Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, October 08, 2007

Iktikaf di Masjid Saidina Abu Bakar,Bangsar


(Gambar hiasan-Masjid Sulaiman Turki)Sebaik selesai berbuka puasa di rumah kediaman MB Selangor,kami terus pulang ke UM.Saya dan Isa bertukar pakaian dan mengambil barang keperluan lain(bawa kain yang MB hadiah dan assignment kononnya mahu diselesaikan) dan Saifullah terus menghantar saya dan Isa ke Masjid Saidina Abu Bakar ,Bangsar memandangkan Isa mengajak saya beriktikaf di masjid ini sempena 10 malam terakhir Ramadhan (kebetulan malam ini malam ganjil malam ke 27 Ramadhan-barangkali iktikaf mahu mengejar malam lailatul qadar?.Wallahua'lam.)

Malam ini agak ramai yang berkampung di masjid ini(masjid yang memang dikenali aktif mengadakan program-program) untuk beriktikaf.Sempat saya berjumpa beberapa teman dari UM.Ada yang membaca Al-Quran.Ada yang solat sunat.Ada yang membaca buku.Ada juga yang tidur(untuk bangun di tengah malam).

Seorang teman saya dari UM memperkenalkan kawannya dari Sudan(pelajar master Fakulti Sains UM).Dia akan menyambut Aidilfitri di Kelantan bersama kawannya.Tergelak saya mendengar kawan dari Sudan ini menyebut 'kelate...'..hahaha

Selepas mengulang Quran ,saya turut serta dalam 'diskusi tengah malam buta'(dalam pukul 2.00 pagi) antara Isa dan rakan lamanya,Aman.Agak menarik perbincangan kami tengah malam buta ini.Aman berpengalaman menuntut di UK dan aktif juga mengikuti siri usrah beberapa gerakan Islam di sana.Perbincangan kami berkisar soal gerakan Islam dan pemuda.Dari tabligh,hizbuttahrir,Pas dan beberapa gerakan di UK ,Aman berkongsi pengalaman dan ilmu.Turut dibincangkan peranan masjid dalam menarik minat golongan muda.Aman menceritakan perbandingan masjid di Malaysia dan di UK.Mendengar tentang kehidupan umat Islam di UK sana menambahkan semangat saya untuk berkunjung ke sana suatu masa nanti.Insya Allah.

Saya tidur lewat malam ini(iktikaf dengan membaca al-quran dan diskusi) dan bangun dalam pukul 5 pagi untuk bersahur di 'kafetaria' masjid.Selesai bersahur,saya,Isa dan seorang makcik (sekitar 40 an ,seorang ahli perniagaan)sempat lagi untuk berdiskusi tentang aliran salaf,sunnah,bidaah,dan lain-lain.

Sebaik selesai solat subuh berjemaah,saya dan Isa pulang ke UM menaiki kereta Saifuddin (Hizbuttahrir)dan Hasan(dari Sudan).

Tidak sia-sia saya beriktikaf di Masjid Saidina Abu Bakar,Bangsar ini.Insyaallah lain masa datang lagi.

No comments:

Jumlah pengunjung

web statistics