Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Friday, June 27, 2014

Hasil perjumpaan 3 Profesor(Syafii Maarif-Dzulkifli Razak-Wan Mokhtar)

Sembuh demam terus selepas hadir syarahan Prof Dr Syafii Maarif(Indonesia) Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak(Malaysia) dan ziarah Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Malaysia).Cuma demam Piala Dunia 2014 sahaja yang tak sembuh-sembuh.Mata panda

Antara isi penting hasil penyampaian mereka yang saya boleh simpulkan disini ialah :-

Prof Dr Syafii Maarif

1)Kepentingan membawa pendekatan universal Islam,moderat,inklusif
2)Perlu tetap menjaga persaudaraan dan 'berbeza dalam persaudaraan dan bersaudara dalam perbezaan'
3)Jangan memberhalakan sejarah permusuhan sunni vs syiah,tetapi perlu buka-teroka wacana-wacana baru
4)Perlu prihatin kepada rakyat miskin-anak yatim-orang yang dalam kelaparan
5)Perlu serius melawan kebodohan-buta huruf-kemiskinan
6)Tidak sesekali menutup pintu ijtihad dan menekankan peranan aqal-rasional
7)Mengaktifkan gerakan ilmu -gerakan budaya dan memberi keutamaan kepada soal tauhid-keadilan
8) Islam agama yang pro orang miskin tapi anti kemiskinan

Profesor Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak

1)Universiti perlu menekankan soal budaya nilai-etika Melayu-Malaysia
2)Besarnya peranan perpustakaan-universiti dalam melonjak budaya ilmu
3)Perlu disemarakkan kajian penyelidikan dan menggerakkan pusat penterjemahan
4)Perlu banyakkan lagi kedai buku-perpustakaan bukannya pusat membeli belah atau mewujudkan pusat beli belah yang ada banyak kedai buku-ada perpustakaan
5)Tidak membahaskan soal Renaissance Barat sahaja bahkan ‘Renaissance’ lain-lain juga
6) Universiti perlu menekankan asas ilmu seperti sejarah dan falsafah
7)Berhati-hati dengan sains teknologi tanpa ruh
8)Penekanan terhadap ‘humaniversity-insaniversity’ dan fokus terhadap maruah manusia-nilai kemanusiaan
9)Mengkritik universiti yang terlampau bergantung kepada pemikiran mekanikal-berpaksi KPI-tanpa ruh-dan penggunaan istilah ‘modal insan’
10) Kepentingan penekanan terhadap hati-qalbu dan pendidikan yang berpaksi kepada fitrah berakar umbi pada qalb insan-keinsanan
11) Kita jangan sekadar banyak berborak tetapi juga perlu menulis-membuat dokumentasi
12) Pendidikan ilmu yang menekankan aspek nilai budaya dan budi bahasa-budi pekerti-budi bicara
13)Banyak mengkaji kata-kata pujangga Melayu

Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff

1)Perlu membuka pintu ijtihad seluasnya dan tidak terhad terhadap pandangan imam-imam-mazhab tertentu sahaja
2)Ketaksuban terhadap sesuatu pandangan-imam-mazhab boleh menjejaskan kreativiti-inovasi umat
3)Tidak bergantung kepada seorang tokoh-individu atau taksub membuta tuli hanya kepada seorang individu
4)Kepentingan membina rangkaian jaringan ilmuan-persaudaraan antara alam Melayu -Nusantara-negara ASEAN
5)Kepentingan guru-perguruan dan peranan sebagai ‘muaallim’ muadib’ ‘murabbi’ dll
6) Kepentingan menghentikan permusuhan kelompok Sunni vs Syiah dan agenda memecah belahkan perpaduan ummat
7) Kepentingan perjuangan Bahasa Melayu dan pemerkasaan hal-hal pemikiran

Nota kaki: Kesimpulan Piala Dunia 2014 setakat ini pula :-

1) Jangan gigit orang macam Suarez
2) Jangan terlampau yakin dan menyangka kita sudah menang lantas membuat sedikit kesilapan-kealpaan seperti Ivory Coast
3) Jangan bergantung hanya kepada seorang individu seperti Portugal
4) Tetap tidak putus asa dan berjuang mati-matian walaupun lawan memandang remeh kekuatan kita seperti Costa Rica
5) Jangan ‘kembang hidung’ dan perasan sudah kuat seperti Sepanyol
6) Jangan banyak propaganda media seperti England

debat bukan budaya kita?

Tempoh hari sahabat Indonesia mengikuti pilihanraya umum Malaysia namun mereka sama sekali tidak berpeluang menonton debat Najib Razak vs Anwar Ibrahim kerana sama sekali ia tidak pernah diadakan.Kini kita di Malaysia mengikuti pula pemilu Presiden Indonesia dan kita di Malaysia berpeluang menonton debat antara Jokowi vs Prabowo.

Semoga Pilihanraya Umum Malaysia akan datang kita boleh saksikan debat antara calon Perdana Menteri Malaysia dan tiada lagi suara 'debat bukan budaya kita' .

Nota kaki: Debat antara kanak-kanak pusat pengasuhan kanak-kanak dan budak tadika sahajalah

Jokowi vs Prabowo ?

Baca akhbar hari ini dan ada pandangan yang mengatakan persaingan sengit Jokowi vs Prabowo sebagai Presiden Indonesia boleh ditentukan oleh undi rakyat Indonesia di Malaysia.Siapa pilihan rakyat Indonesia ya ? No 1 atau No 2 ?

Saya pilih No 3: Ahmad Dhani Dewa 19 oppppps ,ada kontroversi terbaru lagu beliau untuk Prabowo-Hatta..We Will Rock You versi Ahmad Dhani .Pakaiannya dikatakan menyerupai tokoh Nazi Jerman.Mungkin Ahmad Dhani sokong pasukan Jerman vs Amerika hari ni kot? oppps

membawa umat Islam di Malaysia ke dalam lubang kubur.

Wacana yang ditempel nama Islam di Malaysia tetapi sekadar berbicara soal permusuhan sunni vs syiah,sufi vs salafi ,pengembangan arabisasi-berlumba-lumba mahu 'menjadi orang Arab',memperbesar2kan perbezaan2 pandangan khususnya dalam hal ritual-fiqh,label melabel,merasa hanya satu pandangan sahaja yang paling benar-tepat dan yang lain yang berlawanan dengan pandangan kita dikira sesat-keliru,penuh dengan retorik2 yang tidak berasaskan realiti,terlampau terikat dengan simbol sambil mengabaikan isi dll itu sebenarnya hanyalah akan membawa umat Islam di Malaysia ke dalam lubang kubur.

Gigitan Suarez

Dalam bolasepak selain baling,sepak-tendang,tanduk ada juga teknik terbaru iaitu GIGIT

Islam peradaban vs Islam slogan-retorik-simbol-ritual

Islam peradaban yang berteraskan kekuatan ilmu dengan segala kegiatan keintelektualan-penyelidikan ilmiah-penulisan-karya2-buku-penterjemahan-perpustakaan-wacana-kegiatan berfikir dll yang dilihat sukar bagi mereka membuatkan mereka mengambil jalan pintas dengan membawa versi 'islam' yang sekadar slogan-retorik-simbol-ritual ditambah pula dengan versi penafsiran Islam yang rigid, terlampau terpaku kepada teks-kitab, taklid membabi buta,menafikan peranan aqal-ijtihad- dll

tindakan bodoh membakar bendera Amerika Syarikat

Sikap segelintir umat islam dan ngo Islam di Malaysia yang terlampau membenci apa sahaja yang berkaitan Amerika Syarikat hanya akan menyusahkan umat islam di Amerika Syarikat sahaja.Ini ditambah pula dengan tindakan bodoh membakar bendera Amerika Syarikat ketika berdemonstrasi misalnya.Atas nama membela Islam,mereka telah mencalar imej Islam dan menyusahkan umat Islam yang lainnya.

Buka puasa anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur

Semak email dan baru dapat 1 email jemputan ke majlis berbuka puasa pertama untuk Ramadhan nanti.Cuba teka jemputan dari siapa? jeng jeng jeng

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur

Harap Arus Baru tak melabel saya sebagai agen Amerika Syarikat-pengkhianat negara dll tau

Notakaki: Saya lawan arus

menghapuskan' wacana permusuhan

Apabila bersembang berdiskusi dengan kawan2 tentang kepentingan 'menghapuskan' wacana permusuhan seperti sunni vs syiah,sufi vs salafi dll,selalunya akan dibangkitkan isu (khususnya sunni vs syiah) persoalan seperti

-'agak sukar kerana ia dah berlarutan bertahun2 lamanya'
-'jangan mimpilah,dah ramai tokoh yang cuba lakukan tapi gagal' dll

Sewajarnya generasi muda khususnya meletakkan sedikit(kalau bukan sebanyak ) optimis dan berusaha menggalakkan lebih ramai anak muda supaya 'mematikan' menghapuskan' 'menutup' wacana2 permusuhan tersebut.

Tapi agak malang juga memandangkan ramai juga anak muda yang masih meneruskan wacana usang lagi tidak membangunkan ummat sedemikian akibat 'terhasut' 'terpedaya' termakan pujukan' apa yang dipanggil 'guru'2 'ustaz2' tok guru2' mereka dan yang masih terpaku kepada teks2 lama,mengitar semula pelbagai isu lama,tenggelam dalam perbahasan lama,akibat membaca secara tidak kritis karya2 -kitab lama, lama lama lama lama lama lama ...........

Sewajarnya juga generasi muda membuka wacana2 yang lebih segar dan untuk mengelakkan sedikit sebanyak dari terperangkap dalam isu2 yang sepatutnya tidak timbul pada zaman kontemporari yang penuh cabaran ini barangkali generasi muda boleh menyibukkan diri dengan isu2 seperti:-

-kemiskinan-penggangguran-kebuluran-nasib OKU-gelandangan-pesakit di hospital-HIV-warga tua-seni budaya-sastera-etika-anti perang-misi kemanusiaan-alam sekitar-hal2 pendidikan-keintelektualan- dll

Cukup-cukuplah dengan isu 'kitar semula' itu

wacana agama paling membosankan abad ini ?

Entah bila ustaz2 ustazah2 dalam tv Malaysia ni nak berhentikan wacana agama paling membosankan abad ini iaitu wacana permusuhan aswaja-sunni vs syiah vs sufi vs salafi vs ahbash vs ......... blablabla

Mereka tak ada kerja lain ke ?

Nota kakiku bukan kakimu:Sambil menukar siaran tv dari rancangan 'agama' ke rancangan siaran ulangan Piala Dunia 2014 yang lebih mencerahkan dan membuatkan aku berfikir tentang strategi-pengurusan organisasi-semangat berpasukan-perpaduan-perjuangan dll

Bola sepak tanpa seni dan falsafah ?

Selepas lama tak ke stadium menonton bola sepak(dulu sekali sekala juga ke stadium hanya untuk hadir program politik-konsert anti perang/kemanusiaan),sempat ke Stadium Shah Aam melihat pasukan negeri terchinta Selangor vs PKNS dengan harapan Selangor mampu mencapai kemenangan dan menafikan peluang JDT untuk meraih kejuaraan liga.Walaupun Selangor gagal bergelar juara liga kali ini ,harap Selangor akan menang dalam Piala Malaysia nanti

Selalu menonton bolasepak melalui kaca tv,sekali sekala eloklah kita berkunjung ke stadium untuk menonton secara langsung.Walaupun sukar menonton ulangan aksi tidak seperti siaran tv,sorakan penyokong yang cukup bersemangat memeriahkan suasana stadium.

Walaupun saya tidak suka sebilangan penonton taksub mengkhinzirbuta yang mendahulukan emosi berbanding aqal waras dan bertindak mengalahkan jurulatih bahkan menjadi 'jurulatih' di luar padang dengan ilmu perasan pandai dan suka memaki hamun mencarut kepada pemain yang melakukan kesilapan.

Suasana stadium yang meriah dengan penonton yang memakai jersi pasukan kesayangan mereka,'ombak' penonton,bunyi gendang semangat dan aksi kelab penyokong 'tukang sorak' dengan pelbagai lagu semangat mereka,suasana paling menarik dalam stadium pastinya tatkala cubaan gol dan jaringan goooooooooooooool !

Mereka yang membesar pada zaman kegemilangan bola sepak Selangor pastinya akan teringat kenangan mereka menghafal nama2 pemain bola sepak pilihan mereka,nombor jersi pemain,teknik-strategi pasukan,mengantung-melekat gambar pasukan dll

Antara kenangan saya pastinya ketika bersama sepupu2-adik2 menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah di tv orang kampung di Kedah tatkala menghadiri kenduri pada malam hari dimana kami yang'nenekmoyang' berasal dari Kedah tetapi membesar di Selangor merupakan penyokong tegar pasukan Selangor bukannya Kedah,di depan orang kampung yang menyokong Kedah sepupu saya menjerit kuat 'gooool !' ketika Selangor menjaringkan gol.Mujur orang kampung kami tidak terlampau taksub,jika tidak pasti kami yang menjadi lauk kenduri pada malam tersebut

Kali pertama saya menonton bola sepak di stadium bukannya di Malaysia tetapi di Kaherah,Mesir ketika berkunjung ke sana(pertemuan 2 kelab paling hebat di Mesir) dan tamat perlawanan malam itu saya berjanji tidak mahu lagi menonton bolasepak di stadium di Mesir memandangkan sebilangan(kalau bukan kebanyakan)penonton mereka hadir ke stadium bukannya mahu menonton bolasepak tetapi lebih suka menyanyi-menari,membuat bising dan pastinya bergaduh-bertengkar-bertempur-bergasak-bergocoh-dll yang sama maksud dengannya atau ringkas kata 'tak ada kerja'

Bola sepak tanpa seni dan falsafah itu akan membunuh hakikat dan makna diri bola sepak

Tragedi Ivory Coast dalam Piala Dunia 2014

Masa sudah masuk ke minit-minit akhir perlawanan.Hanya berbakikan masa tambahan sahaja.

Bila-bila masa sahaja pengadil boleh meniupkan wisel menamatkan perlawanan antara Greece dan Ivory Coast.

Kedudukan seri 1-1 ini akan membawa Ivory Coast layak ke pusingan seterusnya dalam Piala Dunia 2014 ini sekaligus menyingkirkan Greece.

Penyokong Ivory Coast kelihatan sudah mula menyambut kemenangan dan hanya menanti pengadil meniup wisel penamat sahaja.

Tanpa disangka-sangka seorang pemain Ivory Coast melakukan kesilapan dan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Greece.

Penyokong Greece mula menaruh harapan sekaligus keajaiban.

Penalti yang sangat mendebarkan.

Dan GOOOOOOOOOOOOOOOOL untuk pasukan Greece .

Kedudukan kini 2-1 dan akhirnya pengadil meniupkan wisel penamat yang juga menamatkan riwayat Ivory Coast pada Piala Dunia 2014 ini.Air mata darah mengalir di Ivory Coast………………..

Pengajaran: Berjuanglah mati-matian sehingga tiupan wisel penamat yang terakhir,selagi pengadil belum meniupkan wisel penamat selagi itulah kita masih berpeluang untuk menang ataupun kalah

IYG Indonesia-Maghribi-Turki

International Youth Gathering(IYG) anjuran Union of NGO of Islamic World(UNIW) berpusat di Turki ini memang menarik.

Saya sempat mengikuti IYG 3 di Indonesia-IYG 5 di Maghribi-IYG 6 di Turki.

Ketika IYG 3 dahulu kami para peserta berpeluang bertemu dengan tokoh2-menteri-melawat Parlimen Indonesia -mendengar pembentangan wakil2 ngo-negara dan mengetahui isu2 pendidikan-perang/konflik-ngo,mencuba pelbagai permainan di Ancol-flying fox dan bermain bola sepak dalam keadaan 2 belah mata ditutup di puncak bukit di bandung

Di IYG di Maghribi pula kami berpeluang ke kediaman penasihat raja Maghribi-tokoh pemikir Maghribi,melawat kementerian,ngo2-yayasan-universiti-mendengar pembentangan gerak kerja ngo2 seluruh dunia,belajar tentang masyarakat madani-gerak kerja organisasi belia

Manakala di IYG Turki pula kami berpeluang mendengar pembentangan kertas kerja oleh seorang tokoh Profesor Recep Senturk,beramah mesra bersama pimpinan pemuda AKP,melawat pelbagai yayasan waqaf-ngo-mengikuti Bosphorus Tour-belajar tentang gerak kerja yayasan waqaf-gerakan anak muda

Secara umumnya program IYG ini menekankan aspek jaringan persahabatan-persaudaraaan anak muda antarabangsa-pengisian intelektual-mempelajari hal2 isu antarabangsa-kepentingan gerak kerja ngo-masyarakat madani-gerakan pendidikan-aktiviti santai-budaya

Notakaki: Catatan santai kenangan ringkas IYG ketika waktu rehat perlawanan Greece vs Ivory Coast

Sayap pemuda IYG-UNIW

Ketika IYG 3 di Indonesia dahulu,bangkit seorang peserta dari Indonesia yang telah mengikuti IYG 1-2 dan bertanyakan kepada pihak penganjur bila sayap pemuda UNIW akan ditubuhkan?(memandangkan ia sudah dibincangkan pada sesi IYG sebelum itu).Beliau memberitahu saya beliau kurang berpuas hati selagi mana sayap pemuda UNIW itu tidak ditubuhkan secara rasmi.

Sayap pemuda UNIW itu mengikut perancangannya akan mengumpulkan kembali alumni2 IYG dari IYG 1 hingga IYG yang terkini.Ketika itu pihak penganjur menjawab akan cuba ditubuhkan sayap pemuda UNIW itu tetapi tidak akan tergesa-gesa dan akan dirancang penuh teliti terlebih dahulu sebelum diisytiharkan penubuhannya.

Khabarnya sayap pemuda UNIW (alumni IYG) itu sudah pun ditubuhkan dan digerakkan.

Saya harapkan perwakilan peserta Malaysia yang menyertai IYG kali ini membangkitkan isu alumni IYG ini.Jika dikumpulkan kembali para peserta IYG 1- IYG 11,banyak perkara yang boleh digerakkkan untuk program anak muda-belia ini.

Kelemahan dalam meneruskan hubungan -jaringan dengan para alumni IYG perlu diperbaiki.

Pihak IYG boleh mengambil contoh satu program anak muda yang saya daftar sebagai peserta di Geneva 2 tahun lalu(minit2 akhir saya tidak jadi mengikuti acara tersebut),oleh kerana saya sudah mendaftar dan diterima sebagai peserta,sehingga kini(walaupun tidak mengikuti acara tersebut) saya masih dapat email maklumat perkembangan program-buletin bergambar yang memaparkan aktiviti program tersebut-artikel2-resolusi-cadangan idea-rumusan program dll yang menampakkan keprihatinan penganjur kepada para peserta dan calon peserta.

Senarai nama -maklumat peserta IYG juga perlu didokumentasikan.'Koleksi resolusi' pastinya perlu disemak semula dan dirangka gerak kerja perlaksanaannya.Oleh kerana bab gerak kerja perlaksanaan itu yang sedikit sukar dan memerlukan tenaga manusia,oleh kerana itulah pentingnya menghubungi semula alumni2 IYG itu.Paling penting juga pastinya komitmen alumni2 IYG tersebut.




Catatan awal pagi selepas mengikuti sedikit sebanyak perjalanan IYG terkini dan selepas bergembira melihat kekalahan Italy ditangan Uruguay walaupun tak berapa suka 'lakonan' Suarez

buang falsafah-seni-sastera dalam tong sampah ?

Semaju maju Jerman tetap tidak melupakan falsafah-seni-sastera dan lain-lain.Kita yang belum maju tapi perasan maju senang-senang buang falsafah-seni-sastera dalam tong sampah

Catatan IYG

Sedar tak sedar sudah berlangsungnya IYG-International Youth Gathering anjuran UNIW- Union of NGO of Islamic World yang ke 11.

