Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, February 19, 2013

kembara ilmu di Pulau Pinang-Kedah

Selepas beberapa hari (mengikuti program IRF di Pulau Pinang,bertandang ke rumah Dato Azmi(mantan SUK Pahang),rumah Prof Fadhlullah Jamil,kampung Sifu kami Nuruddin,rumah Ustaz Wahab(Muhammadiyah Internasional) di Kulim(beliau sekarang tenat-strok),mandi di Lata Sedim,balik kampung makan buah,main bola dgn penduduk kampung,saya dan sahabat2 kaki kembara mahasiswa kuliah Universiti Kehidupan "Jaringan Anak Muda" singgah bermalam di rumah seorang sahabat di Gurun. Di sana tanpa disangka-sangka kami bertemu dgn seorang "orang tua berjiwa muda".Orang tua ini mengajak kami sarapan pagi bersama-sama di sebuah gerai. Orang tua ini berkongsi pengalaman hidup beliau.Beliau mendakwa umurnya 138 tahun,berasal dari Bangkok,banyak bercerita tentang hal2 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Selepas sarapan pagi beliau mengajak kami berkunjung ke rumah beliau bagi menjawap beberapa persoalan kami dan beberapa rahsia. Sambil berjalan kaki bersama kami,beliau menunjukkan tangan beliau ke beberapa deretan kedai berdekatan dan berkata lebih kurang begini:"Dulu sebelum Merdeka semua ini milik Melayu" . Satu perkara yang saya masih ingat ketika beliau mengungkapkan " sebelum merdeka,tanah ini mereka yang punya,selepas merdeka mereka merdekakan tanah-tanah mereka." Di rumah beliau saya dan sahabat2 lain mengambil peluang bertanya pelbagai soalan kepada beliau.Orang tua ini menceritakan sejarah perjuangan pejuang2 dahulu seperti Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad,Ahmad Boestamam dll."Mereka ini sangat bijak dan punya fikiran dan cita-cita yg sangat bagus".Lebih kurang begitu kata beliau kepada kami. Beliau menceritakan bagaimana ceramah Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad ,Ahmad Boestamam dll yg dipenuhi oleh orang ramai yg hadir dalam siri ceramah mereka. Beliau mendakwa terlibat sama dalam perjuangan parti rakyat,mengadakan kuliah agama kepada aktivis parti rakyat di rumahnya yg kami ziarahi pada pagi itu. "Rumah ini saya buat sendiri.Emak burung pun buat sarang sendiri walaupun ditengah2 hujan-panas" kata beliau kepada kami menceritakan perihal rumahnya. Di rak buku rumahnya terdapat kitab2 lama dan menurut beliau ketika beliau mengajar aktivis parti rakyat dahulu beliau berniat untuk mengajar mereka tanpa meminta duit cuma menetapkan satu syarat sahaja iaitu "belajar mengaji". Bila ditanya oleh sahabat saya dari Indonesia(aktivis Muhammadiyah) tentang siapa tokoh2 lama dari Indonesia yg beliau pernah temui ,jawab beliau "Hamka dan Muhammad Natsir".Beliau menasihatkan kami untuk menemui sendiri tokoh2-tuan2 guru bukan sahaja untuk menuntut ilmu bahkan beliau menekankan satu perkara lagi iaitu "berkat" . Di rumahnya ini kami terjumpa Utusan Kiblat edisi 1971 yg sangat menarik isinya.Beliau jg cerita kisah prjuangan Angkatan Pemuda Insaf API,shamsiah faqeh,prjuangan dlm hutan,komunis dan agama,pranan tokoh agama yg mndidik aktivis plbgai aliran,crita kisah bgaimana bliau spatutnya dilntik sbgai imam hsl twaran seorang tokoh politik tapi dgn satu syarat:sertai Umno ,dan beliau menolaknya dan brpesan agar imam masjid 'bebas politik'

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics