Friday, November 25, 2011

bersama Anna Karina Jardin dan Yusser Ali Al-Qazwini




Bermula perkenalan dari alam maya(Facebook) dan akhirnya bertemu secara realiti.
Entah bagaimana saya mula mengenali mereka di Facebook,saya sudah lupa.Tetapi yang saya ingat ialah Anna Karina Jardin(22 Tahun) dari Philipina(seorang pelukis yang mempunyai galeri sendiri) akan menjadi salah seorang penceramah dalam program TEDxYouth@KLdi KLCC yang saya bercadang untuk menghadirinya manakala saya menonton video komedi di Youtube lakonan Yusser(23 Tahun) dari Iraq(pelajar PHD di UPM) berkenaan kritikan terhadap Muammar Ghadafi.

Di ruangan chat Facebook saya sering berbual dan berkongsi pandangan dengan Anna Karina yang ketika itu di Philipina dan juga bertanyakan kepada Yusser tentang lakonan videonya di Youtube tersebut.Kebetulan Anna Karina dan Yusser juga saling mengenali antara satu sama lain setelah mereka terlibat dalam kegiatan lukisan dan program anak muda di peringkat antarabangsa.Mereka sangat aktif melukis,mengadakan pameran lukisan dan mengadakan bengkel mengajar cara melukis-mewarna.

Anna Karina mengajak saya menghadiri program TEDxYouth@KL di KLCC dimana beliau merupakan salah seorang pembentang dalam acara ini dan Yusser turut akan menemani Anna Karina di program ini.

Pagi hari tersebut saya telah menghadiri International Concerence:The Arab Uprising dan pameran ‘War is a Crime’’ yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebaik sahaja tamat sesi tengahari program saya bergegas ke KLCC.Di KLCC saya menunggu di luar tingkat bawah program TEDxYouth@KL dan ketika saya tiba program TEDx Youth@KL baru sahaja selesai.Saya menunggu seketika sebelum dapat bertemu Anna Karina dan Yusser buat pertama kali disini.Saya mengajak mereka untuk hadir ke program War is a crime keesokan paginya dan Yusser yang cukup mengkagumi kelantangan Tun Dr Mahathir dalam membantah perang di Iraq berasa sangat teruja untuk menghadiri program esok bersama saya dan Anna Karina.

Keesokan harinya di pejabat Yayasan AL-Bukhari berdekatan Muzium Kesenian Islam ,saya,Anna Karina dan Yusser bertemu kembali di tapak pameran ‘’War is a Crime’’.Dan diluar tapak pameran disinilah kami bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bergambar dengan beliau.

Selepas beberapa jam di program ‘War is a Crime’ ini,kami menaiki kereta bersama seorang lagi sahabat dari Iraq,Suhaib dan menuju ke sebuah restoran arab di Taman Tasik Titiwangsa.Yusser mahu menjamu tetamu kami dari Philipina,Anna Karina dengan makanan Arab.Di restoran inilah kami makan makanan Arab dan duduk sekitar 3-4 jam berdiskusi tentang pelbagai perkara dan diakhiri dengan jalan-jalan sekitar Taman Tasik Titiwangsa ini.

2 hari selepas perjumpaan kami di program War is a crime,Anna Karina dan Yusser mengajak saya mengikuti program mereka bersama Islamic Relief di Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih di Bandar Bukit Puchong 2.Mereka berdua ingin mengajar sukarela anak-anak yatim ini bagaimana mahu melukis-mewarna dan beberapa pengisian program yang lain.Dari pejabat Islamic Relief di Serdang,kami bergerak menaiki van yang disediakan oleh Islamic Relief dipandu oleh seorang sahabat,Sabri yang turut serta dalam program ini.

Hanya 8 orang sahaja penghuni di rumah anak-anak yatim ini dan kesemuanya perempuan berusia 15 tahun ke bawah disamping 2 orang penyelia rumah.
Di rumah anak yatim ini,Anna Karina dan Yusser memulakan program dengan hiburan santai,senaman dan permainan untuk menghiburkan anak-anak yatim disini sambil dibantu oleh saya dan Sabri sebagai penterjemah.





Anna Karina dan Yusser sempat mempelajari asas Bahasa Melayu disini bagi memudahkan komunikasi dengan anak-anak yatim ini sepanjang program berlangsung.Anna Karina dari Philipina yang merupakan seorang Kristian Katolik tiba-tiba bertanyakan kepada penyelia rumah samada ada kain tudung lebih atau tidak.Anna dengan sukarela mahu mencuba memakai tudung selepas melihat kesemua anak-anak yatim ini memakai tudung.



Sepanjang program ini sehingga tamat,Anna memakai tudung yang dipinjamnya.
Selepas sesi perkenalan dengan anak-anak yatim,dan pelbagai permainan hiburan yang diadakan,satu tayangan video berkenaan krisis kebuluran Somalia daripada Islamic Relief diadakan dan para penghuni rumah anak-anak yatim ini menontonnya dengan penuh khusyuk bahkan ada yang menangis mengalirkan mata termasuk 2 orang fasilitator iaitu Anna Karina dan Yusser.




Selepas sesi tayangan video tersebut,Anna Karina menyampaikan ceramah motivasinya secara ringkas dan menekankan tentang kepentingan seseorang untuk memiliki impian dan cita-cita dan cuba sedaya upaya merealisasikan impian dan cita-cita tersebut.Anna Karina menceritakan pengalaman hidupnya bermula sejak kecil dimana beliau telah mula melukis dan menulis tentang cita-citanya untuk kembara ke seluruh dunia dan membantu mereka yang memerlukan apa jua bantuan.Akhirnya kini beliau telah berjaya merealisasikan cita-citanya sewaktu kecil tersebut dengan aktif mengadakan pelbagai program kebajikan di seluruh dunia disamping memiliki galeri seni lukis sendiri serta sering mengadakan bengkel melukis secara percuma kepada anak-anak yatim-miskin.

Yusser kemudiannya menayangkan video yang dirakamnya dalam program bersama anak-anak yatim sebelum ini dan menceritakan usahanya untuk mengadakan pelbagai program bagi membantu saudara-saudara di Somalia.Beliau bersama Islamic Relief juga sedang merancang pameran lukisan untuk dana bantuan kemanusiaan rakyat Somalia.
Program diteruskan lagi dengan sesi bengkel melukis-mewarna yang dikendalikan oleh Anna Karina dan Yusser.





Setiap peserta telah diberikan satu kertas lukisan dan 1 set peralatan melukis-mewarna dan mereka diminta untuk menyiapkan lukisan mereka sambil diberi tunjuk ajar oleh Anna Karina dan Yusser.Kelihatan anak-anak yatim ini berasa sangat seronok dapat mempelajari cara melukis-mewarna bersama Anna Karina dan Yusser dan masing-masing berasa puas hati melihat karya kreatif yang mereka usahakan sendiri.

Selepas siap kesemua lukisan tersebut,Yusser merakamkan hasil lukisan tersebut dengan setiap peserta memperkenalkan diri mereka ,memegang lukisan yang mereka siapkan sambil mengungkapkan ‘’Saya sayang rakyat Somalia.Lukisan ini saya lukis untuk rakyat Somalia’’.

Saya berasa kagum dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh Anna Karina dan Yusser,sahabat saya dari Philipina dan Iraq ini yang sanggup meluangkan masa mereka untuk memberi khidmat bantuan kepada anak-anak yatim di Malaysia.

Bagi Anna Karina beliau lebih suka mengadakan program turun padang ke rumah anak-anak yatim,berjumpa langsung dengan mereka yang memerlukan bantuan sebegini tanpa mengira latar belakang agama daripada sekadar berforum-berseminar di hotel-hotel semata-mata.



Bagi Yusser pula beliau akan cuba sedaya upaya membantu pihak yang memerlukan bantuan termasuk memanfaatkan teknologi yang sedia ada bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai.Mereka berdua yang sangat meminati bidang lukisan ini akan terus menyampaikan mesej kemanusiaan melalui hasil lukisan mereka nanti.

Thursday, October 13, 2011

21 Julai 2011

Hari ini merupakan hari terakhir saya di Turki dan tengahari nanti saya akan menaiki pesawat pulang ke Malaysia dengan transit terlebih dahulu di Tashkent,Uzbekistan.Sejak awal pagi selepas Subuh saya seperti biasa beriadah berjalan kaki buat kali terakhir di taman tasik Kucukcermece sebelum bersarapan pagi dan bersiap sedia meninggalkan pejabat Hayret Vekfi.Selepas salam perpisahan dengan sahabat Hayret Vekfi,saya menaiki kereta ditemani 2 orang sahabat Hayret Vekfi menuju ke lapangan terbang Ataturk.



Sewaktu beratur untuk ‘check in’,saya bertemu dengan rombongan dari Malaysia yang turut menaiki pesawat yang sama dengan saya.Saya bersembang-sembang dengan beberapa orang rombongan tersebut dan kemudiaannya saya perasan kelibat Murat ,pemandu pelancong yang membawa saya dan rombongan PKPIM-ABIM-WADAH sepanjang berada di Istanbul pada tahun 2007 dahulu.Rupa-rupanya,Murat juga yang membawa rombongan dari Malaysia yang saya temui di sini.



Dahulu Murat tidak berjambang nipis tetapi sekarang beliau sudah berjambang dan sebab itulah saya hampir-hampir tidak cambeliau sehinggalah beliau berbicara dalam bahasa Melayu dengan rombongan dari Malaysia tadi.Murat menguasai pelbagai bahasa seperti Bahasa Turki,Bahasa Melayu,Bahasa Indonesia,Bahasa Arab ,Bahasa Urdu dan sebagainya.Beliau pernah menuntut di ‘UIA’ di Islamabad ,Pakistan dan sempat aktif dengan pelbagai misi kemanusiaan di serata dunia walaupun berkerja sebagai pemandu pelancong.



Pada mulanya saya beratur panjang bersama pengunjung-pengunjung yang lain dan kemudiaannya saya mengikuti rombongan Malaysia dibawah kendalian Murat ini untuk sama-sama ‘check in’ sebagai satu rombongan.



Sahabat saya yang menuntut di Turki,Irfan Abad turut hadir di lapangan terbang ini sewaktu saya sedang beratur menunggu giliran untuk ‘check in’.Kami kadangkala saling menghubungi melalui Facebook dan beliau pada mulanya ingin mengirim beberapa bukunya kepada saya untuk dibawa pulang ke Malaysia.



Rombongan Malaysia yang saya jumpa di lapangan terbang ini terdiri daripada beberapa orang kebanyakannya ‘geng pencen’.Ada dikalangan mereka yang membuka syarikat pelancongan dan agen umrah-haji.Ada juga seorang pensyarah UITM dan ibunya yang sudah tua tetapi kelihatan masih sihat.Saya bertanya kepada nenek ini berapa banyak negara yang beliau sudah lawati dan ternyata nenek ini telah melawat lebih banyak negara di seluruh dunia daripada saya.Lantas saya merasa tercabar....



Ada seorang yang pernah aktif bersama KPIP (badan gabungan PKPIM di Perak)dan ABIM suatu ketika dahulu dan ada juga yang pernah satu sekolah bersama-sama Dato Dr Siddiq Fadzil,Presiden Wadah dan mantan Presiden ABIM.



Atas kapal terbang dari Istanbul ke Tashken yang bergerak 1 jam lewat dari jadual asalnya ini,pada mulanya saya duduk bersebelahan seorang dari Uzbekistan dan kemudiannya saya bertukar kerusi dengan seorang dari Jepun dan duduk bersebelahan dengan dua orang pakcik dari Malaysia yang pernah aktif bersama KPIP dan ABIM dan satu sekolah bersama-sama Dato Dr Siddiq Fadzil itu.Sepanjang perjalanan pakcik itu banyak bersembang tentang pengalamannya bersama ABIM dan kisah-kisah perjuangan Allahyarham Fadzil Nor dan kisah Anwar Ibrahim menyertai UMNO dahulu.Saya juga sempat meneruskan bacaan buku berkenaan Fethullah Gulen yang saya dapat percuma tempoh hari.



Transit di Tashkent kali ini lebih sekejap daripada transit disini sewaktu dalam perjalanan ke Istanbul dari Kuala Lumpur dahulu.Di lapangan terbang Tashkent ini saya sempat berkenalan dengan seorang pelancong dari Russia yang juga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti.Di sini juga saya bertemu kembali dengan seorang rakyat Uzbekistan yang belajar di Malaysia yang saya sudah temui sewaktu transit di sini dalam perjalanan ke Istanbul dahulu.



Atas kapal terbang dari Tashkent ke Kuala Lumpur,sayaduduk bersebelahan dengan dua orang rakyat Uzbekistan yang bakal melanjutkan pelajaran di Malaysia.Saya sempat belajar cara sebutan asas Bahasa Uzbekistan yang pernah saya catat dalam nota saya berpandukan majalah Uzbekistan Airways sebelum ini.



Akhirnya,saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah satu bulan kembara menyertai 3 program di Turki.Menyertai rombongan lawatan bersama MTDS melihat gerak kerja geng Hizmet Gulen selama 2 minggu,menyertai Devan Educational Forum anjuran Hayret Vekfi selama seminggu dan menyertai International Youth Gathering anjuran UNIW selama seminggu dan beberapa hari program kembara sendiri di Turki pastinya merupakan satu kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Mungkin tidak semua pengalaman sebulan berada di Turki ini dapat dinukilkan dalam catatan kembara ini.Ada juga yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.Namun begitu,semoga catatan ini mampu mengingatkan diri penulis dan para pembaca sekalian akan hakikat kehidupan kita selaku pengembara yang singgah sebentar di dunia yang sementara ini.Sampai waktunya nanti,kita semua akan kembali semula ke destinasi abadi kita.

20 Julai 2011

Hari ini sahabat dari Yaman berangkat pulang ke negara mereka.Selepas salam perpisahan dengan sahabat dari Yaman,saya dan Hafiz dari Indonesia menaiki tren keretapi dari Kucukcermece ke Sikerci dan disana kami bertemu dengan Sukma dan Andika juga dari Indonesia sebelum saya berpecah dengan mereka menuju ke haluan masing-masing.



Dari stesyen Sikerci ini saya berjalan kaki seorang diri ,masuk ke beberapa buah kedai buku,sebelum tiba di perkarangan dataran antara Masjid Biru dan Haghia Sophia.Sebenarnya dari stesyen Sikerci ada tren yang menuju ke stesyen yang sangat berdekatan dengan kawasan Masjid Biru dan Haghia Sophia ini namun saya memilih untuk berjalan kaki bagi merasai pengalaman kembara di sini.



Saya singgah solat di Masjid Biru dan berehat beberapa seketika di sini sebelum bertemu dengan sukarelawan pelancongan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan universiti yang berpakaian t-shirt biru tertulis ‘Ask Me’.Beberapa orang dari kalangan mereka meluru ke arah saya dan bertanya jika saya memerlukan apa-apa bantuan daripada mereka.Oleh kerana saya tidak ada apa-apa bantuan yang diperlukan ,saya duduk bersembang panjang dengan mereka.



Menurut mereka,mereka merupakan sukarelawan yang bersedia membantu semua pelancong yang memerlukan sebarang bantuan pertolongan samada menunjukkan jalan atau mendapatkan apa jua maklumat berkenaan tempat-tempat pelancongan di sekitar Istanbul ini.Mereka masih lagi menuntut samada di sekolah menengah ataupun di universiti cuma memandangkan sekarang ialah cuti musim panas,mereka memanfaatkan masa cuti dengan menjadi sukarelawan pelancongan ini.



Di samping itu juga menurut mereka,mereka mahu memperbaiki penguasaan bahasa mereka khususnya Bahasa Inggeris dengan beramah-mesra dengan para pelancong yang hadir di sekitar kawasan ini.Sukarelawan pelancongan ini diletakkan di hampir setiap penjuru kawasan sekitar Masjid Biru dan Haghia Sophia ini.



Selepas bersembang panjang dengan sukarelawan pelancongan ini,saya meneruskan perjalanan dengan menaiki tren keretapi di tengah-tengah kesibukan jalan dari stesyen Sultanahmet(stesyen yang paling hampir dengan Masjid Biru dan Haghia Sophia) ke stesyen-stesyen yang lain.Sengaja saya berhenti di banyak stesyen untuk berjalan-jalan melihat apa yang ada di sekitar kawasan setiap stesyen tersebut.Apa yang menariknya di Istanbul ini ialah harga tambang keretapi dan bas hampir kesemuanya seragam iaitu 1.70 Lira untuk ke mana-mana destinasi sekalipun samada dekat ataupun jauh.Jika menaiki tren keretapi,penumpang hanya diberikan satu koin kecil yang perlu dimasukkan ke tempat yang disediakan di stesyen pertama yang kita naiki .



Selepas menamatkan perjalanan kembara hari ini,saya kembali ke Hayret Vekfi .Sahabat-sahabat dari Malaysia yang lain berangkat pulang pada hari ini dan selepas salam perpisahan dengan mereka,saya mula mengemas barang-barang saya sebagai persiapan pulang ke Malaysia keesokan hari.Kini hanya tinggal saya seorang sahaja peserta IYG 6 yang belum pulang.Baki masa saya yang ada saya banyak habiskan untuk berkenalan dengan lebih rapat sahabat-sahabat dari Hayret Vekfi ini sambil mendalami gerak kerja kesukarelawanan mereka.



Hayret Vekfi yang mula sunyi kembali meriah sedikit dengan kehadiran rombongan pelajar sekolah dari Sudan yang dalam rangka lawatan ke Istanbul.Saya sempat berbual panjang bersama mereka tentang situasi semasa yang berlaku di Sudan pasca perpecahan Sudan kepada 2 bahagian dan memaklumkan kepada mereka harapan saya untuk kembara ke Sudan suatu masa nanti apatah lagi IYG 7 nanti bakal diadakan di Sudan.

19 Julai 2011

Pagi ini saya keluar sekali lagi ke Sikerce cuma kali ini seorang diri sahaja.Saya sengaja mahu berdikari mengisi dan merasai perjalanan kembara seorang diri di bumi orang.Dari stesyen keretapi Sikerce,saya berjalan kaki menuju ke Spice Bazaar dan Grand Bazaar sekali lagi sambil membeli kopi dan teh Turki.Sesekali saya ke bahagian jualan manisan Turki sambil merasainya secara percuma.



Tatkala sedang berjalan seorang diri di Grand Bazaar,saya terserempak dengan 2 orang sahabat peserta IYG 6 dari Yaman.Saya kemudiannya menemani mereka membeli-belah di Grand Bazaar sebelum kami pulang ke Kucukcermece bersama-sama.



Selepas berehat beberapa seketika di Hayret Vekfi,pada petang harinya saya keluar kembali seorang diri menaiki tren keretapi dan kali ini menuju ke Sarya.Di Sarya saya berjalan ke kawasan taman rekreasi di tepi laut dan melihat suasana orang ramai yang berkelah bersama keluarga masing-masing di taman rekreasi ini.Di sini,saya berkenalan dengan 2 orang kawan baru dari Turki yang boleh berbahasa Inggeris dan kami bersembang-sembang lama sebelum saya menaiki tren keretapi pulang ke Hayret Vekfi.



Malam ini sekali lagi yang menginap di Hayret Vekfi hanyalah peserta dari Malaysia,Indonesia dan Yaman.Peserta dari Yaman,Indonesia dan Malaysia kecuali saya seorang akan pulang pada keesokan pagi.Sengaja saya membeli tiket pulang lewat sedikit bagi mengisi baki hari berada di Turki dengan kembara ke mana-mana tempat menarik disini.Pada mulanya saya merancang mahu kembara ke Bulgaria atau Greece yang bersempadan dengan Turki ini tetapi disebabkan beberapa masalah,saya terpaksa membatalkan niat tersebut.Mungkin tiada rezeki kali ini untuk kembara ke sana namun saya tetap memasang niat untuk kembara ke sana juga suatu hari nanti.



Sebelum tidur,saya cuba menghabiskan bacaan buku percuma yang saya dapat sebelum ini berkenaan Fethullah Gulen dan juga majalah The Pen terbitan Hayret Vekfi.

18 Julai 2011

Pagi ini saya kembali beriadah berjalan kaki di taman rekreasi Kucukcermece,aktiviti harian saya sepanjang mengikuti Devan Educational Forum tempoh hari.Selepas pulang dari sesi riadah dan sarapan pagi,tiada lagi program rasmi dan aktiviti bebas,terpulang kepada para peserta IYG 6 untuk mengisi masa mereka dengan sebaik mungkin.Ada yang membaca buku,berdiskusi,melayari internet dan sebagainya.



Sebelum masuk waktu Zohor,kebanyakan peserta IYG 6 bercadang untuk keluar menziarahi tempat-tempat menarik yang belum dilawati dan membeli belah.Ada dua kumpulan peserta yang berpecah ke dua tempat yang berbeza .Kumpulan pertama ingin berkunjung ke Topkapi Palace manakala kumpulan kedua mahu membeli belah di Grand Bazaar dan Spice Bazaar.



Saya mengikuti kumpulan kedua bersama-sama dengan peserta-peserta dari Lubnan keluar menaiki tren keretapi dari Kucukcermece menuju ke Sikerci,stesyen yang paling dekat dengan kawasan tempat membeli-belah tumpuan pelancong.Dari Yeni Camii kami berkunjung ke Spice Bazaar sebelum berjalan kaki ke Grand Bazaar.Di sini kami membeli-belah pelbagai barangan,singgah makan kebab sebelum menaiki tren pulang ke Kucukcermece.



Pada malam harinya,kumpulan peserta dari Lubnan berangkat meninggalkan Hayret Vekfi untuk menaiki kapal terbang pulang ke negara mereka.Majoriti peserta IYG 6 kini sudah pulang ke destinasi masing-masing dan kini yang tinggal hanyalah peserta dari Malaysia Indonesia dan Yaman.



Kami banyak menghabiskan waktu di Hayret Vekfi ini dengan bersembang-sembang dengan sahabat Hayret Vekfi ,membaca buku dan juga melayari internet.

17 Julai 2011

Pagi ini semua peserta IYG 6 dibawa ke pejabat Anatolian Lions Businessman Association(ASKON),sebuah rangkaian jaringan perniagaan dikalangan anak muda Turki.



Di pejabat ASKON ini saya berjumpa kembali Osman,seorang sahabat IYG 5 di Maghribi yang juga merupakan anak saudara kepada Menteri Luar Turki,Ahmet Davudoglu.Sebelum ini kami sering membalas mesej Facebook dan berkongsi banyak perkara berkenaan isu semasa dan politik di Turki.



Selepas pembentangan tentang gerak kerja ASKON oleh Osman,program diteruskan dengan pembentangan wakil negara peserta yang belum berkesempatan membuat pembentangan dalam sesi sebelum ini.Sambil menjamu selera,akhirnya diadakan sesi sidang resolusi-deklarasi IYG 6 yang merumuskan segala perbincangan sepanjang IYG 6 ini dan beberapa saranan untuk manfaat pelbagai pihak khususnya buat peserta-peserta IYG 6.



Tamat sesi sidang resolusi dan deklarasi IYG 6,maka secara rasmi tamatlah program IYG 6 kali ini.Selepas menyertai IYG 3 di Indonesia,IYG 5 di Maghribi dan IYG 6 di Turki ini ,saya berharap masih berpeluang untuk menyertai IYG-IYG seterusnya suatu masa nanti.Menurut wakil UNIW,IYG 7 pada awal tahun 2012 nanti bakal diadakan di Sudan pula.



Semua peserta IYG 6 kemudiannya dibawa ke Fatih Camii dan disini kami telah bersama ratusan rakyat Turki yang lain menunaikan solat jenazah buat seorang pemimpin NGO Turki yang baru meninggal dunia.Presiden Turki ,Abdullah Gul dan beberapa orang pimpinan Turki yang lain turut hadir menunaikan solat jenazah ini dan oleh sebab itulah kawalan keselamatan di Fatih Camii ini cukup ketat pada hari ini dan kami semua turut melalui kawasan pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke Fatih Camii.



Saya dan sahabat-sahabat IYG 6 yang lain menunaikan solat jenazah di luar perkarangan Fatih Camii ini memandangkan kami tiba sedikit lewat dan dalam dewan solat sudah dipenuhi orang ramai apatah lagi kawasan Fatih Camii ini masih dalam proses pembaikian lagi.Sebaik sahaja selesai solat jenazah,saya cuba masuk ke dalam dewan solat Fatih Camii ini dengan melalui pintu masuk yang dipenuhi orang ramai yang ingin keluar dari dewan solat.Dalam kesesakan orang ramai ini saya sempat melihat kelibat Presiden Turki,Abdullah Gul dan Menteri Luar,Ahmed Davudoglu yang sedang berjalan keluar menuju ke satu lagi pintu keluar.



Dalam keadaan terhimpit dengan orang ramai,saya cuba mengejar mereka yang sebenarnya tidak terlalu jauh daripada saya cuma disebabkan orang ramai yang terlalu ramai dan berpusu-pusu keluar menyebabkan saya tidak sempat untuk bersalaman dengan mereka.Saya keluar menuju ke pintu yang sama yang digunakan oleh Presiden Turki ini dan diluar sana didapati orang ramai sudah berhimpun untuk mendengar ucapan ringkas Presiden Turki ini.



Saya dan beberapa orang peserta IYG 6 mara ke hadapan dan berdiri berdekatan laluan khas Presiden Turki dan kabinetnya dan dapat mendengar ucapan Presiden Turki ini walaupun tidak memahaminya.Tamat ucapan ringkas beliau,Presiden Turki dan pimpinan Turki yang lain terus menuju ke satu lagi pintu keluar dengan kawalan keselamatan yang cukup ketat.Walaupun tidak dapat bersalaman dengan Abdullah Gul dan Ahmed Davudoglu,saya rasa sangat bertuah kerana hasil kunjungan saya ke Turki kali ini ,saya dapat bertemu dengan 3 orang pemimpin Turki yang saya cukup kagumi iaitu PM Turki,Recep Tayyip Erdogan,Presiden Turki,Abdullah Gul dan Menteri Luar Turki,Ahmed Davudoglu.



Di Fatih Camii ini jugalah saya berkesempatan menziarahi makam Sultan Muhammad Al-Fatih,seorang lagi tokoh yang saya cukup kagumi sejarah perjuangannya.



Dari Fatih Camii,saya berjalan kaki bersama 2 orang sahabat peserta IYG 6 dari Albania di sekitar kawasan membeli-belah di kawasan Fatih .Kami tidak membeli apa-apa barangan cuma sekadar berjalan melihat barangan yang dijual sambil cuba merasai minuman air buah lemon asli yang dijual di tepi jalan.Di tengah-tengah cuaca yang sangat panas membahang,minum air buah lemon asli yang dijual sekitar 1 lira ini cukup untuk menghilangkan dahaga.Saya sempat bersembang dengan penjual air buah lemon asli ini dan apabila mengetahui kami muslim dari Malaysia,beliau memuji-muji Malaysia dan sempat juga beliau memberitahu saya bahawa beliau merupakan penyokong Allahyarham Necmuttin Erbakan.



Sambil berjalan kaki juga,saya cuba mencari pejabat IIFSO yang juga terletak di kawasan Fatih ini berdasarkan kad nama SU IIFSO yang saya bawa bersama namun tidak saya temuinya.SU IIFSO telah mengajak saya dan rakan-rakan yang lain sebelum ini untuk menziarahi pejabat IIFSO jika ada kesempatan waktu.



Selepas berjalan kaki bersama-sama sahabat dari Albania,kami pulang kembali ke asrama penginapan sebelum beramai-ramai berjalan kaki dari asrama penginapan menziarahi pejabat Istanbul Foundation for Science and Culture yang terletak tidak jauh dari asrama penginapan kami.Disini kami dijamu makanan Turki sebelum menonton tayangan video berkenaan perjuangan Badiuzaman Said Nursi. Istanbul Foundation for Science and Culture ini merupakan satu pusat akademik dan penyelidikan yang banyak mengkaji pemikiran Badiuzaman Said Nursi ,menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa yang dibentangkan oleh pakar-pakar pemikiran Badiuzaman Said Nursi dari seluruh dunia dan menerbitkan pelbagai buku,majalah dan tesis berkenaan Badiuzaman Said Nursi.



Disini juga kami berjumpa dengan 2 orang pensyarah dari Universiti Kaherah ,Mesir yang dalam rangka lawatan ke Turki dan membuat kajian tentang gerakan Badiuzaman Said Nursi.Kami juga dibawa melihat salinan asal tulisan manuskrip yang dikatakan Risalah An Nur karya Badiuzaman Said Nursi ,diberi beberapa majalah terbitan Istanbul Foundation for Science and Culture ini dan juga diperkenalkan dengan beberapa buah buku tentang Badiuzaman Said Nursi terbitan Istanbul Foundation for Science and Culture dan hasil tulisan ahli akademik dari seluruh dunia.



Selepas menziarahi Istanbul Foundation for Science and Culture ini kami bergegas kembali ke asrama penginapan untuk mengemas kesemua barangan dan bilik kami memandangkan kami akan bersegera meninggalkan asrama ini.Majoriti peserta IYG 6 akan menginap pula diHayret Vekfi di Kucukcermece selepas ini sebelum pulang ke destinasi masing-masing.Kami akhirnya meninggalkan asrama penginapan kami sepanjang seminggu menyertai IYG 6 ini.



Bas bertolak membawa kami semua ke pejabat Hayret Vekfi dan disana kami menginap di bilik asrama yang sama diduduki oleh peserta-peserta Devan Educational Forum sebelum ini.Selepas berehat beberapa seketika,semua peserta IYG 6 naik ke tingkat atas di bilik persidangan untuk sesi taaruf ringkas sambil makan ringan agar masing-masing lebih mengenali antara satu sama lain selepas satu minggu menyertai IYG 6.Program santai ini kemudian diteruskan lagi dengan nyanyian santai pelbagai lagu dari negara yang berbeza oleh beberapa orang wakil peserta.



Wakil Hayret Vekfi kemudiannya membentangkan tentang gerak kerja Hayret Vekfi dan menghuraikan tentang ‘Al-Quran Tewafuq’,topik yang sama dibahaskan dalam sesi Devan Educational Forum yang lalu.Sesi soal jawab dan diskusi bertukar-tukar pandangan berlanjutan sehingga ke lewat malam bagi memberi peluang buat peserta IYG 6 mendalami lebih lanjut tentang ‘Al-Quran Tewafuq’ ini.

16 Julai 2011

Hari ini semua peserta IYG 6 dibawa untuk mengikuti ‘Bosphorus Tour’ dengan menaiki kapal beramai-ramai mengelilingi Selat Bosphorus hampir 2 jam perjalanannya.Ini merupakan ‘Bosphorus Tour’ yang kedua bagi saya selepas mengikutinya bersama rombongan MTDS sebelum ini.Cuma kali ini sedikit berbeza dengan jumlah peserta yang lebih ramai dan juga kapal yang lebih besar bahkan ditempah khas hanya untuk peserta IYG 6.



Turut menyertai kami atas kapal ini ialah Prof Dr Mohamad A. Siddiqi ,seorang profesor di

Western Illinois University dan aktif dengan International Association of Media and Communication Research (IAMCR), Council for a Parliament of World Religions (CPWR) dan World Council of Muslims for Interfaith Relations (WCMIR).



Saya bersembang-sembang dengan beliau dan beliau memberitahu saya yang beliau pernah aktif bersama IIFSO pada tahun 70 an dahulu dan merupakan sahabat baik kepada Anwar Ibrahim,Kamarudin Mohd Nor dan aktivis ABIM era 70 an yang lain.Beliau banyak menulis buku berkenaan media dan komunikasi.



Aktiviti kami di atas kapal ini sangat bebas dan santai.Kami dijamu dengan makanan dan minuman , bersembang-sembang dan bergambar di atas kapal dengan pemandangan Selat Bosphorus dan kawasan sekelilingnya yang sangat indah.Program santai ini berjaya mengeratkan lagi persaudaraan antara peserta-peserta IYG 6.



Selepas selesai ‘Bosphorus Tour’ kami dibawa ke sebuah restoran mewah di atas bukit di Camlica,kawasan atas bukit yang pernah saya kunjungi bersama rombongan MTDS dan juga bersama peserta-peserta Devan Educational Forum sebelum ini.Di dalam restoran ini diadakan satu majlis santai penyerahan sijil penyertaan IYG 6 kepada semua peserta IYG 6.Majlis ini turut dihadiri oleh wakil gabenor Camlica , SU UNIW,Necmi Sadiqoglu dan wakil koordinatorUNIW,Cihangir Isbilir.



Majlis ini dimulakan dengan pengisian oleh Prof Dr Mohamad A. Siddiqi yang mengimbau kenangan beliau sewaktu mengikuti himpunan pemimpin pemuda antarabangsa beberapa puluh tahun yang lalu dimana mereka juga berhimpun ditempat yang sama kami berhimpun pada hari ini.Himpunan pemimpin pemuda antarabangsa tersebut akhirnya berjaya melahirkan para pemimpin di seluruh dunia dan oleh kerana itu beliau dalam ucapannya optimis dan menaruh keyakinan yang tinggi bahawa akan ada dikalangan peserta IYG 6 ini yang bakal menjadi pemimpin berpengaruh suatu masa nanti.Beliau menekankan kepentingan rasa persaudaraan sesama manusia dan berharap para peserta IYG 6 ini membuat persiapan yang sewajarnya sebelum memimpin dunia suatu masa nanti.





Wakil gabenor Camlica pula memberikan satu pidato yang cukup bersemangat dalam Bahasa Turki dan kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris.Beliau membawa isu sosial yang melanda ummat di seluruh dunia seperti kebuluran,kemiskinan,penindasan dan sebagainya serta menasihatkan peserta IYG 6 untuk membina segala kekuatan seperti kekuatan politik dan kekuatan ekonomi agar dapat membantu kelompok yang sedang mengalami kesusahan dan penderitaaan di seluruh dunia.



SU UNIW dan wakil kordinator UNIW pula merumuskan tujuan diadakan program IYG ini antaranya untuk membina satu jaringan persaudaraan anak muda Islam dan mengulangi harapan yang diulang-ulang sewaktu IYG 3 di Indonesia dan IYG 5 di Maghribi iaitu agar suatu hari nanti IYG dapat diadakan pula di Baghdad atau di Afghanistan atau di Masjidil Aqsa.



Selepas tamat majlis penyerahan sijil penyertaan IYG 6 ini,kami pun pulang ke asrama penginapan.Selepas berehat beberapa seketika,saya bersama sahabat-sahabat Malaysia yang lain mengikuti beberapa orang sahabat Turki untuk menghantar sahabat dari Iraq yang akan pulang ke negaranya pada malam ini juga.Van yang membawa kami berhenti berdekatan stesyen tren keretapi sebelum kami menaiki keretapi beramai-ramai sehingga tiba di stesyen keretapi lapangan terbang.



Selepas salam perpisahan dengan sahabat dari Iraq tersebut,kami menaiki keretapi kembali untuk pulang ke asrama penginapan.Dalam perjalanan sewaktu tiba di stesyen keretapi yang sedikit jauh dari asrama penginapan,kami bertemu dengan 2 orang pelancong dari Belanda yang sedang mencari jalan untuk pulang ke hotel penginapan mereka.Mereka berdua masih menuntut di sebuah universiti di Belanda dan datang ke Istanbul untuk bercuti.Kedua orang tersebut mengalami kesukaran komunikasi memandangkan mereka tidak boleh berbahasa Turki jadi mereka meminta tolong sahabat dari Turki untuk membantu mereka.Sahabat dari Turki terus membantu mereka sebelum kami sama-sama pulang berjalan kaki beberapa minit menuju ke asrama penginapan.



Esok merupakan hari terakhir IYG 6 dan saya dapat rasakan masa berlalu dengan cukup pantas.Rasa sayu mula terasa sewaktu menghantar sahabat yang akan pulang ke destinasi masing-masing.Ini mengingatkan saya sewaktu salam perpisahan dengan sahabat-sahabat IYG 3 di Jakarta dan IYG 5 di Maghribi yang menyaksikan ramai peserta yang menangis mengalirkan air mata sewaktu ingin berpisah dengan sahabat-sahabat yang lain.

Ternyata penangan persaudaraan dalam program singkat selama satu minggu ini cukup meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati setiap peserta IYG...

15 Julai 2011

Hari ini selepas sarapan pagi,semua peserta IYG 6 dibawa ke muzium Panorama 1453.Panorama 1453 ini merupakan muzium yang menceritakan sejarah pembukaan kota Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fatih.Saya telah pun mengunjungi muzium ini sebelum ini.Di luar perkarangan Panorama 1453 ini sementara menunggu peserta-peserta yang lain ,kami duduk di atas rumput hijau dan disini peserta IYG 6 dari negara arab seperti Lubnan,menyanyikan beberapa buah lagu beramai-ramai.



Kami kemudiannya bergegas menuju ke Sulaymaniye Camii untuk menunaikan solat Jumaat.Sewaktu berjalan kaki beramai-ramai menuju ke asrama penginapan sebelum ke Sulaymaniye Camii ,kami telah diberitahu oleh wakil UNIW bahawa PM Turki,Recep Tayyip Erdogan akan turut menunaikan solat Jumaat di Sulaymaniye Camii.Mendengar berita tersebut,semua peserta berasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan Recep Tayyip Erdogan.Saya sempat bersembang dengan peserta dari Palestin yang menggunakan passport Israel dan melihat bagaimana beliau begitu mengkagumi PM Turki ini.Kalau sebelum ini saya bersama rombongan MTDS dapat berjumpa dan bersalaman dengan Erdogan sewaktu solat subuh di Eyup Camii,maka kali ini saya berpeluang untuk bersuamuka dengan beliau sekali lagi sewaktu solat Jumaat di Sulaymaniye Camii.



Setibanya kami di Sulaymaniye Camii,kami dapat melihat kawalan ketat oleh pihak polis.Orang ramai mula berhimpun di luar perkarangan masjid bagi menanti ketibaan Erdogan.Selepas mengambil wudhu,saya sempat bersembang dengan seorang pemuda dari UK dan beliau sebenarnya aktif dengan FOSIS(Federation of Student Islamic Societies) di UK.



Beliau memberitahu saya beliau ke Istanbul kerana mengikuti rombongan Rihlah bersama Syeikh Hamza Yusuf,seorang tokoh berwibawa dari Amerika Syarikat dan Imam Zaid Shakir.Beliau memaklumkan kepada saya bahawa Syeikh Hamza Yusuf dan Imam Zaid Shakir dan semua ahli rombongannya turut akan menunaikan solat Jumaat di Sulaymaniye Camii ini.Beberapa minit kemudian,saya sempat melihat kelibat Syeikh Hamza Yusuf memasuki Sulaymaniye Camii dan saya merancang untuk bertemu dengan beliau selepas solat Jumaat nanti.



Dan sekarang,saya bersama-sama dengan semua peserta IYG 6 sedang menanti ketibaan PM Turki,Recep Tayyip Erdogan.Pada mulanya kami sudah memasuki dewan solat masjid ini tetapi kemudiaannya kami diminta untuk berhimpun diluar sebentar bagi menyambut ketibaan Erdogan.Di luar perkarangan Sulaymaniye Camii yang sedang dipenuhi oleh orang ramai yang sedang menanti ketibaan Erdogan ini,kami diberi layanan VVIP dan dibenarkan berhimpun berdekatan laluan khas yang bakal dilalui oleh Erdogan nanti.Kami dimaklumkan oleh wakil UNIW bahawa Erdogan akan berhenti singgah untuk bergambar beramai-ramai dengan semua peserta IYG 6 sebelum masuk ke dewan solat.



Selepas beberapa minit membuat barisan persiapan untuk bergambar dengan Erdogan,akhirnya Erdogan tiba di perkarangan Sulaymaniye Camii dengan disambut oleh orang ramai yang memenuhi perkarangan masjid ini.Sewaktu Erdogan tiba,azan mula berkumandang dan Erdogan yang melalui laluan khas sempat singgah untuk menemui dan bergambar bersama semua peserta IYG 6 yang telah sedia menanti kehadiran beliau.Kenangan indah kami bersama Erdogan ini dirakam oleh ramai jurugambar yang hadir.Sewaktu khatib sedang menyampaikan khutbah Jumaat,saya sempat terfikir bahawa sekarang ini didalam masjid ini ada 2 -3 orang tokoh berwibawa yang saya sering ikuti perkembangan mereka menerusi berita di laman-laman web dan Youtube.Dan selepas solat Jumaat nanti,saya wajib menemui mereka...



Selepas selesai solat Jumaat,orang ramai termasuk Recep Tayyip Erdoganbangkit menunaikan solat sunat .Di Turki ini,solat sunat memang seakan menjadi kewajipan buat mereka dan orang luar pasti terpinga-pinga melihat hampir kesemua jemaah yang hadir akan bangkit menunaikan solat sunat selepas menunaikan solat fardu.



Selepas selesai solat sunat,orang ramai berkerumun kearah Erdogan yang berdiri di saf hadapan bersama-sama imam untuk bersalaman dengan para hadirin sambil diawasi oleh pegawai keselamatan.Menjadi kelaziman buat Erdogan untuk meluangkan masa sekitar setengah jam atau lebih untuk bersalaman dengan para hadirin selepas selesai solat di masjid-masjid.Melihat orang ramai yang terlampau ramai menunggu giliran untuk bersalaman dengan Erdogan,saya dan beberapa orang sahabat mengambil keputusan menunggu terlebih dahulu.



Sementara itu,saya mencari-cari Syeikh Hamza Yusuf dan Imam Zaid Shakir yang juga mula dikerumuni oleh beberapa orang.Sahabat saya dari Macedonia mengajak saya bergambar dengan beliau dan selepas bergambar dengan Syeikh Hamza Yusuf ini baru saya tahu sahabat saya dari Macedonia itu langsung tidak mengenali siapa dia Syeikh Hamza Yusuf.Sahabat saya ini memberitahu saya beliau terpandang seorang pakcik berpakaian kemas dan unik lalu tertarik untuk mengambil gambar dengan pakcik tersebut.Kemudiaannya beliau terkejut apabila pakcik itu mula dikerumuni ramai orang.Selepas saya memberitahunya barulah dia mengetahui pakcik yang berpakaian kemas dan unik itu ialah Syeikh Hamza Yusuf.



Saya bersalaman dengan Syeikh Hamza Yusuf dan memperkenalkan diri ringkas kepadanya dan memaklumkan kepada beliau saya datang dari Malaysia.’’Apa khabar ,budak baik?’’tanya beliau kepada saya dalam Bahasa Melayu.Beliau memberitahu saya beliau pernah ke Malaysia suatu ketika dahulu.Saya tidak pasti bila beliau hadir ke Malaysia dahulu cuma saya pernah menonton video dalam Youtube temubual beliau bersama Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas ,mungkin di Malaysia.Saya juga sempat memberitahu beliau secara ringkas juga tentang program International Youth Gathering anjuran UNIW yang kami sertai ini.



Selepas bersalaman dan bergambar dengan Syeikh Hamza Yusuf,saya dan sahabat yang lain beratur menunggu giliran untuk ‘menyerbu’ Erdogan bersama-sama dengan orang ramai yang berebut-rebut beratur menunggu giliran untuk bersalaman dengan Erdogan.Pegawai keselamatan menjerit memberitahu mengambil gambar Erdogan di masjid ini dilarang bahkan pengumuman melalui mikrofon juga dibuat beberapa kali menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil gambar Erdogan dan beratur secara baik.Namun ramai juga yang curi-curi mengambil gambar Erdogan walaupun beberapa kali dilarang oleh pegawai keselamatan.Dalam kesibukan dan kesesakan orang ramai ini,sahabat saya dari Macedonia sempat berlatih didepan saya mengucapkan ‘Allah Mubarek Olsun’,kalimah baru yang beliau pelajari dari sahabat Turki yang mahu beliau ucapkan kepada Erdogan nanti.



Selepas beberapa minit beratur dengan kesesakan orang ramai,akhirnya sekali lagi saya sempat bersalaman dengan Erdogan sambil mengucapkan juga‘Allah Mubarek Olsun’, dan kali ini siap dengan memakai songkok hitam,baju Melayu dan ‘vest’ PKPIM yang terdapat bendera Malaysia dan tertulis nama ‘Wasif’.



Melihat senyuman dan cara Erdogan menyambut salam saya,saya dapat merasakan Erdogan mengecam muka saya selepas kali pertama kami bertemu ,bersalaman dan bersembang sepatah dua sewaktu selepas solat Subuh di Eyup Camii dahulu....:)



Dari Sulaymaniye Camii,kami berjalan kaki pula ke pejabat Ensar Vekfi,NGO yang juga memberi fokus kepada pendidikan pelajar.Saya pernah menziarahi pejabat Ensar Vekfi ini pada tahun 2007 dahulu dan disinilah menjadi tempat mesyuarat agung UNIW yang saya hadir dahulu.Kami makan tengahari disini sebelum mendengar taklimat berkenaan gerak kerja Ensar Vekfi ini.Ensar Vekfi akan menguruskan kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah dan universiti serta menjadi satu pusat tuisyen untuk anak-anak muda.Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada mereka yang bergiat aktif dalam kegiatan kesukarelawanan.



Para peserta IYG 6 kemudiannya dibawa untuk membeli-belah di sekitar kawasan berdekatan Fatih Camii yang menempatkan makam Sultan Muhammad Al-Fatih.Fatih Camii ini tidak terlalu jauh dari asrama Universiti Istanbul yang kami tumpang menginap sepanjang IYG 6 bahkan saya sering melalui kawasan tersebut sewaktu beriadah berjalan kaki selepas solat Subuh.



Kami dibawa untuk makan malam pada hari ini di Sofa Vekfi,sebuah NGO Turki yang menekankan persoalan pembangunan pendidikan spiritualisme-kesufian.Disini saya berjumpa kembali seorang sahabat yang sama-sama mengikuti IYG 5 di Maghribi.Selepas tamat makan malam,kami mendengar pula taklimat berkenaan gerak kerja Sofa Vekfi. Sofa Vekfi ini banyak menganjurkan program-program berkaitan pembangunan jiwa-rohani untuk generasi muda dan aktif menerbitkan majalah bulanan yang berkisar soal spiritualisme.



Dari tingkat atas pejabat Sofa Vekfi ini kami dapat melihat beberapa orang sedang mengagihkan makanan dan risalah secara percuma untuk orang ramai yang lalu lalang di situ.Rupa-rupanya makanan dan risalah percuma itu diberikan bersempena dengan sambutan Nisfu Syaaban pada malam ini.

14 Julai 2011

Pagi ini kami tidak sarapan pagi di asrama Universiti Istanbul sebaliknya di bawa menaiki bas ke satu restoran di kawasan atas bukit yang pernah saya kunjungi pada malam hari sewaktu mengikuti rombongan PKPIM-ABIM-WADAH pada tahun 2007 dahulu.Dari atas bukit ini kami dapat melihat pemandangan indah Istanbul.



Sarapan pagi dan makan tengahari kali ini dianjurkan oleh pemuda AKP Istanbul dan kami berpeluang berdialog dengan Erkan Kandebi,Ketua Pemuda AKP Istanbul.Dalam dialog ini beliau menceritakan antara faktor kemenangan AKP dalam pilihanraya Turki dan bagaimana AKP menarik sokongan pengundi dari kalangan anak muda.AKP telah menubuhkan beberapa NGO yang bergerak di lapangan sosial dan membantu semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.



Pemimpin AKP tidak sibuk menghentam parti lawan sebaliknya mereka fokus kepada tugas masing-masing bagi berkhidmat kepada rakyat.Isu-isu yang diperjuangkan oleh AKP pula ialah isu-isu kemanusiaan yang universal dan disepakati bersama serta melampaui batas perbezaan kaum,agama dan geografi.Memahami masalah rakyat dengan merasai sendiri dan berkongsi perasaan yang sama dengan rakyat menjadi fokus utama pimpinan AKP.



Selepas sarapan pagi,makan tengahari dan dialog bersama ketua pemuda AKP Istanbul,kami kembali ke Istanbul Commerce University untuk meneruskan sesi pembentangan wakil negara peserta IYG 6.Hari ini merupakan hari terakhir sesi forum dan pembentangan wakil-wakil negara peserta.



Selepas tamat sesi program IYG 6 untuk hari ini,para peserta IYG 6 dibawa menziarahi satu kilang milik Deniz Feneri Dernegi,sebuah NGO Turki yang memberi fokus kepada misi kemanusiaan di seluruh dunia.Kilang ini menempatkan stok pelbagai barangan hasil sumbangan infaq-waqaf orang ramai dan dari sini ia akan diagihkan ke tempat-tempat berlakunya bencana.Melihat stor dalam kilang ini yang dipenuhi oleh pelbagai barangan,kami dapat membuat rumusan awal betapa pemurahnya rakyat Turki menerusi ‘kuasa infaq-waqaf’ mereka.



Kami dijamu hidangan makan malam di Deniz Feneri Dernegi ini dan sebelum pulang seperti lawatan ke NGO-NGO Turki yang lain,kami diberikan hadiah setiap seorang.

13 Julai 2011

Pagi ini saya berjalan kaki seorang diri dari asrama Universiti Istanbul tanpa disedari sehinggalah sampai ke kawasan Istanbul Commerce University tempat berlangsungnya forum IYG 6 yang saya ke sini pagi semalam dengan menaiki bas .Sungguh menarik melihat suasana persekitaran kawasan tumpuan pelancong untuk ‘Bosphours Tour’ yang sibuk bermula pada waktu tengahari tetapi lengang pada awal pagi ini.Kelihatan juga para peniaga di kawasan Spice Bazaar mula bersiap sedia membuka perniagaan mereka dan di atas jambatan Selat Bosphorus ,saya melihat beberapa orang mula memancing ikan disana.Udara pagi di kawasan ini cukup segar dan membuatkan perjalanan saya berjalan kaki seorang diri hampir 1 jam ini tidak terasa letihnya.



Selepas sarapan pagi di asrama Universiti Istanbul,kami kembali ke Istanbul Commerce University bagi menyambung kembali program IYG 6.Program pagi ini diteruskan dengan pembentangan wakil negara peserta sebelum pembentangan oleh SU IIFSO ,Ahmat Al-Atti.IIFSO singkatan kepada International Islamic Federation of Student Organizations (IIFSO)kini berpusat di Istanbul dan saya bersama beberapa orang pimpinan PKPIM pernah mengikuti mesyuarat agungnya di Jakarta dan juga mengikuti bengkel kepimpinan anjuran IIFSO di Kuala Lumpur dahulu.IIFSO suatu ketika dahulu sangat aktif menerbitkan pelbagai bahan bacaan bermutu dalam pelbagai bahasa dunia khusus untuk anak muda.



Ahmat Al-Atti dalam pembentangannya membicarakan tentang kekuatan pemuda dan bagaimana pemimpin pemuda perlu menyediakan diri mereka dengan membuat persiapan ilmu dan kapasiti intelektual, tahu hak anak muda,menyebar maklumat kepada anak muda yang lain dengan membina satu jaringan maklumat-media sesama anak muda di seluruh dunia.Beliau mengharapkan ‘kebangkitan dengan kekuatan pemuda’ dan membawa contoh apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.Masalah kepimpinan menjadi antara masalah penting sekarang ini menurut beliau dan beliau meyarankan kebangkitan dengan pendekatan aman dan sejahtera serta menimbulkan persoalan penting ‘Apa selepas kebangkitan?’.



Pembentangan seterusnya ialah berkenaan isu hak wanita oleh saudari Fatma,seorang peguam terkenal yang lantang memperjuangkan hak wanita di Turki.Beliau sangat aktif menyuarakan nasib para wanita di Turki yang dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran di kebanyakan universiti di Turki hanya kerana mereka memakai hijab.



Dalam pembentangan beliau menyarankan para wanita supaya mengetahui hak-hak mereka dan berjuang untuk menuntut hak tersebut.Lelaki juga menurut beliau perlu berkerjasama dengan wanita untuk memperjuangkan hak-hak wanita tersebut.Kebanyakan orang salahfaham berkenaan hak wanita dalam Islam dam sebarang bentuk kezaliman terhadap wanita perlu dilawan dengan sebaik mungkin.



Selepas tamat sesi IYG 6 hari ini,kami dibawa ke satu lagi NGO Turki,Bakler Vekfi untuk makan malam disini.NGO ini turut memberi penekanan lebih kepada aspek pendidikan.



Pada malam harinya selepas pulang ke asrama Universiti Istanbul,saya berjalan kaki sekali lagi di sekitar kawasan Fatih ini dan melihat suasana malam yang hidup dengan orang ramai khususnya pelancong-pelancong yang keluar membeli belah pelbagai barangan yang dijual sepanjang jalan disini.



Di bilik khas komputer di asrama Universiti Istanbul malam ini pula dipenuhi oleh peserta-peserta IYG 6 yang sibuk melayari internet sehingga ke awal pagi.

12 Julai 2011

Pagi ini semua peserta IYG 6 dibawa ke Istanbul Commerce University yang terletak berdekatan Yeni Camii,Spice Bazaar dan kawasan tumpuan utama pelancong untuk ‘Bosphorus Tour’.Di universiti inilah menjadi lokasi berlangsungnya sesi forum sempena IYG 6.

Forum pada pagi ini menyaksikan pembentangan oleh Prof Recep Senturk,antara seorang professor Sosiologi terkenal di Turki.Prof Recep Senturk ini menguasai Bahasa Turki,Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris disamping penguasaan ilmu kitab klasik dan kontemporari.Beliau mengupas berkenaan hak asasi manusia dari perspektif ilmuwan Barat-Orientalis dan juga ilmuwan-ilmuwan Islam dahulu dan kini.Beliau menekankan kepentingan bagi umat Islam lantang berbicara soal hak asasi manusia ini memandangkan ia sebenarnya sudah lama diperjuangkan oleh para ilmuwan Islam suatu ketika dahulu berdasarkan rujukan terhadap kitab-kitab karya mereka apatahlagi mesej tentang hak asasi manusia memang wujud dalam kitab Al-Quran.


Pembentangan seterusnya ialah berkenaan kepimpinan oleh Profesor Madya Shaharudin Baharuddin yang juga merupakan aktivis ABIM.Beliau mengupas berkenaan method menjadi pemimpin yang baik seperti mengenalpasti kekuatan dalaman,mula berkomunikasi,menunjukkan minat,memindah motivasi,melihat dari perspektif yang berbeza,mendengar,semangat berpasukan dan menghormati orang lain.Pemimpin juga perlu memiliki tanggungjawab sosial seperti komitmen kepada orang miskin dan papa kedana,menyuntik keintelektualan dan budaya ilmu,memperjuangkan alam sekitar,membina politik dalam masyarakat,mengharmoni hubungan antara kaum dan agama,membina jaringan hubungan kebangsaan dan antarabangsa,dan berjuang untuk hak asasi manusia.Pemimpin juga perlu membina-mencipta visi,merangka strategi mencapai visi tersebut,tidak henti-henti bicara soal visi ,yakin dan optimis,meyakinkan pengikutnya dan menunjukkan contoh tauladan yang baik.


Program diteruskan lagi dengan pembentangan oleh wakil-wakil negara peserta yang mengupas persoalan tema program IYG 6 kali ini iaitu “Human Rights in the Islamic World’’.Para peserta turut mengupas berkenaan situasi perjuangan hak asasi manusia di negara masing-masing dan membentangkan tentang program-program yang dilakukan oleh NGO-NGO masing-masing.

Selepas tamat sesi forum dan pembentangan negara peserta IYG 6 hari ini,para peserta dibawa ke pejabat sebuah NGO di Turki,Insan Hereket Madaniyyat untuk makan malam disini.NGO ini memberi fokus kepada usaha pendidikan berkenaan sejarah dan ketamadunanTurki Uthmaniyah.



Bangunan pejabat NGO ini terletak berdekatan tepi Selat Bosphorus dan bangunannya sebuah bangunan lama yang dibaikpulih danbersejarah serta ia merupakan bekas hauzah sufi suatu ketika dahulu.Di pejabat NGO ini,saya berjumpa kembali dengan seorang sahabat Turki yang menyertai IYG 3 di Indonesia dahulu.Selepas makan malam sebelum pulang semua peserta diberi hadiah iaitu ‘puzzle’ berkenaan masjid bersejarah di seluruh dunia.

Saya masih ingat sewaktu IYG 3 di Indonesia dahulu,NGO inilah yang memberi pelbagai hadiah antaranya buku-buku berkenaan sejarah Turki Uthmaniyah dan yang paling menarik satu botol kecil kosong yang tertulis kandungannya ’10 peratus udara segar dari Turki dan 90 peratus salam persaudaraan dari rakyat Turki’’.


Di bilik asrama lelaki Universiti Istanbul sebelum tidur,saya dan sahabat dari Malaysia yang lain bersembang panjang dengan Mehbub,sahabat dari Kashmir yang pernah menetap di UK dan sekarang menetap di Amerika Syarikat.Mehbub menceritakan kisah penderitaan rakyat Kahsmir yang ditindas sejak sekian lama dan menceritakan bagaimana filem-filem Bollywood yang dijadikan medium propaganda bagi menutup kisah sebenar yang berlaku di Kashmir.

11 Julai 2011

Pagi ini saya akan mula menyertai program International Youth Gathering 6 anjuran UNIW.IYG ini merupakan IYG yang ketiga bagi saya setelah menyertai IYG 3 di Indonesia dan IYG 5 di Maghribi.Program ini mengumpulkan anak muda mewakili NGO-NGO dari seluruh dunia dan diadakan sebanyak 2 kali setiap tahun bergilir-gilir antara negara Turki dan negara-negara lain.



Dari pejabat Hayret Vekfi kami menaiki van milik Hayret Vekfi menuju ke pejabat IHH,satu NGO Turki yang terkenal di seluruh dunia dengan misi kemanusiaannya termasuk dalam misi Mavi Marmara ke Gaza.Kami hanya singgah sebentar disini untuk menghantar seorang peserta Devan dari Pakistan .Kemudiannya kami terus ke asrama lelaki Universiti Istanbul untuk menyimpan barang dan urusan penempatan bilik peserta-peserta IYG 6.Sepanjang IYG 6 ini kami akan menginap di asrama lelaki Universiti Istanbul ini yang terletak tidak begitu jauh daripada Sulaymaniye Camii.



Saya dan peserta dari Malaysia yang lain ditempatkan di satu bilik bersama-sama seorang peserta dari Maghribi yang juga sahabat saya yang sama-sama mengikuti program Devan dan IYG 5 di Maghribi dahulu.



Selepas selesai urusan penempatan bilik asrama,kami menaiki van meneruskan perjalanan ke Masjid Biru dan sementara menunggu peserta-peserta IYG 6 yang lain yang akan mengunjungi ke masjid ini,kami berjalan kaki ke satu tamanyang didalamnya terdapat sebuah muzium Islam.Di sini kelihatan ramai pengunjung bersiar-siar dan berkelah bersama keluarga sambil menjamu selera.Kami sempat berbaring atas rumput di taman ini,berkelah sambil makan kebab disini.







Dari jauh kedengaran azan Solat Zohor dari Masjid Biru lantas kami bergegas kembali ke Masjid Biru dan menunaikan solat Zohor bersama-sama pengunjung yang lain.

Sebaik sahaja selesai solat di Masjid Biru,kami berhimpun di pintu gerbang masjid ini dan disinilah kami mula bertemu dengan rombongan peserta IYG 6 yang lain.Dari Masjid Biru kami berjalan kaki beramai-ramai dan menaiki bas yang disediakan khas untuk peserta IYG 6 menuju ke tempat perasmian IYG 6.



Setibanya kami di tempat perasmian IYG 6,kami disambut dengan diberi bunga ros merah setiap seorang dan kemudiaannya memberikan passport di kaunter untuk mengambil alat penterjemahan bahasa.Dewan dipenuhi dengan orang ramai sewaktu perasmian IYG 6 ini dan mendapat liputan meluas dari pihak media.Disinilah saya bertemu kembali dengan sahabat-sahabat dari Turki yang pernah menyertai IYG 3 di Jakarta dan IYG 6 di Maghribi dahulu.Saya cukup bergembira bertemu kembali dengan mereka selepas sering berhubung melalui email dan Facebook sebelum ini.Ternyata jaringan yang dibina hasil program IYG ini mula menampakkan hasilnya.



Majlis perasmian IYG 6 ini bermula dengan sesi tayangan video pengenalan kepada UNIW dan program IYG disusuli ucapan wakil peserta dari setiap negara sebelum ucapan perasmian oleh Setiausaha Agung UNIW,Necmi Sodiquglu.Hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan budaya dan lagu-lagu Turki .Ketika asyik menonton persembahan budaya Turki ini,seorang sahabat Turki memanggil saya keluar ke dewan dan rupa-rupanya secara spontan saya diminta untuk ditemubual oleh wartawan akhbar Star dan Zaman serta sebuah stesyen tv berbahasa Arab dari Turki.Saya diminta untuk memberi pandangan tentang program IYG ini serta diajukan soalan berkenaan hubungan Malaysia dan Turki.Terasa seperti Menteri Luar Malaysia pula saya ketika itu.



Selepas tamat majlis perasmian IYG 6 ini,kami dijamu hidangan makan malam makanan Turki sebelum bergerak menaiki bas untuk kembali ke asrama lelaki Universiti Istanbul.Malam harinya peserta Malaysia membuat sedikit persiapan untuk program IYG 6 seterusnya esok pagi.

Monday, October 10, 2011

10 Julai 2011

Pagi ini saya berjalan-jalan seorang diri sekitar ‘Taman Syurga’,taman yang kami lawati petang semalam.Cukup indah sekali suasana taman ini pada waktu pagi.Segar.Tenang.


Saya menyangka hanya saya seorang sahaja yang bangun awal pagi dan terus ke ‘Taman Syurga’ ini rupa-rupanya sewaktu berada di hujung taman ini saya terserempak dengan Salahudin,sahabat dari London yang sedang berlatih seni bela diri yang beliau pelajari di London.Beliau memberitahu saya yang beliau sangat meminati seni silat Melayu-Nusantara dan mahu mempelajarinya.Sambil menjadikan saya bahan eksperimenseni bela diri yang beliau pelajari,beliau meminta saya menunjukkan contoh buah seni silat Melayu-Nusantara setakat mana yang saya pernah pelajari dahulu.


Selepas sarapan pagi ,semua peserta Devan bertolak menaiki bas meninggalkan Isparta.Kenangan di Isparta ini walaupun begitu singkat pasti akan terpahat di ingatan kami selamanya.Kami berjanji akan kembali lagi ke Isparta ini suatu masa nanti.


Dalam perjalanan sebelum pulang ke Istanbulm,kami sempat singgah di sebuah kilang percetakan Al-Quran milik Hayret Vekfi yang dikatakan kilang percetakan Al-Quran yang terbesar di benua Eropah.Disini kami dibawa melihat proses mencetak Al-Quran dari awalnya sehinggalah siap untuk diedarkan percuma ke seluruh dunia.Hayret Vekfi langsung tidak menjual Al-Quran ini sebaliknya mengedarnya secara percuma di seluruh dunia.Memang ‘’Berkhidmat kepada Al-Quran’’ antara tema utama perjuangan ‘Nurcu’ di seluruh dunia.


Selepas selesai melawat kilang percetakan Al-Quran ini,kami dibawa untuk duduk dibawah pokok berdekatan.Kami seperti biasa dijamu minuman ‘cay’,kacang dan buah tembikai merah gergasi yang sangat manis.Wakil Hayret Vekfi memaklumkan kepada kami dalam beberapa minit lagi salah seorang anak murid Said Nursi,Said Nuri yang merupakan pewaris Badiuzaman Said Nursi selepas Husrev Effendi,pengasas Hayret Vekfi akan datang untuk berjumpa dengan rombongan kami.


Selepas beberapa minit,Said Nuri yang sudah berusia lebih 80 an itu tiba dengan membawa keretanya sendiri.Kelihatan beliau masih sihat dan begitu bersemangat sewaktu menyampaikan pengisiannya kepada kami.Beliau menyentuh persoalan berkenaan perjuangan pahit getir Badiuzaman Said Nursi dan sahabat-sahabatnya dalam menyelamatkan iman manusia,khidmat Al-Quran dan melawan hujah kelompok yang menafikan kewujudan tuhan.


Beliau juga mengupas bagaimana karya Badiuzaman Said Nursi,Risalah An Nur yang telah diharamkan di Russia berjaya mematahkan hujah Marxist-Komunis sehingga menggerunkan pihak Marxist-Komunis sehingga ke hari ini.Beliau juga sempat mengulas dalam sesi soal jawab tentang kemenangan Recep Tayyip Erdogan dalam pilihanraya Turki dan mengaitkannya dengan komitmen usaha gerak kerja pelbagai pihak dalam menyedarkan rakyat menerusi penyebaran ajaran Al-Quran dan hal-hal keimanan kepada tuhan.Sebelum pulang Said Nuri yang tidak membenarkan gambarnya diambil telah menghadiahkan kami percuma setiap seorang sebotol minyak wangi bunga Ros yang sangat mahal harganya di pasaran.

Dari kilang percetakan Al-Quran milik Hayret Vekfi ini kami terus pulang menuju ke lapangan terbang Ataturk untuk menghantar sahabat dari Russia yang akan pulang ke negara mereka sebelum kami meneruskan perjalanan kembali ke asrama Hayret Vekfi di Kucukcermece.


Di asrama Hayret Vekfi selepas berehat beberapa seketika,kami mengemas barang-barang dan bilik kami disini.Malam ini merupakan malam terakhir bagi majoriti peserta Devan Educational Forum menginap di asrama Hayret Vekfi sebelum pulang ke destinasi masing-masing manakala beberapa orang peserta yang lain termasuk saya dan peserta dari Malaysia yang lain akan meneruskan program seterusnya dengan menyertai International Youth Gathering 6 anjuran UNIW bermula esok pagi.

9 Julai 2011

Awal pagi ini selepas solat Subuh,kami menaiki bas beramai-ramai bertolak menuju ke Isparta.Pada mulanya saya dan sahabat-sahabat yang lain terkejut juga bila diberitahu perjalanan dari Istanbul ke Isparta memakan masa hampir 10 jam.10 jam duduk dalam bas sahaja pasti memenatkan .Mujur perjalanan sepanjang 10 jam dengan berhenti rehat dua kali di hentian rehat ini diisi oleh pelbagai program santai seperti nyanyian lagu pelbagai negara,dan kisah-kisah lucu.Sedar tak sedar akhirnya kami sudah pun tiba di kawasan berdekatan Isparta.Kami berhenti untuk makan tengahari di sebuah restoran milik geng Hayret Vekfi disini.



Selepas selesai makan tengahari dan solat jama’,bas yang membawa kami meneruskan perjalanan ke satu kawasan puncak bukit tinggi yang terdapat kediaman Badiuzaman Said Nursi dan juga asrama Hayret Vekfi disini.Menuju ke kawasan puncak bukit tinggi ini,kami melalui satu pemandangan hijau yang cukup indah dengan dikelilingi bukit bukau dan juga laut biru.



Kami dibawa masuk ke kediaman Badiuzaman Said Nursi yang merupakan sebuah rumah diatas pokok dan disini dikatakan telah dijadikan tempat uzlah Badiuzaman Said Nursi sekitar tahun1927 hingga ke tahun 1934.Disini jugalah dikatakan Badiuzaman Said Nursi mula mengarang karyanya,Risalah An Nur.



Dari kediaman Badiuzaman Said Nursi ,kami bergerak berjalan kaki beramai-ramai ke sebuah lagi asrama Hayret Vekfi yang terletak tidak jauh dari kediaman Badiuzaman Said Nursi.Asrama baru ini cukup besar dengan lebih 5 tingkat dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti asrama penginapan siap dengan katil 2 tingkat,dewan syarahan,bilik air dan lain-lain.Dari tingkat atas asrama di puncak bukit ini kami dapat melihat pemandangan indah Isparta.Cukup mengagumkan.Saya terfikir patutlah Badiuzaman Said Nursi banyak menyentuh persoalan alam sekitar dalam karyanya.Bagi mereka yang ingin mengunjungi ke Turki saya sarankan supaya mengunjungi Isparta dan melawat sendiri kawasan kediaman Badiuzaman Said Nursi dan asrama Hayret Vekfi ini.



Ketika tiba di asrama Hayret Vekfi ini,saya menggunakan Samsung Galaxy untuk mengambil pelbagai gambar yang cukup cantik di Isparta ini dan saya sengaja cuba menggunakan internet dan terkejut saya apabila memang terdapat kemudahan wifi di atas puncak bukit ini.



Pada petang harinya semua peserta Devan Educational Forum dibawa bersiar-siar sekitar kawasan asrama Hayret Vekfi ini.Kami berjalan-jalan di ‘Taman Syurga’,satu taman berdekatan asrama ini dan menuruni sahaja tangga menuju ke taman ini kita dapat melihat satu pemandagan taman yang sangat cantik dan turut dihiasi oleh pokok buah ceri.Dalam taman ini turut didirikan pondok tempat yang boleh digunakan untuk membaca buku dan pondok ini sebenarnya memang digunakan oleh geng Badiuzaman Said Nursi untuk membaca buku khususnya Risalah An Nur sehingga kini.



Pada malam harinya telah diadakan satu sesi khas pembentangan berkenaan gerakan ‘Nurcu’ yang mengikuti aliran pemikiran Badiuzaman Said Nursi termasuk sistem pendidikan,sejarah Risalah An Nur dan pergerakan yayasan waqaf seperti Hayret Vekfi ini.Mereka yang mengikuti pemikiran Badiuzaman Said Nursi di seluruh dunia khususnya di Turki ini mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri bagi membentuk kualiti ahli dalam gerakan mereka.Selalunya mereka akan mengadakan program mereka di ‘madrasa’(samada di sebuah rumah,rumah flat,apartment besar,asrama dan sebagainya).



Hayret Vekfi misalnya akan mengumpulkan anak-anak muda khususnya pelajar sekolah menengah dan universiti) di asrama mereka dan disini anak-anak muda ini akan menginap dan mengikuti pelbagai program yang disusun oleh Hayret Vekfi.Mereka akan didedahkan dengan persekitaran ilmu khususnya berkenaan ilmu agama-spiritual,persekitaran kekeluargaan dan persaudaraan.Mereka akan diajar bagaimana mahu membaca dan menghafaz Al-Quran,membaca terjemahan Al-Quran,membaca-menulis dan menyalin semula Risalah An Nur dan sebagainya.



Selepas selesai pembentangan tersebut,saya sempat melayari internet dan mengikuti berita perkembangan semasa di Malaysia.Kebetulan hari ini merupakan hari diadakan perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur dan saya bersama-sama sahabat peserta Devan Educational Forum yang lain duduk menonton rakaman video perhimpunan Bersih 2.0 menerusi Samsung Galaxy .Bertubi-tubi soalan ditanya kepada saya oleh sahabat-sahabat peserta Devan dari luar negara tentang apa yang telah terjadi di Malaysia sekarang ini.Mereka ternyata sangat mengambil berat tentang apa jua perkembangan semasa di Malaysia .



Selepas melayari internet pula saya bersembang-sembang pula dengan seorang sahabat Hayret Vekfi yang baru dikenali di Isparta ini.Beliau bertutur dalam Bahasa Turki sepenuhnya dan saya terpaksa membalasnya dengan beberapa patah Bahasa Turki yang saya tahu sambil merujuk kepada nota kamus Bahasa Turki yang saya bawa bersama.Sedar tak sedar lebih setengah jam juga beliau bersembang dengan saya sepenuhnya dalam Bahasa Turki...

8 Julai 2011

Hari ini seperti biasa selepas bersukan di taman tasik Kucukcermece dan sarapan pagi,program Devan diteruskan lagi dan hari ini merupakan hari terakhir Devan Educational Forum.Setiap peserta diberi borang kaji selidik dan respon bagi setiap slot program sepanjang berlangsungnya acara ini.Kami diberi masa untuk menyiapkan borang kaji selidik dan respon tersebut pada pagi ini.



Selepas selesai mengisi borang kaji selidik dan respon peserta tersebut,kami dibawa menaiki bas menuju ke Sulaymaniye Camii untuk menunaikan solat Jumaat disini.Saya telah berjanji dengan seorang sahabat dari Turki,Mehmet Faruq yang turut sama-sama menyertai IYG 5 di Maghribi dahulu untuk berjumpa sewaktu solat Jumaat di masjid ini.



Setibanya kami di Sulaymaniye Camiidan ketika mahu menuju ke tempat wudhu’,saya berjumpa dengan Mehmet Faruq yang sedang menanti disitu.Kami berasa gembira kembali bertemu dan kali ini di Turki pula setelah sekian lama berkomunikasi melalui Facebook sesudah tamat program IYG 5 di Maghribi dahulu.



Khutbah khatib solat Jumaat ini seperti biasa dalam Bahasa Turki dan saya cuba mendengar sebaik mungkin bagi mendapatkan perkataan-perkataan baru dalam Bahasa Turki.Mungkin mendengar khutbah solat Jumaat dalam Bahasa Turki ini boleh menjadi sebahagian slot kursus Bahasa Turki saya secara tidak rasmi.



Solat Jumaat di Sulaymaniye Camii ini dihadiri oelh ribuan jemaah dan cukup meriah melihat suasana sesudah selesai solat Jumaat ini.Selepas selesai solat Jumaat disini,kami berjalan kaki beramai-ramai menuju ke bas yang membawa kami dan kami sempat melintas di kawasan persekitaran Universiti Istanbul yang terletak tidak jauh daripada Sulaymaniye Camii ini.



Bas membawa kami pulang ke Hayret Vekfi dan selepas makan tengahari,program Devan diteruskan lagi dengan pembentangan tentang Al-Quran ‘Tewafuq’ oleh Jamal,wakil dari Hayret Vekfi.Al-Quran ‘Tewafuq’ ini ialah mushaf Al-Quran yang didalamnya kita boleh melihat penulisan setiap kalimah Allah dalam ayat-ayat Al-Quran tersusun rapi dalam satu garisan lurus.Badiuzaman Said Nursi menjumpai apa yang dikatakan sebagai satu ‘mukjizat’ penulisan Al-Quran ini dan anak muridnya,Husrev Effendi yang juga merupakan pengasas Hayret Vekfi giat menyebarkannya melalui tulisan tangan dan kemudiannya melalui percetakan dan penerbitan Al-Quran untuk edaran ke seluruh dunia secara percuma.



Selepas pembentangan berkenaan Al-Quran Tewafuq ini,program diteruskan lagi dengan sambungan pembentangan wakil-wakil negara sebelum diadakan majlis penutup Devan Educational Forum secara santai.Majlis penutup dimulakan dengan bacaan deklarasi Devan educational Forum dan kemudiannya SU UNIW,Ali Kurt dan wakil Koordinator UNIW,Cihangir Isbilir merumus tentang beberapa idea pemikiran Badiuzaman Said Nursi khususnya berkenaan perpaduan,melawan materialisme,memperkasa iman dan menyebar mesej Al-Quran.Mereka juga menekankan persoalan kombinasi antara aqal dan hati,persaudaraan, rasa cinta antara satu sama lain,dan berkerjasama.Mereka mengungkapkan dengan yakin bahawa masa depan ini ditangan anak-anak muda dan menyeru para peserta supaya mengikut jejak tokoh-tokoh seperti Imam Al-Ghazali,Imam Rabbani,Imam Zamaksyari,Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan ramai lagi.



Setiap peserta kemudiaannya diberi sijil penyertaan dan beberapa hadiah seperti pendrive yang didalamnya terdapat gambar-gambar dan artikel-slide pembentangan sepanjang program ini,Al-Quran ‘Tewafuq’ dan juga buku Badiuzaman Said Nursi.



Selepas tamat majlis penutup,seorang wakil Hayret Vekfi telah mengadakan sesi rakaman temubual bersama para peserta bagi merumuskan tentang faedah yang setiap peserta dapat sepanjang mengikuti Devan Educational Forum selama satu minggu ini.Tanpa disedari sudah seminggu saya mengikuti program yang banyak mendedahkan tentang pemikiran Badiuzaman Said Nursi ini.



Walaupun pengisian program ini sedikit berat terutamanya berkenaan pemikiran,tetapi yang uniknya ia dijalankan secara santai misalnya setiap pembentangan hanya akan berlangsung selama 15 minit(kecuali sesi video conference-skype) dan kemudiaanya semua peserta akan diberi waktu rehat sebelum sesi berlangsung semula.Ia ditambah pula dengan sesi lawatan dan jaringan santai setiap hari disamping aktiviti mempelajari pelbagai bahasa antara sesama peserta dari pelbagai negara.



Saya dapat melihat bagaimana kesungguhan peserta dari Russia dan Macedonia mahu mempelajari Bahasa Melayu yang diajar oleh peserta-peserta Malaysia,peserta Russia yang fasih berbahasa Arab dan Bahasa Turki,peserta Palestin yang fasih berbahasa Melayu(pernah menuntut di UIAM), dan juga satu kelebihan kepada kami peserta Malaysia kerana berpeluang untuk mempelajari asas pelbagai bahasa seperti Bahasa Turki,Bahasa Russia,Bahasa Macedonia,Bahasa Arab dan sebagainya.



Malam ini kami bersiap mengemas barang-barang memandangkan awal keesokan paginya kami akan meninggalkan Hayret Vekfi dan meneruskan perjalanan bersama semua peserta Devan Educational Forum dalam sesi lawatan ke sebuah lagi negeri yang terletak hampir 10 jam menaiki bas dari Istanbul iaitu Isparta.

7 Julai 2011

Forum Devan pagi ini diteruskan lagi dengan pembentangan seorang lagi wakil Hayret Vekfi,Abdul Malik Yahya yang mengupas tentang beberapa aspek dialog antara agama dan dialog ketamadunan.Beliau membicarakan latar belakang pemikiran dan konsep-konsep penting dalam agama Kristian dan kami juga diberi beberapa minit untuk melihat tayangan video berkenaan Richard Burnish yang aktif menyampaikan mesej Kristian secara online.



Dalam video itu memaparkan soal jawab antara Richard Burnish dan seorang pemanggil yang tidak dikenali dan berlaku perdebatan antara kedua mereka .Kami diminta untuk menganalisis hujah perdebatan mereka tersebut.Secara umumnya Abdul Malik menekankan betapa pentingnya mencari kebenaran dan mengemukakan hujah-hujah yang rational disamping berani bersekemuka dan berdialog dengan penganut agama-agama lain secara berhikmah dan ini boleh dilakukan melalui penganjuran dialog antara agama dan ketamadunan.



Pembentang seterusnya ialah sahabat saya,Faiz Ali yang membicarakan topik berkenaan Nationalisme.Beliau mengupas perbezaan antara nationalisme dan patriotism dan menekankan bagaimana Islam menolak pemikiran nationalisme sempit yang berasaskan satu kaum-puak semata-mata.Faiz membawa contoh bagaimana Rasulullah menyatukan antara kaum Aus dan Khazraj dan mesej Al-Quran berkenaan persaudaraan yang cukup bersifat universal dan merangkumi kesemua manusia.Faiz juga menceritakan sejarah tokoh-tokoh nationalisme dahulu dan strategi mereka seperti mencipta ‘role model’ untuk ikutan rakyat,dana kewangan yang kukuh,propaganda media dan platform-platform lain bagi menyebarkan pemikiran nationalisme ini.Persoalan Nationalisme ini pernah dikupas oleh Badiuzaman Said Nursi yang juga terpaksa menghadapi tentangan kelompok yang berfahaman nationalisme ini pada zamannya.



Forum Devan diteruskan lagi dengan pembentangan oleh wakil UNIW,Cihangir Isbilir berkenaan perpaduan.Beliau menceritakan sejarah penubuhan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak UNIW.Penubuhan UNIW ini telah menyatupadukan NGO-NGO Islam di seluruh dunia dan mendapat sokongan penuh pimpinan kerajaan Turki sekarang.Walaupun baru ditubuhkan namun UNIW telah menjalankan pelbagai aktiviti kemanusiaan merentasi batas sempadan geografi dan UNIW jugalah yang menjadi penganjur utama program International Youth Gathering yang saya pernah ikuti di Indonesia dan Maghribi dan akan mengikutinya lagi di Istanbul ini sebaik sahaja tamat program Devan Educational Forum ini nanti.Cihangir menekankan betapa pentingnya perpaduan yang sangat dianjurkan oleh Al-Quran dan bagaimana dengan bersatu-padu,kita mampu menyelesaikan pelbagai masalah dunia keseluruhannya.



Program diteruskan lagi selepas itu melalui video conference-skype bersama Mazhar Husaini dari USA dan beliau mengupas berkenaan makanan halal.Beliau menekankan kepentingan menjaga kesihatan melalui penjagaan permakanan dengan memilih makanan yang terbukti halal dan baik serta mengelak daripada memakan makanan yang haram dan tidak baik untuk kesihatan.Beliau mengambil contoh bagaimana Coca-Cola yang sering diminum oleh ramai orang padahal rakyat di negara yang mengeluarkan Coca-Cola sendiri menolaknya dan tidak meminum Coca-Cola kerana mengetahui betapa bahayanya ia untuk kesihatan tubuh manusia.



Pada petang harinya,para peserta mewakili negara masing-masing diberi kesempatan untuk membuat persediaan dan berdiskusi sesama sendiri sebagai persiapan untuk pembentangan negara tentang penyelesaian kepada masalah sosial.Dengan menyediakan slide,video dan sebagainya,sesi pembentangan oleh wakil bagi setiap negara peserta berlangsung mengikut giliran yang ditetapkan.



Secara umumnya,para wakil setiap negara membentangkan situasi sosial dan isu semasa yang berlaku di negara masing-masing dan memberikan lontaran cadangan cara bagaimana mahu mengatasi permasalahan-permasalahan tersebut.Lontaran cadangan ini boleh dimanfaatkan oleh perwakilan negara lain sebagai rujukan ketika merangka agenda mengatasi pelbagai masalah sosial yang berlaku di negara masing-masing.

6 Julai 2011

Pagi ini seperti biasa saya berjoghing di taman tasik Kucukcermece sehingga ke waktu sarapan pagi di asrama Hayret Vekfi.Tetamu di asrama Hayret Vekfi ini bertambah hari ini selain daripada peserta Devan dengan kehadiran rombongan lain dari Sudan yang dalam rangka lawatan ke Turki.Memang kebanyakan rombongan dari pelbagai negara terutamanya dari NGO yang bawah badan gabungan UNIW akan menginap di asrama Hayret Vekfi ini jika mereka berkunjung ke Istanbul.Dan yang menariknya,langsung tiada bayaran dikenakan.



Devan Educational Forum pagi ini diteruskan lagi dengan sesi video conference-skype dan kali ini bersama En Ahmad Azzam Abdur Rahman,mantan Presiden ABIM dan merupakan satu-satunya perwakilan majlis tertinggi UNIW dari Malaysia.Beliaulah antara orang yang paling banyak memperkenalkan idea pemikiran Badiuzaman Said Nursi dan segalanya tentang Turki kepada aktivis-aktivis PKPIM-ABIM-WADAH.



En Ahmad Azzam memberikan kupasan terhadap masalah sosial dunia berdasarkan pandangan cendekiawan Muslim seperti Seyyed Hossein Nasr,Akbar S.Ahmed,Ibnu Khaldun dan Badiuzaman Said Nursi.Beliau juga membuat rumusan terhadap buku ‘50 facts that should change the world’ oleh Jessica Williams.Dalam kupasan buku tersebut,masalah-masalah seperti kelahiran anak luar nikah,keganasan,penyalahgunaan dadah,kemiskinan,HIV-AIDS,pornography dan sebagainya dibentangkan dengan baik.Jatuh bangun sesebuah negara dan empayar seperti Empayar Parsi- Rom-Umayyah-Abbasiyah dan Uthmaniyah turtu dikupas disamping pembentang terhadap konsep perubahan didalam Al-Quran.Selain itu juga En.Ahmad Azzam mengupas tentang model kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih dengan penekanan kepada 6 perkara berikut iaitu visi ummatik,misi Quranik,berpusatkan solat,disipilin yang kuat,menguasai teknologi terkini dan menguasai bahasa-bahasa dunia.



Program diteruskan lagi dengan pembentangan oleh Hamza,wakil Hayrat Vekfi di London.

Beliau mengupas tentang apa tujuan hidup kita di muka bumi ini,persoalan kebahagian,musibah,cubaan,manifestasi nama-nama Allah,penyakit hati dan kepentingan memperkasakan iman bagi setiap individu.Seperti mana wakil-wakil Hayret Vekfi yang lain ,perkara paling penting yang ditekankan oleh beliau ialah persoalan iman manusia dan ini jugalah yang banyak ditekankan dalam karya-karya Badiuzaman Said Nursi.Mengikut sahabat-sahabat Hayret Vekfi,tugas menyelamatkan iman manusia merupakan tugas yang sangat penting buat kita semua.





Selepas tamat sesi forum hari ini,kami dibawa melawat ke Yusha Hill yang dikatakan terdapat makam Nabi Yusha disini.Ini merupakan kunjungan kedua saya ke Yusha Hill selepas berkunjung disini bersama-sama rombongan MTDS dahulu.Dari Yusha Hill kami bergerak menuju ke atas bukit di Camlica yang kita dapat melihat pemandangan indah Istanbul Asia-Eropah disini.Saya juga telah melawat Camlica ini dalam rombongan bersama MTDS dahulu.Memang ada beberapa tempat yang sama saya kunjungi dalam 2 program yang berbeza namun ia tetap bermakna dengan kehadiran sahabat-sahabat yang berlainan.Tempatnya sama ,orangnya berlainan.



Sewaktu tiba di pejabat Hayret Vekfi selepas selesai lawatan pada hari ini,saya dan beberapa orang sahabat terus masuk ke kedai buku Hayret Nesriyat milik Hayret Vekfi yang terletak di luar tingkat bawah bangunan Hayret Vekfi.Di kedai buku ini dijual pelbagai buku dalam Bahasa Turki dan sedikit dalam Bahasa Inggeris khususnya buku-buku karya Badiuzaman Said Nursi dan kebanyakan buku ini diterbit dan dicetak sendiri oleh syarikat percetakan milik Hayret Vekfi.



Sebelum masuk tidur,saya sempat berjalan-jalan sekitar taman tasik Kucukcermece yang saya sering ke sana pada setiap pagi untuk melihat suasana taman tasik ini pada malam hari.Memang hidup taman ini di malam hari dengan ramai pengunjung yang berkelah disini bersama-sama keluarga mereka.

5 Julai 2011

Pagi ini saya bangun dari tidur dan terlupa yang kini saya sudah di Hayret Vekfi.Tanpa disangka-sangka,Samsung Galaxy milik ayah saya yang saya bawa bersama khususnya untuk melayari internet terjatuh dari tingkat atas katil tidur di asrama yang saya tumpang menginap.Rasanya bukan salah saya memilih tidur di katil tingkat atas tetapi salah tidak menyimpan Samsung Galaxy ditempatnya sebelum tidur.Akibatnya ia terjatuh-terhempas dari atas katil ke bawah lantai mungkin disebabkan tangan saya yang tertolaknya sewaktu tidur.



Pucat saya seketika dan tidak berani mengangkat semula Samsung Galaxy itu memandangkan saya fikir pasti skrinnya sudah pun pecah akibat terhempas ke lantai.Selepas beberapa seketika,saya turun dari tingkat atas katil dan mengambil kembali ‘aset penting’ saya itu dan Alhamdulillah tiada apa-apa kerosakan,pecah dan sebagainya.Mujur kualiti terbaik ...

Solat subuh bermula sekitar 4-5 pagi manakala program Devan hanya akan bermula jam 9 pagi.Selepas solat subuh majoriti sahabat-sahabat saya tidur lena kembali manakala saya mengambil keputusan untuk ber’joghing’ di luar pejabat Hayret Vekfi.Dalam perjalanan ke sini semalam saya perasan terdapat satu taman rekreasi di Kucukcermece ini dan saya berjalan kaki seorang diri dari Hayret Vekfi mencari taman rekreasi ini.



Di taman rekreasi Kucukcermece,beberapa orang penduduk Kucukcermece kelihatan ber’joghing’,berjalan kaki,dan bermain beberapa alat permainan sukan yang disediakan di sini.Taman rekreasi ini cukup selesa untuk bersukan dengan pelbagai kemudahan sukan yang disediakan dan kawasan persekitarannya yang indah dikelilingi tasik.

Saya turut serta bersama-sama mereka yang lain bersukan santai sekadar mengeluarkan peluh,membetulkan urat dan berjalan-jalan sekitar kawasan tepi tasik Kucukcermece.Kadang-kadang saya terasa seperti makhluq asing pula bila dipandang semacam oleh penduduk-penduduk Kucukcermece yang bersukan di taman rekreasi ini.Barangkali sangat jarang orang luar negara yang bersukan di taman rekreasi ini dan memang ketika itu hanya saya seorang sahaja yang bukan rakyat Turki bersukan di taman rekreasi ini.





Sambil berjalan-jalan di taman tasik ini,saya juga sempat mencari kawan-kawan baru dengan menegur mereka yang lalu lalang disini .Kelihatan lebih ramai orang tua yang bersukan pada waktu pagi ini berbanding dengan orang muda.

Saya menegur mereka menggunakan 2-3 kerat perkataan Bahasa Turki yang saya ketahui manakala mereka seperti biasa ‘mengarang esei’ berbicara Bahasa Turki seolah-olah saya memahaminya seratus peratus.Memang ada yang sombong langsung tidak melayan teguran tetapi yang melayan pula begitu ramah sehingga berbicara lama dalam Bahasa Turki dengan saya sambil saya senyum mengangguk ‘buat-buat faham’.Saya fikir bagus juga sebenarnya mereka berbicara dalam Bahasa Turki sebab ia membantu saya mendapatkan perkataan-perkataan baru dalam Bahasa Turki.Dengar dan dapatkan dulu perkataan-perkataan baru dan balik nanti ,’Google Translate’ sahaja...Mungkin itu formula mudah saya mempelajari Bahasa Turki sementara berkunjung ke Turki ini.:)



Selepas hampir 2 jam sesi riadhah ,saya kembali ke pejabat Hayret Vekfi dan bersarapan pagi bersama-sama sahabat yang lain.Hidangan sarapan pagi disini cukup saya gemari dengan roti ,jem strawberi,keju,telur,timun,tomato,buah zaitun dan minuman wajib,’cay’.



Dalam jam 9 pagi di dewan mesyuarat di tingkat paling atas pejabat Hayret Vekfi,program bermula dan para peserta duduk mengikut negara masing-masing siap dengan nama pesertanya sekali.

Slot 1 pada pagi ini ialah pembentangan daripada wakil Hayret Vekfi,Ibrahim yang mengupas tentang persoalan masalah anak muda sekarang dan cara mengatasi masalah-masalah tersebut.Turut dikupas Ibrahim ialah soal keperluan fizikal dan spiritual anak muda,kisah perjuangan Nabi Ibrahim vs berhala,kisah Nabi Yusuf dan ‘Zulaikha’,kelemahan sistem pendidikan sekular khususnya sains sekular,kelemahan hujah teori evolusi dan kelompok yang ‘beragama’ dengan sains .Beliau menekankan soal kepentingan menuntut ilmu,beramal dan ikhlas dalam apa jua tindakan.



Dalam sesi diskusi berkumpulan pula,para peserta diminta memikirkan gerak kerja dan cara mengatasi masalah-masalah anak muda dan tidak fokus kepada pembentangan masalah-masalah semata-mata.Memang kebanyakan perbincangan tentang anak muda yang saya sertai sebelum ini terlalu banyak membentangkan masalah-masalah semata-mata sehingga melupakan perbincangan gerak kerja yang boleh dilakukan oleh setiap individu bagi mengatasi masalah-masalah tersebut secara bersama.



Dalam slot 2 pula wakil Hayret Vekfi,Salahuddin membentangkan kupasan 6 perkara penting yang pernah dinyatakan oleh Badiuzaman Said Nursi dalam karyanya.Turut dikupas Salahuddin ialah soal keyakinan diri ,kelemahan spiritual individu,rasa cinta kepada orang lain,mencintai keamanan dan tidak berpecah belah sesama sendiri serta kekuatan persaudaraan.



Disamping itu juga dikupas tentang keadilan sosial antara yang miskin dan yang kaya -pembahagian kekayaaan secara adildan kepentingan berkerja bersungguh-sungguh dan menjadi kaya tanpa melupakan perkongsian kekayaan kepada orang lain,mengikis sikap ego dan individualistik,berfikiran ‘ummatic’ dan pendekatan 1ummah.:)



Salahuddin juga membicarakan tentang prinsip kepimpinan seorang Muslim antaranya ialah adl(justice),qist(equity-fairness),meezan(balance),human dignity, dan shura(consultation).Kisah keadilan kepimpinan Umar Abd Aziz dan Salahuddin Al-Ayubi dijadikan rujukan utama dalam perbincangan ini.



Dalam sesi pembentangan berkumpulan pula,setiap kumpulan diberi 1 perkara daripada 6 perkara penting Badiuzaman Said Nursi itu dan mengupas dengan lebih lanjut dengan mengaitkannya dengan realiti semasa.



Program diteruskan lagi dengan sesi video conference-skype bersama Dr Ashrafuzaman yang berada di Amerika Syarikat.Saya pernah menginap satu bilik dengan beliau sewaktu program IYG 5 di Maghribi dahulu dan beliau dipanggil oleh delegasi Malaysia dalam IYG 5 itu dengan gelaran ‘abi’ terutamanya kerana sifat kebapaannya sewaktu melayan kami sepanjang IYG 5.



Dr Ashrafuzaman mengupas tentang pendekatan terbaik dalam melakukan perubahan dengan mengambil contoh pendekatan yang digunapakai oleh Nabi Muhammad .Pendekatan dakwah dengan penuh hikmah,fleksibel,berdasarkan contoh amal perbuatan dan akhlaq mulia inilah yang mampu menggerakkan perubahan dalam masyarakat.

Dr Ashrafuzaman menceritakan pengalaman beliau di Amerika Syarikat pasca serangan 11 September dan meletusnya ‘Islamphobia’ dan bagaimana begitu ramai rakyat Amerika Syarikat yang memeluk Islam ditangannya secara sukarela dan tanpa paksaan bahkan hanya berdasarkan hujah intelek dan rational dan yang paling penting melalui contoh akhlaq yang mulia sewaktu bergaul dengan pelbagai pihak.



Selepas tamat sesi program hari ini ,pada malam harinya semua peserta Devan Educational Forum dibawa menaiki bas dan kemudiannya berjalan kaki beramai-ramai di tepi Selat Marmara yang cukup indah pada malam harinya.Kelihatan begitu ramai pengunjung yang berkelah di bawah pokok bersama-sama keluarga mereka sambil menjamu selera.Walaupun keesokan paginya ialah hari bekerja,itu tidak menghalang pengunjung berkelah bersama-sama keluarga mereka di tepi laut ini.



Sambil menghayati pemandangan Selat Marmara di malam hari,kami makan kacang dan minum jus oren bersembang-sembang mengambil peluang untuk berkenalan lebih rapat sesama peserta.Bagi saya ini merupakan satu bentuk pendekatan santai yang amat baik bagi membina jaringan antara anak muda seluruh dunia.Tiada hotel berhawa dingin ,tiada makanan-minuman yang terlampau mewah membazir,tiada pakaian rasmi wajib dipakai namun kami tetap mampu berkenalan membina jaringan antara satu sama lain di malam hari tepi Selat Marmara,sambil memakan kacang meminum jus oren dan bebas berpakaian apa sahaja.Cukup santai...



Sepanjang jalan di tepi Selat Marmara ini,terdapat beberapa permainan dengan sedikit bayaran disediakan seperti menembak belon dan botol yang diletakkan di tepi laut dengan menggunakanpistol-senapang yang berpeluru.Beberapa orang peserta Devan turut mencuba permainan menembak belon dan botol ini.



Selepas tamat sesi membina jaringan secara santai,kami pulang semula ke asrama Hayret Vekfi.Sebahagian daripada kami tidur lewat kerana melayari internet di bilik atas asrama manakala yang lain tidur awal memandangkan sebenarnya kami hanya memiliki baki beberapa jam sebelum perlu bangkit menunaikan solat subuh.Waktu tidur dimalam hari kelihatan singkat namun menjadi budaya di Turki ini untuk kembali tidur selepas solat Subuh.

Saturday, August 20, 2011

4 Julai 2011




Pagi ini merupakan hari terakhir kami bersama-sama dalam rombongan lawatan pendidikan MTDS dan kami akan bergerak meninggalkan asrama Hizmet di Sariyer yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang berada di Istanbul selama 2 minggu.Sebahagian kami akan pulang ke tanah air Malaysia hari ini dan sebahagian lagi akan pulang keesokan harinya.

Hanya saya ,Kharizul dan Fatih sahaja yang akan meneruskan perjalanan masing-masing di Turki.Fatih akan pulang bercuti di rumah keluarganya di sebuah negeri jauh dari Istanbul manakala Kharizul akan menyertai kursus Bahasa Turki dalam 2 bulan di sekolah Hizmet .Dan saya seorang diri pula akan terus menyertai 2 lagi program anjuran Hayret Vekfi dan UNIW dan akan genap berada satu bulan di Turki kali ini.

Selepas mengemas barang dan mengemas bilik di asrama Hizmet di Sariyer,kami bergerak menaiki van meninggalkan Sariyer dan di Yenibosna,Kharizul,Dr Adi Setia,Wan Ahmad Faysal,Saiful Ridzuan dan Oscar dari Kazakhtan turun bagi meneruskan perjalanan masing-masing.Mereka akan menetap di satu asrama Hizmet disini dan kecuali Kharizul,yang lain-lain akan pulang menaiki pesawat Uzbekistan Airways untuk pulang ke Malaysia keesokan harinya.Sebelum bergerak ke destinasi masing-masing kami bersalam-salaman dan berpelukan tanda persahabatan dan kenangan sewaktu kembara bersama-sama hampir 2 minggu pastinya akan terpahat di hati masing-masing.

Van yang membawa saya,Fatih,Muaz,Ammar dan Zahid meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Ataturk.Kecuali saya dan Fatih,yang lain-lain akan pulang ke Malaysia pada hari ini juga.Sewaktu menemani mereka check in di lapangan terbang,saya berkenalan dengan sahabat Hizmet dari Kyrgyzstan ,seorang pelajar Malaysia yang belajar di Kanada yang kebetulan transit di lapangan terbang ini dan tanpa disangka-sangka juga kami berjumpa dengan Prof Adem Klichman,professor di UPM yang kami selalu ziarahi rumahnya di Bangi bahkan pernah beberapa kali menginap dan membaca-berdiskusi buku Badiuzaman Said Nursi dengan beliau di rumah ‘madrasah’ Turki di Bangi itu.Beliau juga dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas pulang bercuti di rumah keluarganya di Turki.Isteri beliau merupakan orang Kedah dan saya pernah bertanya kepada anak-anak kecilnya yang sangat comel,samada mereka orang Kedah atau orang Turki dan mereka menjawab orang Kedah walaupun muka mereka lebih mirip kepada orang Turki.

Sewaktu salam perpisahan dengan Muaz,Zahid,Ammar dan juga Fatih ,kami berjanji akan berjumpa semula di Malaysia nanti khususnya di pejabat MTDS.Kami kini seakan menjadi sebahagian daripada warga MTDS selepas kembara bersama di Turki hampir 2 minggu melihat segala gerak kerja geng Hizmet yang mengikuti pemikiran Badiuzaman Said Nursi dan dipimpin oleh Fethullah Gulen ini.Gerak kerja Hizmet yang sangat sistematik terutamanya dengan pemilikan sendiri stesyen tv-radio-suratkhabar,pelbagai sekolah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asrama dan keikhlasan berkhidmat,istiqamah,mendahulukan orang lain,dan semangat persaudaraan geng Hizmet ini akan kami pelajari seterusnya kami akan kongsikan pengalaman bersama-sama geng Hizmet ini dengan sahabat-sahabat yang lain .

Tamat sudah kembara saya bersama rombongan MTDS ini dan kini saya lepak sebentar seorang diri di Lapangan Terbang Ataturk sebelum akan meneruskan kembara saya di Turki seterusnya.....

3 Julai 2011

Pagi ini dihadapan perkarangan asrama Hizmet di Sariyer,terdapat deretan pasar ala pasar malam di Malaysia yang menjual pelbagai barangan kering dan basah.Saya sempat melihat suasana pasar di Sariyer ini dengan berjalan kaki seorang diri ditengah-tengah penduduk Turki ini dan antara yang menariknya di pasar ini dijual pelbagai buah-buahan khususnya buah tembikai yang cukup besar berkali ganda berbanding tembikai di Malaysia dengan harga yang sangat murah.Seorang peniaga di pasar ini menegur saya dalam Bahasa Turki dan mengajak saya minum ‘cay’ bersama-samanya.

Genghis Khan dari Kazakhtan ,Aziz dan Bayram dari Uzbekistan yang turut bersama-sama rombongan kami sepanjang kembara kami ini telah pulang ke negara masing-masing.Dan kami pula pagi ini meneruskan perjalanan dengan menaiki bas dan kemudiannya berjalan kaki ramai-ramai ke Taksim Square.Taksim Square ini satu dataran yang cukup luas ala Dataran Merdeka dan merupakan tempat yang sangat popular dikalangan pelancong untuk membeli belah dan berhibur di pusat-pusat hiburan disini.Beberapa tahun yang lalu pernah berlaku insiden bom di Taksim Square ini.

Kami berjalan kaki sahaja sepanjang Taksim Square ini dan sempat singgah masuk ke dalam sebuah gereja lama disini.Dengan tekak yang dahaga dibawah cuaca panas terik,tanpa disangka-sangka kami melihat beberapa orang wanita sedang mengedarkan aiskrim percuma.Patutlah kami sebelum itu melihat orang ramai yang berjalan kaki di sekitar Taksim Square ini majoritinya sambil memakan aiskrim.Kami juga bersama pengunjung yang lain mendapatkan beberapa aiskrim percuma tersebut .

Kemudian kami berjalan kaki lagi menuju ke sebuah kedai buku dan cd dan disini saya berpakat dengan sahabat-sahabat lain untuk membeli cd filem tentang Mavi Marmara,Kurtlar Vadisi Filistin.Sudah lama saya ingin mendapatkan filem menarik ini yang berjaya dibikin hanya beberapa bulan selepas tragedy Mavi Marmara dahulu.Saya pernah menonton trailer filem ini di Youtube dan cukup tertarik dengan file mini dan saya pernah meminta sahabat-sahabat saya yang berada di Turki untuk mendapatkannya dan menghantarnya melalui pos ke Malaysia.Cuma sebelum ini filem Kurtlar Vadisi Filistin ini hanya terdapat dalam Bahasa Turki dan sekarang akhirnya saya sudah mendapatkan cd filem ini yang turut ada versi terjemahan Bahasa Inggerisnya.

Selepas selesai membeli di ke kedai buku-cd dan kedai-kedai lain,kami singgah makan tengahari di restoran berdekatan Galata Tower.Seperti biasa kebab dan beberapa makanan Turki yang lain serta meminum Ayran,susu masam Turki menjadi pilihan kami sewaktu makan tengahari.

Kami kemudiannya menaiki teksi pula ramai-ramai dan sebahagian daripada kami terus pulang ke asrama manakala sebahagian yang lain singgah ke Carrefour tidak jauh daripada asrama Hizmet di Sariyer.Sahabat-sahabat yang lain membeli belah beberapa barangan di sini manakala saya memilih untuk ‘online’ internet melalui Samsung Galaxy .Mujur ada perkhidmatan ‘wifi’ didalam Carrefour ini walaupun ia pantas di beberapa kawasan tertentu sahaja.

Selepas pulang ke asrama Hizmet bersama sahabat-sahabat yang lain,saya kembali semula berjalan kaki ke Carefour ini semata-mata untuk ‘online’ internet.Dalam perjalanan pulang dari Carefour ke asrama Hizmet saya terserempak dengan budak-budak Turki yang baru selesai bermain bola keranjang dan saya bersembang beberapa seketika dengan mereka walaupun mereka hanya berbicara dalam Bahasa Turki dan saya pula cuba berbahasa Turki setakat mana yang saya tahu dan banyak menggunakan bahasa isyarat.

Saya sempat bertanya kepada mereka soalan lazim yang selalu saya tanya kepada rakyat Turki yang saya temui, kelab bolasepak Turki yang mana yang mereka sokong samada Galatasaray,Fenerbahce,Besiktas atau kelab-kelab lain.Yang penting mereka tidak pernah menyukai kelab-kelab Liga Inggeris seperti Manchester United,Liverpool,Chelsea,Arsenal dan lain-lain lagi.:).

Pada hujung petang harinya,saya dan beberapa orang sahabat yang lain singgah kembali ke ‘pasar malam’ berhadapan asrama Hizmet dan kami sepakat membeli ‘buah tembikai gergasi’ untuk dimakan beramai-ramai apatah lagi bagi menyambut ulangtahun harijadi seorang sahabat serombongan kami,Saiful Ridzuan.

Pada malam harinya,kami berkumpul di bilik kecil yang sebenarnya menjadi tempat menggosok baju dan tempat mesin basuh pakaian serta peti ais dan disitu kami menyediakanjuadah beberapa hidangan makanan ringan dan minuman seperti kacang dan jus serta buah tembikai gergasi tersebut untuk sambutan ulang tahun harijadi sahabat .Kami cuba mencari pisau yang sesuai untuk membelah tembikai gergasi tersebut namun tidak menjumpainya lantas kami turun ke kantin asrama dan mendapatkan beberapa sudu dan garfu dan kami berjaya membelah tembikai gergasi tersebut menggunakan sudu dan garfu tersebut.Betapa sedapnya tembikai gergasi ini dengan isinya yang merah pekat ,manis dan sangat lazat.

Sambil menjamu selera,kami berbincang pelbagai perkara khususnya berkenaan tentang gerak kerja NGO Turki yang mengikut jalur pemikiran tokoh seperti Badiuzaman Said Nursi dan Fethullah Gulen dan perbincangan kami berlanjutan sehingga jam 2 pagi padahal kami perlu bangkit awal keesokan harinya iaitu sekitar jam 4-4.30 pagi untuk solat subuh.