Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Wednesday, February 05, 2014

111-4444 Said Nursi

Sedang cuba memahami kata-kata Allahyarham Badiuzaman Said Nursi(tokoh dari Turki) ini:-

'If three 1's do not unite or come together,they will have only the value of 3.But if they unite or come together,they will gain the value of 111.Four separate 4's make 16.But if they come together in true brotherhood,along the same line for the fulfilment of the same duty,they will have the value of the power of 4444''

Apa agaknya yang anda faham ya?

Kera di Republik Ilmu

Rasanya kera-kera itu lebih awal daripada kami yang tinggal di Republik Ilmu Bandar Baru Bangi ini.Penempatan mereka 'diganggu'.Mesti mereka marah punya.Semua tempat nak dijadikan taman.Tak boleh ke tempat itu dijadikan 'hutan' dimana manusia dan kera akan hidup aman damai.'Hutan' perumahan rasanya lebih indah,kan ?

Aku terbayang minum di restoran mamak bersama 'jiran'ku:seekor kera.Kera itu yang belanja aku...opps

Yang malas membaca...

Yang malas membaca,kena rajin membaca
Yang rajin membaca,kena rajin menulis
Yang rajin menulis,kena terbit-hasilkan buku

Tanya profesor

-Gunung Kinabalu itu merupakan gunung merapi yang sedang tidur?Dan tidak mustahil boleh meletus?
-Gempa bumi dengan skala lebih besar di Malaysia?Sudah banyak gegaran skala kecil di Malaysia?
-Di Gunung Kinabalu pernah turun salji?
-Gelombang Tsunami besar di Malaysia?
-Dulu cuaca panas melanda heboh dunia kata puncanya 'Global Warming' seluruh dunia,dan sekarang cuaca sejuk termasuk semakin sejuk di Malaysia,apa pula kata saintis?

Persoalan yg timbul selepas berdiskusi dgn seorang profesor minggu lalu.

Kena menulis

kena menulis untuk bacaan anak cucu kita nanti' ?

Orang tua 'waktu muda-muda'

Seorang orang tua berusia lebih 70an menonton video-melihat gambar program2 kami di Jaringan Anak Muda (Ada di YouTube taip sahaja "Jaringan Anak Muda').

Beliau berkata 'baguslah,buatlah dan teruskanlah program2 tersebut,saya dah tua,dah tak larat dah nak buat program2 macam yang kamu buat ni.Dulu waktu saya muda 2 dulu,saya juga buat program2 anak muda macam tu.Sekarang saya baca buku2 kitab2 dan mengajar anak2 muda seperti kamu pula'

PRK Kajang

Disebabkan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang tak pasal2 nama Kajang mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Haji xxmuri tersenyum lebar.Lalu mereka satu hadith palsu 'Barangsiapa mahu menawan dunia,tawanlah pekan Kajang,barangsiapa yang mahu menawan pekan Kajang,tawanlah ia dengan semangat dan ruh satay-satay Kajang"

Adakah dengan adanya PRK Kajang ini mampu menaikkan nama Kampung Sungai Ramal Dalam di mata dunia?

Kera-kera di Sungai Ramal Dalam pasti tersenyum manja.Ala comelnya.Perasan kera sungguh.

whatapp

Dalam rumah,saya di tingkat atas dan adik saya di tingkat bawah dan dia 'meng whatsapp' gambar makanan dengan pesanan 'turun makan'

Ada tak teknologi yang boleh menghantar terus makanan di tingkat bawah itu langsung ke mulut-perut saya? Oppps nampak sangat malas turun

Poket Doraemon

Poket Doraemon ada tak alat teknologi yang membolehkan kita hadir ke 2 majlis ilmu yang berlainan lokasi serentak.

Sahabat baik-lama tak jumpa

Sahabat-sahabat baik anda yang dulu(sahabat di tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,universiti,pejabat mahupun penghuni katil sebelah ketika anda masih seorang bayi yang comel dahulu),dimana mereka sekarang ini ya?Masih berhubung dengan mereka?(jika masih hidup)Atau sudah terputus hubungan dengan mereka?

Tak kanlah nak tunggu mendapat berita kematian sahabat baik(dan lama tak berjumpa(di alam realiti bukan semata-mata di alam maya) kita dahulu baru nak insaf?

Notakakikubukankakimu:Misi menjejak sahabat-sahabat lama

Wednesday, July 31, 2013

KUATkan mereka

Persatuan-NGO dari Kemboja misalnya(dan negara2 lain) rancak berusaha membuka kaunter waqaf-derma untuk pembangunan pendidikan di negara mereka.Dan sambutan hangat masyarakat Malaysia kepada usaha mereka khususnya pada bulan Ramadhan.

Tanpa kita sedari atau kadang2 kita terlupa,ada lagi persatuan-NGO khususnya persatuan-NGO anak muda yang sudah lama bertapak di Malaysia yang juga memerlukan bantuan masyarakat untuk memperkasakan lagi aktiviti mereka.

Masyarakat boleh membantu mereka khususnya dalam hal pejabat-bilik gerakan-pusat aktiviti anak muda.

Pada pandangan saya aktiviti mereka akan lebih rancak dan aktif di Malaysia dengan bantuan masyarakat dan paling kurang pun kita boleh membantu mereka dalam hal2 utama seperti:-

-sewa pejabat
-duit minyak-tol aktivis
-peralatan2 (photostat-printer-komputer-kamera-kertas)
-stok makanan/minuman di pejabat
-dll

Dan bantuan dari masyarakat tidak bermakna persatuan-ngo anak muda tersebut tidak perlu BERDIKARI..........

Bayangkan mereka KUAT di Malaysia dan mereka dapat membantu masyarakat termasuk di luar negara.

Dan bayangkan juga mereka LEMAH di Malaysia,bagaimana mereka mahu membantu masyarakat termasuk di luar negara ?

KUATkan mereka.............

pemikiran 'lalang'

Jangan mempunyai pendirian -pemikiran 'lalang' hanya sekadar untuk mengambil-menjaga hati orang lain

'progresif' 'moderat' 'sederhana'

Pastikan anda 'menganut' sesuatu pemikiran 'progresif' 'moderat' 'sederhana' itu berdasarkan bacaan-kajian-ilmu anda dan bukannya sekadar mahu dilihat 'progresif' 'moderat' 'sederhana' oleh orang lain........

sahabatmu

Pastikan orang dihadapanmu dibelakangmu diatasmu dibawahmu dikirimu dikananmu menjadi sahabatmu.............

Tuesday, July 30, 2013

ASWAJA-Syiah

daripada buat seminar dgn tema2 ''bahaya Syiah'' dll lebih baik buat seminar dgn tema2 memperkasakan ASWJ-tokoh2 ASWJ...Perkenalkan karya2-pemikiran tokoh2 ASWJ bukan sibuk hentam dan maki hamun orang lain......

AKP



Pencapaian AKP perlu dikaji dan diperbahaskan secara meluas oleh kita di Malaysia(tak kira anda aktivis parti politik ke aktivis NGO ke ahli akademik ke ahli perniagaan ke mahasiswa Universiti Facebook-Universiti Youtube ke...)

Kena kaji juga kepimpinan Recep Tayyip Erdogan-Abdullah Gul,pemikiran Ahmet Davutoglu,panel pemikir,kabinet-kabinetnya sekali.....

Apa manifesto AKP ?Bagaimana mereka realisasikan gerak kerja -strategi yg dirangka?

Hebat sangat ke AKP ? Apa perubahan yg AKP buat di Turki ?
10 tahun memerintah,apa yg AKP buat ?...

Sama-samalah cari jawapannya....

aktifkan diri kita semua dengan pelbagai program kesukarelawanan-kemasyarakatan-misi kemanusiaan

Apabila ditanya kepada kawan2 sang ulat buku ,rupanya ramai lagi yg tidak pernah atau jarang sekali ikut program kesukarelawanan-kemasyarakatan-misi kemanusiaan dll...

Sempena ''Hijrah'' tahun baru ini,saya menasihati diri saya dan mahasiswa Universiti Facebook sekalian agar mengaktifkan diri kita semua dengan pelbagai program kesukarelawanan-kemasyarakatan-misi kemanusiaan dll....

''Hizmet'' !!!

Ingatlah mutiara kata Hamka : ''-Mentang-mentang bersahabat dengan buku ,janganlah diputuskan persahabatan dan pergaulan dengan manusia.Banyak ulat buku yang putus pertaliannya dengan manusia,hanya fikirannya yang menerawang tetapi beku bila bergaul.Lidahnya beku kerana buku!Ajaib...! ''

Ayah saya pesan

Ayah saya kata semalam orang yg ekstrem-taksub ni selalunya tak beradab dalam menangani perbezaan pandangan,tak selesa dengan kepelbagaian,ketat dalam beragama,-fanatik kepada 1 guru,fanatik kepada 1 jemaah-kelompok,selalunya mereka ini duduk dalam kelompok mereka sendiri sahaja,pandang rendah kelompok lain,suka berburuk sangka,sukar hargai orang-pandangan lain

Ayah saya pesan jangan melampau,miliki pemikiran futuristik 'hidup di dunia nampak akhirat ,duduk disini,ingat di sana'-lihat ke hadapan,jangan buang masa,jangan boros,ada target-ada cita-cita,bantu kawan kita

Ayah saya hurai juga istilah 'saudara' yg barangkali asal usulnya dari 'se udara'- kita semua bersaudara kita semua berkongsi udara yg sama .....

sekali mereka menjerit pasti Zionis ketakutan dan letak jawatan sebagai seorang Zionis....

sempat singgah ke acara Pop Festival: Selamatkan Gaza di UITM hari ini.Pelbagai lagu muzik kemanusiaan isu anti perang dipersembahkan oleh anak-anak muda kumpulan-Band... Indie

Kepelbagaian genre muzik tapi yg merosakkan majlis rasanya 1 band katanya metal tapi rasanya bukan metal bukan heavy metal entah black metal entah cucu cicit Metallica ...dengar menjerit-jerit macam orang kena histeria-lirik hancur-bunyi memecahkan gegendang telinga-terlompat-lompat -terhuyung hayang -jerit dan jerit dan jerit lagi....langsung tak rasa zouk ...merosakkan muzik..merosakkan lagi majlis menyokong perjuangan kemanusiaan-keamanan-anti perang....

tapi rasanya mereka lebih layak dihantar ke Gaza-Tel Aviv-Jerusalem hantar ke Palestin sebab sekali mereka menjerit pasti Zionis ketakutan dan letak jawatan sebagai seorang Zionis....

tahun baru ke tahun lama ke jangan lah kau tertipu dengan kalendar....

Selalunya awal tahun baru saya lepak sekitar KLCC kadang2 bukit bintang.....
pernah ikut xpdc ngo lihat suasana anak muda sambut tahun baru secara gila-gila
pernah konvoi motor ramai-ramai
pernah ikut sambutan 'alternatif'
pernah bersama ribuan orang melihat 'letupan' bunga api(beberapa minit sahaja tapi hangus beribu-ribu ringgit),semburan buih,pekikan 'histeria' ,konsert 'lagha' lupa dunia lupa akhirat lupa diri

Semalam sebenarnya bercadang nak duduk di rumah sahaja,malas nak keluar-kononnya nak bertapa siapkan 'sejuta' kerja...terpaksa menolak perlawaan sahabat Jaringan Anak Muda utk ke Singapura mengikuti acara bersama sahabat2 di sana...

tapi akhirnya saya ubah keputusan minit-minit akhir utk mengikuti acara di bawah.....anggaran jumlah hadirin khabarnya '120,000 orang' ..entah tepat anggaran atau tidak....tapi memang 'ramai gila'.....

bila kita luaskan pergaulan dgn semua pihak kita dapat lihat anak muda yg rosak akhlaq ramai ,anak muda yg cuba sedaya upaya perbaiki akhlaq juga ramai..pertarungan antara 'haq' dan 'batil' akan sentiasa berterusan...ada yg pro 'haq' ada yg pro 'batil'...semoga kita termasuk dalam golongan yg pro 'haq'

tak best langsung kita sertai golongan pro 'batil'...membazir masa...membazir usia...bila tua nanti,menyesal tak sudah-sudah..itupun kalau sempat tua..kita akan menyesal gila dan terfikir mengapakah aku begitu bodoh ketika muda dulu?''....tak tahu makna hidup...tak ada wawasan-cita-cita hidup...hidup terhuyung hayang...hati gelisah..langsung tak tenteram..tak tenang...kelam kabut...susah hati...

bila bersama pro 'haq' ,kita dapat ketenangan jiwa....kemanisan persaudaraan..kau dan aku menjadi satu....semangat berkobar-kobar dan punya daya juang....mahu jadi pejuang....melawan segala bentuk ketidakadilan dan kemungkaran....

dunia ini memang kita singgah sementara sahaja....'ke sana' juga kita akhirnya nanti....

sebab itu sementara singgah sementara di dunia yg sementara ini..:)....janganlah habiskan masa dan waktu kita sia-sia..memanglah kita tinggal di negara Malaysia tapi janganlah sia-siakan masa dan waktu kita di Malaysia...:)..kalau tak ,sia-sialah kita tinggal di Malaysia...:)

tahun baru ke tahun lama ke jangan lah kau tertipu dengan kalendar....

Jumlah pengunjung

web statistics