Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Tuesday, February 19, 2013

aku sesekali tidak akan menembak mati sahabat baikku itu

di luar sana musuh-musuhku,peluru hanya tinggal satu,yang tinggal hanya aku dan seorang sahabat baikku,dengan baki satu peluru , aku sesekali tidak akan menembak mati sahabat baikku itu

kembara ilmu di Pulau Pinang-Kedah

Selepas beberapa hari (mengikuti program IRF di Pulau Pinang,bertandang ke rumah Dato Azmi(mantan SUK Pahang),rumah Prof Fadhlullah Jamil,kampung Sifu kami Nuruddin,rumah Ustaz Wahab(Muhammadiyah Internasional) di Kulim(beliau sekarang tenat-strok),mandi di Lata Sedim,balik kampung makan buah,main bola dgn penduduk kampung,saya dan sahabat2 kaki kembara mahasiswa kuliah Universiti Kehidupan "Jaringan Anak Muda" singgah bermalam di rumah seorang sahabat di Gurun. Di sana tanpa disangka-sangka kami bertemu dgn seorang "orang tua berjiwa muda".Orang tua ini mengajak kami sarapan pagi bersama-sama di sebuah gerai. Orang tua ini berkongsi pengalaman hidup beliau.Beliau mendakwa umurnya 138 tahun,berasal dari Bangkok,banyak bercerita tentang hal2 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Selepas sarapan pagi beliau mengajak kami berkunjung ke rumah beliau bagi menjawap beberapa persoalan kami dan beberapa rahsia. Sambil berjalan kaki bersama kami,beliau menunjukkan tangan beliau ke beberapa deretan kedai berdekatan dan berkata lebih kurang begini:"Dulu sebelum Merdeka semua ini milik Melayu" . Satu perkara yang saya masih ingat ketika beliau mengungkapkan " sebelum merdeka,tanah ini mereka yang punya,selepas merdeka mereka merdekakan tanah-tanah mereka." Di rumah beliau saya dan sahabat2 lain mengambil peluang bertanya pelbagai soalan kepada beliau.Orang tua ini menceritakan sejarah perjuangan pejuang2 dahulu seperti Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad,Ahmad Boestamam dll."Mereka ini sangat bijak dan punya fikiran dan cita-cita yg sangat bagus".Lebih kurang begitu kata beliau kepada kami. Beliau menceritakan bagaimana ceramah Dr Burhanuddin Helmi,Dr Zulkifli Muhammad ,Ahmad Boestamam dll yg dipenuhi oleh orang ramai yg hadir dalam siri ceramah mereka. Beliau mendakwa terlibat sama dalam perjuangan parti rakyat,mengadakan kuliah agama kepada aktivis parti rakyat di rumahnya yg kami ziarahi pada pagi itu. "Rumah ini saya buat sendiri.Emak burung pun buat sarang sendiri walaupun ditengah2 hujan-panas" kata beliau kepada kami menceritakan perihal rumahnya. Di rak buku rumahnya terdapat kitab2 lama dan menurut beliau ketika beliau mengajar aktivis parti rakyat dahulu beliau berniat untuk mengajar mereka tanpa meminta duit cuma menetapkan satu syarat sahaja iaitu "belajar mengaji". Bila ditanya oleh sahabat saya dari Indonesia(aktivis Muhammadiyah) tentang siapa tokoh2 lama dari Indonesia yg beliau pernah temui ,jawab beliau "Hamka dan Muhammad Natsir".Beliau menasihatkan kami untuk menemui sendiri tokoh2-tuan2 guru bukan sahaja untuk menuntut ilmu bahkan beliau menekankan satu perkara lagi iaitu "berkat" . Di rumahnya ini kami terjumpa Utusan Kiblat edisi 1971 yg sangat menarik isinya.Beliau jg cerita kisah prjuangan Angkatan Pemuda Insaf API,shamsiah faqeh,prjuangan dlm hutan,komunis dan agama,pranan tokoh agama yg mndidik aktivis plbgai aliran,crita kisah bgaimana bliau spatutnya dilntik sbgai imam hsl twaran seorang tokoh politik tapi dgn satu syarat:sertai Umno ,dan beliau menolaknya dan brpesan agar imam masjid 'bebas politik'

Melayu-Islam di Pulau Pinang.

Ketika di Pulau Pinang baru2 ini(4 hari),saya dan sahabat2 kuliah Universiti Jaringan Anak Muda sempat membuat kajian lapangan tidak rasmi tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang Setiap kali berjumpa orang tua-muda dalam kunjungan kami ke beberapa rumah tokoh-saudara mara-sahabat kami di sana kami mengambil peluang mendapatkan maklumat tentang Melayu-Islam di Pulau Pinang. Kami juga sempat berjalan kaki meninjau kawasan kampung yg diduduki oleh orang Melayu-Islam di sana. Seorang bergelar "Dato' " mantan pentadbir tertinggi kerajaan sebuah negeri (kami menginap semalaman di rumahnya) dengan sukarela membawa kami meninjau juga kawasan rumah-hartanah mewah sambil menerangkan harga hartanah-siapa yg memilikinya-sejarahnya dll.Beliau pelik mengapa wang zakat tidak digunakan utk membeli hartanah2 tersebut,dan menekankan kesedaran terhadap sistem waqaf. Seorang ayah kpd sahabat kami juga menceritakan bagaimana nasib kampung asalnya yg kini sudah lagi tiada,dan rumah beliau yg kami ziarahi tersebut ialah rumah pampasan kpd penduduk kampung asal yg dipaksa pindah ke rumah flat sederhana kecil untuk memberi peluang kpd pihak pemaju membangunkan perumahan mewah di tanah tapak asal kampung mereka yg banyak diduduki oleh orang luar seperti Hong Kong,Singapura dll. Ramai yg menjual tanah milik nenek moyang mereka,terpaksa berpindah ke kawasan lain,dan tanah -tapak asal berpindah milik ke tangan orang lain,terpukau dgn wang ringgit dan sanggup menjual tanah demi wang ringgit Pakcik dan sepupu kpd sahabat kami pula menceritakan kisah menarik di sebalik nasib orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tersebut.Kata mereka semua ini berlaku kerana pengkhianatan pemimpin Melayu Islam di negeri mereka sendiri dan bukannya kerana penindasan oleh bangsa lain. Sahabat saya juga mendakwa orang kampung telah ditipu oleh pemimpin Melayu Islam sendiri agar berpindah rumah,mendapat rumah pampasan tanpa mengetahui sebenarnya pemimpin Melayu Islam itu sendiri rupanya mendapat komisen tinggi dari pihak pemaju perumahan mewah tersebut. Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik KRONI !!! " Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa di antara kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Kita kan merintih sendiri Jangan buang waktu lagi Majulah raih sebuah mimpi Hapuskan sengketa Teruskan usaha Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di pentas dunia"

Ramai yg dapat auta bukan fakta

Ramai yg dapat auta bukan fakta .Penguasaan media oleh para pembohong berjaya memperbodohkan orang ramai termasuk segelintir pejuang hak asasi manusia yang ditipu hidup-hidup akibat kebergantungan kepada media yg dikuasai oleh para pembohong.

Aku mula meragui betul ke kau ini seorang manusia.

Aku seorang manusia dan kau pun mengaku seorang manusia. Tapi bila aku dilayan lebih teruk dari binatang kau pula membisu mendiamkan diri. Aku mula meragui betul ke kau ini seorang manusia.

jangan sekadar tahu Kitaro,Syeikh Ahmad Kuftaro pun kena tahu

http://www.islamic-study.org/islam_and_christianity.htm jangan sekadar tahu Kitaro,Syeikh Ahmad Kuftaro pun kena tahu Islam and Christianity:Two Faiths, One God Lecture at: The University of Vienna, Austria May 18, 1979 By the late Shaykh Ahmad Kuftaro, the Grand Mufti of Syria

yang hang tau ikan sardin sahaja,hang langsung tak tau Saladin !!!

http://www.islamic-study.org/saladin_%28salahu_ad-deen%29.htm yang hang tau ikan sardin sahaja,hang langsung tak tau Saladin !!! Saladin: a Benevolent Man, Respected by both Muslims and Christians

Tunisia

Ben Ali diktator-rakyat marah-Ben Ali tumbang-pilihanraya-Nehdah dan pakatannya menang-Rashid Ghannuchi(De Factor Leader) dan sahabat2 pimpin Tunisia Baru mereka nak baiki kerosakan Tunisia yg dijahanamkan Ben Ali-Leyla -nak fokus kuatkan ekonomi-perbaiki jurang kekayaan-pengangguran-kemiskinan dll,pembangkang Tunisia ambil peluang insiden pembunuhan pimpinan pembangkang Tunisia untuk merancang kudeta Pembunuhan tokoh pembangkang dikecam Nehdah dan pakatan,walaupun lawan mereka menuduh mereka terlibat dalam pembunuhan.Siapa yg membunuh tokoh pembangkang Tunisia sebenarnya?Mungkinkah ia satu strategi halus merampas kuasa-kudeta? Sebelum ini 'salafi' Tunisia yg gopoh gapah banyak mengganggu pentadbiran baru Tunisia. Betapa susahnya menjaga kestabilan politik negara.

Rashid Ghannuchi

Sahabat baik saya di Arab Turk Youth Congress dari Tunisia(perempuan) berambut panjang,pakai skirt pendek pun sokong Rashid Ghannuchi-pentadbiran Nehdah dan pakatannya dalam isu terbaru yg menimpa Tunisia. Kalau Rashid Ghannuchi bawa pendekatan hikmahnya ke Malaysia akan ada orang kata beliau parasit-bawa faham sekular-liberal-plural-agen asing ''dan lain-lain yang sama waktu dengannya'

Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti

''Yang paling penting sekarang ialah soal dalaman-perbaiki diri-individu-adab-akhlaq dll.Politik-politik ni karut kesemuanya.Politik2 ni kotor.Orang politik ni kotor '' ,kata Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti Seorang hadirin bangkit bangun bertanya soalan kepada sang ustaz:"Bagaimana pula dengan isu rasuah-penyelewengan kuasa-pecah amanah dikalangan pemimpin negara kita ustaz?'' Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti diam membisu.Terpaku. ''Ayuh kita sama-sama berzikir......'' ,jawab Ustaz Habib Sufi Alcari Duiti

balik sahaja dari ceramah ,para hadirin akan menjadi lebih bodoh-semakin bodoh.

60 hari sebelum pilihanraya.Ceramah politik. Penceramah A(dari Parti Y):''Parti X memang bodoh.Tak reti memimpin.Parti X celaka.Pemimpin parti X ada skandal.Parti X..blablabla....Parti X...blablabla.....Parti X ,,blablabla.....'' Penceramah B :''Jika kita menang ,kita akan bawa agenda W,agenda W ini ialah blablablabla......agenda ekonomi kita...blablabla....agenda pendidikan kita ..blablabla....kita akan......kita mahu.....kita harap....kita berhasrat.....'' Penceramah A dan Penceramah B ada dalam parti pemerintah dan ada dalam parti pembangkang. Moral:Jangan sia-siakan baki waktu yg sangat singkat menjelang pilihanraya dengan ceramah-ceramah yang balik sahaja dari ceramah ,para hadirin akan menjadi lebih bodoh-semakin bodoh.

Dikurnia 2 telinga tapi dipaksa dengar sebelah telinga dan kadang2 pekak kedua belah telinga.

Tau tau dah pilihanraya,calon tak kenal pun,nak pangkah siapa? Itulah bencana besar bila tiada pendidikan politik yg membolehkan rakyat memilih hanya calon terbaik pilihan mereka secara bebas. Media yg berat sebelah-mengongkong,rakyat kurang pendedahan terhadap pandangan2 lain-alternatif -untuk buat penilaian-perbandingan sebelum memilih calon-parti pilihan mereka. Dikurnia 2 telinga tapi dipaksa dengar sebelah telinga dan kadang2 pekak kedua belah telinga.

Lain kali guna aqal,bukan kepala lutut

Keadilan:Nurcholish Madjid

"...dalam menegakkan keadilan,kita tidak tergoda oleh rasa benci kepada suatu kelompok manusia,sehingga kita menyimpang dari keadilan"-Nurcholish Madjid (Pesan-pesan takwa-Kumpulan Khutbah Jum'at di Paramadina)

PM,tolonglah umum tarikh pilihanraya segera.

Saya tak suka hentam PM Najib gila-gila seperti ramai penyokong Pakatan Rakyat.Sebab fokus saya sekarang kepada PM Rosmah. Saya sgt kesian juga kat PM Najib selepas mendengar (dr sumber yg boleh dipercayai) kisah seorang yg rapat dgn ibunya ,Tun Rahah yg terpaksa bersabar dgn karenah menantunya PM Rosmah. Apapun,tolonglah umum tarikh pilihanraya segera. Tak umum tarikh pilihanraya menyebabkan banyak perancangan (masa depan)orang ramai terbantut dan saya salah seorang mangsanya.(Anda pun ,kan?)

Apakah persamaan antara Che Guevera dan Hassan Al Banna?

Baca sikit tentang Che Guevera malam ini dan teringat seorang mantan pimpinan ABIM kemudian bersama PKR dan kini bersama PAS yg pernah "melatih-mendidik" ku di satu program di Indonesia.Di pejabatnya ada ditampal gambar besar Che Guevera. Soalan cepu emas hari ini:Apakah persamaan antara Che Guevera dan Hassan Al Banna?

"Bagaimana Anda bisa menulis banyak artikel?

"Bagaimana Anda bisa menulis banyak artikel? Kuncinya, 'Tahajud Ilmiah'. Tahajud berasal dari kata jahada. Ijtihad berasal dari kata jahada dan jihad juga berasal dari kata jahada (kerja keras). Artinya, setelah shalat tahajud, tidak langsung tidur. Tetapi, dilanjutkan dengan ijtihad atau kerja pikir, membaca buku 100-200 halaman. Kemudian, hasil membaca dituangkan dalam satu hingga dua lembar tulisan. Itu namanya jihad ilmiah. Kalau itu dilakukan setiap hari, dalam satu tahun akan diperoleh 730 lembar artikel. Kalau ini dilakukan secara kontinyu, akan terjadi perubahan sejarah. Selama ini kelemahan umat Islam memahami tahajud hanya pada shalat. Tidak dilanjutkan dengan ijtihad dan jihad. Jihad itu ada bermacam-macam, ada jihad ekonomi, politik, lingkungan, dan lain-lain. Tetapi, yang saya lakukan yang saya suka, yaitu jihad ilmiah."-Prof-dr-k-yudian-wahyudi http://www.republika.co.id/berita//no-channel/09/04/06/42308-prof-dr-k-yudian-wahyudi-dari-santri-jadi-guru-besar-di-as

Undi parti ini HARAM. Undi calon ini HARAM.

PRU 13 dah dekat.Jom jual fatwa.Jual jual,siapa nak beli? Undi parti ini HARAM. Undi calon ini HARAM.

Parti-parti....

Politik Malaysia akan lebih menarik jika PSM Parti Sosialis Malaysia diterima menyertai PR Pakatan Rakyat? Macam macam ada. Kemudian Parti Salafi akan ditubuhkan ?Parti Anti Demokrasi?Parti NGO?Parti Anti Parti Politik?Parti Pilihanraya Haram?Parti Ahli Akademik?Parti Sufi?Parti Pondok?Parti Zikir?Parti Selawat?Parti Ahli Syurga?

Agenda Haram- Mengharam

Sedang berada di sidang media penubuhan Parti Haram SeMalaysia.Parti Haram Semalaysia akan bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU 13 nanti.Doakan cita-cita murni kami dalam Agenda Haram- Mengharam dalam Buku Haram kami berjaya.Dengan lafaz yg mulia "Haram!!!" ,kami akan berjuang demi hak rakyat Malaysia keseluruhannya.

Jumlah pengunjung

web statistics