 'orang masjid' terkejut beruk melihatmu sambil berkata dalam hati mereka 'buang tabiat ke mamat ni,solat sunat rajin pula datang,solat fardhu tak nampak pun batang hidung ! ''...:) -Di bulan Ramadhan dan kau tidur dari awal pagi dan hanya bangun tatkala masuknya waktu berbuka puasa...wah,mantap sekali puasa Ramadhanmu ! :) -wah,belanja makan malam(buka puasa-moreh) di bulan Ramadhan lebih tinggi dari belanja sarapan pagi-makan tengahari-minum petang-makan malam-makan tengah malam di bulan-bulan yg lain !!! wah....pandai benar seni membazir ini,kan ? -orang lain tengah kebuluran-kelaparan-,kita masih sibuk berbalah-bertengkar dgn pandangan2 manusia dalam bab2 Fiqh di bulan Ramadhan..... -berbuka puasalah dengan rokok......:) -kau puasa kau ambil rasuah,kau puasa kau biarkan orang lain kebuluran,kau puasa kau sebarkan kebencian,kau puasa kau biarkan kemiskinan,kau puasa kau biarkan jenayah berleluasa,kau puasa kau halalkan peperangan,kau puasa kau biarkan penindasan,kau puasa kau fitnah orang lain, kau puasa kau maki hamun orang,kau puasa kau biarkan kerosakan alam,kau puasa kau tebang pokok sesuka hati,kau puasa kau buang sampah merata-rata,kau puasa kau siksa binatang,kau puasa kau hina orang kurang upaya,kau puasa kau tak peduli orang gelandangan,kau puasa kau tindas anak yatim,kau puasa kau derhaka orang tua,kau puasa kau biarkan kezaliman,kau puasa kau terus dengan kekotoran,kau puasa kau tak tepati masa,kau puasa kau langsung tak berdisiplin,kau puasa kau sombong,kau puasa kau ego,kau puasa kau sembah manusia,kau puasa kau sembah harta,kau puasa kau malas membaca,kau puasa kau malas berfikir,kau puasa..............mmm kau puasa ??? -wah ! jemaah solat sunat lebih ramai daripada solat fardhu ! wah ! ajaib ! -tak payahlah berhenti kuliah Universiti Facebook di bulan Ramadhan kononnya nak tumpu hal ibadat di bulan Ramadhan.Kuliah Universiti Facebook ini juga satu ibadat,satu jihad...:) -sempena bulan Ramadhan ini,sama-samalah kita mendoakan gaji-gaji mereka ini dapat membantu meringankan beban mereka yg masih miskin-papa kedana-kelompok terpinggir-tertindas semoga gaji-gaji mereka yg kaya raya ini dapat disalurkan kepada semua pihak yg memperjuangkan keadilan dan kebenaran,membantu misi-misi kemanusiaan,program2 pendidikan yg berkualiti,aktiviti pemerkasaan anak muda,membantu para penuntut ilmu dan anak2 muda seperti Wasif Wan yg mahu kembara di seluruh dunia...opps... semoga gaji-gaji mereka ini dapat dimanfaatkan untuk penyebaran cinta sesama manusia,menjalin ukhuwah persaudaraan antara satu sama yg lain, melawan segala bentuk perkauman sempit,membanteras rasuah dan penyelewengan kuasa,menangani jenayah,membasmi kemiskinan,urus tadbir yg baik,menangani gejala sosial dan keruntuhan akhlak,penagihan dadah,pelacuran dan banyak lagi semoga gaji-gaji mereka ini tidak dibazirkan sesuka hati mereka Kalau mereka tak tahu nak buat apa dgn gaji mereka itu,serahkan sahaja gaji-gaji tersebut kepada saya.....oppps -Bulan Ramadhan bulan Yusuf Tayyop kaya raya.Apa dah jadi dgn pemikiran umat Islam di Malaysia?Apakah berbuka puasa nanti hanya dengan buah kurma dari negara Arab ?(produk kurma Israel pun ada).Di Malaysia pun banyak buah-buahan tempatan yg manis-sedap-lazat seperti Rambutan-Langsat-Durian-Manggis-Jambu-dll.Bak kata tajuk khutbah Jumaat di sebuah negara antah berantah ''Makanlah buah-buahan tempatan'' .Bayangkan anda berbuka puasa dengan buah Durian.Wow !

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics