Satu Dunia Satu Keluarga
Saya berkesempatan mengikuti satu seminar antarabangsa berkenaan jenayah anak muda di Pusat Belia Antarabangsa,Cheras.Persidangan ini dianjurkan oleh...dihadiri ole mahasiswa dari pelbagai universiti termasuk dari lua negara.membincangakn isu-isu jenayah,statistisik setiap negara,forum
Pada malam terakhir setelah tamat majlis penutup program,saya turut serta bersama 3 orang peserta dari negera Kemboja untuk keluar minum-makan malam bersama seorang sahabat mereka dari Malaysia yang juga seorang aktivis kemanusiaan-keamanan.
Kami minum dan makan malam di sebuah restoran sambil berdiskusi pelbagai topik bermula dari membincangkan rumusan hasil program jenayah yang kami hadiri,isu keamanan-misi kemanusiaan di Kemboja,isu kemiskinan ,perpaduan semua manusia dan lain-lain.
Nicholas Lee,seorang lulusan kejuruteraan dari universiti luar negara yang bergiat aktif sebagai sukarelawan dalam misi-misi kemanusiaan menjadi ‘naqib’ kami malam itu.
Beliau menekankan peranan anak muda untuk turun padang ke kampung-kampung bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dan memberitahu kami betapa pentingnya kita tiba paling awal di sesuatu tempat yang terlibat dengan seseuatu bencana.Bantuan pertolongan tersebut mestilah lahir dari keikhlasan hati setiap individu tanpa mempunyai agenda tersembunyi melainkan memberi kebahagiaan kepada semua manusia. Bermula dengan diri kita sendiri dan mulai sekarang,kita perlu melakukan apa sahaja untuk membantu dan meringankan beban orang lain
Beliau juga menceritakan pengalaman peribadi beliau terlibat sepenuh masa dalam kerja sosial dan kesukarelawanan dan kesanggupan meninggalkan kerjayanya walaupun pada mulanya beliau mendapat tentangan dari kawan-kawan dan keluarga beliau yang menanggap beliau telah melakukan kerja bodoh.
Beliau juga menekankan soal keikhlasan dan kepuasan dalam membantu orang lain tanpa mengira latarbelakang kaum dan agama.Bagi beliau juga kita tidak boleh bersifat individualistik dan hanya mementingkan diri-negara sendiri sahaja lantas lupa akan nasib rakyat di negara-negara lain. Hari ini kita memberi pertolongan kepada rakyat di negara-negara lain yang ditimpa bencana dan mungkin suatu hari nanti rakyat dari negara-negera lain pula akan menolong kita pula apabila negara kita ditimpa bencana.
Nicholas juga menceritakan pengalaman beliau tatkala mengikuti misi kemanusiaan di Palestin dan menghadiri satu perhimpunan di Jerusalem dimana semua pimpinan agama berkumpul ,menyanyi lagu keamanan dan melaungkan slogan-slogan perpaduan semua manusia .
Menjadi tanggungjawab anak muda di seluruh dunia untuk mewujudkan dunia yang lebih baik dan lebih aman maka slogan Satu Dunia Satu Keluarga perlulah dikumandangkan ke seluruh dunia di mana semua manusia tanpa mengira perbezaan warna kulit,kaum dan agama menganggap orang lain sebagai keluarga atau adik-beradik mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment