Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Friday, September 12, 2008

Bedah buku GLOBALISASI DAN PERADABAN DI MALAYSIA

GLOBALISASI DAN PERADABAN DI MALAYSIA(Kumpulan Kertas Kerja)Penyelenggara A.Aziz Deraman,Rohani Zainal Abidin-DBP KL-cetakan pertama 2003

Globalisasi dan peradaban oleh Prof.Dr.Osman Bakar


Saya tertarik dengan tulisan Prof.Dr.Osman Bakar dalam kertas kerja ini.
Beliau membawa kenyataan daripada The Washington Post tentang trend di kalangan kaum Hispanik(mazhab Katolik)untuk meninggalkan agama asal mereka dan memeluk Islam.

PBB telah mengistiharkan tahun 2001 sebagai tahun dialog peradaban hasil daripada cadangan OIC atas desakan Iran.

Tentang Islam dan globalisasi pula beliau mengatakan ’Islam mempunyai semangat globalisme dan sangat berminat untuk melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global’

Bagi Prof.Dr.Osman Bakar ilmu adalah salah satu penggerak utama peradaban Islam

Kalau dahulu proses penjajahan agak sinonim dengan 3G-(God,Gold,Glory) tetapi sekarang (Gold,Governance,God)

Prof Dr.Osman Bakar juga mengupas bagaimana kuasa besar memanfaatkan globalisasi untuk menyebarkan Kristian,mengaut kekayaan tanah jajahan dan seterusnya membawa pulang ke negara mereka dan memaksa digunapakai sistem pemerintahan mereka.

Dalam kertas kerja ini juga beliau menyentuh soal faith-based development atau konsep pembangunan yang berasaskan keimanan dan kepercayaan agama.

Beliau juga membicarakan antara kesan terburuk globalisasi kepada maklumat dan ilmu iaitu pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

Menurut Prof.Dr.Osman Bakar ‘maklumat y ang tidak benar dan yang tidak berguna mungkin sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita.Kalaupun ini tidak boleh disekat ,seharusnya boleh dijawab dengan maklumat dan ilmu yang benar.Kebenaran perlu disebarkan seluas-luasnya’

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau dalam kertas kerja ini iaitu ‘Untuk berjaya insya allah kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita terutamanya kekayaan dalaman(inner riches)yang terdapat dalam agama dan tradisi kita,baik yang berupa kerohanian mahupun yang berupa intelektual atau keilmuan’

Tulisan Prof.Dr.Osman Bakar ini wajar dibaca bagi sesiapa yang ingin mendalami lebih lanjut tentang globalisasi dan peradaban.


Masyarakat madani dalam peradaban Malaysia oleh Dato’ Dr.Siddiq Fadzil

Siddiq Fadzil dalam kertas kerja ini membicarakan persoalan masyarakat madani yang menurut beliau merupakan ‘masyarakat bertamadun yang beriltizam kepada pengangkatan martabat insan dalam aturan sosioekonomi-politik berteraskan prinsip-prinsip agama dan moral,kedaulatan undang-undang(rule of law),keadilan sosial,budaya ilmu,keluhuran budi dan kehalusan seni’

Beliau juga menjelaskan tentang beberapa persoalan tauhid dan saya cukup tertarik dengan kenyataan beliau bahawa ‘Yang ditolak oleh faham tauhid sebenarnya bukan hanya berhala-berhala fizikal tetapi lebih jauh dari itu ialah budaya dan mentaliti mem’berhala’kan seseorang dalam erti memuja dan menerima segala-gala darinya tanpa sikap rasional dan kritis’

Siddiq Fadzil juga menjelaskan pengertian adat yang mana orang Melayu sinonim dengan pepatah ’biar mati anak jangan mati adat’ dimana adat disini bukan sekadar tradisi nenek moyang tetapi merujuk juga kepada ‘adat yang sebenar adat iaitu sunnatullah dan hukum-hukum agama(kitab dan sunnah).

Ketika membicarakan hubungan antara raja dan ulama,beliau memetik catatan amanat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang tercantum dalam Kanun Aceh Darussalam yang mana kandungannya memperingatkan zuriat pewaris takhta dengan nasihat ’raja-raja hendaklah senantiasa memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan ulama dan mendengar nasihat ulama’

Ulama dalam sejarah dan tamadun Melayu menurut beliau sangat dihormati kerana ilmu dan kewibawaan moral mereka disamping mengakar di tengah umat dimana suara mereka ialah suara rakyat keseluruhannya.Ulama ketika itu juga merupakan pembimbing raja dan pendidik umat.

Menurut beliau,proses pembangunan masyarakat madani sebenarnya amat berkait dengan gerakan pencerdasan bangsa.Terbangunnya tamadun keilmuan di rantau ini disebabkan tingginya nilai ilmu dalam urutan sistem nilai ajaran islam

Turut menarik perhatian saya apabila membaca tulisan beliau ini ialah apabila beliau memetik syair yang dikarang oleh Pendeta Zaaba dibawah:-

‘martabat ilmu amat tingginya
emas dan intan bukan bandingnya
barang siapa mendapat dianya
nikmat sejahtera jua kiranya

berkata ilmu ‘akulah sultan’
kuasa perintahku laut daratan
jahil berseru ‘akulah syaitan’
ikutlah aku merata hutan’

Sikap menjunjung tinggi nilai ilmu itulah yang menjadi motivasi dalaman kepada pembinaan tamadun keilmuan dan apa yang diungkapkan oleh Siddiq Fadzil sebagai
‘revolusi celik huruf dan pemerataan budaya ilmu’.

Beliau juga menegaskan soal pencerdasan masyarakat yang mana dengan pencerdasan masyarakat inilah yang memungkinkan mereka berfikir rasional,objektif dan kritis sehingga tidak dapat diperbodoh oleh sesiapa pun.

Di samping itu beliau juga memperkatakan tentang kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang menurut beliau merupakan masyarakat yang beradat dan berkitab serta hidupnya melayu ialah hidup dikandung adat yang bererti kehidupan yang tertib dan beradab.

’adat bapaneh,syarak balindueng
syarak mengato,adat memakai
adat dan syarak sanda manyanda
adat basandi syarak,syarak basandi kitabullah’

Demikianlah syair melayu minangkabau yang dipetik oleh Siddiq Fadzil ketika mengupas tentang gandingan syarak dengan adat yang harmonis dan juga ’syarak nan lazim,adat nan kawi’ yang membawa pengertian bahawa Melayu Minang harus hidup berlandaskan ajaran syarak(agama) yang mesti dihayati disamping adat yang diperkuat dengan muafakat.Orang yang mengetepikan prinsip tersebut dikatakan orang yang ‘berkitabullah di lengan’ membawa maksud orang yang tidak mengikut syarak dan adat.

Tulisan Dato Dr.Siddiq Fadzil ini ternyata mampu menjelaskan persoalan makna masyarakat madani yang sebenar dalam usaha membina peradaban Malaysia.


Islam dan proses politik dalam peradaban Malaysia oleh Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman

Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman dalam kertas kerja ini membincangkan tentang peranan Islam dalam proses politik tanah air.Beliau menghuraikan tentang beberapa faktor kebangkitan Islam di Malaysia antaranya melalui sumbangan institusi pendidikan(sekolah),bahan-bahan penerbitan,usrah,ceramah,forum perdana,kuliah subuh,qiamulail dan juga peranan kerajaan antaranya melalui Bulan Dakwah(tahun 78, zaman pemerintahan Tun Hussein Onn) dan dasar penerapan nilai-nilai Islam(1982,zaman Tun Dr.Mahathir Mohamad).Hasil usaha dakwah inilah terzahirnya kewujudan institusi-institusi Islam seperti bank Islam,Takaful National,UIA,YPEIM dan lain-lain.

Beliau juga membawa pengalaman gerakan Islam di luar negara seperti di Algeria dan Turki. Gerakan Islam di Algeria misalnya ,(FIS-Front Islamique du salut) yang ditubuhkan pada tahun 1989 pernah memenangi 188 daripada 231 kerusi dalam pilihanraya Algeria pada bulan Nov 1992 tetapi malangnya kemenangan mereka telah dinafikan apabila perlembagaan Algeria digantung dan FIS diharamkan serta merta dan pemimpin -ulama parti seperti Abbassi Madani ,Ali Benhij dan 30000 orang penggerak FIS telah dipenjarakan.

Di Turki pula satu demi satu parti yang berteraskan perjuangan Islam diharamkan sepertu NOP(Milli Nizam Partisi)yang diharamkan pada tahun 1971,NSP(Milli Salamah Partisi)pada tahun 1980 dan yang terakhir parti Refah pada tahun 1998.

Pilihanraya Turki 1995 menyaksikan parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan telah memperolehi 21.3 % undi atau 158 daripada 550 kerusi dalam pilihanraya tahun tersebut yang melayakkan Erbakan menjadi Perdana Menteri kerajaan campuran Turki .Namun begitu pada tahun 1998 ,Refah telah diharamkan atas tuduhan membahayakan dasar sekular Negara Turki manakala Erbakan turut dipenjara.Datuk Bandar Istanbul,Tayyib Erdogan(kini PM Turki) juga turut dipenjara hanya disebabkan membaca sajak karya Mehmet Akif yang telah dianggap menghina institusi sekular Negara Turki!!

Pemimpin parti Refah ,Sukru Karatepe yang juga merupakan Datuk Bandar Kayseri turut dipenjara-kerana mempersoalkan dasar sekular Negara Turki apabila mengatakan semua ideologi berakhir ;yang tinggal ialah agama!!


Bagi Prof.Dr.Mohammad Redzuan Othman ,’peningkatan pengaruh Islam dalam politik bukanlah satu ancaman kepada kestabilan negara sebaliknya merupakan unsur produktif terhadap perkembangan Negara sebagaimana yang sudah dibuktikan sebelum ini.’

Tulisan beliau ini ternyata mampu dijadikan rujukan buat sesiapa yang ingin mengetahui tentang peranan Islam dan proses politik dalam peradaban Malaysia.


’’Kita lebih menghargai agama kita bila kita tahu kekurangan agama lain…..’’


’’Kita lebih menghargai agama kita bila kita tahu kekurangan agama lain…..’’

Demikianlah kata-kata yang masih saya ingat diungkapkan oleh seorang intelektual dari Indonesia ,Adnin Armas sewaktu membentangkan kertas kerja beliau dalam satu program yang saya hadiri iaitu Bengkel Pemikiran Islam Kontemporari anjuran Akademi Kajian Ketamadunan ( http://www.madaniyat.com/) di Kolej Dar Hikmah,Kajang.

Dalam bengkel pemikiran islam ini,saya dihidangkan dengan wacana pemikiran yang agak tinggi oleh para pembentang dan saya dapat rasakan sayalah peserta yang termuda dalam program ini dengan para peserta lain yang kebanyakannya penuntut Master ,PHD dan beberapa orang pensyarah universiti.

Kembali kepada kata-kata tadi,bagi saya selaku mahasiswa Usuluddin(Jabatan Al-Quran dan Hadith) memang perlu sekali saya mengetahui tentang asas agama-agama lain selain Islam terutamanya agama-agama utama seperti Hindu, Yahudi ,Kristian, ,Buddha.Kebetulan pula pada semester ini saya mendaftar subjek Falsafah beragama yang dalam silibus buku rujukannya banyak berkisar tentang asas agama-agama di dunia.

Untuk kerja khusus subjek falsafah beragama ini saya sepatutnya membuat kajian pilihan saya tentang agama Buddha namun atas beberapa masalah teknikal terpaksa ditukarkan kepada kajian tentang agama Hindu.

Barangkali saya agak berminat untuk mengkaji agama Buddha setelah asyik melihat filem-filem dan drama-drama dari negara China yang banyak menyelitkan unsur-unsur agama Buddha terutamanya dalam cerita-cerita kungfu dan kepahlawanan mereka.

Dan untuk menyiapkan kajian tentang agama hindu pula ,saya insyaallah akan menghubungi dan bertukar-tukar fikiran dengan seorang sahabat,Adam(seorang Hindu yang memeluk Islam(untuk memudahkan beliau membuat kajian tentang Islam,menurut beliau ) dan masih mencari kebenaran dan membuat kajian perbandingan antara Hindu dan Islam.)


Mengetahui asas tentang agama –agama lain bagi saya amat penting demi mewujudkan pemahaman kepada individu beragama tentang sifat toleransi ,menghormati kepercayaan orang lain seterusnya mengelakkan persengketaan antara penganut agama apatah lagi dalam kehidupan masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia.

Berbuka puasa-solat terawih di rumah DSAI

Selasa,9 September 2008

Malam ini saya hadir ke majlis berbuka puasa dan solat (maghrib-hajat-isya-terawih )di rumah seorang tokoh pejuang kebenaran dan keadilan,Dato Seri Anwar Ibrahim.Majlis ini diadakan untuk mendoakan kesejahteraan buat DSAI yang akan dibicarakan di mahkamah keesokan harinya.

Kebetulan dalam minggu ini saya sedang menghadam beberapa buah artikel tulisan DSAI antaranya ialah Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Madani,Budaya Ilmu(bab daripada buku Menangani Perubahan), teks ucapan beliau sewaktu perhimpunan agung ke 12 World Assembly of Youth (1993)dan majlis penyampaian The Ismail Faruqi Award (1995) serta ulasan buku beliau Membangun Semula Makna Diri Malaysia.

Saya cuma mahu menyentuh sedikit berkenaan ucapan@tazkirah ringkas beliau sebaik sahaja selesai solat terawih antaranya berkenaan kepentingan keikhlasan dalam perjuangan dan ‘kuasa’doa .

Menurut beliau antara sumber kekuatan beliau bukanlah sekadar pidato-pidato yang mampu memukau pendengar dan karisma yang dimiliki beliau seperti yang selalu diperkatakan orang kepada beliau tetapi kerana keikhlasan dalam perjuangan dan yang lebih penting menurut beliau; banyaknya doa orang ramai kepada beliau.


Beliau juga membicarakan bagaimana orang bukan Islam yang yakin dengan perjuangan pemimpin Islam yang menentang rasuah, memperjuangkan keadilan untuk semua kaum dan agama berbanding pemimpin Islam yang korup yang mencemarkan nama baik Islam.Kehadiran pemimpin Islam yang mendapat kepercayaan orang bukan Islam untuk memerintah secara tidak langsung merupakan satu mesej dakwah kepada orang bukan Islam.

Semoga hati dan jiwa para pejuang kebenaran dan keadilan suci tulus murni ikhlas berjuang demi Allah dan doa-doa manusia beriman mengiringi perjalanan perjuangan mereka,perjuangan kita semua…..

1250 am
10092008
Kolej Kediaman 12
Universiti Malaya

3 K

Ketika sedang mengemas ’kelambakan’ nota-nota di bilik,saya terjumpa satu catatan ringkas yang saya rangka sewaktu menuntut di Nilam Puri,Kelantan(entah ketika semester-tahun berapa catatan itu ditulis)sebagai catatan peringatan buat diri sendiri.
Catatan tersebut berkisar tentang 3 K kebersihan,kesihatan,komunikasi) yang saya fikir perlu diberi perhatian dan fokus buat diri saya ketika itu.Di bawah ini saya sertakan catatan ringkas tersebut:-

Kebersihan-kemas bilik,almari,meja,pakaian ,ketrampilan
Kesihatan-sukan,makan minum
Komunikasi-ustaz,pensyarah,kawan-kawan,ibubapa dan keluarga

Kebersihan -Ketika itu bilik saya terutamanya atas meja agak selerak dengan nota-nota,buku-buku,kertas,risalah,dan dalam almari penuh dengan baju yang tidak disusun rapi.Aspek pakaian dan ketrampilan pula saya sedikit cerewet dan ingin kelihatan bersih dan kemas selalu.

Kesihatan
-Ketika itu saya agak asyik dengan buku-buku di maktabah(sehingga digelar Sohibul Maktabah oleh rakan-rakan sekelas-Majmuah 2) sehingga sanggup ponteng kelas semata-mata ingin membaca buku-buku yang cukup menarik di Maktabah Al-Malik Faisal(kalau tak silap namanya).Saya sering terlupa penjagaan aspek kesihatan diri sehingga sering mengabaikan sukan-riadhah dan makan minum yang tidak menentu jadualnya.


Komunikasi
-Ketika itu juga saya fikir saya agak kurang berkomunikasi terutamanya dengan para ustaz-pensyarah dan kawan-kawan walaupun sebenarnya ketika mula-mula menjejakkan kaki di Nilam Puri ini saya bertekad untuk rapat dan berbaik dengan seramai mungkin ustaz-pensyarah dan kawan-kawan.Bahkan ibubapa-keluarga juga seringkali saya lupa dan jarang-jarang sekali menghubungi mereka.

Apabila difikirkan semula ternyata 3K ini masih relevan sebagai catatan peringatan buat diri saya saat ini ;dulu di Nilam Puri dan sekarang di Lembah Pantai.....


220 am
04092008
Kolej Kediaman 12

Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa

16 OGOS 2008

Hari ini saya hadir ke Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa di Pusat Dakwah Islamiyah Paroi Negeri Sembilan.

Ucapan dasar Presiden ABIM kali ini bertajuk ’memperkasa perjuangan agama dan bangsa’ . (Kalau melihat daripada perspektif politik, perjuangan agama sinonim dengan PAS manakala perjuangan bangsa pula sinonim dengan UMNO dan ABIM juga memainkan peranan besar dalam penubuhan KEADILAN,semoga ABIM terus istiqamah dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan)

Saya tertarik dengan selingan selepas ucapan dasar presiden yang memaparkan sepintas lalu tentang TV ABIM;Madani Tv Network(layari. http://www.madanitv.net/).Semoga ia mampu menajdi wadah dakwah dan memberikan informasi bermanfaat kepada umat Islam seluruh tanah air.

Anugerah Khas Presiden ABIM pula dianugerahkan kepada Dato Prof Dr.Zainal Abidin Wahid,seorang pejuang bahasa ,pendidikan ,nasib orang Melayu

Saya sempat membuat beberapa catatan penting hasil Seminar Islam dan Cabaran Semasa yang diadakan sebaik sahaja selesai Muktamar ABIM .Antaranya ialah:-

Sesi 1-Dato’Dr.Hasan Ahmad-Prof.Shamsul Amri-Dato Dr.Siddiq Fadzil


Dr.Hasan Ahmad
-Beliau menyentuh sedikit situasi orang Melayu di Malaysia pasca ‘tsunami politik’(PRU 12) yang lalu.Bagi beliau yang rebah dalam PRU 12 yang lalu ialah UMNO bukannya orang Melayu.Beliau juga menyatakan bagaimana orang non-muslim menyokong pemimpin Islam yang baik dan adil dan juga bagi orang Melayu yang sinonim dengan pepatah ‘Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah’.

Beliau juga membawa kisah pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat sambil menyentuh isu Anwar Ibrahim dan mengatakan barangkali anwar ibrahim itu hang jebat dan menyindir secara halus dengan mengatakan ‘hakim India anwar bebas,hakim Melayu …jail’, Islam tak ‘racist’ kata beliau.Beliau juga menyentuh tentang kepentingan memilih pemimpin dan menteri berdasarkan ‘merit’dengan merujuk kes Singapura dan Lee kuan Yew.


Dr.Shamsul Amri-Beliau menyentuh persoalan demokrasi.Bagi beliau amat penting kita mendengar dan memberi perhatian kepada suara minoriti.Beliau juga membicarakan tentang beberapa kelompok penting dalam sesebuah negara antaranya kelompok politik,kelompok komunity based society,organization, dan kelompok elektronik.


Siddiq Fadzil
-Beliau membicarakan persoalan berkaitan daulah syuriah,syura,musyawarah dan membandingkannya dengan persoalan demokrasi.
Bagi beliau amat penting sistem demokrasi itu disesuaikan dengan konsep syura dimana konsep dan nilai-nilai Islam harus dihormati.Bagi beliau juga yang dapat menyatukan orang Melayu di Malaysia ini ialah institusi raja-raja dan beliau juga menegaskan perbezaan antara raja sebagai individu dan juga institusi.

Konsep raja sebagai ’bayangan tuhan di muka bumi’ yang sinonim dengan orang Melayu dahulu bagi beliau tidak lain merujuk kepada persoalan ’pemerintahan kamu harus melambangkan keadilan Ilahi’.Rajalah tempat orang lemah dan teraniaya mendapat pembelaan kata beliau.Beliau juga menyentuh sepintas lalu konsep Melayu Islam Beraja seperti mana yang diamalkan di negara Brunei .

Sesi 2- Dr.Awang Sariyan-Prof Wan Mohd Nor Wan Daud

Dr.Awang Sariyan
-Beliau menyentuh soal falsafah pendidikan Islam .Disamping itu beliau menegaskan tentang kesatuan akidah dan juga kesatuan bahasa Melayu dalam konteks umat Islam di Malaysia.Beliau menjelaskan kepentingan menggunakan Bahasa Melayu baku-seragam dan bagaimana bahasa itu mencerminkan sesebuah fikiran mengambarkan ketinggian tamadun.Beliau menjelaskan salah satu wasiat Hasan Al-Banna berkenaan pentingnya mempertahankan bahasa Arab baku.

Dr.Awang Sariyan turut menyentuh keunikan huruf tulisan jawi misalnya ‘pa,cha,nga,ga’ dan beberapa persamaannya dengan bahasa Arab .Beliau meluahkan rasa kekecewaan beliau dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan juga langkah menghadiahkan I juta bagi setiap atlet yang meraih emas Sukan Olimpik dan pada masa yang sama terus meminggirkan peranan para ilmuwan.

Bagi beliau ,kita telah zalim apabila kita menafikan sumbangan dan peranan ilmuwan.Beliau juga membicarakan kaitan linguistik bahasa dengan Islam yang sering diabaikan oleh umat Islam.Beliau turut mengkritik program television pada masa kini yang banyak menganjurkan budaya hedonisme yang tiada nilai ilmu langsung.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
-Beliau membicarakan kepentingan Bahasa Melayu yang diperkasakan pandangan alam,makna diri dan kandungan hidup Islam.Bagi beliau kuasa politik boleh hilang,tetapi kuasa ilmu tak boleh hilang.Beliau turut menyentuh apa yang beliau anggap ‘the clash of worldview’ atau pertembungan pandangan alam.

Di samping itu beliau turut membicarakan persoalan kefahaman yang dipancarkan melalui bahasa Melayu,proses deislamisasi dan Islamisasi dan menjelaskan apa yang diperkatakan oleh guru beliau ,Syed Moh Naquib AlAttas tentang bahasa Melayu sebagai ‘a family of Islamic language’Ilmu menurut beliau akan memberi arah kepada politik dan menguatkan ekonomi sesebuah negara dan beliau menegaskan kepentingan bagi kita menggunakan akal yang sihat dan ilmu yang dalam.


Beliau turut mengupas tentang bagaimana Solahuddin Al Ayubi dapat membebaskan AL-Quds yang sebenarnya tidak dapat dinafikan hasil sumbangan buah pemikiran Imam Al-Ghazali yang diterimanya melalui Abdul Qadir Jailani anakmurid Imam Al-Ghazali yang menjadi guru kepada Solahuddin Al Ayubi. Prof Wan Mohd Nor turut menegaskan kepentingan umat Islam untuk kembali kepada sumber yang muktabar.

Sesi 3- Prof Dr.Redzuan Osman-YB Dr.Fuad Zarkashi

Prof Dr.Redzuan Osman
–Beliau membuat analisis keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.Melalui fakta dan statistik beliau menerangkan kedudukan kerusi orang Melayu-Islam dalam DUN dan Parlimen Malaysia.Beliau menjelaskan tentang sejarah politik Malaysia bermula sebelum kemerdekaan sehingga kini dan menegaskan cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu-Islam terutamanya kesan ‘tsunami politik ‘ yang lalu.

Menurut beliau 4 perkara utama yang dijamin Perlembagaan Malaysia iaitu hak keistimewaan Melayu,raja-raja Melayu,bahasa Melayu,agama Islam perlu dipertahankan habis-habisan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu-Islam.Beliau turut mendedahkan tuntutan 18 perkara Hindraf yang cukup berbahaya dan salah satunya ialah ingin menamatkan hak keistimewaan Melayu.Beliau menyeru orang Melayu-Islam agar bersatu padu dan kenal pasti siapa kawan siapa lawan.

YB Dr.Fuad Zarkashi-Beliau menyentuh soal kesungguhan dan kejujuran politik.Beliau menegaskan pentingnya orang melayu agar sentiasa berstrategik,dan mengamalkan kebijaksanaan dalam politik dan tidak memiliki apa yang dipanggil ‘mentality minority’. Beliau menganggap Umno sebagai alat bukan matlamat dan menyeru orang Melayu-Islam agar bermuafakat,.Beliau menegaskan kepentingan mencari apa yang salah daripada mencari siapa yang salah.Beliau turut menegur kesilapan media massa terutamanya akhbar Melayu yang semakin hilang fokus.

Seminar Islam dan Cabaran Semasa ini diakhiri dengan 6 Resolusi Paroi yang dibacakan oleh Presiden ABIM,Yusri Mohamad.

Sebaik sahaja selesai Muktamar Sanawi ke 37 ABIM dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa,saya dan 2 orang sahabat pulang ke UM dengan menumpang kereta anak lelaki kepada Tan Sri Sanusi Junid(bekas ABIM,UMNO dan Presiden UIAM yang dipecat)Dan dalam keretanya,sembang kami membincangkan beberapa isu berkenaan perjuangan Melayu-Islam,punca pemecatan ayahnya,isu politik tanah air,isu minyak, ,isu gerakan mahasiswa,perniagaan dll…..

Sekelip mata bagai dirasa

Sekelip mata bagai dirasa
Pertemuan insan yang menyangka
Selamanya tenggelam bergurau senda
Hanyut dilambung sorakan ketawa
Berakhir mimpi terlakar nostalgia
Perpisahan akibat cemburu masa
Kembali diri ke alam nyata
Semoga bertemu di puncak sana


Nilam Puri
12022006
4.45 pm

MAHA 2008


20 Ogos

Hari ini saya berkunjung ke MAHA yang mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia..Bas mewah disediakan secara percuma buat para pengunjung dan saya menaiki bas percuma tersebut di Serdang menuju terus ke MAHA.Tapak MAHA cukup luas dengan pelbagai jualan dan pameran merangkumi buah-buahan,benih tanaman tumbuh-tumbuhan,ternakan haiwan,dan produk-produk pertanian tempatan dan luar negara.

Di sana saya sempat mengunjungi pelbagai jenis pameran dan merasai pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan.


Saya sempat juga terserempak dengan encik Abdul Halim, ’saintis dunia’(yang popular dengan stail pemakaiannya berjubah dan berserban sambil mengantungkan kad bertulis anataranya’saya saintis terhebat di dunia’ dll) yang sedang mengajar Matematik kepada orang ramai .

Dengan krisis makanan yang melanda dunia pada hari ini,diharapkan rakyat Malaysia sedar dan insaf tentang kepentingan pertanian .Pertanian suatu perniagaan.....

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran JAKIM

17-19 Ogos

Hari ini saya hadir menyaksikan Tilawah Al-Quran Antarabangsa anjuran JAKIM Setelah hampir 50 tahun diadakan di Kuala Lumpur,tilawah kali ini buat pertama kalinya beralih tempat ke luar Kuala Lumpur dan kali ini Terengganu menjadi tuan rumahnya.Tilawah kali ini diadakan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man tempat didirikan masjid kristal dan monumen-monumen masjid dunia yang cukup kontroversi ini.

Qari dan Qariah dari pelbagai negara turut serta dalam tilawah ini yang diadili oleh para hakim yang berpengalaman luas dalam bidang Al-Quran dari pelbagai negara

Saya sempat meluangkan masa berkunjung dan ‘ tawaf ‘masjid kristal untuk melihat kehebatannya yang digembar-gemburkan ini dan sayangnya saya merasakan tiada apa-apa yang menarik pada masjid kristal ini melainkan lampu-lampu pelbagai warna yang silih berganti menghiasi kubahnya.

Masjid semewah dan semahal ini malangnya didirikan jauh dari kawasan penduduk dan masyarakat dan juga tidak dibuat solat jumaat disini.Barangkali masjid ini didirikan sekadar hiasan ataupun sekadar produk pelancongan ataupun…….menghabiskan wang rakyat semata-mata!!!

Sunday, September 07, 2008

LIQA DU'AT PMIUM-PKPIM-KARISMA-TERAS(UNIVERSITI MALAYA)

LIQA DU'AT (Siri 3)
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA)
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
(kampus Universiti Malaya)

Sabtu,6 September 2008

Beberapa kelemahan yang boleh membantutkan gerak kerja dakwah di kampus Universiti Malaya telah dikenalpasti antaranya ialah:-

1)Kegagalan aktivis dakwah memegang tampuk kepimpinan di kolej-kolej kediaman dengan fokus utama kepada Balai Islam@Surau kolej-kolej kediaman

2)Kekurangan sebaran artikel@risalah dakwah di kolej kediaman terutamanya penyebaran artikel@risalah dakwah dari bilik ke bilik penghuni kolej kediaman.

3)Masalah kewangan@dana untuk menggerakkan aktiviti dakwah di kampus

4)Kekurangan tenaga kerja @komitmen ahli untuk menggerakkan program-program dakwah kampus

5)Kekurangan penglibatan dan sambutan mahasiswa dalam program- program yang dianjurkan

6)Kegagalan mendekati dan menyampaikan dakwah kepada mahasiswa bukan Islam.
7)Kelemahan penghayatan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan di kalangan aktivis dakwah kampus

Beberapa cadangan telah dilontarkan untuk memperkasakan lagi dakwah di kampus Universiti Malaya antaranya ialah:-

1)Kerjasama bersepadu antara jemaah dakwah di kampus dalam menjayakan sesuatu program

2)Memanfaatkan para pensyarah aktivis dakwah yang sedia ada di Universiti Malaya

3)Pembahagian fokus bagi fakulti dan kolej kediaman antara jemaah dakwah di kampus

4)Membawa masuk tokoh-tokoh @NGO dakwah@agensi kerajaan yang menjaga hal-ehwal Islam ke kampus bagi membuat pengisian dalam program dakwah di kampus

5)Penyelarasan jadual @takwim bagi mengelakkan pertembungan program antara jemaah-jemaah dakwah di kampus

6)Mengadakan usrah rentas jemaah di kalangan pimpinan jemaah dakwah di kampus

7)Menyebarkan artikel@ risalah dakwah dalam pelbagai bahasa kepada mahasiswa bukan Islam

8)Gerak kerja berkumpulan dalam menyebarkan sebarang artikel@risalah kepada para mahasiswa di kampus

9)Mengadakan kerjasama @program bersama dengan persatuan-persatuan agama bukan Islam

10)Memanfaatkan teknologi seperti email,yahoogroups,blog,laman web dan lain –lain untuk gerak kerja dakwah

11)Mengadakan bedah buku@karya-karya besar dan kajian terhadap pemikiran tokoh –tokoh terkemuka

Disediakan oleh,
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

Thursday, September 04, 2008

Hijrah 16 September???

Ketika sedang melayari blog sahabat-sahabat,saya terjumpa blog ini http://masdarwahid.blogspot.com/.
Saya tertarik dengan lirik lagu di bawah yang diubahsuai daripada lirik sebuah lagu yang seringkali berkumandang tatkala menyambut tahun baru hijrah-'Maal Hijrah'


16 SEPTEMBER DETIK PERMULAAN,
PERKIRAAAN TAHUN MALAYSIA HIJRAH,
PERPINDAHAN Y.B. DAN RAKYAT MALAYSIA,
DARI PARTI BEE END KE PAKATAN RAKYAT.

ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YANG TEGUH,
PUAK BEE END DAN PR BERSATU,
RELA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA,
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA.

HIJRAH ITU PENGORBANAN,
HIJRAH ITU PERJUANGAN,
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN,
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN.

OLEH ITU MARI SEMUA,
KITA SAMBUT HIJRAH MALAYSIA,
TINGKATKAN SEMAGAT TEGAKKAN SYIAR ISLAM,
UNTUK SEPANJANG ZAMAN.

-sumber http://masdarwahid.blogspot.com/

Hijrah 16 September???Apapun saya lebih berminat dengan 'hijrah Ramadhan' dan mungkinkah hijrah 16 September itu bakal menjadi sebahagian daripada 'hijrah ramadhan'.......???

Sunday, August 31, 2008

MERDEKA!!!

Di atas robohan Kota Melaka,Kita dirikan jiwa merdeka,Bersatu-padulah segenap baka,Membela hak keadilan pusaka.-Allahyarham Dr.Burhanuddin Helmi

Adalah malang sekali jika kemerdekaan yang diperolehi dengan pesih, dan sebagai wasilah mencapai keadilan, hanya akan berakhir dengan penggantian penindasan kuasa luar dengan kuasa dalaman."-Anwar Ibrahim (lihat Gelombang Kebangkitan Asia, ms. 63-64).

Wednesday, August 27, 2008


’’....Semua anak malaysia anak kita …saya orang melayu saya mesti jaga orang melayu,anak melayu anak saya, Anak cina anak saya ,anak india anak saya…….''-Anwar Ibrahim

Wednesday, August 20, 2008

Majlis Perhimpunan Agung Tahunan(MPAT) ke 47


6 RESOLUSI PAROI






6 RESOLUSI PAROI Seminar Islam dan Cabaran Semasa bertemakan ''Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa” anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS),bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM Ke-37 yang telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Seremban pada 16 Ogos 2008 Masihi bersamaan 14 Syaaban 1429 Hijrah.


Menginsafi perkembangan mutakhir yang menyaksikan terdapat kecenderungan pihak-pihak tertentu di negara ini atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak-hak asasi terutamanya selepas PRU-12 untuk menafsir dan mengolah asas-asas yang membentuk teras negara-bangsa Malaysia secara melulu demi memenuhi agenda kelompok mereka yang jelas tidak meraikan semangat permuafakatan yang telah terbina sejak lebih 50 tahun Merdeka, maka kami peserta Muktamar dan Seminar dengan ini ingin menyatakan pendirian kami bahawa:

1. Percubaan demi percubaan untuk membentuk persepsi baru mengenai pensejarahan Malaysia dengan sengaja menghilangkan kepentingan peranan faktor-faktor yang melatari sejarah, sosio-budaya, geo-politik tanahair dan yang lebih utama peranan Islam itu sendiri dalam pembentukan negara-bangsa hanya akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat yang telah terbina selama ini.

