Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, July 22, 2008

Ceramah Prof.Dr.Sidek Baba



15 Julai 2008

Hari ini saya hadir ke program ilmu anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial,UM yang menampilkan bekas Timbalan Rektor UIAM,Prof Dr.Sidek Baba (salah seorang tokoh yang saya minati,bekas pimpinan PBMUM dan ABIM)sebagai pembicaranya

Turut hadir sebagai moderator ialah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial ,Prof Mohamad Abu Bakar,penulis buku “Mahasiswa Menggugat(antara buku rujukan utama untuk mengetahui tentang sejarah perjuangan mahasiswa di kampus UM)

Sambutan daripada mahasiswa mungkin kurang memuaskan bagi saya(barangkali akan mendapat sambutan hebat jika diadakan di Balai Ilmu,APIUM) namun begitu apa yang menariknya program ilmu ini turut dihadiri oleh sebilangan mahasiswa India dan Cina (duduk sekelompok berhadapan Dr.Sidek Baba khusyuk mendengar).

Prof Dr.Sidek Baba membicarakan tentang tajuk mahasiswa dan era globalisasi.

Antara perkara penting yang dibicarakan beliau yang sempat saya catit pada program ilmu ini ialah persoalan ;-

1)Globalisasi dan mekanisme kawalan

-Kewangan antarabangsa

-Perdagangan antarabangsa

-ICT

-Media

2)Proses penjajahan semula di abad ke 21(Dominasi Global)

-penjajahan menerusi ketenteraan

-globalisasi dan hegemoni politik dan ekonomi

-Dunia ketiga bergantung kepada dunia pertama

-Dunia pertama saling bergantung

-Penjajahan semula politik,ekonomi,sosial

3)Cabaran mahasiswa


-proses pendidikan yang berlaku

-keupayaan membangun peribadi holistik

-memiliki kekebalan dari pengaruh hedonistik

-memilih manfaat berbanding yang sifatnya menyumbang

-membangun daya intelektual tinggi mengimbangi idealisme dan realiti secara strategik.

4)Wawasan mahasiswa era globalisasi

-membangun peribadi holistik dan daya kepimpinan teladan

-keupayaan menyaring manfaat berbanding dari nilai murni pelbagai tamadun

-ada tekad membina perubahan dalam acuan sendiri

-memiliki upaya strategik globalisasi dalam konteks membangun jiwa merdeka

5)UIAM

Prof Dr.Sidek Baba menceritakan pengalaman beliau tatkala diamanahkan untuk memimpin UIAM dan antara perkara utama yang ditekankan beliau kepada mahasiswa di UIAM ialah penguasaan kemahiran debat sehingga UIAM berjaya dalam beberapa pertandingan debat bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di peringkat dunia mengalahkan universiti-universiti ternama dunia.

6)Negara China

Prof Dr.Sidek Baba menghuraikan tentang ‘hadith’(?)”tuntutlah ilmu walau ke negeri China” dan mengaitkan dengan tamadun China ketika itu yang gah dengan tradisi keilmuan ,sains dan teknologi (penghasilan kertas) dan lain-lain.Beliau juga menyatakan keyakinan beliau tentang negara China dan India yang bakal menjadi kuasa besar dunia suatu masa nanti dan bagi China permulaan awalnya –penganjuran Sukan Olimpik di Beijing tidak berapa lama lagi.

7)Kesedaran politik mahasiswa

Prof Dr.Sidek Baba selaku ahli akademik menasihat kan mahasiswa supaya tidak terlalu ghairah mencampuri urusan politik kepartian @ berpolitik walaupun beliau tidak menafikan kepentingan kesedaran politik- (Politic awareness) di kalangan mahasiswa.

8)Demonstrasi mahasiswa

Prof Dr.Sidek Baba menolak sikap sebilangan mahasiswa yang gemar berdemonstrassi tanpa alasan yang kukuh dan bagi beliau demonstrasi bermakna pintu perbincangan tertutup.Selagi ada ruang untuk perbincangan maka mahasiswa perlu manfaatkannya bukannya mengikut emosi melulu lantas berdemonstrasi.Beliau tidak menolak perlunya kebebasan diberikan kepada mahasiswa namun menekan setiap kebebasan ada batasannya.


