29 Mei 2008
Kami sempat bertemu dengan YB Ibrahim Ali (pernah bersama PKPIM)yang begitu semangat berbicara soal AUKU dan memberi beberapa cadangan apa yang perlu dilakukan oleh PKPIM dan mahasiswa pada hari ini.Kami turut menemui YB Mahfoz Omar,YB Yusmadi,YB Dr.Lo'lo dan beberapa orang ahli parlimen lagi.
YB Dato KJ membawa (dan belanja)kami makan tengahari di kafe yang rasanya hanya untuk ahli parlimen sahaja sambil berbincang tentang PEPIAT dengan saudara Zaid.Turut bersama kami YB Dr.Hatta Ramli dan YB Solahudin Ayub.
Beberapa ahli parlimen mewakili UMNO kelihatan menjeling-jeling dan memperhatikan kami antaranya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Yb Idris harun,YB Dato Tajuddin Abdur Rahman -Pasir Salak,YB Shamsul Anuar Nasarah dan beberapa orang lagi.Kalau sebelum ini kami menemui pimpinan PKR dan hari ini pula kami menemui pimpinan PAS.Pimpinan UMNO nanti insyaallah.
Sebaik sahaja selesai urusan di Parlimen,kami bergegas mengunjungi Dato Seri Anwar Ibrahim di pejabat nya di Petaling Jaya.Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas PEPIAT.Turut hadir bersama-sama kami ialah rakan-rakan dari PKPIM dan juga wakil HEWI PEPIAT saudari Nur Amelia(Memel) dari Indonesia (sahabat sekumpulan saya ketika Temu Pemuda Serantau Yogyakarta)yang baru sahaja tiba di Malaysia ketika itu-
http://nuramelia.blogspot.com/
DSAI dalam kesibukannya meluangkan masa bersama PKPIM berbicara soal peranan PKPIM dan juga PEPIAT masa kini dalam memperjuangkan isu rakyat,soal pendekatan dakwah dan politik,isu orang Melayu dan non-muslim dan mengimbau sejarah perjuangannya tatkala bersama PKPIM dan ABIM.
Saya tertarik dengan cerita dan pengalaman beliau berceramah di Johor suatu ketika dahulu (ketika masih dalam ABIM rasanya)tatkala datang jauh dari Kuala Lumpur dan audien yang hadir hanya sekitar 15 orang.Dan sekarang ternyata beliau mampu menarik audien beribu-ribu orang mendengar pidato beliau pada hari ini .Beliau membawa cerita ini tatkala ditanya tentang permasalahan mahasiswa di kampus universiti hari ini yang tidak gemar program-program ilmu dan beliau menekankan soal kuantititi dan jumlah bukanlah permasalahan yang besar dan apa yang penting ialah kualiti dan istiqamah aktivis mahasiswa dalam menggerakkan program-program ilmu.
Saya juga sempat bersembang dengan seorang staf muda pejabat DSAI yang melahirkan rasa terkejut memandangkan DSAI sudi meluangkan masa agak lama bersama kami anak muda PKPIM dalam kesibukan tugasnya berbanding dengan tetamu-tetamu yang lain.Menurut beliau ini bukti DSAI menanggap dan mengiktiraf PKPIM sebagai satu pertubuhan anak muda yang cukup penting dan perlu diberi perhatian.'Jentera mahasiswa' bak kata DSAI .
Sebaik sahaja selesai pertemuan bersama DSAI,kami singgah sebentar di kedai mamak menjamu selera (otak-otak terutamanya).
Kami meneruskan perjalanan kami ke Hotel Shah Village untuk menghadiri satu forum ilmu anjuran Middle Eastern Graduate Centre yang menampilkan Dr.Marzuki(Exco ABIM) sebagai pembicara.Turut hadir ialah Pak Khalid Jaafar.
Selepas solat maghrib pula kami ke UIA PJ untuk menghadiri satu pertemuan dengan adik-adik PKPIM UIA PJ.
No comments:
Post a Comment