2. Angin perubahan atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak-hak asasi janganlah dijadikan alasan untuk melunturkan hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan khusus Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
3. Menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan keamanan agar mempertahankan kontrak sosial sebagai asas pembinaan negara-bangsa kita dan pembentukan masyarakat majmuk Malaysia serta menolak sebarang usaha untuk mencetuskan ketidakharmonian dalam hubungan kaum di negara ini dengan menggangu-gugat fabrik sosial yang telah terbina kukuh dan terbukti berjaya selama ini.


4. Mendesak pihak kerajaan supaya memperbaharui komitmen terhadap dasar-dasar utama pendidikan, kebudayaan dan bahasa yang jelas jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan menjadi teras utama dalam pembinaan perpaduan nasional. Kita juga berpegang kepada firman Allah bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain, bukan untuk dipecah-pecahkan melalui politik perkauman. Ini sekaligus tidaklah menghalang penerimaan secara positif kepelbagaian budaya dan agama kaum-kaum lain di Malaysia dan peranan mereka dalam proses pembinaan perpaduan nasional.

5. Mendesak kerajaan menjunjung tinggi integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam, institusi kehakiman, perundingan dan polis. Institusi-institusi ini perlu dikendalikan oleh manusia yang cekap, tegas, telus dan adil serta tidak memilih bulu.


6. Menyeru semua pihak agar usaha-usaha agresif untuk memperkasa institusi-institusi umat Melayu termasuklah institusi Raja-Raja Melayu, Majlis Agama dan Para Ulama, Ilmuan dan Tokoh Masyarakat, Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat, Media-Media Melayu dan Kelompok Usahawan dan Perniagaan Melayu demi melahirkan generasi Melayu Islam yang lebih tersusun dari sudut visi dan misi perjuangan mereka serta lebih terserlah kepimpinan akhlak, keilmuan dan kemasyarakatan mereka dalam menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi dan sekularisasi.

Mutiara kata


''Untuk membina ketahanan dan kecergasan diri, seseorang itu tidak perlu melakukan 'senaman' dengan kaum lain kerana yang penting ialah kekuatan minda dan keazaman individu itu sendiri."-Profesor Diraja Ungku Aziz

Tuesday, August 05, 2008

Hari Interaksi PMIUM

Sabtu 2 Ogos 2008

Hari ini saya hadir ke Hari Interaksi PMIUM(IN TEAM 08) mewakili PBMUM.
Hari Interaksi PMIUM kali ini diadakan di APM (PMIUM sinonim dengan API dan penganjuran di APM ini bagi saya menjadi bukti Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan dan pastinya kekuatan Melayu itu ialah Islam.) dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr.Salihin Baba(bekas pengetua kolej saya di tahun pertama,Kolej Kediaman Kelima,Dayasari) yang cukup saya hormati atas komitmen beliau terhadap program-program dakwah. Presiden PMIUM;AQSA hebat….
Kehadiran ramai mahasiswa pada Hari Interaksi PMIUM ini menjadi bukti besarnya pengaruh PMIUM di Universiti Malaya ini sesuai dengan kematangan usianya yang menjangkau lebih 50 tahun.Untuk sesi kali ini juga Presiden PMIUM merupakan mahasiswa Jabatan Al-Quran dan Hadith,APIUM iaitu sahabat sekuliah saya,Mohd Hafizuddin Abi Rerah(
http://www.penjagaagama.blogspot.com/) setelah sesi yang lepas PMIUM dipimpin oleh senior saya di MTAQ PulaiChondong,Dzulkhairi Mohd Nor(http://www.dzulkhairi.blogspot.com/) yang juga daripada Jabatan Al-Quran dan Hadith,APIUM.

Pengisian Hari Interaksi PMIUM

Hari Interaksi PMIUM kali ini agak meriah dengan gimik pelancaran seperti silat(warisan Melayu-Islam yang perlu dipertahankan-pendakwah perlu pandai bersilat!!!),slide show,pelancaran kelab-kelab baru dibawah PMIUM(Media,Fasilitator,Khidmat Masyarakat,Penyayang,Sukan),sesi dialog dengan pimpinan PMIUM dan hiburan nasyid.Cuma saya rasa slideshow PMIUM (yang dahulu) yang memaparkan rentetan sejarah perjuangan PMIUM sejak penubuhannya sehingga kini perlu ditayangkan.Jangan sesekali melupakan sejarah!!!

Penubuhan kelab-kelab baru bawah PMIUM.Bagaimana pula dengan Kelab Buku PBMUM?

Saya tertarik dengan penubuhan kelab-kelab baru dibawah PMIUM ini yang saya fikir jika dimanfaat sebaik mungkin ternyata mampu meledakkan gelombang dakwah yang cukup besar(tsunami dakwah?) di kampus UM.Dan hati saya turut mengatakan bahawa saya melalui PBMUM akan bekerjasama dengan PMIUM apatah lagi PBMUM akan melancarkan kelab buku tidak lama lagi insyaallah.

Penubuhan kelab buku ini saya harapkan mampu menyuburkan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan di kalangan mahasiswa seterusnya mampu melahirkan mahasiswa yang mampu memimpin perubahan dan membawa misi pencerahan lantas memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Dialog bersama pimpinan PMIUM;Beberapa persoalan dalam fikiran yang tidak sempat ditanya…..

Sewaktu sesi dialog bersama pimpinan PMIUM,saya sebenarnya ingin bertanyakan beberapa soalan tetapi tidak sempat memandangkan kesuntukan masa.Saya ingin mengajukan persoalan berkenaan pengasas PMIUM iaitu Prof Syed Mohamad Naquib Al-Attas.

Saya beranggapan perlunya PMIUM membedah pemikiran dan idea-idea serta gagasan yang diperjuangkan oleh Syed Mohd Naquib Al-Attas melalui diskusi,forum atau bedah buku karya-karya beliau.Jasa-jasa beliau dalam menyebarkan faham Islam kurang disedari oleh mahasiswa kini termasuk ahli-ahli PMIUM sendiri.

Saya juga mengharapkan PMIUM lebih giat dalam usaha memperkasakan intelektualisme di kalangan mahasiswa memandangkan saya beranggapan PMIUM lebih menonjol dalam aspek idealisme ,aktivisme, dan spiritualisme.(keseimbangan antara 4 isme yang sangat ditekankan oleh PKPIM).Usrah(tidak esklusif),diskusi @bedah buku merangkumi tajuk-tajuk buku pelbagai bidang yang menampilkan mahasiswa sendiri sebagai pembicaranya perlu disemarakkan.


PMIUM-PBMUM

Saya mewakili PBMUM juga mengharapkan agar PMIUM lebih aktif dalam memartabat dan memperjuangkan bahasa Melayu seperti mana generasi awal PMIUM dan juga pengasasnya sendiri yang lantang bersuara memperjuangkan bahasa Melayu dan ini pastinya memerlukan kerjasama yang lebih erat antara PMIUM dan PBMUM.

PMIUM-PKPIM

Saya juga berharap PMIUM akan melebarkan jaringannya terutamanya dengan organisasi dakwah pimpinan mahasiswa seperti PKPIM-Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PMIUM pernah berada dibawah naungan PKPIM suatu ketika dahulu sebagai badan gabungan dan mencapai era kegemilangannya ketika itu) demi memperkasakan dakwah di kampus Universiti Malaya.

Semoga PMIUM terus relevan dalam menggerakkan dan memimpin perubahan demi menyemarakkan gelombang dakwah di kampus Universiti Malaya.

Sejahtera Bersama PMIUM........
Ahad 3 Ogos 2008
Kolej Kediaman 12
3.30 am

Festival Konvokesyen Universiti Malaya

Singgah di Bonda Sup Corner(PMIUM) dan PEMADAH….

Saya singgah sebentar untuk makan tengahhari (nasi ayam belum ada,jadi saya memesan bihun sup)di Gerai Bonda Sup Corner milik PMIUM(tanda sokongan sekaligus menambahkan dana PMIUM).

Sementara menunggu pesanan,saya tercari-cari akhbar atau bahan bacaan untuk dibaca .Saya sengaja bertanya kan kepada ajk di gerai BSC ini samada disediakan surat akhbar @bahan bacaan ringan lain atau tidak.Sempat saya beritahu(mungkin perli) kepadanya…….budaya ilmu amalan kita……Perkara yang sama berlaku apabila saya singgah minum milo ais di gerai PEMADAH(anak Kedah).Tiada juga bahan bacaan.Dalam hati saya berbicara,budaya ilmu itu di mana-mana dan bila-bila masa….Sediakan lah bahan bacaan ringan kepada pelanggan sementara mereka menunggu pesanan tiba….Gerai milik mahasiswa….bukan namanya mahasiswa jika budaya ilmu diketepikan!!!

Suasana meriah gerai Persatuan Buddish UM

Bersebelahan BSC PMIUM ialah gerai Persatuan Buddish UM.Agak meriah dengan ramai ajk yang seragam bajunya(mengikut seorang sahabt saya,ajk untuk gerai Persatuan Buddish ini dianggarkan dalam 300 orang!!!) dan juga pelanggannya.-meriah .Mereka ‘otak business’ kata seorang kawan saya.Saya membalas (dalam hati)….kita pula otak bagaimana???

Gerai PBMUM-

PBMUM juga membuka gerai kali ini untuk menambahkan dana persatuan(dana PBMUM dalam akaun PBMUM pada Bendahari UM ada ke??? Disamping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PBMUM).Setakat ini PBMUM menjual beberapa jenis l kerepek,buku ,asam dan lain-lain….Lokasi di TK16 bersebelahan bangunan peperiksaan mungkin tidak strategik dan bukan tempat tumpuan orang ramai tetapi…perjuangan tetap diteruskan………

Jumpa Ustaz Suhaimi(ustaz di MTAQ Pulai Chondong)

Ketika berjalan menuju ke gerai PBMUM(berdekatan DTC),saya terserempak dengan ustaz Suhaimi, ustaz saya ketika menuntut di MTAQ Pulai Chondong.Beliau sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas menerima ijazah Master dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam.Beliau sempat berpesan kepada saya agar belajar bersungguh-sunguh dan seterusnya menyambung pelajaran hingga ke peringkat Master dan PHD.Doakan saya ya ustaz…….dan bukan setakat PHD sahaja ya………………Konvokesyen hanya sekadar lakonan?????

Berdasarkan cerita yang saya dengar berkenaan konvokesyen ini saya boleh membuat kesimpulan bahawa konvokesyen itu tidak lebih hanyalah lakonan drama semata-mata.Mahasiswa yang sudah tamat pengajian akan beratur panjang menunggu giliran seterusnya naik ke pentas menerima skrol yang dalamnya ……kosong(betulkah maklumat yang saya terima ini?)Maka bergambarlah mahasiswa dengan jubah (sewa) konvokesyen sambil tersenyum riang (walaupun dalam hati mereka kadangkala berbisik …aku nak kerja kat mana nanti@ menganggur????)

Konvokesyen sebagai motivasi

Melihat mereka yang menerima ijazah ketika konvokesyen sebenarnya mampu menyuntik semangat dan motivasi buat mereka yang masih berhempas pulas untuk menamatkan pengajian mereka di universiti.Pastinya mereka juga tidak sabar menanti saat konvokesyen menerima ijazah di Dewan Tunku Canselor (DTC)(apabila ada ura-ura nak pindah kan tempat konvokesyen dari DTC ke tempat lain,mengamuk pelajar UM!!!)

Dan bagi adik-adik pastinya berbangga dengan abang-abang atau kakak-kakak mereka yang berjaya menamatkan pengajian di universiti lantas mampu dijadikan contoh tauladan buat mereka agar terus berjuang menuntut ilmu.

Sunday, August 03, 2008

Hari Interaksi AQSA

Jumaat 1 Ogos 2008

Hari ini saya hadir ke Hari Interaksi AQSA (Jabatan Al-Quran dan hadith,APIUM)yang diadakan di Balai Ilmu,APIUM.Turut hadir Ketua Jabatan AQSA,Prof Madya Dr.Mustafa,Dr.Rashid Ahmad yang masih uzur dan juga pensyarah-pensyarah AQSA yang lain.Hari Interaksi AQSA ini diadakan untuk menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru dalam keluarga besar AQSA.

Dr.Mustafa selaku ketua jabatan menekankan soal komitmen dan kerjasama warga AQSA dalam menjayakan program-program anjuran AQSA pada sesi kali ini.Apatah lagi AQSA akan menganjurkan program besar tidak lama lagi iaitu SIQAH 08(Seminar Warisan Al-Quran dan Hadith Nusantara 2008 (SIQAH'08) -layari blog SIQAH 08-http://siqah.blogspot.com/)

Ali Hanafiah selaku Pengerusi AQSA pula menerangkan program-program ilmu yang diatur dan dirancang oleh AQSA pada sesi kali ini.Segala perancangan yang diatur hanya mampu dicapai dengan izin Allah dan juga dengan kerjasama semua warga AQSA.

Sesi taaruf turut diadakan berasingan siswa dan siswi walaupun saya secara peribadi lebih gemar sesi taaruf diadakan bersama antara siswa dan siswi demi ukhwah keluarga AQSA memandangkan saya melihat berpandukan semester-semester sebelum ini yang ternyata gagal mengeratkan ukhwah sesama warga AQSA sehingga ramai lagi yang belum mengenali antaraa satu sama lain walaupun sudah bertahun belajar sebumbung sejabatan dan sekelas.

Ketika berlangsungnya interaksi AQSA inilah terlintas di hati saya untuk mewujudkan blog peribadi AQSA.Dan Alhamdulillah pada malam ini juga saya berjaya menyiapkan blog AQSA secara ringkas(sila layari http://aqsa-um.blogspot.com/) dan insyaallah blog ini akan dikemas kini selalu oleh pihak AQSA.

Semoga Hari Interaksi AQSA ini akan lebih mengeratkan ukhwah sesama warga AQSA dan AQSA mampu melahirkan pemimpin terbilang pada masa akan datang yang mampu membawa perubahan berpandukan Al-Quran dan Sunnah……….



Kolej Kediaman 12
3 Ogos 2008
220 am

Hari Interaksi PBMUM

Jumaat 1 Ogos 2008

Hari ini berlangsungnya Hari Interaksi PBMUM bertempat di Akademi Pengajian Melayu UM.Setelah selesai Minggu Promo baru-baru ini yang menyaksikan kemasukan lebih 100 orang ahli baru PBMUM,hari interaksi diadakan pula untuk memperkenalkan PBMUM kepada mereka dengan lebih lanjut disamping mengeratkan hubungan ahli-ahli dan pimpinan PBMUM.

Penasihat PBMUM,Dr.Ibrahim Haji Ahmad(Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu,APM) turut hadir merasmikan Hari Interaksi PBMUM ini.Beliau dalam ucapannya amat bersyukur dengan usaha menghidupkan kembali PBMUM dan berharap ahli-ahli PBMUM terutamanya ahli baru agar terus berjuang mendaulatkan Bahasa Melayu terutamanya di kampus Universiti Malaya.Beliau berjanji akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada PBMUM dengan memanfaatkan pengalaman lebih 20 tahun beliau bersama Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).

Saya selaku YDP yang diamanahkan untuk memimpin PBMUM bagi sesi kali ini pula menekankan usaha mengangkat martabat bahasa Melayu serta peranan dan kerjasama di kalangan ahli PBMUM dalam mengaktifkan semula PBMUM .Hampir kesemua pimpinan PBMUM kali ini terdiri daripada mahasiswa API melainkan bendahari(APM) dan seorang exco(Alam Bina) dan saya menyeru majoriti mahasiswa APM tahun satu yang hadir pada interaksi PBMUM kali ini untuk lebih aktif bersama PBMUM serta mengharapkan pimpinan PBMUM pada masa akan datang terdiri daripada mahasiswa pelbagai fakulti,kaum dan agama di Universiti Malaya ini.

Pelbagai aktiviti diadakan pada hari interaksi ini antaranya sesi taaruf dan dialog bersama pimpinan PBMUM,sesi taaruf ahli-ahli baru,’permainan bahasa’ yang menyaksikan ahli-ahli dibahagikan dengan beberapa kumpulan bertemakan haiwan seperti ayam,kambing,lembu,katak dan kucing serta latihan dalam kumpulan yang memperlihatkan bakat ahli-ahli baru dalam membentangkan prinsip-prinsip PBMUM.

Hari interaksi ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Semoga PBMUM yang cukup gah suatu masa dahulu kembali menyinar,kehadiran dirasai warga kampus UM dan terus berjuang mengangkat martabat Bahasa Melayu.

Kolej Kediaman 12
210 am
3 Ogos 2008

Wednesday, July 30, 2008

AKP Turki bakal diharamkan....???

DULU
Recep Tayyib Erdogan
:-Strategi kita berjaya Alhamdulillah...Kau Presiden Aku Perdana Menteri.....

Abdullah Gul:-Masa untuk Perubahan.......


SEKARANG
Abdullah Gul:-Nampaknya mereka cuba sedaya upaya nak mematikan perjuangan kita.....
Recep Tayyib Erdogan:-
Mari kita berfikir apa strategi seterusnya.....



Maklumat lanjut dalam akhbar Turki berbahasa Inggeris-

http://www.todayszaman.com/

Tuesday, July 29, 2008

Badiuzzaman Said Nursi -Risalah An Nur


‘’Saya tidak pernah bersembahyang langsung sehinggalah umur saya 21 …saya bersembahyang setelah banyak mengikuti usrah yang mengupas buku Rasail An Nur karangan Badiuzzaman said Nursi….Risalah An Nur telah banyak mengubah hidup saya……”

Demikianlah kata “Ahmed’,sahabat saya dari Turki ketika kami bersembang sambil bersarapan pagi di hotel penginapan kami sewaktu menghadiri International Conference On Islamophobia di Istanbul,Turki akhir tahun lalu.

Sepanjang bersembang dengan beliau,Ahmed menceritakan pengalaman beliau sepanjang bersama dengan Hayret Vekfi@Hayrat Foundation salah satu gerakan Islam di Turki yang mengikuti aliran pemikiran tokoh reformis,Badiuzzaman Said Nursi.

Saya mendapat jemputan daripada sahabat PKPIM di UIAM,Gombak untuk menghadiri program anjuran IYC,Seminar Badiuzzaman Said Nursi ahad lalu tetapi saya tidak dapat hadir memandangkan ada urusan ‘assignment’ penting yang terpaksa disiapkan segera.Mungkin bukan rezeki saya untuk hadir pada majlis ilmu ini….

Sebelum menjejakkan kaki ke bumi Istanbul,saya sudah mendengar dan membaca sedikit sebanyak tentang sejarah Badiuzzaman Said Nursi dan perjuangannya.Dan selepas pulang dari Istanbul saya lebih giat mencari dan membaca perihal perjuangan dakwah beliau.

Di Malaysia,buku berkenaan badiuzzaman Said Nursi dalam bahasa Melayu masih kurang dan sukar didapati.Namun demikiaan saya telah menjumpai beberapa buah buku berkenaan Badiuzzaman Said Nursi bahasa Melayu di Perpustakaan Utama Universiti Malaya.

Saya juga menjumpai beberapa buah buku kecil koleksi Risalah An Nur(edisi Bahasa Inggeris),karya agung Badiuzaman Said Nursi di surau kolej kediaman kelima(Dayasari)-kolej kediaman saya semasa tahun pertama,surau kolej kediaman 11(Ungku Aziz)-kolej kediaman saya semasa tahun dua dan juga di surau kolej kediaman 12(Raja Nazrin)-kolej kediaman saya sekarang.

Melalui blog 'sahabat maya ' saya http://albazrah.blogspot.com/juga saya memperolehi banyak ilmu berkenaan Badiuzzaman Said Nursi dan Risalah An Nur http://rasailnur.blogspot.com/

Semoga cahaya 'NUR" terus menerangi alam semesta ini....

Monday, July 28, 2008

Pelancaran Zon Intelektual dan Kempen membaca PMAPIUM

25 Julai 2008

Hari ini saya hadir ke Pelancaran Zon Intelektual dan Kempen Membaca PMAPIUM di Hadapan BKS APIUM.Pengarah program ini ialah Zulzaidi mahmood ,Exco Akademik dan intelektual PMAPIUM dan ia dirasmikan oleh ,YDP PMAPIUM,Izzat Amin.


Zon intelektual dan kempen membaca yang diadakan di APIUM ini saya kira merupakan satu usaha yang terpuji dilakukan oleh PMAPIUM dalam rangka mewujudkan budaya ilmu dan tradisi keintelektualan di kalangan mahasiswa APIUM. Saya amat berharap ruang zon intelektual ini tidak hanya sekadar menjadi tempat bermesyuarat persatuan ,berbuka puasa dan lepak sambil bersembang kosong semata-mata bahkan menjadi pusat percambahan ilmu dan pemikiran di mana para mahasiswa sendiri aktif berdiskusi,mengadakan ulasan buku dan karya-karya besar,bertukar pandangan dan idea,berdebat dan sebagainya sebagai lambang keintelektualan mahasiswa.
Saya juga berharap dengan kempen membaca ini mampu memberi kesedaran buat mahasiswa APIUM tentang kepentingan membaca selaras dengan saranan IQRA dalam Al-Quran.Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang malas membaca apatah lagi berfikir ,hanya sekadar membaca buku-buku mengikut pengkhususan jabatan atau hanya membaca pada musim peperiksaan semata-mata tetapi kita mahu melahirkan mahasiswa yang ‘ketagih ‘membaca ,yang tidak boleh hidup tanpa membaca,yang membaca sebanyak mungkin buku-buku demi mendapatkan ilmu dan mencari kebenaran hakiki.

Dunia memerlukan ilmuan berwibawa yang sarat dengan ilmu merangkumi pelbagai bidang.Apakah APIUM mampu melahirkan ilmuan tersebut?Semoga dengan kewujudan zon intelektual dan kempen membaca ini mampu merealisasikan hasrat tersebut.


130 am
Kolej kediaman 12
280708

Saturday, July 26, 2008

Kelas Bahasa Turki dan Usrah An Nur

Sedikit iklan untuk program anjuran GPTD(Grup Pengkaji Tamadun Dunia)http://gptd.blogspot.com/-http://gptd-info.blogspot.com/

Assalamualaikum Wrh. Wbt.




Sukacita dimaklumkan, Kelab Badiuzzaman – GPTD Turki dengan kerjasama Yayasan Hayrat NeÅŸriyat akan memulakan Kelas Bahasa Turki dan Usrah an-Nur.Kelas bahasa Turki disasarkan kepada golongan pelajar dari 16 hingga 25 tahun.




Kelas ini akan diadakan sekerap 2 minggu sekali. Kelas dijangka bermula pada pertengahan bulan Ogos 2008.Yuran pendaftaran bagi kelas ini adalah percuma bagi mereka yang mendaftar sebelum 13 Ogos 2008.




Usrah an-Nur pula, akan membicarakan kitab Risalah an-Nur karangan Syeikh Badiuzzaman Said an-Nursi. Usrah ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mengikuti kupasan kitab ini.




Dijadualkan pada setiap Rabu selepas solat Maghrib, Usrah an-Nur dijadualkan bermula pada 6 Ogos 2008. Usrah ini akan dijalankan dalam bahasa Melayu.




Kedua-dua aktiviti ini akan diadakan di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Gombak, Kuala Lumpur (bersebelahan Rumah Pak Ali).




Kepada yang berminat, sila sertakan nama, e-mel dan nombor perhubungan kepada Sdr. Najmuddin di najm29@yahoo. comSebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat GPTD di talian 016 – 323 5700.

Thursday, July 24, 2008

Mutiara Kata


''Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan"-Anwar Ibrahim

Tuesday, July 22, 2008

Ceramah Prof.Dr.Sidek Baba



15 Julai 2008

Hari ini saya hadir ke program ilmu anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial,UM yang menampilkan bekas Timbalan Rektor UIAM,Prof Dr.Sidek Baba (salah seorang tokoh yang saya minati,bekas pimpinan PBMUM dan ABIM)sebagai pembicaranya

Turut hadir sebagai moderator ialah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial ,Prof Mohamad Abu Bakar,penulis buku “Mahasiswa Menggugat’(antara buku rujukan utama untuk mengetahui tentang sejarah perjuangan mahasiswa di kampus UM)

Sambutan daripada mahasiswa mungkin kurang memuaskan bagi saya(barangkali akan mendapat sambutan hebat jika diadakan di Balai Ilmu,APIUM) namun begitu apa yang menariknya program ilmu ini turut dihadiri oleh sebilangan mahasiswa India dan Cina (duduk sekelompok berhadapan Dr.Sidek Baba khusyuk mendengar).

Prof Dr.Sidek Baba membicarakan tentang tajuk mahasiswa dan era globalisasi.

Antara perkara penting yang dibicarakan beliau yang sempat saya catit pada program ilmu ini ialah persoalan ;-

1)Globalisasi dan mekanisme kawalan

-Kewangan antarabangsa

-Perdagangan antarabangsa

-ICT

-Media

2)Proses penjajahan semula di abad ke 21(Dominasi Global)

-penjajahan menerusi ketenteraan

-globalisasi dan hegemoni politik dan ekonomi

-Dunia ketiga bergantung kepada dunia pertama

-Dunia pertama saling bergantung

-Penjajahan semula politik,ekonomi,sosial

3)Cabaran mahasiswa


-proses pendidikan yang berlaku

-keupayaan membangun peribadi holistik

-memiliki kekebalan dari pengaruh hedonistik

-memilih manfaat berbanding yang sifatnya menyumbang

-membangun daya intelektual tinggi mengimbangi idealisme dan realiti secara strategik.

4)Wawasan mahasiswa era globalisasi

-membangun peribadi holistik dan daya kepimpinan teladan

-keupayaan menyaring manfaat berbanding dari nilai murni pelbagai tamadun

-ada tekad membina perubahan dalam acuan sendiri

-memiliki upaya strategik globalisasi dalam konteks membangun jiwa merdeka

5)UIAM

Prof Dr.Sidek Baba menceritakan pengalaman beliau tatkala diamanahkan untuk memimpin UIAM dan antara perkara utama yang ditekankan beliau kepada mahasiswa di UIAM ialah penguasaan kemahiran debat sehingga UIAM berjaya dalam beberapa pertandingan debat bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di peringkat dunia mengalahkan universiti-universiti ternama dunia.

6)Negara China

Prof Dr.Sidek Baba menghuraikan tentang ‘hadith’(?)”tuntutlah ilmu walau ke negeri China” dan mengaitkan dengan tamadun China ketika itu yang gah dengan tradisi keilmuan ,sains dan teknologi (penghasilan kertas) dan lain-lain.Beliau juga menyatakan keyakinan beliau tentang negara China dan India yang bakal menjadi kuasa besar dunia suatu masa nanti dan bagi China permulaan awalnya –penganjuran Sukan Olimpik di Beijing tidak berapa lama lagi.

7)Kesedaran politik mahasiswa

Prof Dr.Sidek Baba selaku ahli akademik menasihat kan mahasiswa supaya tidak terlalu ghairah mencampuri urusan politik kepartian @ berpolitik walaupun beliau tidak menafikan kepentingan kesedaran politik- (Politic awareness) di kalangan mahasiswa.

8)Demonstrasi mahasiswa

Prof Dr.Sidek Baba menolak sikap sebilangan mahasiswa yang gemar berdemonstrassi tanpa alasan yang kukuh dan bagi beliau demonstrasi bermakna pintu perbincangan tertutup.Selagi ada ruang untuk perbincangan maka mahasiswa perlu manfaatkannya bukannya mengikut emosi melulu lantas berdemonstrasi.Beliau tidak menolak perlunya kebebasan diberikan kepada mahasiswa namun menekan setiap kebebasan ada batasannya.


9)Hubungan PBMUM-PMIUM

Beliau sempat menyentuh pengalaman dialam kampus tatkala berjuang bersama PBMUM dan PMIUM.Bagi beliau hubungan PBMUM –PMIUM perlu kukuh memandangkan persoalan Melayu-Islam itu sangat berkait rapat.


10)Mahasiswa berfikiran kritis dan kreatif

Beliau menyeru mahasiswa agar berfikiran lebih kritis dan kreatif.Menurut beliau ,’tak boleh yang ini bukanlah bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa!!!Sebarang kekangan terhadap pergerakan mahasiswa perlulah di hadapi dengan strategik.Perlu ada pemikiran dan perancangan strategik.Ada Plan A ,Plan B dan seterusnya...

11)Tradisi budaya ilmu mahasiswa

Prof Dr.Sidek Baba sangat menekankan persoalan budaya ilmu di kalangan mahasiswa.Mahasiswa menurut beliau perlu memperkasa diri dengan ilmu,ketrampilan,kemahiran, kesedaran ,visi , misi dan lain-lain. Suasana lesu dan sepi,kelembapan dan kemandulan keintelektualan ilmu perlu dihapuskan.Kualiti ilmu mahasiswa perlu ditingkatkan bukan sekadar berupaya menghafaz,mengingat,dan belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata@exam oriented.Dan menyentuh persoalan budaya ilmu beliau menekankan kepentingan mahasiswa mempunyai tabiat membaca buku.

Bertanya soalan kepada Prof Dr.Sidek Baba dalam sesi soal jawab

Saya turut mengambil kesempatan dalam program ilmu ini untuk bertanyakan soalan yang bermain dalam fikiran saya tatkala mendengar ceramah hebat Prof Dr.Sidek Baba ini.Saya bertanya beliau tentang perbandingan mahasiswa 70 an dan mahasiswa kini dari segi tradisi budaya ilmu memandangkan fakta sejarah perjuangan mahasiswa era 70 an yang lebih menonjol ialah persoalan demonstrasi.Saya sebenarnya ingin tahu lebih lanjut berkenaan budaya ilmu mahasiswa suatu ketika dahulu

Beliau menjawab dengan menerangkan sedikit pengalaman beliau dan rakan-rakan bagaimana mereka mengembangkan idea-idea perubahan (bank Islam-universiti Islam dll),membina kelompok teras (usrah dan sebagainya),mengundang tokoh-tokoh ilmuan,hubungan rapat dengan para pensyarah ,mengadakan kupasan buku,dan lain-lain lagi program dakwah.

Ceramah Prof Dr.Sidek Baba ini ternyata sarat dengan ilmu dan pengalaman yang wajar dijadikan pedoman buat aktivis-aktivis dakwah di kampus .

Dan PBMUM insyaAllah akan menjemput Prof Dr.Sidek Baba (selaku mantan pimpinan PBMUM) untuk merasmikan Kelab Buku PBMUM tidak lama lagi.

Semoga perancangan untuk menyemarakkan lagi budaya ilmu di kampus ini diredhai oleh Allah Taala.

Monday, July 21, 2008

Aktifkan debat di universiti...

Debat bersejarah antara menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak" ternyata mendapat tumpuan rakyat Malaysia.

Rakyat ternyata dahagakan maklumat dan ilmu dari perspektif yang berbeza untuk dibuat penilaian dan perbandingan lantas memilih sesuatu yang tepat dan dianggap kebenaran.

Debat bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah. Debat sebenarnya untuk mencari kebenaran dan kebenaran itulah pemenangnya bukannya kepalsuan.

Baca seterusnya klik -http://malaysiakini.com/letters/86279

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Friday, July 18, 2008

Ekspo buku DBP di UM


15 Julai 2008


Sebaik sahaja selesai menghadiri syarahan Prof.Dr.Sidek Baba di Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM,saya terus ke Kompleks Perdana Siswa UM untuk mengunjungi Ekspo Buku DBP anjuran Koperasi Kedaibuku UM Berhad dan DAWAMA


Ekspo buku DBP ini mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa UM memandangkan diskaun istimewa yang diberikan antara 10 hingga 80 peratus.(siapa agaknya yang berani bagi diskaun 100 peratus ya???)

RM 17.50 dibelanjakan pada ekspo buku ini untuk menambahkan koleksi buku peribadi saya.(yang pastinya perlu dibaca bukan sekadar hiasan semata-mata)

4 buah buku menjadi pilihan saya kali ini iaitu:-


1)Strategi dunia Islam abad ke 21 tulisan Ziauddin Sardar-
(RM 2.80 harga asal RM 14)
2)Bahasa konsep,fungsi dan penguasaannya oleh penutur tulisan Zulkifley Hamid-(RM 3.00 harga asal RM 7.50)

3)Intelektualisme Budaya tulisan A.Aziz Deraman-
(RM 9.60 harga asal RM 12)

4)Panduan Peniaga Kecil tulisan Dr.Mahathir bin Mohamad-
(RM 2.10 harga asal 3.50)

Bila agaknya saya akan memulakan bacaan 4 buah buku ini ya???
24 Julai 2008

Hari ini saya singgah sekali lagi ke Ekspo Buku DBP anjuran Koperasi Kedaibuku UM Berhad dan DAWAMA yang diadakan berhampiran Kompleks Perdana Siswa UM.

Untuk kunjungan kali ini saya tertarik untuk membeli 3 buah buku iaitu:-

1)Sastera:Pengalaman Ilmu Imaginasi dan kitarannya tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad-Harga asal RM 15 Harga RM3
2)Spektrum Falsafah Islam –terbitan DBP Harga asal RM 7 Harga RM 1.40
3)Falsafah Politik Plato-terbitan DBP Harga asal RM 10 Harga RM 2

Saya tetap membeli buku baru ini walaupun 4 buah buku yang saya beli tempoh hari pada ekspo yang sama ;belum pun dibaca!!!

Sekali lagi …. Bila agaknya saya akan memulakan bacaan 7 buah buku ini ya???(Takkan sekadar beli sahaja???buat koleksi???Tak salah buat koleksi buku tetapi koleksi buku itu WAJIB dibaca……,bukankah begitu?

Jumlah pengunjung

web statistics