Peperiksaan vs Budaya Ilmu??
Maaf, penulisan anda tidak sekritikal tahap yang kami tetapkan. Penulisan yang bagus adalah penulisan yang dibawa bersama input-input yang dapat dikongsi disamping rempah-rempah idealisme mahasiswa. Cuba lagi. Sekian.
(Email yang saya terima daripada ketua editor satu laman web mahasiswa(ala malaysiakini?) setelah cuba menghantar tulisan dibawah ini ......kahkahkah(gelak hishamudin rais sambil menukar tiub...kahkahkah)-Mujur ada blog sendiri........
Musim peperiksaan di Universiti Malaya semakin hampir tiba.
Suasana mula lengang di fakulti-fakulti.
Perpustakaan pula semakin hari semakin meningkat pengunjungya daripada kalangan mahasiswa UM.
Kehadiran mereka ke perpustakaan ini bukanlah bertujuan untuk membaca buku,membuat kajian penyelidikan dan sebagainya tetapi untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan yang bakal kunjung tiba.
Masing-masing mencari tempat yang sesuai untuk ber’uzlah’.
Nota-nota kuliah semenjak awal semester pengajian mula dikumpulkan,dibaca dan dibuat ringkasan....
Jadual peperiksaan mula diberi perhatian dan jadual pembelajaran dan ulangkaji setiap matapelajaran mula disusun.
Semuanya demi peperiksaan......
Saya berfikir sejenak .
Mungkinkah ini yang dikatakan ‘ Exam oriented’ –berorientasi kan peperiksaan semata-mata?Entahlah,,,
Dalam keghairahan menuntut ilmu di universiti ,apa yang kita mahu kejar sebenarnya?lulus peperiksaan? ‘pointer’-‘CGPA’ tinggi ?sijil?diploma? ijazah? atau apa sebenarnya.....???
Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh para mahasiswa sendiri....
Menjelang musim peperiksaan ini,saya membaca kembali buku tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu.
Beberapa perkara penting menarik perhatian saya tatkala kita membicarakan soal peperiksaan ini.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud mengulas tentang tujuan pendidikan kini yang pada pandangan Ronald Dore mirip apa yang dipanggil ‘penyakit diploma’ - ‘diploma disease’ atau pengejaran yang tergesa-gesa untuk mendapatkan sijil bukan kerana nilai dalaman kependidikannya tetapi kerana nilai ekonomi dan martabat sosial yang mungkin diperolehi melaluinya(ms 119)
Beliau juga menyentuh bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu pada masa kini.
Satu kenyataan menarik yang ditulis Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya ini wajar diberi perhatian oleh seluruh mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan nanti.
‘’Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat’’(ms 119)
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan bukan pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan(ms 120)
Sewajarnya perkara-perkara penting di atas direnung dan dihayati oleh seluruh mahasiswa.
Selamat menduduki peperiksaan...
Ikhlaskan niatmu menuntut ilmu....
Bersama menghayati budaya ilmu...
Jihad menuntut ilmu.....
2 comments:
siapakah yang harus dipersalahkan??
diri sendiri??
kerajaan???
sedangkan mahasiswa yang ikut "flow" je..
inilah yang ditetapkan oleh mereka..
persoalan bro??
salam dr w,
Penulisan yang memang ada kebenarannya..
bila baca penulisan tersebut tadi,tanya kpada diri sendiri (aku bagaimana pula?)
Bagi pendapat saya, keputusan cemerlang penting, ilmu yang berkat lagi penting.
Semoga dapat manthapkan lagi penulisannya..
Gud Luck for exam~
Post a Comment