Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Wednesday, September 01, 2010

Ijtima Haraki 1 PKPIM-ABIM-WADAH

Tanggal 6-8 Ogos 2010 menjadi saksi buat pertama kalinya dalam sejarah keluarga besar PKPIM-ABIM –WADAH diadakan Ijtima Haraki Pertama PKPIM-ABIM –WADAH.Mengikut sejarahnya PKPIM yang melahirkan ABIM dan ABIM yang melahirkan WADAH.

6 Ogos 2010-Makan Malam Ijtima Haraki Pertama PKPIM-ABIM-WADAH di Bangi Golf Resort

Ijtima Haraki Pertama PKPIM-ABIM-WADAH ini dimulakan dengan Makan Malam Ijtima Haraki PKPIM-ABIM –WADAH di Bangi Golf Resort dan perlancaran 4 buah buku .Makan malam ini dihadiri oleh semua mantan Presiden ABIM iaitu Prof Dr Razali Nawawi,Dato Seri Anwar Ibrahim,Dato Dr Siddiq Fadzil,Prof Madya Dr Mohd Nur Manuty,Tuan Haji Ahmad Azzam Abdur Rahman,Dr Yusri Mohamad dan Presiden ABIM sekarang,Saudara Muhamad Razak Idris serta para aktivis PKPIM-ABIM-WADAH semenjak tahun 60 an sehingga kini.

Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mengupas semula ucapan dasarnya bertajuk ‘Jelaskan wadah perbaharu tekad’ yang merupakan teks ucapan Presiden ABIM di Muktamar Sanawi Keempat pada 7 Disember 1975 dan dibacakan oleh dibaca oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Nor(Pemangku Presiden ABIM ketika itu) memandangkan beliau ditahan di ISA ketika itu.

Mengikut DSAI,beliau telah merangka ucapan dasar itu di kamunting dan kemudiaannya mengirim sedikit-sedikit beransur-ansur antara 4-5 helai kepada pimpinan ABIM ketika itu.

Beliau menekankan persiapan ilmu di kalangan aktivis dakwah,penekanan kepada usrah dan tamrin,dan memberi tumpuan kepada soal usul dan bukannya soal furuk semata-mata.Beliau juga menceritakan bagaimana ABIM ketika itu mewajibkan beberapa buah buku karya tokoh-tokoh pelbagai bidang untuk dibaca oleh ahli-ahlinya seperti buku tulisan Mohamad Asad ‘Islam At The Crossroad’,mentelaah karya Snouck Hurgronje,Mohamad Al-Ghazali,Zaaba(isu kemiskinan),Amir Shakib Arsalan(isu kemunduran-keterbukaan-modernisme-),Syed Naquib Al-Attas,Syed Hussein Nasr dan kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali disamping karya Deliar Noer,Izutsu,Abu Hasan Ali An Nadwi,Ismail Faruqi ,Tafsir Al-Azhar karya Hamka,Capita Selecta karya Mohamad Natsir dan pelbagai buku karya tokoh-tokoh terkemuka yang lain.

Beliau juga mengupas tentang pertembungan pemikiran dan betapa pentingnya apa yang disifatkan beliau sebagai ‘merakyatkan fikiran’.

Beliau menyeru aktivis dakwah menjadi pencetus idea dan perubahan dan menyampaikan mesej Islam yang universal-rahmatan lilalamin dan menekankan soal melakukan perubahan dengan kekuatan ‘gerakan idea’ dan mengedarnya kepada semua manusia.

Turut hadir pada majlis makan malam ini ialah Pakar Bahasa Prof Dr Awang Sariyan dan Sasterawan Negara,Dato A.Samad Said. Dato A Samad Said turut menyampaikan sajaknya pada malam tersebut.Hadirin juga dihidangkan dengan tayangan video yang memaparkan sejarah perjuangan PKPIM-ABIM-WADAH.

