Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Friday, June 27, 2014

Sayap pemuda IYG-UNIW

Ketika IYG 3 di Indonesia dahulu,bangkit seorang peserta dari Indonesia yang telah mengikuti IYG 1-2 dan bertanyakan kepada pihak penganjur bila sayap pemuda UNIW akan ditubuhkan?(memandangkan ia sudah dibincangkan pada sesi IYG sebelum itu).Beliau memberitahu saya beliau kurang berpuas hati selagi mana sayap pemuda UNIW itu tidak ditubuhkan secara rasmi.

Sayap pemuda UNIW itu mengikut perancangannya akan mengumpulkan kembali alumni2 IYG dari IYG 1 hingga IYG yang terkini.Ketika itu pihak penganjur menjawab akan cuba ditubuhkan sayap pemuda UNIW itu tetapi tidak akan tergesa-gesa dan akan dirancang penuh teliti terlebih dahulu sebelum diisytiharkan penubuhannya.

Khabarnya sayap pemuda UNIW (alumni IYG) itu sudah pun ditubuhkan dan digerakkan.

Saya harapkan perwakilan peserta Malaysia yang menyertai IYG kali ini membangkitkan isu alumni IYG ini.Jika dikumpulkan kembali para peserta IYG 1- IYG 11,banyak perkara yang boleh digerakkkan untuk program anak muda-belia ini.

Kelemahan dalam meneruskan hubungan -jaringan dengan para alumni IYG perlu diperbaiki.

Pihak IYG boleh mengambil contoh satu program anak muda yang saya daftar sebagai peserta di Geneva 2 tahun lalu(minit2 akhir saya tidak jadi mengikuti acara tersebut),oleh kerana saya sudah mendaftar dan diterima sebagai peserta,sehingga kini(walaupun tidak mengikuti acara tersebut) saya masih dapat email maklumat perkembangan program-buletin bergambar yang memaparkan aktiviti program tersebut-artikel2-resolusi-cadangan idea-rumusan program dll yang menampakkan keprihatinan penganjur kepada para peserta dan calon peserta.

Senarai nama -maklumat peserta IYG juga perlu didokumentasikan.'Koleksi resolusi' pastinya perlu disemak semula dan dirangka gerak kerja perlaksanaannya.Oleh kerana bab gerak kerja perlaksanaan itu yang sedikit sukar dan memerlukan tenaga manusia,oleh kerana itulah pentingnya menghubungi semula alumni2 IYG itu.Paling penting juga pastinya komitmen alumni2 IYG tersebut.




Catatan awal pagi selepas mengikuti sedikit sebanyak perjalanan IYG terkini dan selepas bergembira melihat kekalahan Italy ditangan Uruguay walaupun tak berapa suka 'lakonan' Suarez

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics