status PRU 13
Maybe i will never be the
Prime Minister of Malaysia..
but then, i realize, if i had
become the PM , people will
remember me as one of the
PM's of this country..
But i rather be remembered
as the guy who fought for the
younger generation of this
country and got nothing..
I always believe, everything
happens for a reason
Insha'Allah
- Anwar Inbrahim-
Yang menang sebenarnya dalam PRU 13 bukan Barisan Nasional tetapi rakyat dan Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat bertanding dalam keadaan media yang berat sebelah(khususnya putar belit Tv 1-tv 3,penipuan Utusan),tiada ruang debat calon-debat manifesto secara terbuka,politik wang-politik samseng-politik lucah,propaganda perkauman sempit-eksploitasi agama dan agamawan,hal2 daftar pemilih-pemindahan penggundi,misteri 'blackout'-kiraan undi semula,SPR tunduk tekanan BN dll senarai panjang yang jelas memalukan negara Malaysia.
Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana memimpin kebangkitan rakyat dan mencetak satu generasi pejuang rakyat.
Istiqamah dalam perjuangan.Perjuangan demi kebenaran dan keadilan tetap diteruskan...
Ini bukan kajian saya cuma pemerhatian bodoh saya saja sepanjang kempen PRU 13.Sekian terima kasih.Terima kasih kepada Barisan Nasional yang telah lama berkhidmat .Kita beri peluang kepada Pakatan Rakyat pula ya kali ini dan ini kalilah !!!
majoriti berbangsa Cina,
Melayu bandar,
pengundi kali pertama,
pengundi anak muda,
mahasiswa,
ahli akademik,
yang duduk di luar negara,
geng pencen,
yang ada hutang PTPTN,
yang buat kerja dakwah di lapangan,
yang peka isu urustadbir negara,
yang rajin baca-kaji pelbagai blog,
yang kaki Facebook,Youtube
yang ambil berat isu rasuah pemimpin negara,
yang bergaul dengan pelbagai kaum-agama
cenderung nak menangkan Pakatan Rakyat.
Yang benci Anwar Ibrahim,
yang percaya Utusan-Tv1,Tv 3,
yang percaya Melayu-Islam akan tergugat,
yang takut DAP,
yang takut pluralisme-sekularisme-liberalisme,
yang tak berapa turun ke lapangan,
yang percaya PEKIDA-PERKASA-JATI,
yang takut dan percaya negara akan huru-hara
yang ada kepentingan perniagaan,
yang terikat dengan projek ,
yang tak berapa bergaul dengan kaum-bangsa lain,
cenderung nak menangkan Barisan Nasional
Entahlah.Yang paling penting menang atau kalah saya akan mengundi untuk memenangkan Pakatan Rakyat kali ini.
Allah maha besar.
Manusia maha kerdil.
Kalah bermaruah,Menang Alhamdulillah!
Lailahaillallah.
Ini kalilah !
Bangkitlah pelajar Master/PHD Universiti Malaya.Keluar sebentar dari bertapa di gua perpustakaan.Ayuh turun ke lapangan mengikuti dan membantu kempen calon (DUN/Parlimen) yang berkualiti.Belum tentu anda dapat bertemu lagi dengan pilihanraya yang paling sengit dan bersejarah sebegini.
Tidak menyokong calon Barisan Nasional-UMNO bukan satu kesalahan-bukan satu jenayah.
Semut-semut di rumah saya dapat makan sehingga ke hari ini semuanya kerana jasa UMNO.Tanpa UMNO,jangan harap mereka dapat makan.Tanpa UMNO,hancurlah ketuanan semut.Saya nak pesan kepada semua semut di rumah saya agar jangan menjadi khawarij !!!!
Pilihanraya ini jangan sekadar lihat kepada parti semata-mata.Lihat juga pada kualiti calonnya.
Jika parti kesayangan anda meletakkan calon yg tidak berkualiti,sila pastikan calon yg tidak berkualiti tersebut dikalahkan.
No comments:
Post a Comment