Tasawuf dan mabuk cinta
Sebelum ini saya hanya mendengar perkataan tasawuf tanpa memahami makna sebenar di sebalik ilmu tasawuf ini.Apa yang tergambar dalam pemikiran saya apabila berbicara soal tasawuf ialah berkenaan hal ehwal kebatinan ,penyucian jiwa,sufi,tariqat,syariat,hakikat,suluk,guru mursyid dan lain-lain istilah yang kadangkala sukar difahami .Entah mengapa hari ini terlintas di hati saya untuk mencari artikel berkenaan tasawuf di internet untuk mendalamkan lagi kefahaman tentang ilmu tasawuf dan akhirnya saya berjumpa dengan satu artikel yang cukup menarik tulisan Harun Nasution bertajuk Tasawuf.
Dalam tulisannya beliau menyatakan tujuan tasawuf adalah mendekatkan diri sedekat mungkin dengan tuhan sehingga ia dapat melihatNya dengan mata hati bahkan rohnya dapat bersatu dengan roh tuhan.
Mendekatkan diri sedekat mungkin dengan tuhan
manusia yang hidup menumpang di bumi tuhan ini kadangkala lupa akan hakikat dirinya sehingga mengabaikan hubungannnya sebagai makhluk dengan khalik,penciptanya.Manusia sebegini lantas hanyut dengan godaan dunia yang sementara dan semakin jauh dengan tuhan.Ilmu tasawuf ternyata mampu menjadi wasilah mendekatkan diri seseorang sedekat mungkin dengan tuhan.
dapat melihatNya dengan mata hati
Banyak pembincangan di kalangan ulama tentang apakah manusia mampu melihat tuhan ataupun tidak?Apakah pula yang dimaksudkan dengan mata hati?
rohnya dapat bersatu dengan roh tuhan
perbincangan tentang roh kadangkala sukar difahami dan agak merumitkan saya untuk memahaminya.Apakah roh manusia sebagai hamba mampu bersatu dengan roh tuhan?Itulah persoalan yang bermain di fikiran saya.
Menurut Harun Nasution,falsafah yang menjadi dasar pendekatan diri seseorang manusia dengan tuhan terangkum dalam dua faktor berikut:-
1)Tuhan bersifat rohani maka bahagian yang dapat mendekatkan diri dengan tuhan adalah roh bukan jasadnya
2)tuhan adalah maha suci maka yang dapat diterima Tuhan untuk mendekatiNya adalah roh yang suci
Dalam tulisan tersebut beliau turut berbicara tentang pengalaman sufi dan secara ringkasnya dapat saya simpulkan bahawa pada permulaan perjalanan seorang sufi dalam usaha mendekatkan dirinya dengan tuhan ,dia akan berasa takut atas dosa-dosa yang dilakukannya dan kemudiannya rasa takut itu berubah kepada rasa was-was apakah taubatnya diterima tuhan ataupun tidak.Beliau lambatlaun akan merasakan bahawa tuhan bukanlah zat yang suka murka tapi zat yang sayang dan kasih kepada hambaNya.Akhirnya rasa takut hilang dan digantikan dengan rasa cinta kepada tuhan yang bergelora dalam hatinya.Inilah yang dinamakan sebagai mahabbah,cinta Ilahi cinta sejati cinta hakiki.
Erti mahabbah bagi sufi bermaksud:-
1)memeluk kepatuhan kepada Tuhan dan membenci sikap melawan kepadaNya
2)menyerahkan seluruh diri kepada Yang Dikasihi
3)mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali dari Diri Yang Dikasihi
Dalam artikelya Harun Nasution telah menceritakan pengalaman cinta seorang sufi wanita yang mahsyur dalam sejarah tasawuf iaitu Rabi'ah al-'Adawiyah.
Dalam doanya beliau pernah mengatakan:'Aku mengabdi kepada tuhan bukan kerana takut kepada neraka bukan pula karena ingin masuk surga tetapi aku mengabdi karena cintaku kepadaNya'
Beliau juga pernah berkata:
''Buah hatiku,hanya Engkaulah yang kukasihi.Beri ampunlah pembuat dosa yang datang ke hadiratMu.Engkau harapanku,kebahagiaan dari kesenanganku.Hatiku telah enggan mencintai selain Engkau"
Rabi'ah al'Adawiyah pernah ditanya apakah beliau membenci syaitan lalu dia menjawab:
"cintaku kepada tuhan tidak meninggalkan ruang kosong di dalam hatiku untuk benci syaitan'
Itulah pengalaman seorang sufi yang mabuk dengan cinta kepada kekasihnya.Cinta seorang hamba kepada penciptanya.Inilah cinta sejati,cinta hakiki,cinta abadi yang akan kekal selamanya.
Teringat saya kepada lirik lagu Dewa...."LASKAR CINTA..SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA..MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI..VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA..DAN BUSUKKAN HATI..LASKAR CINTA..AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA..KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA UMAT MANUSIA"
Bila agaknya kita akan mabuk cinta kepada tuhan ya?
No comments:
Post a Comment