Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Thursday, July 24, 2008

Mutiara Kata


''Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan"-Anwar Ibrahim

1 comment:

Anak Muda Reform said...

maaflah menjadikan blog hang sebagai medan..tapi aku nak sampaikan mesej kepada ke2-2 belah pihak, SMM dan PKPIM..

aku pun tak tahu kenapa perkara ini terlalu nak diperbesarkan..fokus kepada perjuangan asal kita, kenal pasti musuh utama kita siapa..bagi aku semua yang datang dikalangan ahli politik adalah suatu tindakan yang mempunyai agenda politik masing-masing, termasuklah dalam isu muzakarah ini..ye aku sangat menghormati soal demokrasi, kebebasan bersuara..tapi sehingga ke hari ini, mengapa dalam suasana politik rakyat inginkan perubahan kita membincangkan isu yang bagi aku sangat remeh-temeh..jika benar kita ikhlas dalam soal membincangkan soal muzakarah @ muqabalah tentang melayu, mengapa ia perlu hadir dari buah mulut pemimpin politik..adakah kita sangat ketandusan pemimpin2 NGO melayu Islam?? mana perginya ahli2 akademik yang masih seronok dibuai dengan mimpi2 bergaji besar, sedangkan tiada buah fikiran yang dikongsikan bersama2 dengan rakyat yang amat jahil tentang islam di luar sana?? apakah masalah melayu dan islam ini hanya disedari oleh org2 politik??
inilah kegagalan yang aku lihat, seluruh ahli2 yang kononnya mendokong perjuangan islam tandus dan lembab..nah, korang cadangkan muzakarah secara terbuka, sediakan pentas kepada pemikir2 melayu islam yang sangat concern terhadap islam..sedangkan kita telah lama menyedari permasalahan melayu yang sangat mundur dalam pelbagai segi..dan dalam konteks malaysia hari ini, melayu mundur, sekali gus memberikan impak buruk kepada islam dan umat islam..adakah islam mengajar umatnya menjadi mundur, anti-kemajuan??sama2 kita fikirkan..
aku sangat bersetuju dengan pandangan tok guru nik aziz, jika benar nak muzakarah, sepatutnya pihak ketiga (ahli akademik, NGO @ mahasiswa), mengadakan pentas muzakarah…bila pertembungan 2 parti politik yang masing2 memegang kuasa politik org melayu, dan terus mencadangkan mengadakan muzakarah melayu dan islam, memang nampak jelas ada hidden agenda..
dan dalam soal ini, aku sangat tak setuju, jika kita terlalu nak pertahankan hak melayu, sedangkan dalam masa yang sama org melayu sendiri yang makan bangsa melayu, dalam soal korupsi, jenayah, dadah, pelacuran, siapa semua mereka?? aku lebih bersikap, jika dalam soal mempertahankan survival islam di dalam malaysia ini, yes, kita perlu menjaga org melayu dan kuasa melayu..tapi, sampai bile??cukup bagi aku, perkasa hal2 dakwah kita..gembelingkan semua tenaga..NGO, profesional, ahli akademik, parti2 politik dan MAHASISWA..tapi kita kena ingat, bangsa melayu ini bangsanya dimuliakan disebabkan kita berugama Islam..bak kata saidina umar sewaktu perbukaan kota Al-quds..tidak ada apa pun pada bangsa melayu..
yela, sebab bagi aku, sangat jelas, kita terlalu sangat nak mempertahankan ketuanan melayu, tapi kita gagal membincangkan perpaduan rakyat malaysia..bangsa lain bile bincang pasal kaum die, kita melenting, kata bangsa lain nak gugat bangsa melayu, statement gile..mengapa kita tidak mengadakan perbincangan bagaimana jika Islam memrintah, kita nak mengimplimentasikan sebuah kerajaan yang menjaga hak semua kaum dan dalam masa yang sama, kita meninggikan hukum allah..
aku suka bawakan kata2 Dato’ Onn, political power without economic power is shadow..siapa sekarang yang pegang kuasa ekonomi, jawab sendiri lah ye..bahkan jika kita berjaya berdakwah kepada non-muslim, terutama cina, islam pasti menjadi tuan di malaysia ini..tapi jangan pulak melahirkan masyarakat malaysia terutamanya melayu yang berfikiran maddiyyah..wallahualam

Jumlah pengunjung

web statistics