hi tea Kumpulan Persahabatan –Khidmat Antara Agama(Friendship Group For Inter Religious Service)
Beberapa orang wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) telah menyertai majlis hi tea Kumpulan Persahabatan –Khidmat Antara Agama(Friendship Group For Inter Religious Service) pada 11 Jun 2011 yang lalu.
Bertempat di Hotel Dynasty ,Kuala Lumpur,program ini dihadiri oleh anak muda dari pelbagai latar belakang agama dan mewakili persatuan agama masing-masing.
Program santai ini diadakan bertujuan membina jaringan persahabatan dan perpaduan di kalangan anak muda Malaysia pelbagai agama dan mencari titik persamaan ditengah-tengah perbezaan yang sedia wujud.Ia turut diisi dengan upacara doa dan ucapan pimpinan tertinggi pelbagai agama,modul permainan santai dan sesi diskusi merangka program perkhidmatan kerjasama antara agama.Antara bentuk program yang dirancang ialah khidmat masyarakat di satu kawasan pilihan dan pementasan drama yang menerapkan nilai-nilai kemanusiaan universal yang diwakili oleh anak muda pelbagai agama.
Program hi tea ini merupakan anjuran Kumpulan Persahabatan –Khidmat Antara Agama(Friendship Group For Inter Religious Service) yang merupakan gabungan pelbagai gerakan yang berasaskan agama di Malaysia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM),Majlis Gereja Malaysia,Buddhist Maha Vihara ,Malaysia Hindu Sangam,Gereja Katolik dan Majlis Gurdwaras Malaysia.
Program sebegini mampu mewujudkan keharmonian di antara penganut-penganut agama dan membuktikan perbezaan agama bukan penghalang untuk manusia hidup saling meghormati antara satu sama lain.
Titik persamaan dengan memberi fokus kepada nilai-nilai kemanusiaan dan bekerjasama dalam membantu kelompok yang hidup melarat menjadi antara perkara penting yang diperjuangkan oleh gerakan ini.
Atas kesedaran betapa sukarnya menyatukan penganut pelbagai agama melalui penyatuan teologi maka penyatuan melalui perkhidmatan kepada semua manusia tanpa mengira latar belakang agama dipilih sebagai agenda besar Kumpulan Persahabatan –Khidmat Antara Agama(Friendship Group For Inter Religious Service) ini.
Dan perjuangan menyatukan hati-hati manusia pelbagai agama melalui perkhidmatan dengan penuh ikhlas inilah yang sewajarnya menjadi agenda utama anak muda seluruh dunia khususnya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment