PERIBADI-Prof Dr.HAMKA(Pustaka Dini-cetakan pertama 2007)
-Kesanggupan melahirkan perasaan,ketangkasan lidah berkata dan sikap yang gembira adalah tanda peribadi yang kuat dan menarik
-lidahlah wakil kebatinan kita,menunjukkan kecerdasan fikiran,keluasan kefahaman,kedalaman penyelidikan,banyak pengalaman
-lidah itu ialah besi,berani untuk menarik manusia agar supaya berhubungan dengan kita
-Jangan kita sahaja yang dipelajari orang,kitapun mempelajarinya juga
-Keberanian menyatakan yang terasa dalam hati walaupun kita tahu bahawa yang mendengar tidak akan menyetujuinya adalah alamat kekuatan peribadi
-Kebanyakan orang hanya dikotak-katikkan oleh lidah beberapa orang
-Bijak berkata-kata bererti
1)Perasaan yang halus
2)Kefasihan berkata
3)Kekayaan bahasa
-Akal pemandu jiwa,ilmu pemandu akal dan lidah yang fasih pemandu ilmu
-Kata-kata yang keluar dari dalam hati akan masuk pula ke dalam hati,tetapi kata-kata yang cuma keluar dari lidah,tidaklah akan sampai ke hati hanyalah sehimgga kulit telinga-Amir bin Abdul Kais
-Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...!
2 comments:
Indah skali..
Indah skali..
Post a Comment