Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Wednesday, December 16, 2009

Syeikh Yusuf Qardhawi di Malaysia


Jumaat 18 Disember 2009
-Menerima Anugerah Maal Hijrah di Sambutan Maal Hirah anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya@PICC 8.30 Pagi-1 Petang
-Solat Jumaat di Masjid Besi ,Putrajaya
Sabtu 19 Disember 2009
-Syarahan perdana di PICC Putrajaya(9 Pagi)
-Ceramah di Masjid Shah Alam(9 Malam)
(Sumber web JAKIM dan Facebook Dr Alinor dll)...

Tuesday, November 17, 2009

Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Tariq Ramadhan(Cucu Hassan Al-Banna) di Malaysia...

National Symposium-IKD

Pertemuan Penyair Nusantara Ke-3 (PPN3)

Jumaat (20 November)

PENDAFTARAN
9 pagi hingga 12 tengah hari
@ DBP

FORUM PENYAIR: PUISI MANCANEGARA
2.30 hingga 4.30 petang
@ DBP

* Pengerusi: Mohamad Shahidan
* Malaysia: Malim Ghozali Pk dan Abizai Abi
* Indonesia: Ahmadun Yosi Herfanda
* Brunei Darussalam: Sheikh Mansor
* Thailand: Abdul Razak Panaemale
* Singapura: Djamal Tukimin

MAJLIS PERASMIAN
8.45 hingga 11 malam
@ DBP

* Ucapan sambutan: Presiden Pena, Pengerusi Lembaga ITNM, Ketua Pengarah JKKN
* Ucapan perasmian: Ketua Pengarah DBP
* Pelancaran antologi puisi Suara Kemanusiaan Nusantara
* Deklamasi puisi, persembahan tradisional dan lagu rakyat

Sabtu (21 November)

SEMINAR
8.30 pagi hingga 2.30 petang
@ DBP

* Ucap Utama oleh Sasterawan Negara (SN) Prof Dr Muhammad Haji Salleh

* Pembentangan kertas kerja
* Malaysia: Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Jasni Matlani
* Indonesia: Maman S Mahayana
* Singapura: Rasiah Halil

BACA PUISI MENARA KUALA LUMPUR
2.30 hingga 6.30 petang
@ Menara Kuala Lumpur

MALAM BACA PUISI
8.30 hingga 10.30 malam
@ Rumah Pena

Ahad (22 November)

PERSIDANGAN PENYAIR: KERJASAMA PENYAIR DALAM MENGATASKAN SUARA KEMANUSIAAN
8.30 hingga 10.30 pagi
@ DBP

* Pengerusi: Mohamad Saleeh Rahamad

MAJLIS PENUTUP
10.45 hingga 1.30 tengah hari
@ DBP

* Ucapan Pengarah PPN3
* Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

Tuesday, October 13, 2009

Integriti Intelektual Muda

Integriti Intelektual Muda[1]

oleh

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

wan_wasif@yahoo.com

www.ilmuwan-w.blogspot.com

Pendahuluan

Intelektual muda merupakan golongan pelapis yang menjadi harapan ummat bagi menggerakkan upaya intelek dan tradisi keilmuan di dalam masyarakat.Sukar dibayangkan watak masyarakat yang bakal lahir seandainya kita meminggirkan peranan intelektual muda .Intelektual muda mampu membawa dan memimpin perubahan dalam masyarakatnya seandainya suara mereka didengari dan peranan mereka diiktiraf oleh masyarakat.Namun hanya intelektual muda yang punya integriti sahaja yang mampu merealisisasikan agenda perubahan yang diimpikan tersebut.Tanpa integriti ,seseorang itu langsung tidak layak digelar intelektual .

‘’Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan.Akarnya dalam,menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya.Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun,dengan warna cantik berkilat,ranum,dan sedia menaburkan biji benihnya.Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.’’

(Dari Akar Hingga Buahnya,Cetakan Kedua 2007 ,Institut Integriti Malaysia)

Makna integriti

Perkataan Integriti berasal daripada perkataan Latin,integritas yang boleh dimaksudkan sebagai tidak terjejas(unaffected)-kukuh(intact)-benar(upright)-boleh diharapkan(reliable).

Glosari Integriti memberi maksud integriti sebagai perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur,benar,amanah,tertanggungjawabkan,telus,cekap dan bijaksana.

Kamus Dewan Edisi Keempat pula memberi definisi integriti kejujuran ,keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan , ketulusan

Manakala The Oxford English of Dictionary menyatakan ‘’Integrity mean wholeness,entireness,completeness,chastity and purity’’[2]

Dalam Pelan Integriti Nasional (2004) pula memberi takrifan erti integriti individu sebagai berikut:-

’keselarasan dengan apa yang diperkatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya,keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral,etika dan undang-undang serta antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. [3]

Berani membela kebenaran

Intelektual muda yang punya integriti mempunyai keberanian yang luar biasa dalam membela kebenaran.Tiada ketakutan dan sifat bacul dalam dirinya dalam menyuarakan kebenaran. Segala kepalsuan,pembohongan,penyelewengan,kerosakan dan kemungkaran akan dilawan sedaya upaya sehingga kebenaran itu tetap terzahir .Keberanian para intelektual muda ini bukanlah keberanian kosong dan sia-sia bahkan ia merupakan keberanian yang terlahir hasil keyakinan terhadap prinsip kebenaran itu sendiri.

Prof Dr Deliar Noer dalam bukunya Partisipasi Dalam Pembangunan pernah mengupas apa yang dikatakan oleh bekas wakil Presiden Indonesia ,Mohammad Hatta,

’’titik berat pendidikan di perguruan tinggi terletak pada pembentukan karakter,watak.Pangkal segala pendidikan karakter ialah cinta akan kebenaran dan bererti mengatakan salah dalam menghadapi sesuatu yang tidak benar.Pendidikan ilmiah pada perguruan tinggi dapat melaksanakan pembentukan karakter itu kerana…ilmu ujudnya mencari kebenaran dan membela kebenaran.’’[4]

Demikianlah watak intelektual muda yang berintegriti sang pencinta kebenaran yang berani melawan kepalsuan dan yang dengan ilmu yang dimilikinya dia sentiasa berusaha mencari dan membela kebenaran.

Keinsafan tentang tanggungjawab sosial

Intelektual muda perlu insaf bahawa ilmu yang diraihnya bukan sekadar untuk manfaat dirinya seorang sahaja.Sikap individualistik tidak sewajarnya wujud dalam diri seorang intelektual.Ilmu yang ada perlu dikongsi bersama dan upaya intelektual tersebut perlu dilakukan secara kolektif atau berjamaah.

Selain itu juga intelektual muda yang berintegriti perlu memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat dan masyarakat sekeliling.Segala rintihan dan luahan hati rakyat perlu diambil kira oleh intelektual muda dalam gerak kerja intelek mereka dan bukan hanya hanyut dengan teori-teori dan idea-idea yang tidak ‘merakyat’- ‘mengakar’-‘merimbun’ meminjam istilah yang sering diungkapkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil.

Persoalan tanggungjawab ini pernah dikupas oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam tulisannya Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam tatkala memberikan takrifan tentang insan yang baik iaitu:

‘’Insan yang baik itu ialah insan yang berilmu luhur,yang insaf akan tanggungjawab dirinya kepada tuhannya yang Hak,insan yang memahami serta menyelenggarakan penunaian tanggungjawabnya terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya,insan yang dalam serba-serbi tingkah lakunya sentiasa mengasuh dirinya menuju kearah kesempurnaan sebagai insan adabi[5].

Inklusif bukan esklusif

Intelektual muda yang berintegriti tidak akan bersifat esklusif dan bertindak lagak golongan elit.Dekat di hati masyarakat dan mudah diterima rakyat keseluruhannya.Demikianlah yang boleh digambarkan watak intelektual muda yang inklusif.Tidak wujud jurang atau tembok pemisah yang ketara antara intelektual muda dan masyarakatnya bahkan intelektual muda itu dengan kesedaran bahawa mereka juga sebahagian daripada masyarakat sedaya upaya cuba menganalisis masalah yang menimpa masyarakatnya lantas cuba menyelesaikan permasalahan tersebut .Profesor Syed Hussein AlAtas(Allahyarham) dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun mengungkapkan bahawa :-

‘’Kaum intelektual yang harus menjelaskan masalah masyarakat dan mencuba menyelesaikannya.Selain itu,kaum intelektual menghasilkan idea-idea dan menyebarluaskannya kepada anggota masyarakat lainnya.’’[6]

Idea-idea dan pemikiran intelektual muda tidak seharusnya hanya berlegar sekitar kelompok mereka sahaja dan segala perbahasan dan perdebatan intelek mereka tidak sewajarnya terlalu ‘melangit’ tinggi dan tidak berpijak di bumi yang nyata atau sekadar mengungkapkan idea dan pemikiran yang tidak ‘membumi’.Bahasa dalam mengungkapkan daya fikir intelek mereka juga perlulah difahami atau menggunakan bahasa yang mudah tetapi sarat dengan falsafah dan penuh dengan idea bernas.

Memelihara amanah keilmuan

Amanah keilmuan merupakan amanah yang cukup besar dan perlu dipikul oleh para ilmuwan.Intelektual muda yang berintegriti perlu sentiasa memastikan amanah keilmuan ini terus dipelihara.Menuntut ilmu yang benar,menyampaikan dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ,menyanggah ilmu palsu dan batil misalnya merupakan amanah keilmuan yang akan dipertanggungjawabkan kelak.

Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia mengungkapkan tentang peranan para guru,sarjana dan cendekiawan seperti berikut ;-

‘’Peranan para guru,sarjana dan cendekiawan perlu meniupkan semula semangat cintakan ilmu,mengajak masyarakat kembali menikmati ladhdha al-ma’rifa,merasakan keseronokan bertemu dan menerokai pemikiran besar dan renungan pemikiran agung.’’[7]

Usaha berterusan untuk menyuntik semangat cintakan ilmu dan kebenaran dalam diri setiap individu perlu digerakkan dan inilah amanah keilmuan bagi setiap intelektual muda. Benar seperti yang pernah dikatakan oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali,

’’melakukan jihad ilmu pengetahuan dalam pertempuran untuk memajukan umat ini adalah suatu kewajiban yang tidak dapat ditangguh.Jika kita gagal dalam hal ini,kita akan menerima kesannya yang sangat pedih[8]

Bebas dan bersikap terbuka

Intelektual muda yang berintegriti bebas dan bersikap terbuka dalam kegiatan intelek mereka.Dalam memperkatakan soal kebenaran,memihak kepada kebenaran menjadi keutamaan para intelektual muda dan bukan hanya sekadar memihak kepada kelompok,parti,puak,mazhab atau aliran-aliran tertentu.

Kita tidak mahu melahirkan satu generasi ilmuwan yang diungkapkan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil sebagai ‘’ generasi ilmuwan yang mewah dengan kebendaan tetapi kehilangan kebebasan lalu muflis pemikiran’’[9]

Kebebasan dalam membicarakan soal kebenaran menjadi aset penting para intelektual muda bagi mengelakkan mereka daripada menjadi kuda tunggangan dan boneka mana-mana pihak yang ingin mempergunakan keilmuan mereka demi mencapai agenda peribadi mereka.

Intelektual muda yang berintegriti juga perlu sentiasa bersikap terbuka misalnya bersikap terbuka menerima kritikan orang lain,bersikap terbuka menyampaikan ilmu kepada mana-mana pihak ,bersikap terbuka mendengar dan memanfaatkan ilmu orang lain atau bersikap terbuka dengan khazanah ilmu agama,bangsa atau tamadun-tamadun lain.Sikap terbuka ini mampu membuka ruang kepada para intelektual muda untuk mencari kebenaran dan meraih ilmu yang benar.

Menghormati keahlian dan authoriti ilmuwan lain

Terdapat kecenderungan di kalangan segelintir intelektual muda masa kini untuk menafikan kewibawaan ilmuwan lain yang tidak sependapat dengan pemikiran mereka dan akhirnya menjurus mereka untuk tidak menghormati keahlian dan authoriti ilmuwan lain.

Keegoan dalam diri mereka ,sikap taksub dan terlampau mendewa-dewakan tokoh-tokoh tertentu menyebabkan mereka sukar untuk menerima pandangan dan pemikiran ilmuwan lain walaupun jelas ilmuwan tersebut lebih pakar dalam bidang pengkhususan ilmu masing-masing.

Dalam hal ini tokoh pemikir,Dr Muhammad ‘Imarah pernah mengungkapkan seperti berikut,:-

‘’Islam sebagai satu agama telah memberi panduan kepada kita bahawa untuk mengetahui kebenaran(al-haq),kita hendaklah berpegang pada keahlian seseorang itu dalam ilmu yang dimilikinya.Jadi ,kita tidak boleh merujuk kepada orang yang telah tergelincir daripada kebenaran kerana perbuatan tersebut mengaibkan Islam’’[10]

Oleh kerana itu seorang intelektual muda yang berintegriti perlu sentiasa menghormati keahlian dan authoriti ataupun hormat kritis terhadap para ilmuwan lain.

Mengamalkan ilmu yang dimiliki

Intelektual muda yang berintegriti akan sentiasa mengamalkan ilmu yang dimilikinya tanpa mengira sebanyak mana ilmu yang telah diperolehinya.Tanpa pengamalan terhadap ilmu,pincang tahap keintelektualan mereka dan mereka hanyalah insan yang terpukau dan khayal dengan teori-teori ,konsep-konsep,idea dan gagasan yang muluk-muluk sahaja.

Barangkali peringatan Prof Dr.Mohd.Kamal Hassan di bawah ini perlu menjadi renungan buat para intelektual muda:-

‘’Intellectual knowledge or rational understanding alone,however is inadequate.The knowledge should be translated into action and a pattern of excellent behaviour for others to emulate’’[11]

Akhlak dan peribadi para intelektual muda yang tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki mereka pasti lebih teruk daripada mereka yang tidak berilmu lantas inilah yang akan membawa kepada kerosakan dan malapetaka yang dahsyat dalam masyarakat akibat pengkhianatan para ilmuwan dan intelektual yang tidak mengamalkan ilmu yang mereka perolehi.

Penutup

Integriti intelektual muda perlu terus diperkasakan.Hanya dengan memiliki integriti,intelektual muda mampu memainkan peranan bermakna dalam menggerakkan perubahan dalam masyarakat dan memimpin misi pencerahan dan pencerdasan ummat.Semoga intelektual muda terus memantapkan kualiti keilmuan mereka dengan integriti.

Rujukan

1) Anuar bin Haji Ahmad ,’Integriti Dalam Pembinaan Jatidiri’’(Kertas kerja Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia(IIM)

2) Anwar Ibrahim, Gelombang Kebangkitan Asia,Cetakan Pertama 1997,Dewan Bahasa dan Pustaka

3) Dari Akar Hingga Buahnya,Cetakan Kedua 2007 Institut Integriti Malaysia

4) Himpunan kertas kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

5 )Mohd.Kamal Hassan ,Moral and Ethical Issues In Human Resource Development:Old Problems and New Challenges,IKD Monograph Series-Institut Kajian Dasar (IKD))

6) Muhammad ‘Imarah, Anugerah Islam Untuk Ketamadunan terjemahan Dr Muhammad Nur Manuty-cetakan kedua 2007-Terengganu Development Institute-Centre For Studies In Modernity and Civil Society(CESMACS)

7) Muhammad Al-Ghazali,Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara’ Dan Akal,penterjemah Nur Hadi Ihsan cetakan 2009-Crescent News(K.L.)Sdn Bhd

8) Syed Hussein AlAtas, Intelektual Masyarakat Membangun,Cetakan Kedua 2009,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur


[1] Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Intelek Muda anjuran Akademi Sains Islam Malaysia(ASASI) pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Daerah Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan

[2] Rujuk kertas kerja Anuar bin Haji Ahmad ,’Integriti Dalam Pembinaan Jatidiri’’(Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia(IIM)

[3] Pelan Integriti Nasional merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Kelima,Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang berteraskan prinsip dan falsafah Rukun Negara dan cabaran Wawasan 2020 dan ia dilancarkan pada tahun 2004

[4] Prof Dr Deliar Noer ,Partisipasi dalam pembangunan Cetakan Pertama 1977,Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) ms 85

[5] Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas ,Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam-,Himpunan Kertas Kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

[6] Syed Hussein AlAtas, Intelektual Masyarakat Membangun ,Cetakan Kedua 2009,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,ms 11

[7] Anwar Ibrahim,Gelombang Kebangkitan Asia,Cetakan Pertama 1997,Dewan Bahasa dan Pustaka

[8] Muhammad Al-Ghazali,Warisan pemikiran Islam menurut syara’ dan akal,penterjemah Nur Hadi Ihsan Cetakan 2009,Crescent News(K.L.)Sdn Bhd

[9] Siddiq Fadzil,,Minda Muslim:ketegaran dan keluwesannya, Himpunan Kertas Kerja Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam,Cetakan Pertama 2002,Dewan Bahasa dan Pustaka

[10] Dr Muhammad ‘Imarah-,Anugerah Islam Untuk Ketamadunan ,terjemahan Dr Muhammad Nur Manuty,Cetakan Kedua 2007,Terengganu Development Institute-Centre For Studies In Modernity and Civil Society(CESMACS)

[11] Prof Dr.Mohd.Kamal Hassan , Moral and Ethical Issues In Human Resource Development:Old Problems and New Challenges,IKD Monograph Series

Sunday, September 13, 2009

Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan

(Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009
anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI)



Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan


Pendahuluan

Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut.

Membangun sambil meroboh?

Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi mudanya.

Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk membangunkan generasi muda kini.

Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada usaha merobohkan generasi muda Malaysia?

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan

Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.

Menurut beliau,

’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.

Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.

Realiti kampus universiti masa kini

Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.

Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh

Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’

Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.

Memperkasa tradisi intelektual anak muda

Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.

Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.

Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa yang sistematik.

Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.

Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.

Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.

Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.

Melawan krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu

Usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penghantar ilmu dan pendidikan di peringkat tinggi bagi semua bidang ,bahasa sains dan teknologi , bahasa pemikiran serta bahasa tamadun sudah lama diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Perjuangan mereka seringkali dipandang sinis oleh golongan yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu,yang dijajah pemikiran mereka oleh ‘penjajahan bahasa’ akibat terpukau dengan kaca yang disangka emas belian lantas bersikap seperti kacang melupakan kulit dengan terlalu memuja dan mendewa-dewakan bahasa asing sehingga sanggup memperlekeh dan menghina bahasa ibunda sendiri.

Padahal pejuang-pejuang Bahasa Melayu yang lantang bersuara mempertahankan bahasa melayu itu sama sekali tidak pernah menafikan kepentingan menguasai bahasa asing bahkan menyeru semua pihak menguasai sebaik mungkin bahasa-bahasa dunia.

Cuma yang menjadi harapan para pejuang Bahasa Melayu ialah dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing dan atas alasan pembangunan,kemajuan dan era globalisasi, jangan sesekali kita mengabaikan dan menyingkirkan bahasa melayu.

Tidak ada bangsa yang besar di dunia yang maju dengan menyingkirkan bahasanya sendiri!!!

Inilah antara prinsip yang selamanya akan dipegang oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Tatkala wujud golongan yang meragui dan cuba memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu , wujud juga rakyat Negara asing daripada beberapa buah Negara seperti Rusia,China,Yaman,Uzbekistan dan Iran yang berusaha keras mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu bahkan mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu lebih baik daripada rakyat Malaysia sendiri walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara Malaysia!!!

Ini merupakan tamparan hebat kepada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bahkan yang lebih menyedihkan lagi mereka sendiri memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Kepada rakyat Malaysia yang mengalami krisis keyakinan terhadap Bahasa Melayu ini kita nasihatkan supaya menyelami keindahan sastera dan kesenian Bahasa Melayu terutamanya melalui kajian terhadap puisi,sajak,peribahasa,gurindam,pantun dan lain-lain lagi dan cuba bertutur dalam Bahasa Melayu baku bukannya bahasa rojak yang mencemarkan keindahan bahasa melayu dan boleh juga mempelajari Bahasa Melayu yang betul daripada rakyat asing yang mempelajari Bahasa Melayu!!!

Semoga rakyat Malaysia terus yakin dengan perjuangan mengangkat martabat Bahasa Melayu,bahasa rasmi ,bahasa kebangsaan,dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia!!!

Penutup

Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan perubahan kelak.

Sunday, July 26, 2009

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmi


Konsert OPICK-Nazrey Johani di UIAM Gombak


Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.

Seminar Tajdid Generasi Dan Gerakan Dakwah : Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniah.
http://www.abim.org.my/muktamar/seminar-tajdid.html

Sesi 1 : Cabaran Globalisasi dan Sekularisme: PanduanTradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Timb. Ketua Pengarah Eksekutif International Institute Of Advance Islamic Studies (IAIS)
2. Dr. Khalif Muammar, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA - UKM)
3. Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sesi 2 : Membina Asas Keruhanian Umat dalam Mendepani Cabaran Dunia Moden

1. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam, Ahli Majlis Syura ABIM Kedah
2. Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Uthman El Muhammady, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC - UIAM)

Sesi 3 : Islam dan Pembinaan Negara Bangsa : Di Manakah Kita?

1. YB Datuk Ir Hj Idris Hj Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka
2. YB Salahuddin Hj. Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian

3. Dr. Mohd. Nor Nawawi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah,Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Monday, July 20, 2009

Islam in Russia:History and recent developments(Program IAIS)

Islam in Russia:History and Recent Developments.Demikianlah tajuk syarahan umum anjuran International Institue of Advanced Islamic Studies(IAIS) Malaysia pada 15 Julai 2009 yang lalu.IAIS ini terletak di Petaling Jaya (dalam Bangunan INTAN) berdekatan Universiti Malaya.

IAIS di bawah pimpinan Professor Mohammad Hashim Kamali dan Timbalannya ,Professor Datuk Dr Osman Bakar sering mengadakan syarahan umum berkaitan tajuk-tajuk yang menarik secara bulanan dan percuma.(makan-minum turut disediakan)

Pada kali ini,IAIS menampilkan seorang intelektual muda dari Russia,Ms. Elmira Akhmetova yang memiliki 2 ijazah Sarjana Muda(BA) dan 2 Ijazah Sarjana(MA).Beliau kini sedang menyiapkan disertasi PHD berkenaan Pan Islamism in Russia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dalam syarahan ini,beliau mengupas sejarah perkembangan Islam di Russia dan juga situasi terkini perkembangan Islam di Russia.Dari aspek politik,kini terdapat 2 orang menteri kabinet Russia yang beragama Islam walaupun disini tiada parti politik Islam.

Berlaku perkembangan Islam dengan cukup pesat dan ini boleh dilihat secara umum berdasarkan penambahan yang cukup ketara dalam binaan masjid-masjid baru yang didirikan sekitar Russia misalnya berdasarkan statistik yang dibentangkan oleh Ms Elmira ini ,pada tahun 1980 bilangan masjid di Russia ialah sebanyak 179 buah masjid dan manakala pada tahun 1998 pula ialah sebanyak 5500 buah masjid.Selain itu juga berlaku penambahan dalam jumlah imam-imam dan pakar-pakar agama Islam serta meningkatnya jumlah institusi pengajian islam.

Namun begitu umat Islam di Russi menghadapai cabaran yang cukup getir pasca 11 September 2001 apabila berlakunya Islamophobia, rasa benci terhadap Islam dan umatnya serta diskriminasi terhadap penganut agama Islam dan juga kempen anti Islam meningkat.

Peperangan yang berlaku di Chechen pada tahun 1994-1996 dan 1999-2000 telah membunuh banyak nyawa umat Islam yang tidak berdosa manakala tragedi Beslan 2004 (
http://en.wikipedia.org/wiki/Beslan_school_hostage_crisis) menambahkan luka pada umat Islam apabila umat Islam terus dilabel sebagai pendokong keganasan.

Kebebasan beragama merosot dan umat Islam semakin sukar untuk mendapatkan pekerjaan di Russia dan pihak kerajaan Russia juga telah mengharamkan pengedaran buku-buku berkenaan Islam seperti buku-buku tulisan tokoh mujaddid dari Turki ,Badiuzaman Said Nursi .Di samping itu juga kerajaan Russia bertindak mengharamkan organisasi,persatuan,dan gerakan seperti ‘wahhabi’,jemaah tabligh,Hizbut Tahrir dan sebagainya serta menangkap pimpinan-tokoh Islam yang dianggap mendokong keganasan.


Pengaruh Gereja Orthodox Russia juga cukup besar dalam mempengaruhi urusan pentadbiran kerajaan Russia.
Ms Elmira juga mendedahkan jumlah 100000 ‘skinhead’ yang ada di Russia pada tahun 2007 yang telah banyak membunuh orang bukan Russia termasuk umat Islam.

Masalah yang melanda umat Islam di Russia ini bertambah buruk dengan wujudnya pelbagai masalah dalaman umat Islam di Russia seperti kelemahan dalam kesatuan-perpaduan umat Islam dan krisis identiti sehingga umat Islam tidak merasai sebagai satu ummah.Berlaku juga konflik antara ulama rasmi -tak rasmi bahkan wujud 2 mufti di Russia . Di Russia juga hanya mazhab Hanafi sahaja diiktiraf .

Media umat Islam juga gagal untuk menjawab persoalan imej negatif yang dikaitkan dengan Islam yang selalu digambar kan dalam media massa Russia.
Islam di Russia ternyata semakin berkembang pesat namun begitu pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh umat Islam di sana.Sebaik sahaja selesai syarahan tersebut saya dan seorang sahabat ,Nuruddin bertemu dan bersembang seketika dengan Ms Elmira.Dia bersedia bila-bila masa untuk berkongsi pengalaman di Russia dengan kami nanti.

Kemudiaanya kami bertemu pula dengan tokoh pemikir dari Indonesia .Prof Dr Mulyadi Kartanegara yang kini mengajar di ISTAC dan sempat juga kami berbual dengan Profesor Datuk Dr Osman Bakar,Timbalan Ketua Pengarah IAIS ini.Beliau dan IAIS bersedia membawa dan menaja wacana intelektual sebegini di kampus Universiti Malaya dan berharap persatuan mahasiswa sendiri yang menjadi penganjurnya.

Wacana intelektual ini mencerahkan lagi pemikiran saya dalam menanggapi isu berkaitan umat Islam secara global dan tidak terbatas kepada permasalahan setempat semata-mata.Dan saya pastinya akan terus memberikan komitmen untuk hadir dalam siri-siri wacana intelektual anjuran IAIS akan datang.

Jemput semua yang berminat untuk hadir bersama-sama ke wacana sebegini demi menyegarkan pemahaman terhadap Islam dan menikmati pencerahan.

Tuesday, July 14, 2009

Ijtimak Tabligh Sedunia di Nilai

Saya berkesempatan menghadiri Ijtima Tabligh Sedunia yang diadakan di Nilai baru-baru ini.Saya tidak pernah mengikuti jemaah tabligh tetapi telah beberapa kali menjadi ‘mangsa’ ‘ceramah percuma’ daripada ahli jemaah tabligh samada di tepi-tepi jalan-di pintu bilik-di dalam bilik-di dalam masjid dan lain-lain.

Saya difahamkan Malaysia menjadi tuan rumah ijtimak ini setelah diberi penghormatan sebagai tuan rumah beberapa puluh tahun dahulu.

Saya tidak mendapat maklumat tentang ijtima’ ini sehinggalah mendengar ucapan perasmian MB Selangor dalam program Kongres Rejuvenasi Pendidikan- KO SPIN anjuran GAMIS di Shah Alam yang menyentuh sedikit perihal ijtima ini.

Bersama dua orang sahabat,Ali Hanafiah dan Aizuddin,kami menaiki kereta menuju ke Masjid KLIA di Sepang setelah menghadiri dua program iaitu KO SPIN tersebut dan kenduri kahwin seorang sahabat kepada Ali di Cheras.

Setibanya di Masjid KLIA kami melihat suasana tidak semeriah-tidak ramai orang dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir ke Masjid KLIA tersebut terutamanya kanak-kanak yang mengikuti satu kursus pada malam tersebut.

Rupa-rupanya ijtima tabligh ini diadakan di sebuah masjid di Nilai ,Negeri Sembilan!!-sempadan Selangor-Negeri Sembilan.

Lantas setelah solat isya di Masjid KLIA ,kami bergegas mencari masjid tempat berlangsungnya ijtimak tersebut dan setelah beberapa kali sesat(lagi menyesatkan?-sebuah kereta (ahli tabligh yang mahu mengikuti ijtima’)mengikuti kami di belakang..haha,akhirnya kami tiba di masjid tersebut.

Bas shuttle menuju ke masjid tersebut disediakan secara percuma jauh dari masjid tersebut untuk mengelakkan kesesakan di tempat meletak kereta di sekitar masjid.

Setibanya di sana kami ‘melahap’ makan malam yang disediakan percuma terlebih dahulu bagi mengisi perut kami yang kelaparan(dan mendengdangkan pelbagai lagu..?).Kami makan dalam talam secara berjemaah(bersama orang Bangladesh)sebagaimana lazimnya ahli jemaah tabligh dan berlaukkan daging lembu yang cukup sedap(sehingga menjilat jari-sunnah?).

Sebaik sahaja selesai makan malam kami segera ke ruang solat masjid dan disini kami melihat beratus-ratus manusia pelbagai warna kulit-raut wajah (orang Melayu-Bangladesh-Pakistan-China-dll) yang ‘terdampar’-‘bergelimpangan’.Terasa seperti suasana qiamulail pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Setelah bersembang pelbagai isu(isu ummat?),kami mengambil keputusan tidur awal memandangkan perlu bangkit pada awal pagi keesokan harinya.Malam pertama ijtima tabligh disudahi dengan zzzzzz......

Pada hari kedua ijtima tabligh,ratusan@ribuan jemaah memenuhi dewan solat untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan kemudiaannya ada sedikit taklimat dari pihak penganjur dan persatuan penduduk tentang perjalanan ijtima pada hari ini.

Akhirnya saat yang dinanti tiba jua.Dari masjid ,saya bergerak bersama jemaah tabligh yang lain menuju ke tempat utama ijtima untuk menghadiri siri ceramah oleh jemputan utama.
Hati terasa bagaikan berada di Makkah-bermukim di Padang Arafah?bermalam di Mudzalifah?(macam la pernah tunaikan haji ...hehe)....

Dianggarkan lebih 200 ribu orang dari seluruh pelusuk dunia (majoriti yang hadir memakai pakaian serba putih )memenuhi padang(di bawah khemah-khemah)untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh tokoh-tokoh jemputan.Saya sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang tokoh(tak tahu namanya..) dalam bahasa urdu (macam filem hindustan pula)dan diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Melayu,Bahasa Arab dan lain-lain(mengikut khemah masing-masing).

Dalam ceramah tersebut,penceramah banyak menekankan soal kepentingan iman dan amal,keluar di jalan Allah menyampaikan dakwah,dan beberapa contoh daripada sirah nabi .Ternyata usaha dakwah gerakan tabligh (dakwah lapangan) di seluruh dunia ini banyak membantu penyebaran Islam ke serata dunia.

Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap gerakan ini namun ia langsung tidak dapat menafikan sumbangan besar gerakan ini dalam menyampaikan mesej Islam kepada seluruh manusia.

Tabligh untuk semua.......Azam!!!

Monday, July 13, 2009

Mana Milik Kita???

Lirik ''Mana Milik Kita'-Nada Murni-Rabbani
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…

Sunday, June 28, 2009

Serving Humanity through Education

Serving Humanity through Education-Fethullah Gulen



Due to rapid developments in transportation and communication, the world has become a global village. Nations have become like nextdoor neighbors. However, we must remember that in a world like this, national existence can be ensured only by protecting the specific characteristics of each nation. In a unified mosaic of nations and countries, those that cannot protect their unique characteristics, "patterns," or "designs" will disappear.


As with all other nations, our essential characteristics are religion and language, history and the motherland. What Yahya Kemal, a famous Turkish poet and writer, expressed with great emotion in The Districts without a Call to Prayer, was that our culture and civilization had been brought from Islam and Central Asia and had been kneaded for centuries in Anatolia, Europe, and even Africa.


All people need one another. As mentioned above, we have more to give humanity than we have to take. Today, voluntary or nongovernmental organizations have established companies and foundations and are enthusiastically serving others in the name of Islam. The largescale acceptance of the educational institutions that have spread all over the world, despite the great financial difficulties that they have faced, and the fact that they are competing with, and frequently surpassing their Western peers in a very short period of time, should be proof that what we have said cannot be denied.


The Turkish people have accumulated many problems over the past few centuries. At the base of these problems lies our mistaken concentration on the exterior of Islam and the neglect of its inner pearl. Later on we began to imitate others and surmised that there was a conflict between Islam and positive science. We arrived at this conclusion despite the fact that the latter is no more than discoveries of Divine laws that manifest God's Attributes of Power and Will; it is nothing but a different expression of the Qur'an derived from God's Attribute of Speech. This neglect, in turn, led to despotism in knowledge, thought, and administration; a hopelessness that led to a disorder that encompassed all individuals and institutions; a confusion in our work; we no longer paid any attention to the division of labor.


In short, our three greatest enemies are ignorance, poverty, and an internal schism. Knowledge, workcapital, and unification can struggle against these. As ignorance is the most serious problem, it must be opposed with education, which always has been the most important way of serving our country. Now that we live in a global village, education is the best way to serve humanity and to establish a dialogue with other civilizations.


But above all else, education is a humane service; we were sent here to learn and be perfected through education. Bediüzzaman drew attention to possible solutions and the future by saying: "The old state of affairs is impossible. Either a new state or annihilation is needed." Saying that "controversial subjects should not be discussed with Christian spiritual leaders," he opened dialogues with members of other religions.


Like Mawlana Jalal al-Din al-Rumi, who said: "One of my feet is in the center and the other is in seventytwo realms (i.e. in the realm of all nations) like a compass," he drew a broad circle that encompassed all believers. Implying that the days of brute force were over, Bediüzzaman said: "Victory with civilized persons is won through persuasion," thus pointing out that dialogue, persuasion, and discussion based on evidence are essential for those of us who seek to serve religion. By saying that "in the future humanity will turn toward knowledge and science, and in the future reason and words will govern," he encouraged knowledge and dialogue. Finally, by putting aside politics and direct political involvement, he drew the basic lines of the truly religious and national service in this age and in the future.


In the light of such principles, I have encouraged people to serve the country in particular, and humanity in general, through education. I called on them to help the state educate and help people to develop by opening schools. Ignorance can be defeated through education, poverty through work and the possession of capital, and internal schism and separatism through unity, dialogue, and tolerance. As the solution of every problem in this life ultimately depends on human beings, education is the most effective vehicle, regardless of whether we have a paralyzed social and political system or we have one that operates like clockwork.


17 th Conference Of Commonwealth Education Ministers’


Saya berkesempatan menghadiri ‘17 th Conference Of Commonwealth Education Ministers’ yang berlangsung pada 15 hingga 19 Jun 2009 di Pusat Konvensen Kuala Lumpur@KLCC baru-baru ini.

Persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Education In The Commonwealth:Towards And Beyond Global Goals And Targets ‘ ini menyaksikan kehadiran yang memberangsangkan daripada delegasi beberapa buah negara komanwel khususnya negara dari benua Afrika.

Saya mendapat maklumat berkenaan program ini melalui akhbar dan internet dan pada hari kedua program berlangsung saya hadir dan mendaftar sebagai peserta ‘Teachers Forum’ (pendaftaran percuma termasuk kad bergambar,beg,cenderamata,buku ,pendrive 1 G,pen dan lain-lain)walaupun sebenarnya ingin mendaftar sebagai peserta ‘Youth Forum’.Persidangan ini membahagikan kepada 4 forum iaitu ‘Youth Forum,Teachers Forum,Vice Chancellors Forum dan Stakeholders Forum’.

Peserta ‘Youth Forum’ sebenarnya lebih awal memulakan program mereka iaitu dengan berkampung selama 5 hari di salah sebuah ‘homestay’ di Melaka.Agak rugi juga rasanya tidak dapat mengikuti program ‘homestay’ tersebut namun begitu walaupun mendaftar sebagai peserta ‘Teachers Forum’,saya turut berkesempatan mengikuti beberapa slot perbincangan dalam ‘Youth Forum’ yang kebanyakan pesertanya daripada negara benua afrika seperti Zambia,Tanzania,Ghana dan lain-lain lagi.

Dalam ‘Teachers Forum’ ini perbincangan banyak berkisar persoalan kualiti dan peranan guru dalam bidang pendidikan masa kini dan pelbagai kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar pendidikan dari pelbagai perwakilan negara komanwel .Manakala dalam ‘Youth Forum ‘pula banyak menekankan aspek kualiti dan persiapan para belia dan pembentangan bukan sahaja berbentuk pembentangan kertas kerja oleh beberapa perwakilan tetapi para peserta turut dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk membincangkan beberapa isu berkenaan belia dan kemudiaannya membentangkan hasil rumusan perbincangan dalam kumpulan kepada semua hadirin.Para peserta turut berpeluang berdialog bersama para Menteri Pendidikan negara komanwel .

Selain itu juga para peserta berpeluang mendengar taklimat tentang teknologi terkini dalam bidang pendidikan(pengajaran-pembelajaran) daripada pihak Micosoft(dengan membawa tema ‘partners in learning) juga secara percuma.Pihak Microsoft telah memperkenalkan teknologi baru yang bakal digunakan dalam bidang pendidikan pada masa akan datang.
Persidangan ini turut diisi dengan pameran pendidikan dari pelbagai agensi negara-negara komanwel.

Saya sempat memakai kaca mata 3 dimensi yang memperlihatkan teknologi terkini yang semakin canggih dan hanya mereka yang memakai kaca mata ini sahaja yang akan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sepanjang berlangsungnya persidangan ini saya mendapat pelbagai kertas kerja dan buku berkenaan pendidikan di negara komanwel secara percuma dan yang pastinya ia perlu dihadam dan dibaca .

Semoga kehadiran dalam persidangan antarabangsa berkenaan pendidikan ini menguatkan semangat saya untuk terus mendalami hal ehwal pendidikan.

Wednesday, June 10, 2009

Laporan Kursus Bahasa Arab di Universiti Qatar (10 Mei sehingga 31 Mei 2009)



Laporan Kursus Bahasa Arab di Universiti Qatar (10 Mei sehingga 31 Mei 2009)

Pada 10 Mei sehingga 31 Mei 2009 yang lalu ,seramai 10 orang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengikuti kursus
bahasa arab selama 3 minggu di Universiti Qatar di Doha,Qatar. Prof Madya Dr Fakruddin Abdul Mukhti telah mengetuai rombongan sebagai pensyarah pengiring dan Amin Haji Che Ahmat pula sebagai ketua bagi peserta kursus.

Tepat pukul 8.00 pagi 10 Mei 2009,kami mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan sekitar pukul 10 pagi kami telah dirangsang dengan kata-kata semangat dan nasihat oleh Pengarah APIUM,Prof Ahmad Hidayat Buang, Pensyarah pengiring Prof Madya Dr Fakruddin Abdul Mukhti serta Ketua Pengarah JAKIM, Dato Wan Mohamad Abdul Aziz yang turut serta menghantar kami di KLIA.

Kami bertolak ke Bahrain dengan pesawat Gulf Air sekitar pukul 1140 pagi dan tiba di Bahrain(transit) pada pukul 6.55 petang dan pada pukul 7.30 malam kami bertolak ke Doha dari Bahrain.

Tepat pukul 8.10 malam kami tiba di Doha yang cuacanya agak pana
s ketika itu(Suhu sekitar 40-50 Darjah Celsius).Selesai solat di surau lapangan terbang Doha,kami dijemput oleh Dr Hasan Basri (JPM-UM)dan EnAffendi(pegawai di Kedutaan Malaysia di Qatar) yang menyambut kedatangan kami di lapangan terbang dan kemudiaanya kami menaiki bas yang disediakan menuju ke asrama pelajar Universiti Qatar,tempat penginapan kami sepanjang kursus bahasa arab ini.

Pada pukul 10 malam,kami tiba di asrama pelajar Universiti Qatar di As Sad disambut oleh penyelia asrama dan kemudiaannya kami diberi kunci bilik asrama.Kami diberikan 4 bilik lengkap dengan penghawa dingin,almari baju,meja belajar dan lain-lain dengan 3 bilik setiap 1 bilik dikongsi 2 orang dan 1 bilik lagi dikongsi 4 orang.

Pelbagai kemudahan disediakan secara percuma kepada kami di asrama ini seperti tv,internet,perpustakaan,gym,snooker dan lain-lain lagi dan setiap hari kami akan makan di kafe di asrama ini bersama-sama penghuni asrama yang terdiri daripada pelajar asing Universiti Qatar dari pelbagai negara yang berbeza.

Sepanjang menginap di asrama ini kami makan 3 kali sehari(sarap
an pagi-makan tengahari-makan malam) secara percuma di kafe asrama dan bergaul serta berkomunikasi dalam bahasa arab dengan para penghuni asrama ini.

Dari asrama tempat penginapan kami ini ke kampus Universiti Qatar memakan masa sekitar 25 minit dan kami menaiki bas universiti ya
ng disediakan percuma mengikut jadual waktu yang ditetapkan untuk ke kampus bersama –sama dengan para pelajar yang lain.

Kami dibenarkan untuk menggunakan segala kemudahan yang disediak
an kepada pelajar Universiti Qatar seperti perpustakaan,makmal komputer,dan pelbagai peralatan sukan di pusat kegiatan pelajar seperti snooker,karom,pingpong dan lain-lain lagi secara percuma.

Bagi program kursus bahasa arab di Universiti Qatar ini pihak universiti telah membahagikan kepada beberapa peringkat kelas seperti peringkat awal,peringkat pertengahan dan peringkat akhir.Seawal hari pertama pengajian kursus bahasa arab ini,kami telah menduduki peperiksaan penilaian pemahaman dan penulisan bahasa arab untuk mengenalpasti tahap peringkat kursus.Kami kesemuanya telah ditempatkan dalam kelas peringkat akhir yang turut disertai olah para pelajar asing dari pelbagai negara seperti Amerika,Canada,Belgium,Korea,Togo,Tanzania,Kenya,Poland,Ukranie dan lain-lain.

Walaupun pelajar-pelajar asing ini agak ke hadapan dalam kemahiran komunikasi bahasa arab berbanding kami memandangkan mereka sudah hampir setahun mengikuti kursus bahasa arab ini,kesan bergaul,berkomunikasi dan tunjuk ajar yang diperolehi daripada mereka telah banyak membantu kami dalam
meningkatkan kemahiran komunikasi dalam bahasa arab.

3 orang guru telah disediakan untuk mengajar dalam kelas kursus bahasa arab ini dengan pembahagian fokus seperti kemahiran mendengar dan percakapan-komunikasi,kemahiran menulis dan kemahiran membaca.

Bagi kemahiran mendengar dan percakapan- komunikasi,kami telah dipertontonkan dengan pelbagai video dalam bahasa arab baku untuk kami dengar dan kemudiannya kami akan membincangkan dan memperdebatkan dalam kumpulan ten
tang topik yang diperkatakan dalam video-video tersebut.Kami juga diminta untuk mencari dan menonton mana-mana video atau rancangan dalam bahasa arab dan kemudiaanya membuat ulasan tentangnya..Kami juga telah diminta untuk merakam video perbualan kami dalam bahasa arab(2 orang 1 kumpulan) tanpa menggunakan teks dalam tempoh sekitar 10 hingga 20 minit.Guru kemudiannya telah mempertontonkan rakaman-rakaman video tersebut di dalam kelas dan memperbetulkan kesilapan dalam bahasa arab yang kami tuturkan dalam rakaman video tersebut.

Bagi kemahiran menulis pula,kami diajar tentang
kaedah yang betul dalam menyusun ayat dan perkataan.Dalam kelas ini juga kami mengikuti pembentangan para pelajar asing yang membentangkan hasil kerja mereka.Guru juga mengadakan kuiz antara dua kumpulan yang menjawab pelbagai soalan berkaitan Ekonomi,Bahasa,Pengetahuan Am,Geografi,dan Sejarah.Dalam kelas ini juga kami diminta untuk membentangkan secara berkumpulan tentang Politik,Pendidikan,Ekonomi dan hal ehwal masyarakat di Malaysia.Sebaik sahaja selesai pembentangan,pelajar asing akan mengemukakan soalan-soalan untuk kami jawab dan huraikan.

Bagi kemahiran membaca pula kami didedahkan tentang cerpen menarik dalam bahasa arab dan juga artikel tulisan tokoh ternama dalam dalam surat khabar.Cerpen dan artikel itu kami perlu baca dan kemudiannya dibuat ulasan dan dibincangkan dalam kelas terutamanya tentang aspek nahu dan saraf serta mufradat dalam cerpen dan artikel tersebut.Guru menekankan aspek pembetulan terhadap kesalahan dalam nahu dan saraf bahasa arab dan membawa contoh-contoh yang mudah dalam menerangkan penggunaan bahasa arab yang tepat.

Kami mengakhiri kursus bahasa arab ini lebih awal daripada para pelajar asing yang lain dan oleh kerana itu pihak Universiti Qatar di bawah program kursus bahasa arab ini telah mengadakan majlis jamuan perpisahan serta penyerahan sijil dan cenderamata untuk 10 orang pelajar Malaysia yang akan pulang awal.
Kami juga mendapat pelbagai hadiah daripada pihak Universiti Qat
ar seperti kamus dan buku bahasa arab,pendrive,topi,beg,cawan,t-shirt dan lain-lain lagi.

Sepanjang tempoh 3 minggu di Qatar ini juga kami sempat menziarahi beberapa tempat menarik sekitar Doha dengan kebanyakannya menaiki teksi yang bayarannya agak mahal juga.Kami sempat menziarahi Muzium Seni Islam,D
oha,membeli belah di Souq Waqif dan kawasan sekitarnya dan di Lulu Centre dan sekitar As Sad ,berjalan-jalan di City Centre ,menaiki kapal di Cornice dan lain-lain.

Satu insiden berlaku tatkala kami berjalan kaki di sekitar Cornice pada hari Jumaat apabila kami ‘dihalau keluar’ oleh para polis petugas yang berada di setiap sudut jalan dan kami tidak mengetahui bahawa pada setiap hari Jumaat hari keluarga dan sekitar Cornice hanya dibuka kepada mereka yang menziarahinya bersama keluarga sahaja.

Kami juga sempat mengikuti satu program berkenaan Al Quds sempena
memperingati peristiwa Nakbah di Stadium Kelab Sukan Qatar yang disertai oleh para tokoh dan alim ulama seluruh dunia termasuk tokoh ulama terkemuka Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

3 orang daripada kami(Wasif,Syahir,Kharizul) juga sempat mengikuti khutbah jumaat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi di Masjid Umar Al-Khattab dan bersalaman dengan beliau.
Kami juga diberikan tiket percuma oleh pihak Universiti Qatar untuk menonton perlawanan akhir bola sepak Piala Amir Qatar di Stadium Ut
ama Qatar namun begitu kami gagal memasuki pintu utama stadium memandangkan terlalu ramai penonton dan sedikit terlewat dan terpaksa menonton perlawanan tersebut di skrin layar di luar kawasan utama stadium.

Kami juga sempat pergi ke Pejabat Tauzi' Kutub(bawah Kementerian Waqaf Qatar) di As Sad dan di sini kami mendapat pelbagai kitab percuma(kulit tebal-berwarna)dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris secara percuma
dan beberapa orang dari kami juga sempat pergi ke Qatar Quest Centre dan turut mendapat pelbagai buku secara percuma.

Satu kenangan yang kami tidak dapat lupakan sepanjang berada di Qatar ini ialah kesempatan untuk tidur semalaman di tengah padang pasir di Sealine. Program ini telah diatur oleh Kedutaan Malaysia di Qatar dan di Sealine ini ka
mi sempat mandi manda dan bermain bola baling di laut(Selat Parsi), bermain bola tampar dan solat di atas padang pasir, merasa lauk makanan arab yang dibakar dan ditanam di padang pasir dan BBQ ,tidur didalam khemah dan duduk di dalam caravan berharga ratusan ribu ringgit,dan merasai pengalaman ‘rally’ di padang pasir.

Beb
erapa orang di kalangan kami berpeluang menaiki kereta yang dipandu oleh bekas juara rally padang pasir timur tengah (tuan punya caravan) dan juga Duta Malaysia di Qatar yang turut bersama-sama kami dalam program di padang pasir ini.

Di samping itu juga kami sempat mengunjungi rumah salah seorang rakyat Malaysia di sini yang mengadakan jamuan makan untuk rakyat Malaysia di sini.
Kami juga sempat makan malam di rumah seorang pegawai Kedutaan Malaysia yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di Qatar .

Kepulangan kami pada tanggal 31 Mei 2009 diselubungi rasa sedih para pelajar asing Universiti Qatar yang baru 3 minggu bersama-sama kami.Inilah persaudaraan dan ukhwah rentas negara,bangsa dan agama .Begitu banyak manfaat ilmu dan pengalaman yang kami perolehi sepanjang 3 minggu mengikuti kursus bahasa arab di Qatar ini.

Dan yang pastinya walaupun tempoh kursus cukup singkat dan sebentar sahaja namun ternyata kami dapat merasakan peningkatan penguasaan kami dalam bahasa arab.

Semoga Allah meredhai segala usaha dan jasa semua yang terlibat dalam menjayakan kursus bahasa arab ini.

Jumlah pengunjung

web statistics