Muktamar Sanawi ABIM ke 36 dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa:Analisis Kedudukan Islam di Malaysia Pasca 50 tahun kemerdekaan-SMAKL,Kepong-17-19 Ogos 2007
Saya turut serta dalam program ini atas jemputan sahabat dari PKPIM.Saya agak tertarik dengan senarai pembentang yang bakal membentangkan kertas kerja mereka pada seminar tersebut antaranya Prof Wan Mohd Nor Wan Daud(pembantu/anak murid Syed Naquib Al-Attas di ISTAC suatu ketika dahulu)Adian Husaini(Majlis Ulama Indonesia-banyak menulis buku berkenaan Islam Liberal,Dr Muhammad Nur Manuty(bekas Presiden ABIM-sempat bersama beliau dalam program Temu Pemuda Serantau 1 di Yogyakarta,Indonesia ),Dr.Muhammad Nor Nawawi,Tuan Haji Pawanchek Merican dan Proffesor Dr.Abdul Aziz Bari
Setibanya saya di sana,saya diminta untuk mendaftar sebagai sukarelawan memandangkan pihak penganjur memerlukan sukarelawan.Sebagai sukarelawan ,tiada bayaran dikenakan untuk mengikuti seminar tersebut.Saya menjaga kaunter pendaftaran,mengedar kertas kerja,beg, dan lain-lain.
Seminar yang menampilkan tokoh-tokoh hebat ini cukup bermakna buat saya.Pelbagai ilmu berkenaan pemikiran dan pendedahan tentang cabaran dan kedudukan Islam di Malaysia yang dapat saya kutip dalam seminar ini.
Satu hal yang menarikperhatian saya berkenaan pembentangan oleh Adian Husaini yang mendedahkan agenda Kristian di Indonesia.Melalui klip video yang dipaparkan kelihatan sekumpulan penganut Kristian Indonesia di Gereja , lelaki dan perempuan yang berpakaian seakan-akan orang Islam membuat satu bulatan dan mencaci-caci Al-Quran yang dihamparkan di lantai.
Begitu juga didedahkan tentang penerbitan buku-buku yang tajuknya seakan-akan buku agama Islam ,rupa-rupanya buku penerbitan Kristian.
Para peserta seminar turut digemparkan dengan klip video di gereja yang mana memaparkan seorang wanita kristian di gereja seakan-akan memperdengarkan taranum Al-Quran dan rupa-rupanya bacaan kitab ajaran Kristian. Adian Husaini turut mendedahkan gerakan Islam Liberal di Indonesia dengan kupasan yang cukup menarik.
Menyertai program sebegini meningkatkan lagi semangat saya untuk terus menuntut ilmu terutamanya berkenaan akidah , pemikiran dan terus aktif melibatkan diri dalam gerakan pemuda Islam.
Semoga ilmu yang diperolehi meningkatkan lagi ketakwaan dan mendekatkan lagi jiwa hamba kepada tuhan .Amin!!!
No comments:
Post a Comment