9)Hubungan PBMUM-PMIUM

Beliau sempat menyentuh pengalaman dialam kampus tatkala berjuang bersama PBMUM dan PMIUM.Bagi beliau hubungan PBMUM –PMIUM perlu kukuh memandangkan persoalan Melayu-Islam itu sangat berkait rapat.


10)Mahasiswa berfikiran kritis dan kreatif

Beliau menyeru mahasiswa agar berfikiran lebih kritis dan kreatif.Menurut beliau ,’tak boleh yang ini bukanlah bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa!!!Sebarang kekangan terhadap pergerakan mahasiswa perlulah di hadapi dengan strategik.Perlu ada pemikiran dan perancangan strategik.Ada Plan A ,Plan B dan seterusnya...

11)Tradisi budaya ilmu mahasiswa

Prof Dr.Sidek Baba sangat menekankan persoalan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.Mahasiswa menurut beliau perlu memperkasa diri dengan ilmu,ketrampilan,kemahiran, kesedaran ,visi , misi dan lain-lain. Suasana lesu dan sepi,kelembapan dan kemandulan keintelektualan ilmu perlu dihapuskan.Kualiti ilmu mahasiswa perlu ditingkatkan bukan sekadar berupaya menghafaz,mengingat,dan belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata@exam oriented.Dan menyentuh persoalan budaya ilmu beliau menekankan kepentingan mahasiswa mempunyai tabiat membaca buku.

Bertanya soalan kepada Prof Dr.Sidek Baba dalam sesi soal jawab

Saya turut mengambil kesempatan dalam program ilmu ini untuk bertanyakan soalan yang bermain dalam fikiran saya tatkala mendengar ceramah hebat Prof Dr.Sidek Baba ini.Saya bertanya beliau tentang perbandingan mahasiswa 70 an dan mahasiswa kini dari segi tradisi budaya ilmu memandangkan fakta sejarah perjuangan mahasiswa era 70 an yang lebih menonjol ialah persoalan demonstrasi.Saya sebenarnya ingin tahu lebih lanjut berkenaan budaya ilmu mahasiswa suatu ketika dahulu

Beliau menjawab dengan menerangkan sedikit pengalaman beliau dan rakan-rakan bagaimana mereka mengembangkan idea-idea perubahan (bank Islam-universiti Islam dll),membina kelompok teras (usrah dan sebagainya),mengundang tokoh-tokoh ilmuan,hubungan rapat dengan para pensyarah ,mengadakan kupasan buku,dan lain-lain lagi program dakwah.

Ceramah Prof Dr.Sidek Baba ini ternyata sarat dengan ilmu dan pengalaman yang wajar dijadikan pedoman buat aktivis-aktivis dakwah di kampus .

Dan PBMUM insyaAllah akan menjemput Prof Dr.Sidek Baba (selaku mantan pimpinan PBMUM) untuk merasmikan Kelab Buku PBMUM tidak lama lagi.

Semoga perancangan untuk menyemarakkan lagi budaya ilmu di kampus ini diredhai oleh Allah Taala.

1 comment:

prihatin said...

salam
hubungan PMIUM dan PBMUM intim kerana walaupun satu identiti agama dan satu identiti melayu, tetapi melalui proses pendidikan yang hampir sama, tujuan agama adalah untuk menjadikan orang Melayu, muslim kental imannya. Bahasa penting untuk menyampaikan ajaran agama, dengan isi yng benar, mudah difahami, mudah pula di amalkan.
Instutusi usrah amat mustahak memainkan peranan untuk mengukuh setiakawan yg berpanjangan dalam hidupdan kerjaya mendatang, hingga hubungan ini lebih dinikmati bahkan melebihi hubungan darah. Usahakan supaya budaya usrah dipertahankan dalam apa keadaanpun terutama zaman sekarang yg lebih mencabar, sebagai sistem pengawasan rakan seusrah dan mempertahankan momentam iman dn amal yang sedia ada.

Jumlah pengunjung

web statistics