Grup Penjejak Tamadun Dunia

PERJUANGAN CINTA MAHASISWA...... CINTA TUHAN - CINTA MANUSIA -CINTA ILMU-CINTA HIKMAH- CINTA keBENARan - CINTA keADILan - CINTA perUBAHan - CINTA penCERAHan

Monday, January 23, 2012

Menanti debat Perdana Menteri Malaysia VS Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,,,,



Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 3 sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak.Menjelang Pilihanraya ke 13 (yang masih tidak diketahui bila tarikhnya akan berlangsung ),saya yakin ramai dikalangan rakyat Malaysia yang menanti penuh debaran bila perdebatan antara Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia ini akan berlangsung.



Lihat sahaja debat bersejarah antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Ahmad Shabery Chik ;sekurang-kurangnya hasil perdebatan ini telah mampu memberikan cetusan untuk rakyat Malaysia berfikir tentang hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh-pendebat tersebut.



Sewajarnya rakyat Malaysia keseluruhannya mendesak agar Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak untuk menerima pelawaan debat daripada Ketua Pembangkang,Dato Seri Anwar Ibrahim ini.Inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sudah semakin matang,bersedia mendengar terlebih dahulu pandangan-hujah dari pelbagai pihak,berfikiran rasional,adil dalam membuat apa jua keputusan dan menilai apa jua isu dengan penuh kebijaksanaan dan berdasarkan ilmu.

Bukan ingin mencari siapa yang bakal menjadi pemenang,pandai retorik-hujah,petah berkata-kata,hebat pidatonya ;apa yang pastinya debat antara Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Anwar Ibrahim nanti boleh mencetuskan rakyat Malaysia agar berfikir,berfikir,dan terus berfikir,memanfaatkan aqal kurniaan tuhan....

Sunday, January 01, 2012

Jumlah pengunjung

web statistics