Rumusan program 'Universal Justice Network'
Nama program
International Conference On Universal Justice Network
Tema
End The Injustice,Promote Peace And Justice For A Better World
Penganjur
Citizens International,Islamic Human Right Commission, Pusat Advokasi Hokum dan Hak Asasi Manusia(PAHAM)
Tarikh
20-21 Februari 2010
Tempat
Wisama Makara Universitas Indonesia
Antara yang hadir
-60 peserta wakil 14 negara
-Imam Achmad Cassim-tokoh Islam dari Cape Town,Afrika Selatan-(dipenjara 7 tahun di penjara Robbon Island bersama Nelson Mandela sewaktu umur 17 tahun kerana melawan dasar apartheid)
-Massoud Shadjareh-Pengarah Islamic Human Right Commission(IHRC),London,UK
-Yasser Hammoud,wakil Hizbullah,Lubnan
-Dr Said Reza Ameli-Timbalan Canselor Universiti Tehran
-Imam Asi-Imam Islamic Center Washington DC,USA
-Imam Yaqub Zakzaky-pemimpin gerakan Islam di Nigeria
-S.M.Mohd Idris-presiden Citizens International
-Mohideen Abdul Qadir-Presiden Citizens International
-Mohd Azmi Abdul Hamid-Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu(TERAS)
Masalah umat
Lubnan-Sri lanka-Afrika-Usa-Turki-Nigeria-Palestin-Rohingya-Kemboja
Malaysia-Iraq-Afghanistan-Somalia-Yaman –Pakistan-Selatan Thailand
(Rujuk laporan negara)
Rumusan
-Indonesia selaku negara Islam terbesar perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menangani isu hak asasi manusia.(Indonesia merupakan pengerusi parlimen muslim dunia dan kaukus palestin)
-Perlu ada perancangan gerak kerja yang khusus bagi menangani isu hak asasi manusia dan keberanian menyokong,melawan ketidakadilan dan penindasan terhadap kelompok minoriti di Darfur,Sudan,Amerika,Afrika,Nigeria,Kemboja,Palestin,Kashmir,Rohingya,Myanmar,Selatan Thailand,Malaysia,Selatan Filipina,Mindanao,Xinjiang,China,Lubnan,Turki,Indonesia,Acheh,Chechnya
-Peranan USA dan Presiden Obama dalam menangani isu hak asasi manusia dengan tindakan penyelesaian bukannya wacana,diskusi semata-mata
-Peranan PBB,OIC,Asean agar memainkan peranan lebih aktif bagi melawan diskriminasi,konflik seluruh dunia
-Mendesak PBB,pemimpin negara-negara,masyrakat dunia agar menjunjung tinggi penghormatan terhadap agama,kebebasan beribadah,tidak mendiskriminasi(isu hijab,rumah ibadah,kebebasan melaksanakan ibadah dan lain-lain)
-Kempen boikot terhadap syarikat yang terang-terang menyumbang kepada Israel
-Mengadakan latihan –‘training-’capacity building’,bantuan sosial,bantuan kemanusiaan untuk mereka yang dizalimi
-Membuka cawangan sektreteriat Universal Justice Network di Jakarta(dipimpin oleh PAHAM),Sri Lanka(dipimpin oleh Jamaat Islami),Bangkok(dipimpin oleh SHURA)
-Memperbanyakkan kerja pembangunan komuniti,pembinaan kesedaran,
-Memanfaatkan media sebaik mungkin dengan aktif menyumbang maklumat,kenyataan media dengan mendedahkan isu-isu global-sejagat
-Memberi fokus kepada wanita,kanak-kanak dan anak- anak muda
-Membina rangkaian anak muda (pelajar antarabangsa) yang menuntut ilmu di negara masing-masing
-Memperkasakan NGO wanita islam
-Berkerjasama dan membina hubungan dengan NGO-NGO bukan Islam yang memperjuangkan keamanan,keadilan sosial,alam sekitar,kesihatan,isu pekerja,hak asasi manusia dan lain-lain
-Mengenal pasti isu muslim dan non muslim secara spesifik
-Memanfaatkan portal,web (e-relawan-www.e-s2u.com)
-Melawan penjajahan-hegemoni secara halus,budaya pengguna,cara hidup hedonisma
-Mengelakkan perpecahan,persengketaan antara mazhab dan aliran pemikiran Islam dengan bersatu demi Islam
-Menangani isu Islamophobia
-Melawan ideologi sekular barat yang meresap masuk dalam masyarakat muslim
-Memperkasakan ummah secara spiritual dan material
-Mempromosi kesedaran ummah secara universal dan melawan nasionalis sempit
-Memastikan tadbir urus negara yang baik dan menghormati hak asasi manusia
-Membela kepentingan umat Islam dan rakyat tertindas
-Menambahkan sumber kewangan dan pembangunan modal insan
-Merapatkan hubungan antara negara-negara Islam,organisasi tempatan dan antarabangsa
-Mengadakan bengkel pendedahan isu-isu ummah kepada generasi muda
-Memperbanyakkan bahan-bahan bacaan (majalah,akhbar dan lain-lain) tentang isu global