Saya sempat mengikuti acara IYG yang ke 3(Indonesia),ke 5 (Maghribi) dan ke 6 (Turki).

Sedikit perkongsian catatan saya di program IYG 5 dan IYG 6 disini:-

1)IYG 5 Maghribi

-http://imyg2011.blogspot.com/2011/06/catatan-kembara-ke-maghribi-bahagian-1.html

-http://imyg2011.blogspot.com/2011/06/catatan-kembara-ke-maghribi-sambungan.html

2)IYG 6 Turki

-http://ilmuwan/-w.blogspot.com/2011/10/11-julai-2011.html

Acara IYG ini sangat bagus untuk pembinaan jaringan anak muda di peringkat antarabangsa.Bentuk programnya bercampur antara santai dan serius misalnya siri lawatan ke tempat bersejarah-perjumpaan bersama tokoh pemikir-lawatan ke ngo masyarakat madani-pembentangan wakil negara/ngo,program budaya dll

Sedutan tulisan Prof Syafii Maarif

Minggu ini nenek tiri saya meninggal dunia di Kedah,dan saya jatuh demam-batuk-selesema-pening kepala 2-3 hari + demam bola sepak Piala Dunia 2014.

Ini antara alasan saya tidak berjaya siapkan artikel yang saya cadang hendak siapkan berkenaan pemikiran Buya Prof Syafii Maarif yang akan hadir dalam Seminar Pemikiran Reformis esok pagi.

Apapun saya akan kongsikan sedikit koleksi isi penting hasil bacaan saya terhadap pemikiran beliau dalam buku lama beliau 'Al Quran,Realitas Sosial dan Limbo Sejarah(Sebuah Refleksi)' dan kata pengantar beliau dalam buku 'Muhammadiyah dan NU Reorientasi Wawasan Keislaman'

Al Quran,Realitas Sosial dan Limbo Sejarah(Sebuah Refleksi)

Al-Quran,pemeluk beriman dan limbo sejarah

Dengan demikian lembaran sejarah pemeluk beriman juga penuh oleh darah saudara seagama padahal Al-Quran dengan bahasa keras dan tajam mengatakan bahwa pemeluk beriman itu wajib bersaudara.persaudaraan yang melambangkan kekuatan sebagai ummat yang satu.Mengapa perbedaan pendapat dalam politik,teologi dan fiqh telah merunyamkan barisan persaudaraan kita?Padahal sejarah menunjukkan bahwa dalam pemikiran tidaklah mungkin kita mempertahankan satu ijma’(consensus) tapi untuk soal-soal praktis kemasyarakatan memang semacam ijma’ yang tidak terlalu ketat diperlukan –mukasurat 3

Malek Bennabi(meninggal 1973) telah mengemukakan suatu teori yang menarik tentang masalah ini.Teori itu pada pokoknya mengatakan bahwa ummatIslam dijajah adalah karena mereka punya mentalitas yang memang pantas dijajah.Teori ini terasa kejam tapi tampaknya didukung oleh kenyataan-muka surat 3

Dengan demikian kita sebenarnya punya kesempatan yang baik sekali untuk memulai sesuatu yang segar dalam merumuskan sebuah pandangan dunia(worldview) berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang otentik untuk memenuhi keperluan kita pada abad ini.Sedangkan karya-karya klasik sarjana/ulama Islam kita pakai sebagai bahan perbandingan.Sebagai bahan perbandingan,kita dengan demikian adalah bebas untuk menerima atau menolak pendapat-pendapat mereka.
Dengan kata lain,bukanlah sebuah dosa untuk meninjau kembali isi syari’ah yang sebagian besar adalah hasil ijtihad sarjana/ulama/pemikir Muslim masa lampau –muka surat 4-5

Pertanyaan kita sederhana saja: Apakah kita tidak termasuk mayoritas manusia yang memalingkan telinga dari kebenaran dan amat malas berfikir?Mari kita berkaca diri !-muka surat 6

Al-Quran dan pembentukan kelompok ulu’l-albab

Dalam pada itu pada masa yang bersamaan dalam masyarakat Muslim tersebar pula ajaran-ajaran sesat yang mengkhotbahkan perlunya ditumbuhkan sikap membenci dunia.Pengikut-pengikut ajaran ini mengatakan bahwa dunia buat si kafir,sedangkan akhirat buat si Muslim.Disini ajaran Al Quran sudah dibenamkan ke bawah debu-debu ajaran mistik yang tidak bertanggungjawab.Akibatnya,si Muslim awam menjadi korban untuk sekian kalinya oleh ajaran Islam yang sudah diputarbalikkan itu.Iman ummat menjadi rusak,akhlak binasa,sedangkan mutu kehidupan Muslim secara keseluruhan berada dalam situasi yang sangat memelas.Al Quran yang berorientasi ke depan menjadi tidak berdaya di tangan ‘dukun-dukun’ agama yang biasa memperjualbelikan ayat-ayat kitab suci dengan harga yang sangat rendah- muka surat 13-14

Si Muslim telah kehilangan kepercayaan kepada dirinya.Mereka sudah tidak berpikir lagi.Islam telah menjadi agama elit,dipahami hanya dan itupun secara parsial,oleh kelompok tertentu dalam suatu masyarakat.Keadaan semacam ini sudah tentu bertentangan sama sekali dengan pernyataan Al-Quran sebagai () (petunjuk bagi manusia).Al Quran sebenarnya dari halaman pertama sampai terakhir menyatakan perang terhadap elitism dalam pemahaman agama.Kitab suci ini terbuka buat setiap manusia,asal ia punya hati dan otak yang pro kepada kebenaran dan kebaikan.Oleh sebab itu jarak pengertian tentang Islam antara si awam dan mereka yang pandai harus semakin diperciut hingga keawaman itu musnah dari permukaan hati ummat.Ummat yang cerdas tidak mudah dipermainkan oleh pemimpin dan sarjana yang kurang bertanggungjawab-muka surat 14

Tetapi kata Toynbee pada abad sekarang kita menyaksikan sebuah ‘jurang moralitas’ (morality gap):teknologi mencatat kemajuan-kemajuan kumulatif sementara moralitas mengalami kemerosotan dari hari ke hari.Akibatnya cukup fatal,yaitu penyalahgunaan ilmu dan teknologi bagi kehancuran ras manusia.Lalu Toynbee menyimpulkan: ‘ Material power that is not counterbalanced by adequate spiritual power,that is,by love and wisdom,is a curse and not a blessing’(lih.Surviving the Future,1971,hal.41)(Kekuatan material yang tidak diimbangi oleh kekuatan spiritual yang memadai,yaitu oleh cinta dan kebijaksanaan,adalah sebuah kutukan bukan sebuah rahmat).Dan tragisnya,kata Toynbee,ummat manusia ternyata tidak kompeten dan tidak berhasil berurusan dengan dirinya sendiri.’The world in our time is being dehumanized,and this is distressing’(hal.43),katanya lebih jauh.(Dunia pada masa kita sedang mengalami tahap de-humanisasi,dan ini sangat memprihatinkan)-mukasurat 15-16

Seorang Mu’min sejati disamping punya integritas pribadi,juga hati-nurani-nya sangat peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi ummat manusia.Dia sadar betul bahwa manusia tidak mungkin hidup sendiri.Kesadaran inilah yang menimbulkan rasa kebersamaan dan solidaritas,bukan saja terhadap manusia seagama,tapi juga terhadap manusia yang beragama lain,asal prinsip saling menghormati dan menghargai dipegang teguh-muka surat 16
Ungkapan ulu’l-albab dalam bahasa modern dapat kita terjemahkan sebagai kaum intelektual beriman.Kelompok ini punya visi yang jauh ke depan,di samping punya kebijakan dalam menghadapi masalah-masalah masyarakat dan kemanusiaan-muka surat 18

Tetapi kelompok ulu’lalbab bukanlah kelompok elit yang terpisah dari denyutan nadi masyarakat luas,sebagaimana yang telah saya singgung di atas.Gerbang untuk menjadi ulu’lalbab terbuka bagi siapa saja yang beriman dan punya kepekaan nurani dalam menghadapi soal-soal krusial dalam kehidupan manusia-muka surat 19

Eksistensi manusia bertauhid di tengah perubahan sosial:Sebuah tinjauan Qurani
Menurut hemat saya,nilai eksistensi manusia bertauhid ditentukan oleh intensitas amal kebajikannya terhadap ummat manusia secara keseluruhan.Kebajikan ini terujud dalam bentuk tegaknya keadilan,persamaan,persaudaraan dan kedamaian dalam masyarakat manusia.Manusia menurut Al-Quran adalah sebuah keluarga besar() Inilah pesan universal Al Quran yang wajib direalisasikan oleh manusia beriman.Bukan semata-mata untuk dirinya,tapi juga untuk diri orang lain yang tidak seiman dengannya-mukasurat 28

..manusia beriman haruslah mampu memberi arah moral bagi setiap perubahan sosial.Kegagalan memberi arah yang benar ini dapat berarti kegagalan kita sebagai manusia beriman.Tetapi hendaklah diingat bahwa memberi arah yang benar itu hanyalah mungkin bila kita sendiri menghayati hakekat perubahan itu hingga kita tahu betul dimana kita berada sekarang dan akan ke mana kita harus berangkat.Oleh sebab itu pendekatan induktif dalam membaca perubahan sosial haruslah dikawinkan dengan pendekatan deduktif yang bersumber dari ajaran.Untuk membumikan suatu ajaran hanyalah mungkin bila kita memiliki data sosial yang memadai.Manusia beriman sebagai konsekuensi logisnya adalah manusia yang berdiri paling depan dalam memberikan alternatif-alternatif moral bagi suatu perubahan,setelah ia lebih dulu memelopori kehidupan bermoral itu.Di antara indikator orang yang beriman yalah kepekaan nuraninya yang tajam terhadap masalah moralitas dan keadilan.Bila indikator ini tidak tampak,boleh jadi itu berarti bahwa nuraninya telah lama tumpul dan karenanya perlu dipertajam lagi-muka surat 28

Apresiasi Tauhid

..kepercayaan kepada satu tuhan hanyalah akan punya makna bila dampaknya dalam kehidupan masyarakat berupa tegaknya keadilan dan kebersamaan dirasakan secara mantap oleh semua golongan.Tanpa dampak sosial ini maka prinsip tauhid barulah berada di awang-awang.Dan untuk membawanya turun ke bumi diperlukan perjuangan dan kerja keras-muka surat 35

Islam dan dasar negara di Indonesia

Bila orang mempelajari Al Quran dengan agak cermat,ia akan menemukan dua prinsip dasar yang tidak dapat dipisahkan.Dua prinsip dasar itu yalah prinsip tauhid dan prinsip keadilan.Keadilan disini mencakup ruang lingkup yang sangat luas seluas bidang kegiatan manusia itu.-muka surat 65-66

IAIN dan tantangan

Bung Hatta pernah mengemukakan bahwa ummat Islam itu hendaknya memakai filsafat garam:terasa tapi tidak kelihatan.Jangan pakai filsafat gincu:kelihatan menyolok tapi tidak terasa-muka surat 90

Dalam kesempatan lain Iqbal berkata: ‘Janganlah kamu mau menjadi deburan ombak yang berbunyi hanya ketika menghempas tepi pantai.Tapi jadilah air bah yang mengubah wajah dunia ini dengan amalmu’-muka surat 90

Perkembangan pemikiran tajdid dalam Islam

Tajdid adalah usaha dan upaya intelektual Islami untuk menyegarkan dan memperbaharui pengertian dan penghayatan ummat Islam terhadap agamanya berhadapan dengan perubahan dan perkembangan masyarakat.Kerja tajdid adalah kerja ijtihad yang sangat strategis dalam membumikan ajaran-ajaran Islam dalam konteks waktu dan ruang-muka surat 96

Ijtihad sebagai gerakan intelektual islami oleh mayoritas ulama telah dianggap tabu sejak kira-kira abad ke 10 M pada saat posisi mazhab-mazhab telah semakin mapan.Tapi siapa sebenarnya yang menutup pintu ijtihad itu tidak seorang pun yang tahu.Yang jelas yalah bahwa sejak abad itu bintang-bintang pemikir Islam sudah menjadi manusia langka dalam perputaran sejarah Islam.Ummat Islam secara keseluruhan tidak lagi berorientasi ke masa depan dalam posisi syuhada’ala ‘lnas atau umma wasath,tapi lebih senang menengok kepada kemegahan masa lampau yang telah hilang.Kelompok ulu’lalbab yang punya visi jauh ke depan hampir-hampir tidak muncul lagi ke permukaan-muka surat 96

Strategi dakwah

Dari tauhid mengalirlah prinsip keadilan dan kebersamaan yang menegaskan bahwa manusia itu satu famili dan oleh karena itu kesenjangan dan kezhaliman akibat struktur sosial yang sangat pincang harus diubah.Keimanan kepada satu tuhan dilengkapi dengan keimanan kepada hari akhir yang menegaskan prinsip rasa tanggungjawab manusia di seberang kehidupan ini-muka surat 13

Yang hendak kita ciptakan yalah sosok manusia dan masyarakat egaliter dimana persamaan,persaudaraan dan keadilan sebagai pancaran sinar tauhid dirasakan oleh seluruh anggota masyarakat sebagai suatu rahmat yang sejuk dan segar –muka surat 105

Konsep Islam tentang disiplin dan disiplin kehidupan

Di sini shalat yang dikerjakan atas dasar prinsip disiplin waktu melambangkan hubungan menaik manusia sebagai makhluk pilihan dengan Allah Maha Pencipta.Tapi kontak intim dengan langit ini haruslah bermuara dalam bentuk hubungan mendatar sesama manusia yang dilambangkan oleh zakat dan 1001 amal sosial lainnya.Bila kontak menaik dengan Allah ternyata tidak membawa dampak positif dan konstruktif dalam lalu lintas hubungan sosial sesama manusia,maka menurut Al-Quran kontak semacam itu adalah kontak mekanis yang tidak didukung oleh pengertian dan disiplin kesadaran beragama.Dengan kalimat lain,kontak seperti itu mungkin hanyalah sebuah pertunjukan hipokrisi ! –muka surat 130

Posisi ummat Islam terhadap perkembangan teknologi modern(Sebuah tinjauan moral-filosofis)

Berbeda dengan kelompok intelektual menara gading,ulu’lalbab adalah juga para ideolog yang ingin mengaktualisasikan gagasan-gagasan moral yang diyakininya dalam kehidupan masyarakat.Pendeknya mereka ingin membawa masyarakat secara bijak dan arif untuk menuju suatu dunia cita-cita yang sepenuhnya manusiawi tapi dengan landasan etik transcendental yang kokoh dan universal-muka surat 144-145

Yang menjadi soal kemudian yalah bahwa setelah tali lasso yang mencekik leher itu dicampakkan,ummat Islam masih belum mengerti betul bagaimana memperlakukan Islam dalam lalu lintas kehidupan modern.Kebekuan berpikir yang telah berlangsung cukup lama tampaknya memerlukan suatu operasi religio-intelektual secara besar-besaran-mukasurat 149

Oleh sebab itu sikap apresiatif terhadap kerja-kerja intelektual di kalangan ummat wajib kita galakkan dan kita bantu-muka surat 149

Disamping itu diperlukan pula kesabaran tingkat tinggi untuk menghidupkan sikap-sikap budaya toleran tidak saja terhadap pikiran-pikiran yang hidup pada golongan lain tapi juga terhadap kelompok-kelompok ummat kita sendiri yang kadang-kadang memakai ukuran hitam putih dalam menilai dan membaca suatu isyu apakah itu politik,sosial maupun agama.Sudah barang tentu dalam kita bersikap syarat kejujuran intelektual menjadi sangat mutlak.Dengan kata lain,komitmen kita kepada kebenaran adalah komitmen yang ikhlas dan itu memang kita pilih secara sadar dalam rangka memberi makna kepada kehadiran kita sebagai kelompok yang mau berpikir-muka surat 150

Arah moral dan wibawa moral-Pada hakekatnya seluruh gerakan kenabian bertujuan untuk memberikan arah moral bagi kemanusiaan.Dalam kasus Muhammad berdasarkan fakta sejarah,kekuasaan yang pernah digenggamnya adalah untuk menegakkan suatu tata sosio-politik yang etis.Beliau sadar betul bahwa tujuan terakhir dari kekuasaannya adalah moral.Dengan demikian peperangan yang dilancarkannya adalah untuk membumikan cita-cita moral ini dimana keadilan,persamaan,persaudaraan dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh anggota masyarakat tanpa memandang agama,asal usul dan latar belakang sejarah.Dengan demikian kemanusiaan Islam adalah kemanusiaan universal.Al-Quran memandang ummat manusia sebagai suatu famili besar(2:213,10:19).Perbedaan suku,bangsa dan letak jugrafi tidak punya makna yang esensial bagi cita-cita kemanusiaan sekalipun faktor-faktor ini dalam pengalaman empiris kita sering benar membawa bencana.Tapi keyakinan bahwa ummat manusia itu satu jangan sekali dilepaskan betapapun sifat tiranik dan bodoh kita sering benar menutup pembumian cita-cita itu-mukasurat 153-154

Kata pengantar buku Muhammadiyah dan NU Reorientasi wawasan keislaman

Dalam perspektif ini apa yang dikenal sebagai produk pemikiran Islam,klasik maupun modern,tetaplah ia terikat dengan ‘pasungan’ ruang dan waktu,dengan faktor-faktor lingkungan historis.Tidak terkecuali dalam kaitan ini pemikiran dalam fiqh,teologi,pendidikan,sosial,ekonomi,dan budaya.Dengan demikian sebagai hasil pemikiran yang ‘terpasung’ oleh ruang dan waktu itu tidak ada yang tidak boleh dipertanyakan.Selama kerja kajian ulang itu tetap berada dalam bingkai iman dan kepercayaan penuh akan kebenaran mutlak ajaran Islam,selama itu pulalah menurut hemat saya pintu terbuka bagi siapa saja yang punya otoritas untuk terus melakukannya.Islam bukanlah sebuah agama yang sibuk ‘mengurus’ Tuhan sementara para pemeluknya hina dan terkapar di bumi

ekstrimis agama ?

Entah ajaran sesat dalam Buddha mana yang dianut mereka yang membunuh umat Islam di Sri Lanka.Buddha terkenal dengan ajaran anti perang-pro kedamaian-keamanan-ketenangan.

Umat Islam perlu elakkan guna istilah ekstrimis Buddha seperti mana mereka tidak suka istilah ekstrimis Islam.

Elakkan mengaitkan apa jua bentuk keganasan dengan agama2 tertentu .

tongkang-bot karam

Kes tongkang-bot karam entah kali ke berapa sudah.Sudah berapa ramai yang meninggal dunia-lemas-hilang.

Kesian kepada mangsa yang mahu pulang ke tanah air mereka sempena Ramadhan-Aidilfitri.Barangkali desakan hidup memaksa mereka memilih kos yang paling murah untuk pulang.

Malangnya barangkali juga pihak tongkang-bot mengambil kesempatan dengan 'menyumbat' seramai mungkin penumpang melebihi had penumpang yang dibenarkan demi meraih keuntungan.

Sedikit pengalaman saya menaiki bot dari Brunei ke Limbang-Lawas,Sarawak dan dari Sipitang,Sabah ke Labuan menyaksikan kadangkala bab keselamatan penumpang kurang ditekankan

Quenn Elizabeth,patik mohon derhaka.

Sepanyol dah boleh balik,menanti England balik pula awal pagi ini.

Punyalah berjaya propaganda media England, dan media Malaysia yang masih dijajah,ramai juga rakyat Malaysia yang menyangka pasukan negara England kuat dan boleh pergi jauh dalam Piala Dunia.

Saya mengucapkan selamat balik England dan selamat tinggalkan Brazil kepada skuad bola sepak England.

Quenn Elizabeth,patik mohon derhaka.

Thursday, June 12, 2014

A Beautiful Mind

Ini wajib ditonton juga.

Berkenaan John Nash, pemenang hadiah nobel Ekonomi yang 'gila!'


Umar Mukhtar

Antara filem terbaik khususnya untuk anak muda yang mahu mengambil semangat perjuangan orang tua dan juga untuk orang tua yang mahu terus berjuang hingga ke akhir hayat.

Detik-detik menarik dalam filem ini antaranya sewaktu penjajah mahu menangkap individu utama yang mengatur strategi dan memimpin perang menentang penjajah dan akhirnya baru mereka mengetahui bahawa ia dipimpin oleh orang tua (yang sangat tua)yang bernama Umar Mukhtar.



Rakyat berhak murka

Rakyat berhak murka dengan sultan yang derhaka kepada rakyat.

'Kamu Sultan dari negeri mana?" ''Siapa sultan kamu?" 'Apa gelaran kamu?"

Tahukah anda bahawa tiada soalan kubur yang berbunyi 'Kamu Sultan dari negeri mana?" ''Siapa sultan kamu?" 'Apa gelaran kamu?"

P Ramlee seorang pemikir

Siapa Allahyarham Tan Seri(dapat selepas meninggal dunia) P Ramlee ?

Pengarah ,penyanyi,pelakon,pemuzik dll

Tak ramai yang menganggap beliau sebagai seorang pemikir.

Dato Jaafar Rahim pernah memberitahu saya dan rakan2 bahawa beliau pernah membentangkan kekuatan P Ramlee berbanding Albert Einstein dalam satu acara di Amerika Syarikat .

Menarik tulisan Shaharudin Idrus bertajuk 'Lensa pembandaran P Ramlee sarat mesej penting' (Rencana Berita Harian 9 Jun 2014 mukasurat 29)



Prof Syafii Maarif

Khabarnya IRF akan mengundang beliau untuk acara Seminar Pemikiran Reformis.

Pertama kali bertemu beliau di acara anjuran IAIS di Kuantan,Pahang .

Kami sempat berdiskusi beberapa perkara di sana(ketika acara berhenti berehat) khususnya berkenaan gerakan Muhammadiyah,Maarif Institute dan hal2 pemikiran-pendidikan.

Beliau ternyata tidak lokek berkongsi ilmu-pengalaman beliau.

Murid allahyarham Fazlur Rahman (jika tak silap saya)dan digelar allahyarham Gus Dur-Abdur Rahman Wahid sebagai salah seorang '3 pendekar dari Chicago' selain daripada Cak Nur-Nurcholish Madjid dan Amien Rais.




Tuduhan 'liberal' 'sesat' 'menyeleweng' 'keliru' terhadap tokoh pemikir

Tuduhan 'liberal' 'sesat' 'menyeleweng' 'keliru' terhadap tokoh pemikir yang membawa idea segar-pembaharuan dalam pemikiran selalunya hanyalah untuk mematikan hujah mereka yang tidak mampu dijawab oleh kelompok yang mengeluarkan tuduhan tersebut.

Setuju? Mengapa?
Tidak setuju? Mengapa?
Setuju dan tidak setuju? Mengapa?
Setuju untuk tidak setuju? Mengapa?
Tidak setuju untuk setuju? Mengapa?

geng perempuan bertudung labuh bersukan pakai baju kurung ?

Dulu zaman BA di UM pernah tegur geng perempuan bertudung labuh bersukan pakai baju kurung dan menyarankan mereka memakai pakaian yang lebih bersesuaian untuk bersukan,jawapan yang diterima 'kenapa awak tak tegur geng perempuan yg berpakaian seksi tu?

Piala Dunia 2014

Baru lepas minum kopi Brazil dengan Pele,Romario dan Bebeto .Turut hadir Diego Maradona dan Zinedine Zidane.Mereka tanya bila Malaysia nak masuk Piala Dunia ?Mereka ramal Malaysia akan jadi juara Piala Dunia pada tahun 7070.Lantas air kopi Brazil itu hinggap di muka mereka semua.


Tan Seri Azman Hashim

Bersama 'papa Mizz Nina' ,Tan Sri Azman Hashim(Ambank) di satu acara baru-baru ini.Acara pagi tadi juga beliau menyampaikan ucaptama.

Di UIAM ada Kompleks Azman Hashim dan di UM nampaknya ada bangunan baru sebuah fakulti khabarnya ditaja beliau juga.

Seorang yang mudah didekati dan tidak sombong.

Ada beberapa persamaan yang saya lihat selepas berkesempatan bertemu dengan beberapa 'orang-orang kaya' Malaysia antaranya Tan Sri Azman Hashim,Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary,Tan Sri Ali Hashim,Tan Sri Abdur Rashid Hussein,Dato Yahya Jalil,Dato Rahman Brothers...iaitu TIDAK SOMBONG.

Kita?

Duit tak ada ,yang ada SOMBONG !





Syarahan Imam Feisal Rauf di IAIS

Saya berkesempatan hadir ke syarahan Imam Feisal Rauf anjuran IAIS baru-baru ini.Sebelum ini PKPIM pernah menganjurkan syarahan oleh Imam Feisal Rauf yang diadakan di UIA PJ.Ketika itu Dato Fauzi dari Cordoba Initiative memaklumkan kepada saya yang ketika itu bersama PKPIM tentang kehadiran Imam Feisal Rauf ke Malaysia dan minatnya untuk bertemu dan berdiskusi dengan anak-anak muda Malaysia.Lantas saya segera memaklumkan kepada pimpinan PKPIM yang segera bertindak pantas untuk mengatur dan menguruskan sesi syarahan tersebut.

Dalam syarahan Imam Feisal Rauf di IAIS,beliau menyentuh aspek hak-hak kemanusiaan dan memaklumkan projek terkini beliau bersama beberapa orang tokoh(antara nama yang beliau sebut ialah  Prof Ali Mazrui dan juga Prof Recep Senturk dari Turki,saya pernah bertemu dan menghadiri satu program bersama Prof RecepSenturk beberapa tahun yang lalu di Istanbul dan bagi saya penguasaan beliau terhadap beberapa cabang ilmu cukup mendalam)

Imam Feisal juga mengupas hubungan antara agama dan politik,menegaskan bagaimana isu politik yang tidak sepatutnya dijadikan isu agama dan menyifatkan konsep negara islam-daulah islamiyah yang sering diwar-warkan itu sebagai satu konsep baru yang tidak wujud sebelum ini.
Beliau mengupas secara ringkas pendekatan tokoh-tokohseperti Rashid Ridha dan Muhammad Abduh.

Beliau juga menyelar sikap sesetengah kelompok yang menganggap hanya satu pandangan  sahaja yang betul manakala yang lain dianggap sebagai tidak islamik dan berlakunyakafir-mengkafir yang cukup berbahaya.

Beliau mahukan masyarakat menekankan aspek Maqasid Syariah,hal-halkeadilan sosial(melawan ketidakadilan),urus tadbir yang baik,hal-hal kesihatan,demokrasi,maruah insan,kebebasan bersuara,mewujudkan masyarakat yang lebih baik,dan membantuorang ramai.

Beliau menyarankan umat Islam memberi fokus kepada isi ajaran islam dan bukan sekadar label dan memahami pelbagai konsep dengan cukupsempit. Beliau meminta agar kita lebih kritis terhadap konsep-konsep seperti negara Islam,bank Islam,perubatan Islam dan lain-lain yang dilabelkan dengan nama Islam bahkan mahukan pihak yang memperjuangkan hal tersebut memberikan definisi yang lebih jelas terhadapkonsep-konsep tersebut. 

Beliau juga mengupas ayat Quran dimana sering perkataan beriman itu disusuli dengan perkataan amalan yang solih dan beliau mahukan agarkita lebih ke hadapan dalam membantu anak yatim dan orang miskin.

Beliau juga menekankan kepentingan memperjuangkan asas  keadilan-rahmat-hikmah .

Menjawab persoalan hadirin yang hadir dan bertanyakan soalan,Imam Feisal menegaskan betapa sewajarnya umat Islam tidak sekadar merujuk  Al-Quran dan hadith sahaja bahkan perlu berijtihad,mengkaji pandangan pelbagai mazhab dan tidak sesekali melupakan warisan keintelektualan.

Pendidikan Istana

Duit penyelenggaraan secara mewah Istana Johor lebih baik digunakan untuk menaja program2 keilmuan-kajian-penyelidikan-hal2 pendidikan-pemikiran-biasiswa calon ilmuwan dll.Bincangkan ( 1500 markah)

Soalan peperiksaan yang ku fikirkan untuk subjek baru " Pendidikan Istana "

''Kelompok ulu’lalbab

''Kelompok ulu’lalbab bukanlah kelompok elit yang terpisah dari denyutan nadi masyarakat luas'' - Prof Dr Ahmad Syafii Maarif 

'strategi tidur terbaik pada musim Piala Dunia'

Mengharapkan ada doktor-pakar kesihatan menulis tentang 'strategi tidur terbaik pada musim Piala Dunia'

Wednesday, February 05, 2014

111-4444 Said Nursi

Sedang cuba memahami kata-kata Allahyarham Badiuzaman Said Nursi(tokoh dari Turki) ini:-

'If three 1's do not unite or come together,they will have only the value of 3.But if they unite or come together,they will gain the value of 111.Four separate 4's make 16.But if they come together in true brotherhood,along the same line for the fulfilment of the same duty,they will have the value of the power of 4444''

Apa agaknya yang anda faham ya?

Kera di Republik Ilmu

Rasanya kera-kera itu lebih awal daripada kami yang tinggal di Republik Ilmu Bandar Baru Bangi ini.Penempatan mereka 'diganggu'.Mesti mereka marah punya.Semua tempat nak dijadikan taman.Tak boleh ke tempat itu dijadikan 'hutan' dimana manusia dan kera akan hidup aman damai.'Hutan' perumahan rasanya lebih indah,kan ?

Aku terbayang minum di restoran mamak bersama 'jiran'ku:seekor kera.Kera itu yang belanja aku...opps

Yang malas membaca...

Yang malas membaca,kena rajin membaca
Yang rajin membaca,kena rajin menulis
Yang rajin menulis,kena terbit-hasilkan buku

Tanya profesor

-Gunung Kinabalu itu merupakan gunung merapi yang sedang tidur?Dan tidak mustahil boleh meletus?
-Gempa bumi dengan skala lebih besar di Malaysia?Sudah banyak gegaran skala kecil di Malaysia?
-Di Gunung Kinabalu pernah turun salji?
-Gelombang Tsunami besar di Malaysia?
-Dulu cuaca panas melanda heboh dunia kata puncanya 'Global Warming' seluruh dunia,dan sekarang cuaca sejuk termasuk semakin sejuk di Malaysia,apa pula kata saintis?

Persoalan yg timbul selepas berdiskusi dgn seorang profesor minggu lalu.

Kena menulis

kena menulis untuk bacaan anak cucu kita nanti' ?

Orang tua 'waktu muda-muda'

Seorang orang tua berusia lebih 70an menonton video-melihat gambar program2 kami di Jaringan Anak Muda (Ada di YouTube taip sahaja "Jaringan Anak Muda').

Beliau berkata 'baguslah,buatlah dan teruskanlah program2 tersebut,saya dah tua,dah tak larat dah nak buat program2 macam yang kamu buat ni.Dulu waktu saya muda 2 dulu,saya juga buat program2 anak muda macam tu.Sekarang saya baca buku2 kitab2 dan mengajar anak2 muda seperti kamu pula'

PRK Kajang

Disebabkan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang tak pasal2 nama Kajang mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Haji xxmuri tersenyum lebar.Lalu mereka satu hadith palsu 'Barangsiapa mahu menawan dunia,tawanlah pekan Kajang,barangsiapa yang mahu menawan pekan Kajang,tawanlah ia dengan semangat dan ruh satay-satay Kajang"

Adakah dengan adanya PRK Kajang ini mampu menaikkan nama Kampung Sungai Ramal Dalam di mata dunia?

Kera-kera di Sungai Ramal Dalam pasti tersenyum manja.Ala comelnya.Perasan kera sungguh.

whatapp

Dalam rumah,saya di tingkat atas dan adik saya di tingkat bawah dan dia 'meng whatsapp' gambar makanan dengan pesanan 'turun makan'

Ada tak teknologi yang boleh menghantar terus makanan di tingkat bawah itu langsung ke mulut-perut saya? Oppps nampak sangat malas turun

Poket Doraemon

Poket Doraemon ada tak alat teknologi yang membolehkan kita hadir ke 2 majlis ilmu yang berlainan lokasi serentak.

Sahabat baik-lama tak jumpa

Sahabat-sahabat baik anda yang dulu(sahabat di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,universiti,pejabat mahupun penghuni katil sebelah ketika anda masih seorang bayi yang comel dahulu),dimana mereka sekarang ini ya?Masih berhubung dengan mereka?(jika masih hidup)Atau sudah terputus hubungan dengan mereka?

Tak kanlah nak tunggu mendapat berita kematian sahabat baik(dan lama tak berjumpa(di alam realiti bukan semata-mata di alam maya) kita dahulu baru nak insaf?

Notakakikubukankakimu:Misi menjejak sahabat-sahabat lama

Jumlah pengunjung

web statistics