Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Wednesday, July 31, 2013

KUATkan mereka

Persatuan-NGO dari Kemboja misalnya(dan negara2 lain) rancak berusaha membuka kaunter waqaf-derma untuk pembangunan pendidikan di negara mereka.Dan sambutan hangat masyarakat Malaysia kepada usaha mereka khususnya pada bulan Ramadhan.

Tanpa kita sedari atau kadang2 kita terlupa,ada lagi persatuan-NGO khususnya persatuan-NGO anak muda yang sudah lama bertapak di Malaysia yang juga memerlukan bantuan masyarakat untuk memperkasakan lagi aktiviti mereka.

Masyarakat boleh membantu mereka khususnya dalam hal pejabat-bilik gerakan-pusat aktiviti anak muda.

Pada pandangan saya aktiviti mereka akan lebih rancak dan aktif di Malaysia dengan bantuan masyarakat dan paling kurang pun kita boleh membantu mereka dalam hal2 utama seperti:-

-sewa pejabat
-duit minyak-tol aktivis
-peralatan2 (photostat-printer-komputer-kamera-kertas)
-stok makanan/minuman di pejabat
-dll

Dan bantuan dari masyarakat tidak bermakna persatuan-ngo anak muda tersebut tidak perlu BERDIKARI..........

Bayangkan mereka KUAT di Malaysia dan mereka dapat membantu masyarakat termasuk di luar negara.

Dan bayangkan juga mereka LEMAH di Malaysia,bagaimana mereka mahu membantu masyarakat termasuk di luar negara ?

KUATkan mereka.............

pemikiran 'lalang'

Jangan mempunyai pendirian -pemikiran 'lalang' hanya sekadar untuk mengambil-menjaga hati orang lain

'progresif' 'moderat' 'sederhana'

Pastikan anda 'menganut' sesuatu pemikiran 'progresif' 'moderat' 'sederhana' itu berdasarkan bacaan-kajian-ilmu anda dan bukannya sekadar mahu dilihat 'progresif' 'moderat' 'sederhana' oleh orang lain........

sahabatmu

Pastikan orang dihadapanmu dibelakangmu diatasmu dibawahmu dikirimu dikananmu menjadi sahabatmu.............

Tuesday, July 30, 2013

ASWAJA-Syiah

daripada buat seminar dgn tema2 ''bahaya Syiah'' dll lebih baik buat seminar dgn tema2 memperkasakan ASWJ-tokoh2 ASWJ...Perkenalkan karya2-pemikiran tokoh2 ASWJ bukan sibuk hentam dan maki hamun orang lain......

AKP



Pencapaian AKP perlu dikaji dan diperbahaskan secara meluas oleh kita di Malaysia(tak kira anda aktivis parti politik ke aktivis NGO ke ahli akademik ke ahli perniagaan ke mahasiswa Universiti Facebook-Universiti Youtube ke...)

Kena kaji juga kepimpinan Recep Tayyip Erdogan-Abdullah Gul,pemikiran Ahmet Davutoglu,panel pemikir,kabinet-kabinetnya sekali.....

Apa manifesto AKP ?Bagaimana mereka realisasikan gerak kerja -strategi yg dirangka?

Hebat sangat ke AKP ? Apa perubahan yg AKP buat di Turki ?
10 tahun memerintah,apa yg AKP buat ?...

Sama-samalah cari jawapannya....

aktifkan diri kita semua dengan pelbagai program kesukarelawanan-kemasyarakatan-misi kemanusiaan

Apabila ditanya kepada kawan2 sang ulat buku ,rupanya ramai lagi yg tidak pernah atau jarang sekali ikut program kesukarelawanan-kemasyarakatan-misi kemanusiaan dll...

Sempena ''Hijrah'' tahun baru ini,saya menasihati diri saya dan mahasiswa Universiti Facebook sekalian agar mengaktifkan diri kita semua dengan pelbagai program kesukarelawanan-kemasyarakatan-misi kemanusiaan dll....

''Hizmet'' !!!

Ingatlah mutiara kata Hamka : ''-Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...! ''

Ayah saya pesan

Ayah saya kata semalam orang yg ekstrem-taksub ni selalunya tak beradab dalam menangani perbezaan pandangan,tak selesa dengan kepelbagaian,ketat dalam beragama,-fanatik kepada 1 guru,fanatik kepada 1 jemaah-kelompok,selalunya mereka ini duduk dalam kelompok mereka sendiri sahaja,pandang rendah kelompok lain,suka berburuk sangka,sukar hargai orang-pandangan lain

Ayah saya pesan jangan melampau,miliki pemikiran futuristik 'hidup di dunia nampak akhirat ,duduk disini,ingat di sana'-lihat ke hadapan,jangan buang masa,jangan boros,ada target-ada cita-cita,bantu kawan kita

Ayah saya hurai juga istilah 'saudara' yg barangkali asal usulnya dari 'se udara'- kita semua bersaudara kita semua berkongsi udara yg sama .....

sekali mereka menjerit pasti Zionis ketakutan dan letak jawatan sebagai seorang Zionis....

sempat singgah ke acara Pop Festival: Selamatkan Gaza di UITM hari ini.Pelbagai lagu muzik kemanusiaan isu anti perang dipersembahkan oleh anak-anak muda kumpulan-Band... Indie

Kepelbagaian genre muzik tapi yg merosakkan majlis rasanya 1 band katanya metal tapi rasanya bukan metal bukan heavy metal entah black metal entah cucu cicit Metallica ...dengar menjerit-jerit macam orang kena histeria-lirik hancur-bunyi memecahkan gegendang telinga-terlompat-lompat -terhuyung hayang -jerit dan jerit dan jerit lagi....langsung tak rasa zouk ...merosakkan muzik..merosakkan lagi majlis menyokong perjuangan kemanusiaan-keamanan-anti perang....

tapi rasanya mereka lebih layak dihantar ke Gaza-Tel Aviv-Jerusalem hantar ke Palestin sebab sekali mereka menjerit pasti Zionis ketakutan dan letak jawatan sebagai seorang Zionis....

tahun baru ke tahun lama ke jangan lah kau tertipu dengan kalendar....

Selalunya awal tahun baru saya lepak sekitar KLCC kadang2 bukit bintang.....
pernah ikut xpdc ngo lihat suasana anak muda sambut tahun baru secara gila-gila
pernah konvoi motor ramai-ramai
pernah ikut sambutan 'alternatif'
pernah bersama ribuan orang melihat 'letupan' bunga api(beberapa minit sahaja tapi hangus beribu-ribu ringgit),semburan buih,pekikan 'histeria' ,konsert 'lagha' lupa dunia lupa akhirat lupa diri

Semalam sebenarnya bercadang nak duduk di rumah sahaja,malas nak keluar-kononnya nak bertapa siapkan 'sejuta' kerja...terpaksa menolak perlawaan sahabat Jaringan Anak Muda utk ke Singapura mengikuti acara bersama sahabat2 di sana...

tapi akhirnya saya ubah keputusan minit-minit akhir utk mengikuti acara di bawah.....anggaran jumlah hadirin khabarnya '120,000 orang' ..entah tepat anggaran atau tidak....tapi memang 'ramai gila'.....

bila kita luaskan pergaulan dgn semua pihak kita dapat lihat anak muda yg rosak akhlaq ramai ,anak muda yg cuba sedaya upaya perbaiki akhlaq juga ramai..pertarungan antara 'haq' dan 'batil' akan sentiasa berterusan...ada yg pro 'haq' ada yg pro 'batil'...semoga kita termasuk dalam golongan yg pro 'haq'

tak best langsung kita sertai golongan pro 'batil'...membazir masa...membazir usia...bila tua nanti,menyesal tak sudah-sudah..itupun kalau sempat tua..kita akan menyesal gila dan terfikir mengapakah aku begitu bodoh ketika muda dulu?''....tak tahu makna hidup...tak ada wawasan-cita-cita hidup...hidup terhuyung hayang...hati gelisah..langsung tak tenteram..tak tenang...kelam kabut...susah hati...

bila bersama pro 'haq' ,kita dapat ketenangan jiwa....kemanisan persaudaraan..kau dan aku menjadi satu....semangat berkobar-kobar dan punya daya juang....mahu jadi pejuang....melawan segala bentuk ketidakadilan dan kemungkaran....

dunia ini memang kita singgah sementara sahaja....'ke sana' juga kita akhirnya nanti....

sebab itu sementara singgah sementara di dunia yg sementara ini..:)....janganlah habiskan masa dan waktu kita sia-sia..memanglah kita tinggal di negara Malaysia tapi janganlah sia-siakan masa dan waktu kita di Malaysia...:)..kalau tak ,sia-sialah kita tinggal di Malaysia...:)

tahun baru ke tahun lama ke jangan lah kau tertipu dengan kalendar....

Ada bau kepoyoan pada anak muda ...

Ada bau kepoyoan pada anak muda yg hanya tahu mengkritik semua parti politik,mengajak orang lain abai politik kenegaraan atas nama mahu fokus kepada keilmuan-kesufian-keagamaan.

bukan mekanisma ''enjit-enjit semut siapa sakit naik atas''…rupanya yang naik ke atas itu yang sakit

..kita memerlukan mekanisma pengangkatan pemimpin yang dapat menjamin terangkatnya orang yang terbaik …..mekanisma yang dapat menjamin terangkatnya orang yang terbaik !!!.....bukan mekanisma ''enjit-enjit semut siapa sakit naik atas''…rupanya yang naik ke atas itu yang sakit…!!!''-Dato Dr Siddiq Fadzil

Mentang-mentang bersahabat dengan buku

Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...! -Hamka

Turki...

Turki tidak akan lebih terbuka,berjaya dan memberi kebebasan kpd ngo-yayasan waqaf utk bergerak bebas seperti hari ini jika rakyat Turki tersilap pilih calon dan tidak memberi kemenangan kepada Recep Tayyip Erdogan,Abdullah Gul dl

status PRU 13

Maybe i will never be the
Prime Minister of Malaysia..
but then, i realize, if i had
become the PM , people will
remember me as one of the
PM's of this country..
But i rather be remembered
as the guy who fought for the
younger generation of this
country and got nothing..
I always believe, everything
happens for a reason
Insha'Allah
- Anwar Inbrahim-

Yang menang sebenarnya dalam PRU 13 bukan Barisan Nasional tetapi rakyat dan Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat bertanding dalam keadaan media yang berat sebelah(khususnya putar belit Tv 1-tv 3,penipuan Utusan),tiada ruang debat calon-debat manifesto secara terbuka,politik wang-politik samseng-politik lucah,propaganda perkauman sempit-eksploitasi agama dan agamawan,hal2 daftar pemilih-pemindahan penggundi,misteri 'blackout'-kiraan undi semula,SPR tunduk tekanan BN dll senarai panjang yang jelas memalukan negara Malaysia.

Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana memimpin kebangkitan rakyat dan mencetak satu generasi pejuang rakyat.

Istiqamah dalam perjuangan.Perjuangan demi kebenaran dan keadilan tetap diteruskan...

Ini bukan kajian saya cuma pemerhatian bodoh saya saja sepanjang kempen PRU 13.Sekian terima kasih.Terima kasih kepada Barisan Nasional yang telah lama berkhidmat .Kita beri peluang kepada Pakatan Rakyat pula ya kali ini dan ini kalilah !!!

majoriti berbangsa Cina,
Melayu bandar,
pengundi kali pertama,
pengundi anak muda,
mahasiswa,
ahli akademik,
yang duduk di luar negara,
geng pencen,
yang ada hutang PTPTN,
yang buat kerja dakwah di lapangan,
yang peka isu urustadbir negara,
yang rajin baca-kaji pelbagai blog,
yang kaki Facebook,Youtube
yang ambil berat isu rasuah pemimpin negara,
yang bergaul dengan pelbagai kaum-agama

cenderung nak menangkan Pakatan Rakyat.

Yang benci Anwar Ibrahim,
yang percaya Utusan-Tv1,Tv 3,
yang percaya Melayu-Islam akan tergugat,
yang takut DAP,
yang takut pluralisme-sekularisme-liberalisme,
yang tak berapa turun ke lapangan,
yang percaya PEKIDA-PERKASA-JATI,
yang takut dan percaya negara akan huru-hara
yang ada kepentingan perniagaan,
yang terikat dengan projek ,
yang tak berapa bergaul dengan kaum-bangsa lain,

cenderung nak menangkan Barisan Nasional

Entahlah.Yang paling penting menang atau kalah saya akan mengundi untuk memenangkan Pakatan Rakyat kali ini.

Allah maha besar.
Manusia maha kerdil.

Kalah bermaruah,Menang Alhamdulillah!

Lailahaillallah.

Ini kalilah !

Bangkitlah pelajar Master/PHD Universiti Malaya.Keluar sebentar dari bertapa di gua perpustakaan.Ayuh turun ke lapangan mengikuti dan membantu kempen calon (DUN/Parlimen) yang berkualiti.Belum tentu anda dapat bertemu lagi dengan pilihanraya yang paling sengit dan bersejarah sebegini.

Tidak menyokong calon Barisan Nasional-UMNO bukan satu kesalahan-bukan satu jenayah.

Semut-semut di rumah saya dapat makan sehingga ke hari ini semuanya kerana jasa UMNO.Tanpa UMNO,jangan harap mereka dapat makan.Tanpa UMNO,hancurlah ketuanan semut.Saya nak pesan kepada semua semut di rumah saya agar jangan menjadi khawarij !!!!

Pilihanraya ini jangan sekadar lihat kepada parti semata-mata.Lihat juga pada kualiti calonnya.

Jika parti kesayangan anda meletakkan calon yg tidak berkualiti,sila pastikan calon yg tidak berkualiti tersebut dikalahkan.

cendekiawan/ulama yang hanya punya majikan ,tetapi tidak punya umat

‘’’Telah sekian lama umat dikecewakan oleh para cendekiawan/ulama yang hanya punya majikan ,tetapi tidak punya umat.Sekarang adalah saatnya kita membina kader-kader public intellectuals,cendekiawan yang memiliki kepedulian yang tinggi terhadap untung nasib rakyat,ilmuwan yang sedar bahawa ilmu mempunyai fungsi sosial-merubah,memperbaiki dan memperkasa manusia.Pemikiran rakyat seharusnya dibentuk oleh para ilmuwan,bukan oleh media propaganda’’-Dato Dr Siddiq Fadzil

Filem2 sampah Melayu dah banyak dah..

Filem ''Sang Pencerah'' berkenaan Almarhum KH Ahmad Dahlan -Muhammadiyah Filem ''Sang Kiai'' berkenaan Almarhum KH Hasyim Asyari-NU(Nahdatul Ulama)
Filem ''Sang Murabbi '' berkenaan Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah-PKS

Menanti pengarah filem di Malaysia membuat filem berkenaan Dr Burhanuddin Helmy-Dr Zulkifli Muhammad-Haji Abdur Rahman Limbong-Haji Yusuf Rawa-Tok Janggut-Mat Kilau- dll.............

Filem2 sampah Melayu dah banyak dah..

Dulu kalau tak kerusi,pokok yang hadir ke ceramah mereka.

Tak payah bimbanglah kalau anda anjurkan apa2 program dan tak ramai yang hadir.Teruskan sahaja program2 kelompok kecil tersebut.

Gerakan dari Nabi Muhammad ke Muhammadiyah Indonesia,Nurcu-Badiuzaman Said Nursi -Hizmet Fethullah Gulen,AKP Turki ke PKR ke PAS ke dll ke semuanya bermula dengan kelompok kecil juga.(Jangan sekadar lihat pencapaian terkini semata-mata)

Teringat kepada pertemuan kami dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menasihatkan kami agar tidak sekadar melihat ribuan-puluhan ribu rakyat yang hadir ke ceramah beliau tetapi lihat juga sejarah sewaktu beliau awal-awal mula berceramah suatu ketika dahulu.Jika hanya sekelompok kecil yang hadir ke program,teruskan kata beliau kerana mana tahu kelompok kecil yang datang ke acara tersebutlah yang akan memimpin perubahan suatu masa nanti.

Dato Dr Siddiq Fadzil juga pernah berkongsi pengalaman beliau,Anwar Ibrahim dll yang datang jauh dari KL ke Johor menaiki kereta(buruk) untuk satu ceramah dan banyak pokok yang hadir ke ceramah mereka

Dulu kalau tak kerusi,pokok yang hadir ke ceramah mereka.

Apa mereka fikir mentadbir Mesir itu seperti membancuh air teh-kopi?

Mulalah nak cari kesalahan Mursi.Apa mereka lupa Mubarak yang telah merosakkan sistem di Mesir keseluruhannya?Apa mereka ingat perubahan di Mesir boleh berlaku sekelip mata?Apa mereka fikir mentadbir Mesir itu seperti membancuh air teh-kopi?Hebat bicara soal hak asasi manusia-demokrasi-hak rakyat tapi bersekongkol dengan pihak yang mempermainkan istilah hak asasi manusia-demokrasi-hak rakyat.Kemunafikan apakah itu ?

mengurangkan waktu tidurku-pembaziran masa- kualiti gerak kerjaku.........

Semoga insiden yang berlaku di Turki baru2 ini dan di Mesir sekarang mengurangkan waktu tidurku dan pembaziran masa yang pernah ku lakukan serta meningkatkan kualiti gerak kerjaku.........

mengkader diplomat-bakal2 duta muda

Akhirnya diterima sebagai peserta Young Diplomats Forum 2013 di Ankara ,Turki akhir September ini.Program ini akan dirasmikan oleh (Profesor)Ahmet Davutoglu,Menteri Luar Turki.

Turki dan negara EU nampaknya lebih aktif mengkader diplomat-bakal2 duta muda pelapis melalui pelbagai program yang dirangka khusus dan strategik untuk melahirkan anak muda yang sentiasa bersiap sedia menjadi diplomat,mendalami isu2 antarabangsa-hubungan luar-diplomasi-keselamatan-konflik dan sebagainya.

Pendedahan awal terhadap isu2 tersebut mampu mengelakkan kita melahirkan anak muda karut marut yang fokus kepada perbalahan isu kecil-remeh temeh dan menghabiskan usia muda mereka..............

Selipar Jepun..

''Selama ni duk pakai selipar Jepun sahaja,hari tu akhirnya baru jejak kaki ke Jepun'',kata seorang bekas SU PM kepada saya yang baru pulang dari Jepun.

Pakai sahaja selipar Jepun di Jepun,Dato'...

Betul ke 'selipar Jepun' itu keluaran Jepun ?..

Berjuanglah kerana prinsip perjuangan ...

Berjuanglah kerana prinsip perjuangan dan bukannya berjuang demi mempertahankan ideologi pilihan kepala otakmu.......

Jangan terlampau sibuk dengan apa yang orang lain buat,yang penting apa yang kita buat........?

Jangan terlampau sibuk dengan apa yang orang lain buat,yang penting apa yang kita buat........?

tembak-bunuh-rogol-pecah rumah-rompak-curi-culik ...

Banyak betul kes tembak-bunuh-rogol-pecah rumah-rompak-curi-culik dll jenayah di negara kita sekarang.

Mungkinkah anda mangsa seterusnya ?

Tahrir vs adawiyah

Akhbar 'The Star' ni ingat semua orang bodoh ke ? Lapor isu Mesir secara berat sebelah.Berani tunjuk gambar Dataran Tahrir,tak berani tunjuk gambar Dataran Rabiatul Adawiyah,Iskandariah dll ....

Dulu tersebar gambar himpunan penyokong Mursi di Rabiatul Adawiyah tetapi ditulis sebagai gambar himpunan anti Mursi di Dataran Tahrir.

Yang biasa ke Dataran Tahrir dan Dataran Rabiatul Adawiyah tahulah yang mana satu Dataran Tahrir yang mana satu Dataran Rabiatul Adawiyah .

Ada juga gambar Dataran Tahrir revolusi anti Mubarak dahulu tetapi ditulis gambar anti Mursi di Datarn Tahrir .

Ada wartawan TV Al Hijrah yang buat liputan berdekatan Dataran Tahrir,tinggal di hotel berdekatan,tv melaporkan ribuan berkumpul di Dataran Tahrir lalu beliau turun sendiri ke Dataran Tahrir dan terkejut betapa berbezanya laporan tv dan realiti di Dataran Tahrir.

Pencuri di Masjid Negara..

Masjid Negara telah pun berjaya menangkap pencuri yang mencuri didalam Masjid Negara ketika orang lain solat.

Ada 1 kes:Seorang pencuri yang buat-buat solat bersama jemaah,mencuri beg pak arab yang didalamnya pasport,duit Rm 3000,kamera .

Kamera itu pencuri itu telah jual kepada kawannya,duit RM 3000 itu pencuri itu gunakan untuk main judi dan pasport itu pencuri itu tinggalkan di atas motor.Pencuri itu pernah dipenjarakan sebelum ini,kaki judi-kaki samsu-ambil ganja.

Macam mana saya tahu ? Sebab saya bersembang sendiri dengan pencuri tersebut.

Beliau sudah dibelasah-ditampar oleh...(bukan saya.. ) pegawai keselamatan Masjid Negara sehingga mengaku bersalah.

Iraq hancur,Syria hancur,Mesir hancur

Iraq hancur,Syria hancur,Mesir hancur

Harapan kini kepada Turki-Indonesia-Malaysia

Dan yang utamanya kepada MALAYSIA

Rosakkan imej musuhmu?

Mereka mengamalkan prinsip ''rosakkan imej musuhmu melalui permainan propaganda media,bawalah berita2 yang memaparkan sisi negatif musuhmu dan perbesarkan apa2 yg kecil dan perkecilkan apa2 yang besar............

Fahamilah pemikiran orang lain yang menghentam pemikiranmu

Fahamilah pemikiran orang lain yang menghentam pemikiranmu....Bacalah pemikiran mereka....Carilah buku-tokoh rujukan mereka....Bacalah buku yang mereka baca ..Berhujahlah dengan mereka....Berdialoglah dengan mereka.....

Isu keutamaan kita di Malaysia apa sebenarnya ?

Isu keutamaan kita di Malaysia apa sebenarnya ?

-Jenayah?
-Rasuah?
-Kemiskinan?

-?
-?
-?
-?
-?

-???????????????????????????????????????????????????????????????????????

IIIT

http://www.iiit.org/NewsEvents/News/tabid/62/articleType/ArticleView/articleId/315/Default.aspx

''The highlight of the evening was al-Faruqi Memorial Lecture, “What good is the knowledge if it does not bring benefit to society?,” delivered by Prof. Abdulaziz Sachedina, the IIIT Chair of Islamic Studies at George Mason University in Fairfax, VA. In his lecture, Prof. Sachedina emphasized the link between knowledge and practice, criticizing at the same time those academicians who see themselves as detached from the real world, all in the name of supposed objectivity.

He stressed the importance of bringing values into the academic world. An ideal professor is the one who believes in what he or she teaches, and serves not only as a repository of knowledge for his or her students, but also as an important referential point when it comes to values and praxis. He issued a special call to Muslim academicians in the United States to serve as bridges of understanding, so that their non-Muslim students could gain a better appreciation of Islam, both in theory and in practice.''

http://www.iiit.org/NewsEvents/News/tabid/62/articleType/ArticleView/articleId/314/Default.aspx

''
Pop politics and Elections: Islam and the Arab Spring by John Voll
Panel on Islamic Thought and the Arab Uprisings
Ibn Taymiyya and his Relevance to the Arab Spring by Yahya Michot
Contesting Agency within the Egyptian Muslim Brotherhood by Emin Poljarevic
Islamist Discourse and Organizational Change after the Arab Spring by Mohammad Mosaad Abdelaziz Mohammad
The End of History, the Clash off civilization and the Arab Spring: Is there a connection? by Seifudein Adem
Post Revolutionary Islamism and the Future of Democracy and Human Rights in Egypt by Abadir Ibrahim
Egyptian Islamist Organizations and the Question of Institutional Political Involvement by Jonathan Brown
Is Secularism by Any Means Possible: A Reading of the Civil State in the Syrian Muslim Brotherhood Recent Declarations by Najib Awad
Four Arab Summers: Diagnosis, Prognosis, and Prescription by Imad-ad-Dean Ahmad
Rachid al Ghannoushi’s Democracy and Human Rights in Islam by Usaama al-Azami
An Islamicate Awakening: Revival and Reform in the Arab World and the ABIM connection by Syed Muhammad Khairudin Aljunied.
The Arab Spring and the Reformasi 98: A Comparative Study of Popular Uprising in Tunisia and Indonesia by Ahmad Najib Burhani
Making Sense of Post Islamism: lessons from the Arab Spring by Mojtaba Mahdavi
What the Arab Spring Learned from the Iranian Revolution? by Ahmad Kazemi Moussavi
Arab Awakening and the Dilemmas of Globalization by Ali Mazrui
Panel on the Future of Islamic Reform Movements

Kiamat di Tunisia-Mesir ?

Kiamat apakah yang melanda dunia sekarang?

''Revolusi'' Mesir-Tunisia yang menumbangkan Mubarak-Ben Ali beberapa tahun dahulu dan tahun ini 'revolusi terhadap revolusi' berlaku.

Selepas Mesir,Tunisia mahu dijadikan mangsa seterusnya.

Apakah itu kebetulan?
Apakah itu memang dirancang awal?

Perancangan siapakah itu?
Untuk apakah ?

Zakat untuk kembara anak muda?

Dalam seminar pelancongan semalam ada dinyatakan bagaimana sepatutnya wang zakat boleh dimanfaatkan untuk menaja anak muda kembara ke seluruh dunia.

Sangat setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Bantu dan kuatkan mereka....

Persatuan-NGO dari Kemboja misalnya(dan negara2 lain) rancak berusaha membuka kaunter waqaf-derma untuk pembangunan pendidikan di negara mereka.Dan sambutan hangat masyarakat Malaysia kepada usaha mereka khususnya pada bulan Ramadhan.

Tanpa kita sedari atau kadang2 kita terlupa,ada lagi persatuan-NGO khususnya persatuan-NGO anak muda yang sudah lama bertapak di Malaysia yang juga memerlukan bantuan masyarakat untuk memperkasakan lagi aktiviti mereka.

Masyarakat boleh membantu mereka khususnya dalam hal pejabat-bilik gerakan-pusat aktiviti anak muda.

Pada pandangan saya aktiviti mereka akan lebih rancak dan aktif di Malaysia dengan bantuan masyarakat dan paling kurang pun kita boleh membantu mereka dalam hal2 utama seperti:-

-sewa pejabat
-duit minyak-tol aktivis
-peralatan2 (photostat-printer-komputer-kamera-kertas)
-stok makanan/minuman di pejabat
-dll

Dan bantuan dari masyarakat tidak bermakna persatuan-ngo anak muda tersebut tidak perlu BERDIKARI..........

Bayangkan mereka KUAT di Malaysia dan mereka dapat membantu masyarakat termasuk di luar negara.

Dan bayangkan juga mereka LEMAH di Malaysia,bagaimana mereka mahu membantu masyarakat termasuk di luar negara ?

KUATkan mereka.............

Jumlah pengunjung

web statistics