Kembara di Bali (4)
Sabtu 6 Oktober 2012 Pagi ini seperti biasa saya berjalan-jalan sekitar UNHI selepas sarapan pagi.Sekitar UNHI hari ini penuh dengan ramai mahasiswa tahun 1 yang sedang menjalani latihan wajib Yoga sejak awal pagi-petang dipimpin oleh jurulatih mereka.
Semua peserta ‘Interfaith Summit 2012’ hari ini akan mengikuti ‘city tour’ sekitar Bali.Tiada lagi siri pembentangan seperti semalam. 5 buah bas disediakan untuk menampung semua peserta dan ajk program ini disamping dimeriahkan dengan celoteh pemandu pelancong dengan pelbagai ceritanya tentang keunikan Bali.Pemandu pelancong ini bukan sahaja menceritakan tempat pelancongan yang menarik di Bali bahkan turut menceritakan tentang sejarah,adat,budaya dan kepercayaan masyarakat Bali. Dari UNHI konvoi bas yang membawa kami menuju ke Cening Ayu,sebuah tempat membeli belah.Pelbagai makanan,pakaian dan kraftangan keluaran Bali dijual disini dan ramai peserta yang membeli belah pelbagai barangan disini.Dari Cening Ayu,kami meneruskan perjalanan ke Kintamani dan disini kami melawat muzium dan juga makan tengahari di sebuah restoran atas bukit.Turut kelihatan bersama kami di restoran tersebut ialah rombongan rakyat Bali berpakaian serba putih yang baru selesai menamatkan sesi ibadat ritual Hindu mereka. Kami juga sempat melihat pemandangan unik dan cantik puncak Gunung Matur dan mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai kenang-kenangan disini dengan latar belakang Gunung Matur yang cukup indah. Kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini ke Pasar Sukawati dan disini suasana agak riuh dengan para peniaga yang tidak habis-habis menawarkan harga untuk barang-barang yang mereka jual.Untuk membeli belah di pasar ini,kami dinasihatkan agar pandai menawar harga sebaik mungkin.Hanya ada 2 kemungkinan sahaja buat kami:mendapat harga yang paling murah atau mendapat harga yang paling mahal. Dari Pasar Sukawati kami singgah ke Pantai Sanur.Mengikut perancangan asalnya kami sepatutnya ke Pantai Kuta,satu tempat yang menarik dan paling strategik untuk melihat keindahan matahari terbenam tetapi memandangkan masa tidak mencukupi dan jarak ke Pantai Kuta yang jauh,pihak penganjur membawa kami ke Pantai Sanur.Di Pantai Sanur ini ada beberapa orang peserta dari Uzbekistan dan Bangladesh yang terjun mandi pantai manakala para peserta yang lain hanya sekadar bergambar kenang-kenangan. Program bersama pihak pentadbiran Bali malam ini telah dibatalkan jadi acara malam ini ialah acara bebas .Kami hanya berehat di bilik sambil bersembang panjang dengan para peserta lain.Saya dan Saiful Ridzuan sempat berjalan kaki keluar dari kampus UNHI untuk melihat kawasan persekitaran sambil mencari Wisma Soka Agung,satu lagi tempat penginapan untuk sebahagian peserta yang sebenarnya agak jauh jika berjalan kaki dari UNHI.Selepas puas berjalan kaki ,kami berpatah balik pualng ke UNHI .Program hari ini agak santai namun ia juga secara tidak langsung berjaya membina satu jaringan persahabatan dan persaudaraan sesama peserta ‘Interfaith Summit 2012’.
No comments:
Post a Comment