Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Thursday, June 12, 2014

Syarahan Imam Feisal Rauf di IAIS

Saya berkesempatan hadir ke syarahan Imam Feisal Rauf anjuran IAIS baru-baru ini.Sebelum ini PKPIM pernah menganjurkan syarahan oleh Imam Feisal Rauf yang diadakan di UIA PJ.Ketika itu Dato Fauzi dari Cordoba Initiative memaklumkan kepada saya yang ketika itu bersama PKPIM tentang kehadiran Imam Feisal Rauf ke Malaysia dan minatnya untuk bertemu dan berdiskusi dengan anak-anak muda Malaysia.Lantas saya segera memaklumkan kepada pimpinan PKPIM yang segera bertindak pantas untuk mengatur dan menguruskan sesi syarahan tersebut.

Dalam syarahan Imam Feisal Rauf di IAIS,beliau menyentuh aspek hak-hak kemanusiaan dan memaklumkan projek terkini beliau bersama beberapa orang tokoh(antara nama yang beliau sebut ialah  Prof Ali Mazrui dan juga Prof Recep Senturk dari Turki,saya pernah bertemu dan menghadiri satu program bersama Prof RecepSenturk beberapa tahun yang lalu di Istanbul dan bagi saya penguasaan beliau terhadap beberapa cabang ilmu cukup mendalam)

Imam Feisal juga mengupas hubungan antara agama dan politik,menegaskan bagaimana isu politik yang tidak sepatutnya dijadikan isu agama dan menyifatkan konsep negara islam-daulah islamiyah yang sering diwar-warkan itu sebagai satu konsep baru yang tidak wujud sebelum ini.
Beliau mengupas secara ringkas pendekatan tokoh-tokohseperti Rashid Ridha dan Muhammad Abduh.

Beliau juga menyelar sikap sesetengah kelompok yang menganggap hanya satu pandangan  sahaja yang betul manakala yang lain dianggap sebagai tidak islamik dan berlakunyakafir-mengkafir yang cukup berbahaya.

Beliau mahukan masyarakat menekankan aspek Maqasid Syariah,hal-halkeadilan sosial(melawan ketidakadilan),urus tadbir yang baik,hal-hal kesihatan,demokrasi,maruah insan,kebebasan bersuara,mewujudkan masyarakat yang lebih baik,dan membantuorang ramai.

Beliau menyarankan umat Islam memberi fokus kepada isi ajaran islam dan bukan sekadar label dan memahami pelbagai konsep dengan cukupsempit. Beliau meminta agar kita lebih kritis terhadap konsep-konsep seperti negara Islam,bank Islam,perubatan Islam dan lain-lain yang dilabelkan dengan nama Islam bahkan mahukan pihak yang memperjuangkan hal tersebut memberikan definisi yang lebih jelas terhadapkonsep-konsep tersebut. 

Beliau juga mengupas ayat Quran dimana sering perkataan beriman itu disusuli dengan perkataan amalan yang solih dan beliau mahukan agarkita lebih ke hadapan dalam membantu anak yatim dan orang miskin.

Beliau juga menekankan kepentingan memperjuangkan asas  keadilan-rahmat-hikmah .

Menjawab persoalan hadirin yang hadir dan bertanyakan soalan,Imam Feisal menegaskan betapa sewajarnya umat Islam tidak sekadar merujuk  Al-Quran dan hadith sahaja bahkan perlu berijtihad,mengkaji pandangan pelbagai mazhab dan tidak sesekali melupakan warisan keintelektualan.

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics