Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, July 02, 2012

'Hak,kebebasan wanita dan Islam' anjuran IRF

hadir ke acara 'Hak,kebebasan wanita dan Islam' anjuran IRF hari ini.IRF sering menganjurkan program dgn tema2 yg menyegarkan. Bicara soal kebebasan wanita entah mengapa saya sering terfikirkan nasib wanita di 2 negara: 1) Arab Saudi 2) Iran Di UM,saya ramai kawan perempuan-wanita(muda-tua) dari Iran yg selalu lepak di perpustakaan.Mereka selalu cerita kisah brutal authoriti agama-mullah-ayatollah di Iran yg terlalu mengongkong kehidupan wanita Iran. Kawan perempuan-wanita(muda-tua) Arab Saudi tak ramai(mm..ada ke tak,tak berapa ingat).Sambil terfikir:Macam mana anda boleh kenal -bezakan kawan2 anda yg pakai purdah ya?lihat pada matanya? Saya pernah kritik mereka yg pakai purdah dan makan di khalayak ramai (kritik cara mereka makan:selak purdah,suap-makan,tutup purdah pula,nak makan lagi,selak lagi-suap-makan,tutup pula,begitulah seterusnya,berulang-ulang kali)... Tak tersiksa ke makan macam tu?Apa pandangan-apa kata orang lain jika mereka melihat anda makan sedemikian?(walaupun ada yg akan menjawap,''tak penting apa yg orang lain kata ,yg penting Tuhan-Allah kata'' ceh wah ! Selalu orang sebut tentang perjuangan 'feminisme' .Ada yg kata 'feminisme' ini semuanya perjuangan Barat.Habis tu di mana 'feminisme' Timur.Utara?Selatan?Timur Laut?Tenggara? Barat Daya?Barat Laut?..opps..ada versi mata angin-aras kompas pula ya? Ada pula yg kata ada 'Islamic feminism'....mmmm....Semua nak tambah istilah ''Islamic'' ? Datang dari mana sebenarnya istilah ''Islamic'' ni ya ? Tak sempat ikut sepenuhnya wacana tadi sebab datang lewat dan ketika keluar sebentar dari dewan,'terlekat' dgn 'bengkel' tak rasmi dari seorang tua berjiwa muda yg bersemangat memberi nasihat kepada anak muda. Beliau menceritakan betapa negara Malaysia yg kita sayangi ini berada dalam keadaan kritikal-bahaya dr sudut ekonominya.Hutang negara terus meningkat(yg akan diwarisi oleh anak muda pada masa hadapan).Beliau nasihat tentang kepentingan harga diri-maruah,tak boleh dijual beli dgn sogokan wang ringgit,keberanian bertanya-mempersoalkan tindakan pemimpin negara dalam melaksanakan sesuatu dasar.Beliau sebut kalau apa yg berlaku di Malaysia sekarang ini (ekonominya) berlaku waktu beliau masih muda dulu,dah lama beliau 'angkat kaki' tinggalkan Malaysia.Beliau boleh sahaja tinggal di luar negara(pengalaman kembara seluruh dunia) tapi disebabkan rasa kasih sayang kepada negara Malaysia,beliau pulang ke tanah air dan mahu melihat perubahan dalam negara Malaysia. Beliau menyebut kepentingan orang Melayu untuk sedar-bangkit dan tak mudah ditipu oleh pemimpin yg mengatasnamakan 'menyelamatkan Melayu' dan percaya orang Melayu ini boleh berdikari-maju tanpa bantuan kerajaan(tak bergantung kepada kerajaan semata-mata) dan yg paling penting memiliki ilmu- pendidikan-kemahiran.Campaklah Melayu itu di mana-mana ,dgn ilmu itu mereka boleh maju. Nampak gayanya perlu tonton rakaman video acara tadi di sini:- http://www.libertv.my/s/irfront.org

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics