Melayu-Islam di Pulau Pinang.
Ketika di Pulau Pinang baru2 ini(4 hari),saya dan sahabat2 kuliah Universiti Jaringan Anak Muda sempat membuat kajian lapangan tidak rasmi tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang Setiap kali berjumpa orang tua-muda dalam kunjungan kami ke beberapa rumah tokoh-saudara mara-sahabat kami di sana kami mengambil peluang mendapatkan maklumat tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang. Kami juga sempat berjalan kaki meninjau kawasan kampung yg diduduki oleh orang Melayu-Islam di sana. Seorang bergelar "Dato' " mantan pentadbir tertinggi kerajaan sebuah negeri (kami menginap semalaman di rumahnya) dengan sukarela membawa kami meninjau juga kawasan rumah-hartanah mewah sambil menerangkan harga hartanah-siapa yg memilikinya-sejarahnya dll.Beliau pelik mengapa wang zakat tidak digunakan utk membeli hartanah2 tersebut,dan menekankan kesedaran terhadap sistem waqaf. Seorang ayah kpd sahabat kami juga menceritakan bagaimana nasib kampung asalnya yg kini sudah lagi tiada,dan rumah beliau yg kami ziarahi tersebut ialah rumah pampasan kpd penduduk kampung asal yg dipaksa pindah ke rumah flat sederhana kecil untuk memberi peluang kpd pihak pemaju membangunkan perumahan mewah di tanah tapak asal kampung mereka yg banyak diduduki oleh orang luar seperti Hong Kong,Singapura dll. Ramai yg menjual tanah milik nenek moyang mereka,terpaksa berpindah ke kawasan lain,dan tanah -tapak asal berpindah milik ke tangan orang lain,terpukau dgn wang ringgit dan sanggup menjual tanah demi wang ringgit Pakcik dan sepupu kpd sahabat kami pula menceritakan kisah menarik di sebalik nasib orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tersebut.Kata mereka semua ini berlaku kerana pengkhianatan pemimpin Melayu Islam di negeri mereka sendiri dan bukannya kerana penindasan oleh bangsa lain. Sahabat saya juga mendakwa orang kampung telah ditipu oleh pemimpin Melayu Islam sendiri agar berpindah rumah,mendapat rumah pampasan tanpa mengetahui sebenarnya pemimpin Melayu Islam itu sendiri rupanya mendapat komisen tinggi dari pihak pemaju perumahan mewah tersebut. Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik KRONI !!! " Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa di antara kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Kita kan merintih sendiri Jangan buang waktu lagi Majulah raih sebuah mimpi Hapuskan sengketa Teruskan usaha Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di pentas dunia"
No comments:
Post a Comment