Bola sepak tanpa seni dan falsafah ?
Selepas
lama tak ke stadium menonton bola sepak(dulu sekali sekala juga ke
stadium hanya untuk hadir program politik-konsert anti
perang/kemanusiaan),sempat ke Stadium Shah Aam melihat pasukan negeri
terchinta Selangor vs PKNS dengan harapan Selangor mampu mencapai
kemenangan dan menafikan peluang JDT untuk meraih kejuaraan
liga.Walaupun Selangor gagal bergelar juara liga kali ini ,harap
Selangor akan menang dalam Piala Malaysia nanti
Selalu menonton bolasepak melalui kaca tv,sekali sekala eloklah kita
berkunjung ke stadium untuk menonton secara langsung.Walaupun sukar
menonton ulangan aksi tidak seperti siaran tv,sorakan penyokong yang
cukup bersemangat memeriahkan suasana stadium.
Walaupun saya
tidak suka sebilangan penonton taksub mengkhinzirbuta yang mendahulukan
emosi berbanding aqal waras dan bertindak mengalahkan jurulatih bahkan
menjadi 'jurulatih' di luar padang dengan ilmu perasan pandai dan suka
memaki hamun mencarut kepada pemain yang melakukan kesilapan.
Suasana stadium yang meriah dengan penonton yang memakai jersi pasukan
kesayangan mereka,'ombak' penonton,bunyi gendang semangat dan aksi kelab
penyokong 'tukang sorak' dengan pelbagai lagu semangat mereka,suasana
paling menarik dalam stadium pastinya tatkala cubaan gol dan jaringan
goooooooooooooool !
Mereka yang membesar pada zaman
kegemilangan bola sepak Selangor pastinya akan teringat kenangan mereka
menghafal nama2 pemain bola sepak pilihan mereka,nombor jersi
pemain,teknik-strategi pasukan,mengantung-melekat gambar pasukan dll
Antara kenangan saya pastinya ketika bersama sepupu2-adik2 menonton
perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di tv orang
kampung di Kedah tatkala menghadiri kenduri pada malam hari dimana kami
yang'nenekmoyang' berasal dari Kedah tetapi membesar di Selangor
merupakan penyokong tegar pasukan Selangor bukannya Kedah,di depan orang
kampung yang menyokong Kedah sepupu saya menjerit kuat 'gooool !'
ketika Selangor menjaringkan gol.Mujur orang kampung kami tidak
terlampau taksub,jika tidak pasti kami yang menjadi lauk kenduri pada
malam tersebut
Kali pertama saya menonton bola sepak di stadium bukannya di Malaysia
tetapi di Kaherah,Mesir ketika berkunjung ke sana(pertemuan 2 kelab
paling hebat di Mesir) dan tamat perlawanan malam itu saya berjanji
tidak mahu lagi menonton bolasepak di stadium di Mesir memandangkan
sebilangan(kalau bukan kebanyakan)penonton mereka hadir ke stadium
bukannya mahu menonton bolasepak tetapi lebih suka
menyanyi-menari,membuat bising dan pastinya
bergaduh-bertengkar-bertempur-
Bola sepak tanpa seni dan falsafah itu akan membunuh hakikat dan makna diri bola sepak
No comments:
Post a Comment