7 Ogos 2010-Perasmian Ijtima Haraki Pertama dan Seminar maqasid Syariah :Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan di German Malaysia Institute(GMI),Bangi

Perasmian Ijtima Haraki Pertama ini dimulakan dengan 3 ucapan dasar dari Presiden PKPIM,Muhamad Faisal Abdul Aziz,Presiden ABIM,Muhamad Razak Idris dan Presiden WADAH,Dato Dr Siddiq Fadhil.

Majlis kemudiaanya diteruskan dengan Seminar Maqasid Syariah :Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan yang objektifnya menimbulkan kesedaran masyarakat tentang maqasid syariah sebagai asas membina kehidupan yang diredhai Allah,mengetengahkan maqasid syariah sebagai asas model ekonomi alternative serta dasar pembangunan yang adil dan saksama serta menilai Model Ekonomi Baru(MEB) negara dari sudut maqasid syariah dan menyaran pembaikan-pembaikan yang wajar dilakukan.

Antara kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini ialah ‘Maqasid syariah sebagai asas ekonomi berkeadilan’ oleh Dr Abdul Halim Muhammady(Naib Presiden WADAH,’Maqasid syariah sebagai dasar sistem ekonomi yang adil ‘oleh Prof Madya Dr Akram Laldin(Pengarah International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance(ISRA),’Sistem ekonomi bebas dan cita-cita kesejahteraan masyarakat:Satu penilaian’ oleh Prof Madya Dr Saadiah Mohamad(Pensyarah Universiti Institut Teknologi Mara(Uitm),’Penghapusan riba:syarat penting ekonomi berkeadilan’ oleh Prof Dr Mohd Nazari Ismail(Ketua Unit Perancangan Korporat,Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya dan ‘Menilai Model baru Ekonomi dalam konteks maqasid syariah ‘oleh Prof Dr Abdul Ghafar Ismail(Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)

Muktamar PKPIM-ABIM-WADAH

Majlis kemudiaanya diteruskan dengan muktamar serentak PKPIM-ABIM-WADAH di tempat yang berbeza dimana PKPIM mengadakan muktamarnya di Dewan PKNS,Bangi manakala ABIM dan WADAH mengadakan muktamarnya di Kolej Darul Hikmah,Kampung Sungai Ramal Dalam.Selepas selesai semua muktamar,keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH berkumpul semula di Dewan Besar Kolej Darul Hikmah untuk sesi ucapan Penggulungan oleh Timbalan Presiden PKPIM,Timbalan Presiden ABIM,Timbalan Presiden WADAH dan Ucapan Penggulungan Presiden PKPIM, Presiden ABIM, Presiden WADAH.

Presiden WADAH,Dato Dr.Siddiq Fadzil dalam ucapan penggulungannya menyatakan Ijtima Haraki Pertama ini merupakan satu impian kolektif dalam usaha penyatuan fikrah aspirasi khittah perjuangan.Bagi beliau,keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH ini telah disatukan oleh DNA perjuangan.

Ijtima Haraki Pertama ini juga merupakan satu platform yang memberi ruang dan proses kematangan secepat yang boleh buat aktivis dakwah dan beliau menekankan kepentingan mempertahankan orientasi haraki-pendekatan gerakan (movement oriented ) keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH ini disamping sebagai kekuatan transformative(quwwah taghyiriyyah-a revolutioner reforce)

Dalam ucapan beliau juga beliau menitikberatkan aspek ‘self confident’ dan menyeru semua supaya meningkatkan iltizam,mengemaskini pemikiran dan mengembalikan dinamika perjuangan.

Dato Dr Siddiq Fadzil juga menggariskan 2 perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap pejuang iaitu serius dan penat dan beliau mengatakan jika sanggup jadi pemimpin mesti sanggup penat.

Ijtima Haraki Pertama ini berjaya menjadi medan muhasabah menilai kembali kekuatan-kelemahan dan apa yang telah dilakukan oleh PKPIM-ABIM-WADAH untuk ummat keseluruhannya dan juga berjaya menyelaraskan gerak kerja PKPIM-ABIM-WADAH demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics